Sunday, July 26, 2009

Moga-moga di permudahkan..

Ya Allah..permudahkan urusan kami dalam m'cari ilmu-Mu..
Berkatilah ilmu yang kami pelajari..
Subjek untuk sem ni..
-Dakwah Tatbiqi
-khitobah ala'm (pengucapan awam)
-sociology of dakwah
-human resource management
-Akhlakul amal fil Islam(etika kerja Islam)
-Creative Media Writing
-pengajian halaqoh
nampak macam senang kan subjek ni? Ni baru teori…belum lagi practical.. sem ni memang banyak practical..Banyak ke? Tapi bagi saya memang banyak juga la.. Ya Allah.. bila saya fikirkan,boleh ke saya bawa ni.. yang teori mungkin kita boleh baca, hafaz dan faham kan. Tapi untuk yang practical bagaimana pula?? " Mampu ke aku m'jadi seorang da'ie ni"?? InsyaAllah..Allah akan tolong aku..tu kata hati saya. Saya masih ingat lagi pesanan Dr.Radhi,masa tu nak berbincang mengenai proposal untuk program kami yang bertemakan "jiwa Rabbani pemacu kegemilangan Islam"." MasyaAllah…cantiknya tajuk ni..harap,jangan berdasarkan tajuk sahaja.Orang yang membawa tema ni kena juga bersifat rabbani dahulu sebelum mengajak org lain kearah itu.. kalau diri kita sendiri tak dapat nak bawa dulu,macam mana nk bawa orang lain?" kami semua tersenyum dengan nasihat-nasihat Dr. "InsyaAllah Dr.." tu je jawapan yang saya berikan, disamping usaha untuk kearah itu. Memang setiap kelas,Dr akan memberi peringatan kat kami mengenai itu..
Bila dah betul-betul terlibat dengan aktiviti dakwah..baru la tahu bukan senang nak jadi dai'e ni. Semoga saya dan sahabat-sahabat saya di beri kekuatan hati untuk terus tsabat dalam meneruskan perjuangan ni… InsyaAllah..

Calon Solehah



Usai berdoa seperti kelaziman, dia meraup wajahnya. Sunat selepas maghrib menjadi penutup ibadah senjanya lewat petang itu. Hajat memang ada untuk sama-sama meraih pahala berganda di masjid, namun keletihan diri terlebih dahulu merantai keinginan mulia itu. Serik rasanya beradu kekuatan di padang bola bersama dengan orang Arab. Ganas, agresif dan kasar. Semuanya bersatu dan berpadu dan membuahkan natijah yang kurang menyenangkannya. Tersungkur jugak dia dibentes lawan. Tangannya mencapai minyak habbatussauda’ untuk disapukan pada bahagian yang sudah nampak lebam biru kehitaman. Kakinya hampir saja kejang.

Aduh! Dia mengeluh. Matanya terpaku pada penanda buku unik yang terselit malu pada Tafsir Quran. Jamahan matanya menyatakan dalam kiasan nurani penanda buku itu unik rekaannya. Seunik bicara dan hujah pemberi “book mark” itu. Kemas dengan kesan “liminate”, berukuran comel 30cm panjang kali 5cm lebar. Kalimah bertinta ungu itu menarik perhatiannya malah tersemat utuh di hatinya. Terkesan siapa yang membaca hikmah puitis itu.

“Layakkah kita untuk mengasihi manusia sekiranya kasih dan cinta kita pada Pencipta manusia itu masih belum mantap. Tepuklah dada tanyalah iman.”

Semusim percutianku sebelum melanjutkan pengajian di Universiti Yarmouk ini, sememangnya meninggalkan kesan yang mendalam pada hatiku. Alasan yang aku kemukakan semata-mata untuk mengelak apabila Tok Ayah persoalkan tentang jodoh ternyata membuahkan satu mutiara kenangan. Kenangan yang menautkan dua hati melalui penyatuan idea mengenai CALON SOLEHAH.

