Tuesday, November 30, 2010

zikrullah, istiqomahkannya, insya Allah, hati terikat dengan-Nya..



suatu pagi yang diselubungi kabus, khaulah sedang duduk di atas sejadah, lalu kawannya menegur : "uit, buat apa lama di atas sejadah tu, waktu subuh dah habis la"..

khaulah tidak menjawab, sebaliknya terus duduk diatas sejadah. sahabatnya itu terus baring di atas katil..kemudian, lebih kurang pukul 7.30 pagi, khaulah berdiri untuk melakukan solah sunat dhuha..

sesudah itu, barulah khaulah pergi duduk ditepinya.."sahabatku, dah tidur?"

sahabat: "belum, saya hanya baring, tadi kenapa kamu tak menyahut panggilan saya tadi?

khaulah tersenyum : "khaulah tengah berzikir wahai sahabatku"

sahabat khaulah memandang wajah khaulah : "bukankah zikir itu tidak mengapa kalau dihentikan sekejap dan khaulah menjawab panggilan saya atau menjawab pertanyaan saya?"

khaulah tersenyum : "boleh, di sudut ilmu feqah, ia tidak apa-apa, kerana zikir itu tidak terikat dengan mana-mana perbuatan yang membatalkannya kecuali gila, mati dan seumpamannya"

sahabat khaulah bertanya lagi : "maksudnya?"

khaulah tersenyum : "contoh seperti solat, apabila kita sedang solat, maka kita mempunyai perbuatan yang boleh membatalkan solah kita seperti makan, minum, berbual dalam solah, perbuatan anggota besar melebihi 3 kali secara berturut-turut dan seumpamanya, tetapi di dalam zikir, tiada yang itu, bila-bila masa boleh berzikir, walaupun dalam keadaan tidak berwudhu' sekalipun, tetapi...", khaulah
menghentikan ayat seketika..

sahabat khaulah memandang diri khaulah untuk kali kedua dengan kerutan di dahinya : "tetapi?"

khaulah menjawab : "di sisi ulama' tassawuf, zikir dalam keadaan adanya perbuatan lain adalah zikir yang sia-sia kerana hati sedang lalai kepada Allah S.W.T, astaghfirullah"..

sahabat khaulah terus bangun dari baringannya dan bertanya : "zikir yang sia-sia kerana hati lalai? bagaimana tu?"

khaulah tersenyum : "amal ibadah yang sebaiknya dan semulianya adalah amal ibadah yang disertakan gerak geri hati seseorang itu, bukan setakat pada zahirnya sahaja, tetapi juga hatinya..dan hal ini yang kita titik beratkan, bahkan ketika solah pun, kita masih teringat pada hal dunia, "kerja pejabat aku masih belum selesai tu", "sayur tak beli lagi", "petang nanti nak gi jumpa kawan tu kejap" dan sebagainya, iaitu contog-contoh ketika amal ibadah tetapi hati berbuat hal dunia, maka di sisi ulama' tassawuf, hal ini adalah maksiat kepada hati, maka sia-sialah amal ibadahnya, bahkan dikatakan mendapat dosa pula, astaghfirullah.."

sahabat khaulah itu mengangguk : "jadi, kita kena jaga hati kita baik-baikkan, gitu?"

khaulah tersenyum : "insya Allah, zikir ini adalah salah satu cara untuk menjaga hati, kenapa? sebab apabila hati sudah adanya zikir, maka kuranglah sifat mazmumah atau kelalaian yang berlaku, insya Allah..dan khaulah ingat lagi, ayah khaulah tak kan keluar dari masjid selagi tidak melihat matahari terbit dan akan berzikir sebelum itu"..

sahabat khaulah bertanya lagi : "kenapa? waktu tu bagus ke?"
khaulah tersenyum : "wahai
sahabatku, hayati firman Allah S.W.T (yang bermaksud) : "Demi waktu Dhuha dan demi Malam apabila menjadi sepi. Tidaklah Tuhanmu meninggalkanmu dan tidaklah Dia membencimu. Dan Akhirat itu lebih baik daripada dunia ini. Dan pasti Tuhanmu akan memberi kepadamu kurniaan hingga kamu menjadi suka." (Surah al-Dhuha ayat 1-5 )

sesungguhnya kita baru sahaja melepas waktu yang sepi, di mana pada waktu malam itu terutama di pengakhirnya, Allah teramat hampir dengan kita, Allah suka kepada hamba-Nya yang beramal ibadah kepada-Nya di ketika itu.. dan, apabila matahari terbit iaitu lebih kurang pukul 7 pagi atau sebelumnya atau selepasnya, maka hati kita pun, kita teruskan dengan zikir, supaya hati terus terikat kepada Allah selepas bangun daripada tidur..kita mulakan kehidupan kita di pagi itu dengan mengingati Allah, dengan mengingati siapakah kita, dengan mengingati kita tidak lama di dunia, dengan mengingati bekalan yang ada masih belum mencukupi..dan sebagainya..

