Monday, June 8, 2009

Mahasiswi hampir dibelasah oleh lelaki berseluar pendek

Beberapa minggu lepas, ada 2 org sahabat ana (siswi) yang baru balik dari solat Isyak di surau kolej kediaman terserempak dengan sepasang lelaki n perempuan berdua-duaan di kawasan gelap dalam area penginapan siswi, keadaan mereka mencurigakan. Nak kata ada group study mustahillah sebab tak cukup pencahayaan nak baca buku. Atas dasar kesedaran Islam dan bimbang tentang keselamatan penghuni siswi di kawasan berhampiran, 2 org sahabat ana ni memberanikan diri untuk menegur mereka,
"Assalamualaikum, saya rasa tak manislah kalau kakak dgn abang berdua-duaan di tempat gelap ni..lagi pun area ni area siswi"

Lelaki tadi menjawab dengan bongkaknya,
"Korang ingat bangunan ni bapak korang punya? Korang boleh blah..."

"Ni kawasan tempat tinggal kami, ke mana lagi kami nak pergi kalau kami dihalau dari sini? Abang, lagi satu, saya rasa abang tau ciri-ciri pakaian yang menutup aurat dalam Islam, seluar pendek ni tak cukup nak tutup aurat kita.."

Lelaki tadi bangun menghampiri sahabat ana tadi, dengan perasaan bengis dan cukup marah (kepalanya berjarak kira-kira 6 cm dari sahabat ana tadi),
"Aku tau la, ko takyah nak menyibuk pasal aku, ko ingat org tudung labuh macam kau ni baik sangat?Dapat masuk syurga?", masa itu sahabat ana pakai telekung, bukan tudung labuh.

Lelaki tadi mahu mengangkat tangannya dan merapatkan lagi kedudukannya seolah mahu menampar dan membelasah sahabat ana tadi,
"Lebih baik korang pergi dari sini, blaaaaahh..".
Sahabat ana terasa seperti orang Palestin, berada di bumi sendiri tapi dihalau sewenang-wenang oleh orang asing.

Dipendekkan cerita, bersurailah segala ketegangan setelah hampir 20 minit mereka 'berbual'.

Persoalannya disini :
1) Adakah ramai lagi golongan mahasiswa yang dikatakan golongan intelektual masih mempunyai pemahaman dan pemikiran Islam yang cetek?

2) Adakah ramai di antara kita yang mampu mencegah kemungkaran yang berleluasa di kalangan mahasiswa kita hari ini?

3) Adakah kita cukup bersedia dari segi kemantapan islah dan tarbiyah untuk menghadapi golongan bodoh sombong ini?


wallahu a'lam...

sumber : http://epmram.pmram.org/modules.php?op=modload&name=News&file=article&sid=294&mode=thread&order=0&thold=0&POSTNUKESID=c6f41564a5c0a92a390fb10319870f29

No comments:

Post a Comment