Monday, January 19, 2015

Allah sentiasa menemani.

"Dunia ini cuma sebentar, fikirkan akhirat dan usah bersedih. Pastinya Allah telah menyediakan balasan yang terbaik untuk sesiapa yang dikendakinya".



Ada orang mengadu, kenapa hidupnya macam ni. kenapa hati tak tenang selalu. Macam mana nak tenangkan hati ni.

senyum.

koreksi hati.
Selfie diri.


Tidak perlu bertanyakan 'kenapa?' 'kenapa'.
Carilah Allah.

"Sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat". (Surah Al-Baqarah, ayat 214)


"Sesungguhnya Aku amat dekat."    (Surah Al-Baqarah, ayat 186)


"Dan sesungguhnya, kami mencipta manusia dan kami sedia mengetahui apa yang dibisiikan oleh hatinya, sedang pengetahuan kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya".   (Surah Qaf,ayat 16)


Nah! apa lagi mahu di cari!
Tadabburi surat cinta Allah.
Pastikan ketemu ketenangan.
Itu Fitrah.


Resah dan gelisah itu sebab dosa.
Tak pun terlalu fikir tentang hal dunia.


Letakkan pergantungan pada Allah.
Sungguh, melihat alam itu sahaja sudah memberikan kita motivasi.

Inilah dia motivasi daripada Ilahi untuk mencari ketenangan.


Ketahuilah bahawa kita tidak keseorangan,
sesungguhnya, kita tidak pernah sunyi,
Mari kita lihat kehidupan yang lebih besar daripada diri kita ini,
Sesungguhnya Allah s.w.t menemani.


:-)



No comments:

Post a Comment


~Lihat dengan hati kerana pandangan mata selalu gelap, tak mampu menilai hakikat~


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...