maka, insya Allah, kehidupan kita pada hari itu menjadi lebih tenang, kerana hati sudah tenang, insya Allah. kemudian zikir, kita sudahilah ia dengan solah sunat dhuha, kemudian, bersiaplah untuk urusan dunia"
sahabat khaulah mengangguk : "begitu ya..mulianya bagi golongan yang sedar tentang Allah di awalnya, maka dipertengahan dan akhirnya selamat"..

khaulahtersenyum dan khaulah pula bertanya : "maksud kamu?"

sahabat khaulah tersenyum pahit : "saya sedar, saya ni banyak buat dosa..mungkin sebab hati saya pada awalnya, maksudnya bangun ajr dari tidur terus melupai Allah, solah fardhu subuh pun dalam keadaan terpaksa, maka tidak hairanlah kehidupan saya di pertengahan (siang hari) dan akhirnya (malam hari) dalam keadaan tidak teratur, hati saya tidak bersih di awalnya lagi, jauh dengan Allah"

khaulah memegang bahunya dan tersenyum : "Allah tidak jauh darimu, Allah sentiasa hampir denganmu, tetapi kamu aje tidak sedar tentangnya..maka, banyakkan zikir, senang aje zikir, di mana-mana boleh, baca sahaja astaghfirullah, untuk memohon pada Allah agar diampunkan dosa, dan bacalah pula alhamdulillah, subhanallah, allahuakbar sebanyaknya, bila-bila sahaja, senang kan.insya Allah, hati kita akan sentiasa merasakan tenang"..

sahabat khaulahtersenyum..

wallahua'lam..

Sunday, November 28, 2010

ukhwah

menghitung hari... detik demi detik... bile nak habis exam ni??~_~. lagi 4paper lagi. banyak lagi tu. tapi pejam celik, pejam celik cepat je masa berlalu kan. selambanye saya, main-main je study. tak sabar nak habis exam, memang macam baby je "exam" ni..nk kena layan die...ehe. saya rasa sem ni saya rasa macam tak exam je.. cam mana tu ye? hajat doa ye sahabat-sahabat di luar sana. lepas exam nak jelajah UIA..UKM...UM!!! hihihi... nak pergi library je pun. sambil jalan-jalan cari makan... astaghfirullah.. bukan cari makan ina...cari ilmu yerp.. ada siapa2 nak ikut? le la tolong2 buatkn thesis saya.=p. memudahkn kerja saya. sesungguhnya bantu membantu itu adalah sifat yang mulia yang di sukai Allah yerp... Jadi...sila bantu saya....hehe..=D. apa lah yang saya bebel ni...huhu..dah tak boleh nak buka FB and YM... Blog pun jadilah ye..puasa YM and FB.huhu.^_^. mood tengah ok!!hehe..alhamdulillah..

lagi sebulan ..dan mungkin tak sampai sebulan saya dan sahabat-sahabat berada di bumi USIM ni.
saya akan merindui kakak2 serumah saya. kak ju...kak baidura..kak izwa. banyak suka duka kami berkongsi. terima kasih sabar melayan adik mu yang nakal dan banyak karenah ni...~_~. saya akan merindui nasihat-nasihat kamu semua.

kak ju: kakak yang paling tua dalam rumah kami. pandai baca air muke ina erk...hihihi...banyak perkara dah terkantoi dengan kak jue..ehe.. kita hadapi "benda" yang sama. selalu ajar saya masak.. n nk last2 sem ni..sentiasa di suruh masak... kata k.jue..."x ade istilah tak reti masak...cuba malas n rajin je, kate nak kahwin kan"hihihi.. tergelak je saya dengar....selalu sebuk nak ngintai2 blog ina...=p.. malu laa kita...=p syukron atas pelbagai nasihat. doakn adikmu ini menjadi kuat dan tabah!!!

kak baidura: kakak yang lembut...di dalam ada ketegasan... terima kasih ats setiap pandangan akak semua. kawen jgn lupa jemput...^_^.. kita pun hadapi benda yang sama... kena jadi kuat kan!!!!=)

kak izwa: my roomate... selalu kata saya garang...hihihi.. bukan garang lah kak...tegas...=p.. banyak bende kite share gak kn... terima kasih gak.. kakak pakar masak nasi goreng.. dia suke masak nasi goreng....^_^...

tetiba touching pula...setiap pertemuan ada perpisahan. moge ukhwah ini x terhenti setakat ni... sayang kamu semuaa!!!