“Mencari seorang calon isteri yang solehah bolehlah kita umpamakan sebagai mencari gagak putih. Semakin ia bernilai maka lazimnya semakin susah untuk kita dapatkan. Agaknya inilah penyebab ramainya anak muda yang masih mencari-cari jodoh sedangkan umur semakin meningkat…lewat menunaikan seru,”
“ Hafiz, kamu tidak mahu berkahwin ke?” eh, tiba-tiba pula Tok Ayah mengutarakan soalan cepu mas ini. Pengajian memang sudah tamat namun hajat di hati ingin menyambung ke peringkat sarjana masih segar.
“Bukan tak berkeinginan Tok Ayah tapi..hajat nak mencari yang solehah. Biar dunia tidak berat sebelah,” harap-harap inilah alasan yang agak kukuh. “Nak cari yang benar-benar solehah, bukanlah satu usaha yang mudah. Nak yang solat di awal waktu, hormati ibu dan ayah, pandai mengaji Quran, menutup aurat..ish, banyak sungguh ciri-ciri kamu Hafiz..alamat, sampai Tok Ayah berumah kat batu dua lah baru sampai hajat..”
“ Susahlah Tok Ayah…yang sipi-sipi ada lah jugak jumpa…”sempat juga aku melontarkan idea spontan aku. Tok Ayah hanya menggeleng.


Pertemuan dengan Raihanah berlaku secara tidak sengaja, ketika bersama-sama Tok Ayah singgah ke warung pagi itu. Suka benar Tok Ayah dengan nasi lemak air tangan ibu saudara Raihanah. Dia kurang mengenali siapa Raihanah. Malah daripada cerita ibu saudaranya itu Raihanah adalah anak abangnya yang tinggal di Kedah. Tamat pengajian gadis itu bermastautin sementara di kampungnya. manis tapi jarang tersenyum. Kulit asianya terlindung di sebalik baju t-shirt labuh paras lutut dan bertangan panjang itu, dengan tudung turki bercorak flora. Tiada yang istimewa sangat! Namun peristiwa malam itu di surau ternyata membuktikan bahawa gadis itu bukanlah sebarangan gadis. Mempunyai daya tarikan pada yang tahu menilai mutiara wangian syurga ini.

“calon isteri yang solehah…orang lelaki nak yang solehah sahaja, tapi kadangkala diri sendiri dia tak check betul-betul,” ngomel seorang gadis ketika perbincangan ilmiah pada malam itu apabila Tok Ayah menyatakan mengenai topic tersebut. Aku sekadar tersenyum. Kelaziman kuliah maghrib lebih berbentuk ilmiah untuk menarik golongan muda bersama-sama meluahkan pendapat. Mendengar kata-kata gadis itu aku tersenyum sendirian.
“Raihanah ada sebarang pendapat?” soal tok ayah apabila gadis bertelekung putih itu hanya sekadar menjadi pemerhati debat tidak formal itu.
“sekadar pendapat tok ayah…jika kita nak bakal zaujah kita seorang yang solehah, yang bertaqwa saya ada satu tips,”riuh seketika.
“sebelum kita kaji dan telek bakal isteri kita paling afdal kita telek diri kita dulu. Teropong dulu takat mana iman dan taqwa kita,” aku sedikit terkelu.
Macamana agaknya? Namun persoalan itu hanya berlegar-legar di fikiran kosong aku, tidak terluah.
“nak dapat bakal isteri yang solehah, paling penting syarat utamanya solehkan dulu diri anda. Di sinilah dapat kita kaitkan konsep bakal isteri yang solehah untuk bakal suami yang soleh. tabur ciri-ciri suami soleh dalam diri. Siramkan sahsiah mulia dengan sifat mahmudah lelaki soleh. Aku mengangguk tanda setuju dengan pendapat bernas itu.
“tapi, ada jaminan ke kita akan mendapat bakal isteri yang solehah?” ada qariah muda berani untuk mengutarakan soalan.
“Bergantung pada diri kita sebenarnya. Suburnya ciri-ciri lelaki soleh pada diri kita insyaAllah akan meningkatkan iman dan taqwa kita. Semakin cerahlah peluang untuk kita mendapat calon yang solehah. Jodoh adalah kerja Allah. Ingatlah jaminan Allah dalam surah Nisa’ bahawa lelaki yang soleh telah ditetapkan akan dipertemukan dengan perempuan yang solehah. Lelaki yang mukmin untuk perempuan yang mukminat.”
Raihanah melepas lelah barangkali. Lalu dia tersenyum. “ teruskan usaha mencari calon yang solehah. Tapi, dalam masa yang sama tingkatkan nilai kesolehan anda. Inilah strategi serampang dua mata, macam DEB. Cuma satu nasihat saya, jangan letakkan syarat bakal zaujah itu terlalu tinggi,”
“Kenapa pulak?” Tanya Tok Ayah. Eh, Tok ayah pun mengambil bahagian juga?
“bukankah hakikat sebuah perkahwinan adalah saling melengkapi. insyaAllah jika ada yang kurang pada bakal zaujah, tampunglah selepas perkahwinan tersebut. Hal iman dan taqwa janganlah diambil remah. Jangan nak berlebih dan berkurang dalam hal mencari pasangan kita. Mengambil kata-kata daripada laman Kemudi hati dalam Anis, kebanyakan lelaki menilai dan meletakkan piawaian yang tinggi untuk bakal zaujahnya tetapi merendahkan piawaian itu untuk dirinya…itu adalah silap tafsir.”
Alhamdulillah, sekarang terbuka sudah pemikiran ruang lingkup. Aku tersenyum. Terima kasih Raihanah. Tok Ayah juga tersenyum. Ada hikmah di sebalik semua ini.
“hafiz, ada surat untuk anta daripada Malaysia…”kenyitan mata Syahid sewaktu menyerahkan surat bersampul ungu itu diikuti dengan gelak tawa rafiknya yang lain mematikan lamunannya.

Senyuman yang berbunga di bibir Syahid seolah-olah memberitahunya bahawa warkah itu sudah pastinya daripada tunangannya, Raihanah.. calon pilihan Tok Ayah, dan juga hatinya yang kini sedang meneruskan pengajian peringkat sarjana Undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa. Alhamdulillah, gadis inilah yang telah menemukannya titik noktah pencarian calon solehah.

Syukur Ya Allah.

Thursday, July 16, 2009

BILA DIRI BANGUN DI PAGI HARI....

Assalamu'alaikum wbt...

sedikit muhasabah buat kita...

BILA DIRI BANGUN DI PAGI HARI....

Bila diri bangun di pagi hari ...

titipkanlah rasa syukur di hatimu kepada Allah ...ya Allah, terima kasih
kerana menghidupkan lagi aku hari ini. Lantas ucapkanlah doa warisan
Junjunganmu SAW;
“segala puji bagi Mu ya Allah yg masih menghidupkan aku selepas
kematianku dan hanya kepada Mu tempat aku kembali ..."

Bila diri bangun di pagi hari...

Bangkitlah dengan rasa kerdilnya diri kepada Allah ...dengan izinNya engkau
mampu bangun untuk meneruskan lagi kehidupan. Sucikanlah hati dan zahir
dirimu dengan berwuduk...rebutlah peluang di akhir sepertiga malam untuk
sujud kepadaNya .... meraih kasih jua rahmatNya ...moga dipimpin hidupmu di
dunia.

Bila azan bermandang...

Bersegeralah wahai diri ...tunaikanlah kewajipanmu...hadapkanlah diri
beserta hatimu kepadaNya...dengan penuh rasa kerdilnya diri, lemahnya diri
ini ya Allah....sedarilah hakikat dirimu sebagai hambaNya ...
dan ketahuilah sesungguhnya solatmu di pagi ini disaksikan oleh para
malaikat. Lalu di sujud yang terakhir, mohonlah kepada Allah ...semoga
dosa-dosamu diampun olehNya , semoga hatimu tidak akan goyah dengan dunia.
Mintalah kekuatan kepada Allah utk menghadapi hidup seharian ini dengan
penuh keimanan dan ketaqwaan kepadaNya, moga bertambah sifat kehambaan dalam
dirimu ...moga kan bersinar cahaya imanmu.

Bisikkanlah jua di hati nuranimu ...