Friday, November 26, 2010

Bersangka baiklah kamu


Dari Syeikh Abdulkadir Al Jailani untuk sentiasa bersangka baik sesama insan.


Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu. Ucapkan dalam hatimu :

"Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku.."


Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu) :

"Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku.."


Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu) :

"Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku.."


Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu) :

"Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak ku ketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku.."


Jika bertemu dengan seorang yang bodoh, maka katakanlah (dalam hatimu) :

"Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya. Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku.."


Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu) :

"Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk.."

Tak rugi kita bersangka baik terhadap insan daripada kita bersangka buruk yang boleh mendatangkan dosa. Sematkan kedalam hati agar iman akan bertambah,aqidah dan akhlak juga akan terjaga.

InsyaALLAH.

Sunday, November 21, 2010

Tajdid niat wahai diri...

kenapa dengan teratak saya ni ye? dah lama saya nk adjust ape2 yg ptt..tp x rajin pula nk explore benda2 ni..biarkan dulu...~_~.insyaAllah...after exam jika di beri kesempatan akan di ubah suai mana2 yang patut..


Entry kali very simple...untuk mengingatkn diri ini yg sentiasa leka...ermm...imtihan makin hampir..tp macam tak ada perasaan je...isshhh3...ina...inaa...sila lah timbulkn perasaan ini..jangan lari jauh2 ye..exam start rabu ni,n sebelum tu ade appointment dgn doctor pula. kena ulang alik jap...ya Tuhanku...permudahkanlah segala urusan hamba-Mu ini. .~_~.


ya ukhti ena....


~penting untuk kita ingatkan…belajar bukan untuk exam…~ yup!!! Ingat ina…belajar untuk dapatkan ilmu yang kita belajar tu.. bukan exam semata2!!!!


~ bila kita set dalam mind belajar bukan untuk exam, otak and minda jd relax and yakin dengan apa yang kita faham~ alhamdulillah…


~lecturer saya pesan...sambil2 study n kadang2 otak kita mesti penatkan...ambil buku2 yang ringan, yang boleh rehatkan fikiran kita. jadi fikiran x berserabut sangat. otak pun kena rehat gak kn... saya mengambil buku "lembaran hidup ulama" ini sebagai bacaan sampingan di kala fikiran saya tengah penat..


~tidur awal dan bangun awal…”buat apa-apa yang patut”… study jap…n “buat lah apa-apa yang patut”..



~before jawab soalan… bismillah… lepas letak pen alhamdulillah dan tawakal~

Bittauffik wannajah fil dunia wal akhirah...

Saturday, November 20, 2010

lelaki soleh dan wanita solehah, dan aku pula? (T__T)







subhanallah..alhamdulillah..Allahuakbar..(T__T)

"orang itu sedang menunggu kamu di hujung-hujung munajab dan doa kamu"..subhanallah..tinggi nilai kiasan ini..ia amat menusuk qolbi ini..

aku tak tahu apakah "kamu" masih menunggu aku yg masih tercari-cari jalan bagi brtemu kamu.."wahai sayangku, sesungguhnya aku sntiasa berusaha dlm mncari keredhaan Allah S.W.T, agar aku dapt brtemu denganmu secepat yg mungkin dan aku mngimpiknmu mnjadi zauj"..amin ya rabbi..

ketika aku bersendirian, lalu aku bermuhasabah diri dan hati..
aku yg jahil : apakah yang dimaksudkan dengan kiasan itu wahai qolbi?

qolbi : seseorang yang soleh pasti menunggu kamu andai kamu berjaya menjadi solehah..
aku yang jahil : masya Allah, astaghfirullah...apakah dia masih setia menunggu aku?

qolbi : segalanya bergantung kepada usahamu dalam mendekatkan diri kepada Allah S.W.T..

aku yang jahil : astaghfirullah..apakah aku kini masih berpeluang utk melamarnya?

qolbi : sesungguhnya Allah Tuhan Yang Maha Pemurah..engkau sentiasa berpeluang dan engkau adalah insan yang bijak andai kamu berusaha mengabdikan diri pada Allah S.W.T..

aku yang jahil : astaghfirullah..tetapi aku kadang2 berasa risau dan resah, apakah aku dapat mempunyai dia yang soleh sedangkan aku masih jahil dan tidak solehah lagi?

qolbi : bukan kamu yang memutuskan apakah kamu solehah atau tidak..tetapi Allah S.W.T..tugas kamu hanyalah berusaha menjadi solehah, bukan membuat keputusan yang kamu solehah..selagi mana kamu memikirkan apakah aku solehah atau tidak, maka selagi itu lah kamu akan jauh dengan Allah S.W.T..sebaiknya, kamu memikirkan ia tetapi dengan nada bahawa itu sebagai motivasi kepada kamu utk lebih dekatkan diri kepada Allah S.W.T...misalnya, aku sangat malas melakukan amal ibadah kepada Allah, apakah aku bisa mendapat hawa yang rajin beramla ibadah, maka dengan itu kamu pun menjadi rajin dalam melakukan amal ibadah kepada Allah S.W.T

aku yang jahil : subhanallah..apakah boleh aku niat dihati aku utk beramal ibadah hanya semata-mata menginginkan seorang yang soleh?

qolbi : Allah S.W.T sentiasa berbicara dengan aku (hati)..dan Dia lebih mengetahui dari mu apakah amalan mu itu diterima atau tidak atau bagaimana...tugas kamu hanyalah mengabdikan dirimu pada-Nya..bukan mempersoalkannya..

aku yang jahil : astaghfirullah..ampunkan aku ya Allah..aku sudah melangkaui tugas aku sebagai hamba Allah...
qolbi : Allah sentiasa bersamamu dan mendengar setiap luahan hatimu...dan kamu sahaja yang selalu tidak bersamanya..

aku yang jahil : astaghfirullah..syukri fillah...

wallahua'lam..

"aku mencintai-Mu ya Allah, hadirkanlah insan yang juga mencintai-Mu kepadaku agar bertambah cintaku pada-Mu.." amin..




"andai kehadiran insan yang bergelar zauj menyebabkan aku semakin jauh dengan-Mu, maka usah hadirkan ia kepadaku ya Allah, aku tidak sanggup untuk menukar cinta kepada-Mu dengan cinta kepada makhluk-Mu"..astaghfirullah..(T__T)

Thursday, November 18, 2010

Ingatan Buat Diri...

INGATLAH,....
segala gerak dan laku makhluk adalah izin ALLAH jua, jika datang orang menghadiahkan air mata...ALLAH sedang mendidik ku tentang sabar.
Jangan dilihat manusia yang menjadi sebab ,'lihat dengan mata hati yang ALLAH jua menjadi "musabbabil asbab",'Jika aku disakiti oleh dia,dia sedang mengajarku erti redha....


Wahai diriku,
beringat-ingatlah akan tipuan syaitan pabila aku tidak bahagia dengan kebahagian orang lain,itulah rasa sangat merbahaya.itulah pintu rasukan syaitan bila aku sendiri mendakap kejahatan warisannya sejak lama...





Wahai diriku,
Mulakanlah langkah mencari bahagia dengan merasakan bahagia melihat kebahagian orang lain.
Jangan tersalah langkah..lihatlah kehadapan ada yang sedang menunggumu...







wahai diriku,
Jangan melupakan Allah dalam memburu kasih sayang manusia kerana dengan melupakan kasih Allah,kita akan gagal merebut kasih manusia...



Wahai Diriku,
apabila melihat kebaikan sahabat
rasailah itu hakikatnya kebaikan Allah
tetapi apabila melihat kejahatan atau kelemahannya
percayalah itulah cara Allah menguju kita
gengan itu,
mudahlah kita hapuskan sengketa...











Wahai Diriku,
ingatlah sekalipun aku terhijab
daripada mengecapi nikmat ketaatan,
tapi jangan sampai aku tertipu oleh kenikmatan kejahatan
berhati-hatilah menjaga hati.
tidak mengapa aku selalu menangis
kerana dosa
tetapi jangan sampai aku tersenyum kerananya!


ingatlah selalu,..
kejahatan yang menyebabkan aku menangis,


lebih baik daripada kebaikan yang menimbulkan rasa takbur..