Rasa pengharapan agar diberi nusrah dalam menjaga kewajipanmu ... bersegera
dalam menunaikan solat beserta rasa khusyuk dan takut kepadaNya semata
...dimudahkan dalam melakukan amal soleh sebagai bekalmu apabila tiba hari
pertemuan denganNya di akhirat nanti. Mohonlah perlindunganNya agar
dijauhkan dirimu daripada hasutan dan bisikan syaitan laknatullah,
kejahatan manusia yg tidak beriman dan keburukan sifat mereka yang munafik... dan merintahlah lagi kepada Allah...
berilah kekuatan kepada dirimu dalam melakukan amal bakti terhadap orang
tuamu dan kaum kerabatmu, moga terpelihara lidah jua tanganmu daripada
menyakiti hamba-hambaNya ....dan mintalah kepadanya hati yang cekal dan
tabah ...moga kuat semangatmu dalam bermujahadah .. moga tidak luntur roh
perjuanganmu dalam membela agamaNya…

Dan insafilah wahai diri...

tidak ada yang lebih berharga selain daripada redhaNya, tidak ada yang lebih
bahagia selain daripada cintaNya dan tidak ada yang lebih bermakna dalam
kehidupan di dunia ini selain hidayah jua pimpinanNya ...

Sekian.



" TAQARRUB ILALLAH PENYELESAI SEGALANYA..."

Sunday, July 12, 2009

award from yani...(^_^)


Nyatakan 5 perkara yang menarik tentang pemberi award ini.
Dapat award lagi!!!hehe.. ni dari sahabat saya dulu.. smpai skang kami berkwn..walaupun masing2 tgh bz,..syukron yani!!!

1)
Nurulhidayani bt Ahmad
2)kwn 1 sek kt Samttar..dari form1-6.. byk x kenangan kite yani?hehehe
3)bakal pendidik 1 hari nnti..n skang study kt UPSI..
4)leh jadi pendgr yang setia..
5)jgn main2..yani terer taekwando tau..hehe..

Seterusnya..anda perlu memilih 10 penerima award seterusnya describe ttg mereka..
-tak tau nak bg kt sape utk award seterusnye.. so..x ade la..huhuhu



Saturday, July 11, 2009

birthday yang ke-21(8 julai..)

ASHKURUKA YA RABBI kerana memberi aku kesempatan untuk hidup lagi di bumi Mu ini.. pimpinla aku ya Allah serta peliharalah dan hindarkan lah hatiku dari sifat2 mazmumah..dan gantikanla iya kepda sifat2 mahmudah..ameen..

Sedapnyee kek.... kak hanis..terima kaseh byk2 coz sediakan kek untuk bezday ina kali ni.. syg k.hanis!!! terharu sgt2.. tanggal 8 julai 2009..genaplah umur saya 21 tahun.. tahun2 sudah saya sambut gak.. tp tahun ni adalah sangat2 bermakna..sbb saya smbut dengan kwn2 yang lain..pinaz..midah..haniah..k.tasya..madah..k.hanis.. thanks a lot!!! u all banyak menggembirakan kita.. terharu ni.. nak nangis pun ade..hehehe. sayang u all!!!


dan x lupe juga hadiah dari sahabat saya kat mesir..syukron yee.. x tgk lg hadiah tu..kt umah lg.. nnti ina blik ina tgk k..

p/s:ina... moga ilmu dan iman bertambah!!! jage diri..hiasi diri dengan sebaik2 akhlak..kuatkan hati dan jiwa.. moge najah di dunia dan akhirat..insyaAllah..ameen..

Thursday, July 9, 2009

JOM BERCINTA!



Get ISLAMIC-Graphics


“Ya Allah, kurniakan aku cintaMu, cinta orang yang mencintaiMu, serta amalan-amalan yang membawa aku kepada cintaMu”Andai benar kau ingin dicintai oleh lelaki dan perempuan soleh maka tautkanlah cintamu pada Allah, pastinya sebaik-baik teman hidup Allah hadiahkan padamu.