Wahai diriku,
jadilah solehah..
bukan carilah soleh..
jadilah solehah..
InsyaAllah akan datang soleh untuk kita..
Maka begitulah juga
dalam petua bersahabat..
jadilah sahabat yang baik,
bukan carilah sahabat yang
baik..

Wahai diriku,
biarlah diri aku jatuh bangun










merangkak tegak dalam taubat demi taubat yang tidak menjadi
berbanding larian dosa yang maju dan laju tanpa henti
lebih baik terbentur daripada patah
lebih baik hati ku selalu terdera oleh rasa berdosa sepanjang hayat,
daripada tertipu oleh nikmatnya yang menyebabkan seksa selamanya di akhirat..

ingatlah...
teruskanlah berzikir walau hati lalai

kerana sekurang-kurangnya lidah akan terselamat
daripada berkata-kata yang kotor dan sia-sia,...

Tuesday, November 16, 2010

SIAPALAH AKU...

YA ALLAH YA TUHANKU...

SIAPALAH AKU

TANPA KASIH SAYANGMU

HIDUP TIDAK MENENTU

YA ALLAH YA TUHANKU...

JAUHKAN DAKU DARI FITNAH DUNIA

JAUHKAN DAKU DARI BALA BENCANA

TIDAK TERTANGGUNG OLEHKU MALAPETAKA

YA ALLAH YA TUHANKU...

TITISKANLAH KASIH KEAMPUNANMU

AKULAH YANG MENZALIMI DIRI

MESKIPUN ENGKAU SELALU DI HATI...

(Petikan sajak oleh A.Aziz Deraman)





Monday, November 15, 2010

Jika belum siap, Cintai ia dalam DIAM.....



من عشق فكتم وعف فمات فهو شهيد
[man ‘asyaqa fakatama wa ‘afa famata fahua syahid]
Maksudnya:
“Sesiapa yang jatuh cinta,kemudian menyembunyikannya hingga kematian datang menjemputnya, maka dia adalah seorang yang syahid.”

ada sebilangan sahabat-sahabat yang mempertikaikan hadis ini. sama ada ia hadis sahih aw dhaif. tp bagi haura' cukuplah ia mengingatkan diri haura' dan memberi semangat kepada haura' supaya menjadi seorang yg benar-benar mujahidah. teringat perbualan bersama seorang kakak haura'..selaku housemate haura'. sewaktu haura' dan kakak itu study bersama-sama di dalam sebuah kelas. hanya ALLAH..haura'..dan dia...

"akak...apa yang akak faham maksud dengan "mujahidah"...??

"nak jadi mujahidah...kena kuat...!!!hatinya tidak akan tertaut pada mana-mana lelaki.. hidup jangan bergantung pada lelaki... cinta-Nya hanya untuk Allah.. tahan segala mehnah ujian yg Allah beri.. mental dan fizikal kena kuat!!!! mujahidah tak boleh lemah.."

haura' tertunduk lemah...ALLAH.. "aku selalu lemah dengan kehidupan dunia ini" haura' bermonolog sendiri.

"akak nak kita hidup dalam jemaah, lakukan gerak kerja Islam.. kalau dah kawin pun biarlah lelaki tu orang yg lakukan gerak kerja Islam jugak..tapi sekarang hidup akak dah lain..haura'...akak sedih sangat.."

"akak..akak sama dengan haura'..kite sama-sama ye kak...kita bangunkan balik semngat kite. InsyaAllah.. akak pun kena kuat...

"haura' tau tak.... sebenarnya ada hikmah Allah letakkan dan datangkan haura' dalam rumah ni.. Allah nak beri peringatan pada akak... alhamdulillah..Allah tak biarkan akak leka." sambil memegang tangan haura'.

"akak..jangan cakap macam tu..kita sama-samalah ingat mengingati ye" haura' tersenyum hambar. sebak..

haura' tertunduk lagi..lemahnya diri ini.. tetapi Allah sentiasa memberi kasih sayang kepada hamba-hambanya. satu-satu Allah aturkan untuk sahabat-sahabat dan diri haura'. Allah putuskan hubungan yang Allah tak redhai..Allah gantikan kehidupan yang lebih bahagia..selamat lagi menyelamatkan.. ALLAH... "ya Allah...tetapkan lah hatiku...kuatkan lah hatiku..supaya keyakinan ku tidak berubah...supaya aku sentiasa tabah..."ameen..

haura' tersenyum membaca risalah ini...haura' memperingatkn diri haura'..

Bila belum siap melangkah lebih jauh dengan seseorang, cukup cintai ia dalam diam ...karana diammu adalah salah satu bukti cintamu padanya ...kau ingin memuliakan dia, dengan tidak mengajaknya menjalin hubungan yang terlarang, kau tak mahu merosak kesucian dan penjagaan hatinya..


kerna diammu memuliakan kesucian diri dan hatimu.. menghindarkan dirimu dari hal-hal yang akan merusak izzah dan iffahmu ..

kerana diammu bukti kesetiaanmu padanya ..karena mungkin saja orang yang kau cinta adalah juga orang yang telah ALLAH swt. pilihkan untukmu ...

ingatkah kalian tentang kisah Fatimah dan ALi ?yang keduanya saling memendam apa yang mereka rasakan ...tapi pada akhirnya mereka dipertemukan dalam ikatan suci nan indah

kerana dalam diammu tersimpan kekuatan ... kekuatan harapan ...hingga mungkin saja Allah akan membuat harapan itu menjadi nyata hingga cintamu yang diam itu dapat berbicara dalam kehidupan nyata ...bukankah Allah tak akan pernah memutuskan harapan hamba yang berharap padanya ?

dan jika memang 'cinta dalam diammu' itu tak memiliki kesempatan untuk berbicara di dunia nyata,biarkan ia tetap diam ...

jika dia memang bukan milikmu, bila tiba waktunya Allah akan menghapus 'cinta dalam diammu' itu dengan memberi rasa yang lebih indah dan orang yang tepat ...

biarkan 'cinta dalam diammu' itu menjadi memori tersendiri dan sudut hatimu menjadi rahasia antara kau dengan Sang Pemilik hatimu ...

haura' tersenyum lg...hatinya bersemangat...janji Allah itu pasti!!!! haura' yakin..

moga kau punya kekuatan

Pabila lemahnya hatimu ina

Hubungkn dirimu dengn ILAHI

Moga kau punya kekuatan

Atau kasih sayang dgn maghfirah-NYA

Dekatkan dirimu dgn Yang Maha Esa

M’jdi jaminan satu ketenangan.

Pagi jumaat …sayyidul ayyam… kali ini saya lebih selesa untuk study di rumah. Saya cuba focus apa yang saya study. Sambil berYM dgn lina. Hihihi…focus ke saye.??ehe..Tiba-tiba lina bg YM…

“ina..kalau lina cakap lina nak sedih boleh tak”

“kenapa lina nak sedih? Lebih baik lina jangan sedih…sebab ina pun akan sedih”tiba-tiba saya nangis. Keadaan saya yang memang tak berapa ok masa tu. Saya sedih, saya takut tak mampu nak buat yang terbaik untuk exam kali ni. Tak patut saya mcam tu kan..

“lina…macam mana ni…ina da nangis ni….lina ni laaa…”saya mengadu seperti budak kecik.

“haa…biar betul? Nangis betul2 ke ina?”

Saya tergelak dalam tangisan..”yelah linaa…”

Saya terus mencapai HPhone saya…saya telefon umi saya..

“assalamualaikum maaaa…maaa…”

“waalaikumsalam…yee…”

“ma kat mane ni? Maaaa….” Sambil tahan-tahan nangis..

“kat rumah la…laaa….ina ni npe?”umi saya memang akan kalut kalau dengar saya menangis. Teringat 1 hari, nak dekat 12 malam, saya menangis2 call umi saya. Sebabnya laptop saya ada bermasalah…hihihi…kelakar je rasanya..ngada2 ina ni!!

“ina takut la mak esok…nak exam…. Maaa…ina penat la…”

“ya ALLAH…kenapa ni? Cuba lah jangan nangis, ina ni asyik nak nangis je… lemah sangat…lembik je tengok..cuba kuat sikit…stdy elok2…jgn fikir apa2..banyak2kan doa..nanti jangan lupa telefon nenek sekali”

“ermm…sedih la maa…tension pun ada..maaa…doakn ina ye..sebut nama ina jgn lupa. Doa ibu ni selalunya makbul” sambil cakap teresak2..tangisan saya semakin redha…

“yelaaa…da laa…jangan nangis…cuba kuat sikit…nak nangis jee…”

Akhirnya tangisan saya redha…dengan semangat dari my mom… dengan gelagat lina…saya jadi terhibur…alhamdulillah. Dan saya sambung stdy semula .. syukron jazillan pada sahabt-sahabat yang x putus-putus memberi sokongan dorongan kepada saya yang serba kekurangan ini. moga Allah membalas jasa antum semua di saat diri ini memerlukan tarbiyyah dan sentuhan rasa hati dari antum semua.