Bukan kepakaran saya untuk berbicara tentang cinta, apatahlagi cinta manusia. Namun fitrah insan yang Allah telah tuliskan dalam setiap perjalanan hidup anak Adam bahawa kita akan bercinta! Percayalah. Apa salahnya dengan cinta, kerana melalui cintalah, setiap pasangan akan ikhlas dalam memberi komitmen membentuk rumah tangga yang diberkati. Melahirkan zuriat yang menjadi penyejuk hati seterusnya membesar menjadi permata buat agama.
Andai sudah sirna cinta antara kita, sanggupkah lagi kita untuk mengharungi segala jerih payah bersama? Andai si isteri lumpuh tidak berdaya berkhidmat untuk suami, adakah seorang suami itu sanggup menyediakan makanan, memandikan, menghiburkan si isteri yang hanya mampu tersenyum di perbaringan? Atau pantas mencari isteri lain kerana tidak sanggup melalui kesusahan hidup? Semuanya kerana cinta. Namun, biarlah kita tinggalkan sebentar cinta ini, kerana andai cinta yang lagi satu ini kita belum selesai, bagaimana mungkin kita akan dianugerahkan pasangan hidup yang tulus mencintai kita kerana agama.Mungkin tulisan saya kali ini lebih bersifat kerohanian yang saya cuba jalinkan dengan tazkiyyatun nafsi atau pembersihan jiwa. Tidak ramai antara kita yang berminat untuk meminjamkan mata bagi bermuhasabah sebentar melalui apa yang saya cuba titipkan kepada sahabat semua. Moga Allah sentiasa menyertai kalian.

Cintailah Allah !cintakan Allah! cinta Allah!
Bagaimana rasanya apabila kita sudah mabuk dalam cinta Allah? Subhanallah, saya bukanlah Rabiatul Adawiyah, yang segala curah rindu dendam serta kehangatan cinta hanya dpersembahkan kepada kekasihnya, Allah. Saya percaya setiap antara kita pernah merasai saat di mana terasa tangan Allah datang membelai kita dengan penuh kasih dan cinta. Mana tidaknya, saat kita sangat dan terlalu haus dahaga di tanah gersang dengan matahari sejengkal, Allah jiruskan air dingin menghambat segala bahang. Cintanya Allah pada kita! Waktu itu, pastinya basah mata kita mengucap syukur yang tak putus-putus. Khusyuk dalam solat bertambah-bertambah apabila mengingat segala perhatian Allah terhadap kita. Ya Allah, jangan tinggalkan aku!

Begitulah apa yang kita rasakan apabila Allah mengabulkan setiap permintaan dan harapan kita. Saat itu kita asyik dan leka bercinta dengan Allah. Hingga hilang sabarnya menanti saat masuknya waktu solat untuk mencurah segala rasa di hati. Rasa suka, rasa rindu, rasa duka, rasa resah. Segalanya ingin diadukan pada Allah. Siapa lagi yang lebih memahami hati ini melainkan Dia. Dia yang lebih layak untuk kita jadikan tempat bergantung harap. Segalanya adalah Dia. Apabila setiap gerak geri, kita hubungkan hati dengan Allah bagai terasa diri ini diperhati, dilindungi, dijagai dan disertai. Tidak cukup hanya dengan ini, mati rasanya hati tanpa melodi ayat-ayat Al-Qur’an menyiram segala resah gelisah. Bertadabbur hanyut dalam makna-maknanya cukup menghidupkan kembali iman yang hampir kandas.

Cukuplah hanya pada Allah kita sembahkan cinta ini. Sudah menjadi lumrah, permintaan orang yang disayangi pastinya bersusah payah kita tunaikan. Begitu juga Allah. Andai Dia merasai cinta kita, mintalah padaNya. Mintalah agar dianugerahkan seorang pencinta yang juga mencintaiNya. Terlalu mudah bagi Allah!

Saturday, July 4, 2009

Lawatan Ilmiah ke Utara..(^_^)

Seusai sudah khidmat saya dalam minggu taaruf.. esoknya 1hb julai.. saya bersama sebahagian rakan-rakan programe dakwah n Islamic management bertolak ke utara untuk lawatan ilmiah..


Hari pertama: kami berkumpul di depan fakulti (FKP).. dan dijangka akan bertolak dalam pukul 10.30.. tetapi di sebabkn masalah teknikal kami bertolak dalam pukul 1.30 petang.. lame kan? tapi tak mengapa.. Alhamdulillah..akhirnya kami dapat bertolak gak dari kampus USIM dengan dua bus.. Perjalanan memang makan masa yang lama..faham-faham je la kan.. kami sampai ke Alor Setar iaitu tempat penginapan kami..dalam jam 9 lebih..da malam da time tu..huhuhu..Alhamdulillah..sangat2 selesa tempat penginapan kami.. lepas je smpai bilik, kami diberi ruang untuk berehat,coz..esok pagi2 nk kena bertolak ke UUM..