*~sangat memohon supaya diri ini sentiasa di tegur dan di beri nasihat~

Makanan untuk hari ni:

Saidina Othman Ibnu Affan r.a. berkata : Antara tanda-tanda orang yang bijaksana itu ialah:· Hatinya selalu berniat suci· Lidahnya selalu basah dengan zikrullah· Kedua matanya menangis kerana penyesalan (terhadap dosa)· Segala perkara dihadapainya dengan sabar dan tabah· Mengutamakan kehidupan akhirat daripada kehidupan dunia

Saturday, November 13, 2010

aku hanya annisa'..

Ya Allah..
Jadikan aku tabah seperti Ummu Khadijah
Sehingga dirinya digelar afifah solehah
Dialah wanita pertama
Tiada ragu mengucap syahadah
Pengorbanan bersama Rasulullah
Susah senang bersama
Walau hilang harta kerana berdakwah
Walau dipulau 3 tahun 3 bulan
Imannya sedikit pun tak berubah
Mampukah aku setabah dirinya?
Andai diuji sedikit sudah rebah..
Baru dihina sudah mengalah
Ya Allah..tabahkan aku sepertinya..


Ya Allah..
Jadikan aku semulia Fatimah Az-Zahrah
Betapa tinggi kasihnya pada ayahandanya
Tidak pernah putus asa pada perjuangan dakwah baginda
Anak yang semulia peribadi baginda
Tangannya lah yang membersihkan luka
Tangannya jua yang membersihkan cela
Pada jasad Rasulullah tercinta
Gagahnya dirinya pada dugaan
Mampukah aku sekuat Fatimah?
Saat diri terluka dendam pula menyapa
Saat disakiti maki pula mengganti
Ya Rabbi..teguhkan hatiku sepertinya..


Ya Allah..
Jadikan aku sehebat Masyitah dan Sumaiyah
Tukang sisir yang beriman
dan Keluarga Yasir yang bertakwa
Sungguh kesabaran mereka menggoncang dunia
Iman tetap terpelihara walau nyawa jadi taruhan
Mampukah sabarku seperti mereka?
Tatkala digoda nafsu dunia..
Entah mana hilangnya Iman di dada


Ya Rahman..
Kuatkan Imanku seperti Masyitah
Terjun penuh yakin bersama bayi ke kuali mendidih
Kerana yakin Allah pasti disisi
Sabarkan aku seperti sumaiyah
Biar tombak menusuk jasad..
Iman sedikit pun takkan rapuh.


Ya Allah..
Jadikan aku semulia Ummu Sulaim
Perkahwinannya dengan Abu Talhah atas mahar Iman
Islamlah Abu Talhah sehingga menjadi sahabat Rasulullah
Betapa hebatnya tarbiyyah isteri pada suami
Hinggakan segala panahan ke Rasulullah pada hari uhud
Disambut dengan belakang jasad Abu Talhah


Ya Allah..
Tarbiyyahkan aku pada cinta sepertinya
Tingginya nilai cinta pada harga Iman
Mampukah aku menatap cinta itu?
Sedangkan rupa yang menjadi pilihan
Ketulusan Iman diketepikan
Ya Allah..
Ilhamkan aku pada cinta sepertinya..


Ya Allah...
Jadikan aku sehebat Aisya Humaira
Isteri termuda Rasulullah
Biar dilempar fitnah
Dia tetap teguh pada ketetapanNya
Isteri sejati yang memangku Nabi
Pada saat terakhir baginda
Hadis dan Sunnah Rasulullah dipertahankan
Betapa hatimu seorang mujahidah


Ya Allah..
Mampukah aku contohi dirinya?
Pada fitnah yang melanda
Diri mula goyah dan putus asa
Teguhkan Imanku sepertinya..Ya Rahim..


Ya Allah..
Teringat diri pada Khansa
Empat orang anaknya mati di Jalan ALLAH
Dia meratap tangis..
Anak sulungnya syahid
Anak keduanya turut syahid
Anak ketiganya dan keempat jua mati syahid
Namun tangisan itu bukan kerana pemergian anak tercinta
Jawabnya kerana tiada lagi anak yang dihantar untuk berjihad


Ya Allah..
Mampukah aku menjadi ibu yang berjihad?
Sedang anak tak tutup aurat pun masih tak terjawab
Sedang anak tinggal solat pun buat tak kisah
Berikan aku kekuatan sepertinya..
Agar bersedia pada akhirat.