Hari kedua: kami berkumpul awal pagi.. dalam jam 6 lbih.. dan terus bertolak le UUM.. sampai ke UUM nak dekat jam 10 pagi.. dan ada presentation yang bertajuk.. Etika Bekerja dalam Islam.. selepas beberapa jam bersama UUM, kami ke HPA.. mula-mula kami ke pejabat dia.. after tu..kami melawat kilangnye yang x berapa jauh dari pejabat HPA itu sendiri di kuala Perlis.. masuk je kawasan pejabat HPA kt situ saya dan sahabat2 yang lain terpegun..kebanyakan pekerja kt situ pakai serban,jubah.. kami diberi penerangan tentang HPA.. semua kakitangan di HPA adalah orang yang terpilih,bukan main amik je pekerjanya.kalu nk jadi pekerja kena melalui procudernye dulu..sbb di sini mereka mewajibkan orang yang menghasilkan produk ini sentiasa dalam keadaan berwudu' dan sentiasa m'amalkan solat dhuha dan m'bace mathurat..sahabat saya sempat membeli aiskrim produk HPA..sedap sgt!!!! try la,tak rugi..lebih sedap dari aiskrim kat pasaran tu.. produk Islam memang power!!! then..kami ke kilangnya pula. kami dapat melihat cara bagaimana kopi itu di packing,kapsul dibuat,n macam2 lagi la pengalaman kt situ..semua suci dan tak meragukan.. saya sempat beli dua kotak jenis kopi pracampuran radix n coco radix.. coco untuk diri sendiri..yang kopi pracampuran radix tu saya belikan untuk mama saya..


Lepas ke kilang tu..kami ingat nak pergi ke padang besar..orang kata rugi kalau x pergi.. tapi di sebabkan sebab2 tertentu yang tak dapat dielakkan, kami x dapat pergi.. tak ade rezeki..mungkin lain kali insyaAllah.. then..kami sempat singgah ke pekan rabu..dapat la kami jalan2 dan beli sedikit ole2 kat situ..=).


Hari ke tiga: kami bertolak ke pulau pinang.. ke pusat dakwah.. n kami berkampung sekejap di masjid kapitan keling yang di mana masjid itu telah di bina selama 250tahun..lamakan..??? ustaz kamaruddin kalau x silap namenya yg bg ceramah kt kami..iaitu anak didik sheikh ahmad deedat..tokoh agama Islam..umum mst mengetahuikn sape sheikh tersebut.. kami diberi santapan rohani tentang pentingnya dakwah kepada non-Muslim..dan cara2 untuk berdakwah kepada non-Muslim.. dan paling penting kami di beri kesedaran..kenape tak ramai pendakwah yang berdakwah untuk non-muslim dalam Islam..hanya tumpu untuk sesama Islah je..terutama bagi yang lepasan pengajian Islam dan al-Azhar? Waallhualam..saya x berapa pasti,betul ke cm tu? banyak lagi la yang kami dapat input dari sini..nak cite banyak sangat..

BUKU FREE..(^_^)
Kami dapat buku free!!! seronok sangat2..excited pun ada.. antara buku2 yang kami dapat..Islam The Misunderstood Religion,keajaiban Al-Quran,Islam & Terrorism, The Prophet of Islam,Is The Bible God's word?(da ade da buku ni,ngade2 nk lg.=p).. introduction To Islam.. The Amazing Quran..Christ In Islam..Christian-Muslim Dialogue..Kisah-kisah paderi memeluk Islam..20 most Common Questions About Islam.. tu je yang saya dapat.. in process nak abis kan baca..

Tiba la kemuncaknya..
Sedeynye..kejap je rasanya..mcm x puas plak..nak tak nak kami kena pulang ke nilai.. n sebelum pulang sempat gak saya beli lagi ole2.. jeruk dan buah-buahan.. key chain pun beli gak..untuk adik2..saya x minat sebernanya benda2 ni..tp tengok sahabat2 yang lain cm excited je beli..saya pun beli gak la..untuk adik-adik2 saya..=p.. dan nak dijadikan cerita selepas melepasi jambatan pulau pinang..berlaku kemalangan.. Ya Allah..berdebar2 hati saya..bus lagi 1,bukan bus yang saya naik..sebaik x ade pape kat sahabat2 yang di dalam bus tu..kami kena tempias gak..sbb pemandu brek secara mengejut,kami kat belakang bus tu.. cina yang bawak kereta tu yang excited nak masuk line bus kami..ish3..ya Allah..Alhamdulillah selamat semuanya...walaupun kami terpaksa menunggu di balai polis pulau pinang selama beberapa jam untuk m'buat laporan tentang kejadian itu.. sepatutnya kena wt aduan kt polis trafic..tu yang memkn masa yang lama..Alhamdulillah..syukur laa..x ade sape2 yang tercedera.. tapi kelakarnya..bila kami jumpa sahabat2 yang naik bus tu kami tanya mereka.. "antum semua ni baca doa tak ni sebelum bertolak?"hehe.. sahabat2 saya cerita..dalam bus tu..bukak TV..so..dapat la tengok cd..kami apa lagi,saja2 bergurau,masing2 m'jawab"erm..patutlaa...bukak TV rupanya..cuba jangan bukak Tv,macam bus kami.."hehe.. macam2 la kami ni..
Sebelum saya nak menamatkan penulisan ni..saya nak ucapkan terima kaseh kepada sahabat saya.. merangkap abang kepada kelas TAA5.. sebab masa dalam bus,ada sedikit santapan rohani yang dia berikan kt saya..masa mula2 saya juz tanya bila nak mendirikan rumah tangga? soalan nakal..hehehe..da tu jawapannya lebih kurang cm ni.." bukan senang nak mendirikan rumah tangga..sbb nak didik isteri kita supaya cintakan Allah lebih dari suami sendiri bukan senang..kite kena persiapkan diri kita dulu.." dan lebih 1 jam setengah saya membincangkan something dengan dia.. bincang apa ye?(biarla rahsia).. pape pun syukron jazilan dengan nasihat2 yang diberi.. tak lupa juga saya minta tips macam mana nak dapatkn 4 flat.. kalu sahabat2 nak tahu..die adalah best student!!! dan saya hormat dia sangat2..banyak tips yang die bagi n yang boleh saya ckp kt sini..hubungan kita dengan Allah memainkan peranan yang sangat2 penting selain usaha..=).. Banyak yang saya dapat input dalam ekspedisi ni..terima kasih semua..

Waallahua'lam..

ahlan wasahlan ila USIM..

Ahlan wasahlan wa marhaban bikum.. ermm..Timba pengalaman..seronok..letih..sumenye bercampur baur bg kami yg m'jadi urusetia minggu taaruf bg sesi 09/10.. seronok walaupun letih..sbb dpt mengeratkan lg hubungn sesame pelajar junior ni.. Dan yang penting kita dapat pengalaman dalam membantu dan meringankan pihak USIM.. sedar x sedar da masuk tahun ke 3 saya menimba ilmu di USIM ni.. tahun ni seronok gak..fakulti saya kepimpinan dan pengurusan dah tambah 1 programe,iaitu akidah dan pengajian Islam.. tapi x ramai pun.. dalam 30 orang. ni 1st intake. insyaAllah..yang 2nd nye bertambah.. mengendalikan pelajar seramai 1000 lebih pelajar bukan la senang bagi saya.. tapi alhamdulillah la mereka bagus,dengar cakap.. cuma time nak kendalikan masa mereka nak balik ke kolej kediaman masing-masing tu rumit sikit.. bila masing2 da x sabar nak balik.. tak pe,kami faham.. bila seharian kt stadium mesti penat.. dulu pun masa saya mula-mula alami benda ni berperasaan cam tu gak..=)


apa-apa pun..saya nak mengucapkan selamat menimba ilmu di bumi USIM.. kepada pelajar-pelajar baru yang mendaftar di USIM..


~Lihat dengan hati kerana pandangan mata selalu gelap, tak mampu menilai hakikat~


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...