Wahai kaum Adam yang bergelar khalifah..
Diriku bukan setabah Ummu Khadijah
Bukan jua semulia Fatimah Az-Zahrah
Apa lagi sesabar Masyitah dan Sumaiyah
Mahupun sehebat Ummu Sulaim
Dan tidak seteguh Aisya Humaira
Kerana diri cuma An-Nisaa akhir zaman
Dimana Aurat semakin dibuka terdedah
Dimana syahadah hanya pada nama
Dimana Dunia yang terus dipuja
Dimana nafsu fana menjadi santapan utama
Dimana batas sentiasa dileraikan
Dimana ukhwah sentiasa dipinggirkan


Wahai Kaum Hawa
Kita cuma An-Nisaa
Para pendosa yang terbanyak di neraka
Lantas walau tak setabah para Mujahidah
Namun Tabahlah pada ketetapan Allah
Kerana padanya ada Syurga!
Walau tak semulia para wanita sirah
Tapi muliakan diri dengan agama yang memelihara
kerana padanya ada Pahala!
Walau tak sesabar para wanita solehah
Namun sabarkan jiwa pada nafsu dunia yang menyeksa
Kerana padanya ada bahagia!


Sesungguhnya Hawa tercipta dari Tulang rusuk kaum Adam
Bukan untuk ditindas kerana lemah
Tapi untuk dilindungi kerana Indah
dan Indah apabila tertutup terpelihara
Kerana disitulah terjaganya Syahadah
Bak mekarnya wanita dalam sirah
Tuntunlah kami ke arah syurga..
Bicara dari An-Nisaa yang hina..
Makbulkan doaku..
Aamiin..


*****

"Setiap kejadian yang berlaku pasti ada hikmahnya, sesuatu yang baik belum tentu berakhir dengan baik. Begitu juga sesuatu yang buruk belum tentu berakhir dengan derita. Apa yang penting ialah tanamkan cinta pada Allah, pada jalanNya. Keyakinan pada Allah harus melebihi daripada keyakinan kita pada diri sendiri, malah pada orang lain. Memanglah mudah untuk kita berkata dan payah untuk melakukan. Memanglah mudah untuk jatuh rebah dan susah untuk bangun kembali. Memanglah mudah untuk berbuat amal tetapi payah pada istiqamah. InsyaAllah, semuanya terletak pada kekuatan hati yang turut dipandu oleh akal kita. Akal yang bertunjangkan iman dan ilmu. Kita sering berbicara tentang taubat dan bila masa sesuai untuk dilakukan.


Seandainya rasa cinta itu wujud, pasti akan ada jiwa hamba yang rindu beramal dengan Maha pencipta. Lihat sahaja pada nadi, selagi nadi berdenyut, selagi nafas menghembus, pintu taubat masih terbuka buat hambaNya. Tetapi kesombongan kita yang membawa kita malu untuk bertaubat pada hari ini. Keegoan kita yang menarik kita untuk bertangguh pada hari esok, kejahilan kita yang membuat kita berfikir akan selalunya ada hari esok. Seandainya dosa itu dapat dilihat, pasti kita dipenuhi dengan noda. Seandainya pahala itu dapat dilihat, pasti diri dikabus dengan riak. Para pencinta Illahi itu pemalu, malu menzalimi diri yang hanya pinjaman dari Nya. Para pencinta jihad fisabilillah itu penakut, penakut pada mati tanpa berjuang menegakkan agama Allah. Para pejuang syahid itu pengecut, pengecut kepada mati tanpa mengingati Allah."

Dan Saidina Ali bin Abu Talib pula pernah berkata :
"Kadang-kadang dibuka bagimu pintu taat & tidak dibuka bagimu pintu penerimaan. Di kala yang lain pula ditakdirkan bagi engkau perbuatan maksiat,tetapi hal itu merupakan jalan bagimu untuk sampai (kepada kebaikan). Perbuatan maksiat yang menimbulkan perasaan bersalah & menyesal lebih dari perbuatan taat yang menimbulkan perasaan takbur & angkuh. (Ibnu Athaillah)..


~Lihat dengan hati kerana pandangan mata selalu gelap, tak mampu menilai hakikat~


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...