“Ina…cuba tengok kat depan umah kita tu…asyik dating jeee…”kata seorang kakak kepada saya. Saya diam, dan masih menghadap laptop. Tak nak tengok..hihihi
“eeeiii… aku nak solat ni pun cam susah nak solat. Asyik dating je..” saya diam dan tersentap. Aik…kenapa pula susah nak solat..solat jela.. tapi cakap kat dalam hati jelah…kui3.. Bukan saya tak nak bangun melihat dan membalas apa yang di rungutkan itu. Tapi hanya mampu merintih dan berdoa. Di samping menjadi peringatan kepada diri saya.
Kenapa ye, dia tak nak mengambil pengajaran dengan apa yang dia lihat. Tau pun ye rasa jelik bila tengok orang dating-dating. Tapi ambil pengajaran tak.. saya masih diam..
“ina..ko tak nak ke siapa-siapa ambil ko? Tiap kali nak pergi balik umah di ambil”saya faham maksud dia.
“tak nak lah kita,kita ada sapa je pun. tak apalah kalau ayah kita yang amik. Dia pun teristime gak.”
“alaaa..bukannye tak boleh,ina je tak nak”
“takpelaaa…kita nak tunggu suami kita yang ambil kita nanti, barula best”. Terus dia terdiam dan saya terus keluar bilik. Tolonglah, saya tak nak jadi macam dulu”AKU PERLU BELAJAR DARI PENGALAMAN YANG LALU!!!. Ya Allah, jadikan aku seorang yang sabar dan tabah dalam menghadapi orang di sekeliling aku.
Teringat pagi sabtu yang lepas. Pagi itu saya perlu ke kelas memandu dan saya mengambil keputusan untuk menunggu di luar pagar. Sambil menunggu saya mendengar lagu di hp saya. Tetiba sebuah motor berhenti di depan jiran rumah saya. Saya yang terpandang sekali jadi tertoleh 2x. “eh,cam kenal je…”
“weii…ko ke? Wat pe kat sini…haaa…nak jumpa sape ni? Makwe ekkk?”. Haaa…selambanya saya berkata demikian. Nampak muka dia dah cuak dah.hahahha. “eh..ina..ko duduk sini ke? Patut la tadi cam kenal je..” sambil motornya ingin menuju ke depan saya. Hati saya dah berdebar-debar dah..hahaha.. bukan berdebar apa pun..takutlaah. orang cakap apa kang.
“haa…yelaa..kita dok sini la…ooo…ko la yang selalu dating ye…” upppss…selambenye ko ina kalau berkata.
“eh..taklah,kadang-kadang je…ni adik angkat aku la..” dan ketika motor dia nak hampir dengan saya. Hp saya berbunyi.. haa..alhmdulillah.. maka,berpatah balik la motor dia ke tempat arah tujuan dia yang sebenar..hohoho..
Begitulah kan, macam-macam. Sejak saya masuk sem ni saya lebih banyak diam dan mendengar. Mungkin sejak kenal kak tiqah.. banyak tarbiyah-tarbiyah yang dia masukkan kat dalam diri saya. Entah nape ntah tiap-tiap pesanan dia saya asyik terngiang-ngiang je. Hehe..Terima Kasih ya Allah kerana mempertemukan pertemuan ini.(^_^).
“dik..kita jangan cepat terasa dengan orang lain. Nak jadi daie kena berlapang dada. Jangan mudah terasa. Kalu kita terasa ingat lah kebaikkan yang pernah dia buat kat kita”
“ dik..ingat..adik kena tegas. jangan biarkan sahabat kita mengata-ngata tentang sahabat yang lain.”( lebih kurang cam suka mengata,mengumpat la).
Didik lah diri kita menjadi seorang yang tegas. jangan mudah terpengaruh. Bila orang mengumpat, kita pun nak join. Kita pun nak mengapi-apikan. Kata-kata ni sungguh berkesan di hati saya. Bila perkara ini berlaku kepada saya. Saya hanya mampu diam dan focus dengan apa yang saya lakukan pada waktu itu, walaupun pada watu itu sahabat saya sedang bercerita yang tidak patut. Dan automatik, sahabat saya akan tukar topic bila saya mendiamkan diri. Kadang-kadang kita tak sedarkan, Bila kita tak puas hati dengan kawan-kawan yang lain mulalah kita membuka pekung di dada. Bercerita kepada kawan-kawan yang lain, dan dari situ kita membuka aib kawan kita sendiri. Ya Allah…baiki hatiku…
“dik..utamakan yang lebih utama dulu dik. Banyak lagi tanggungjawab kita kat luar sana tu, jodoh semua tu akan datang, insyaAllah. Banyak-banyakkan doa. Lakukan yang utama dulu ye.” Kerap kali saya di nasihatkan tentang perkara itu..=)
“ dik, ingat…kita jangan mengata lecture yang mengajar kita tu..jangan merungut.. semua tu ade sebab napa die lakukan semua tu”
“dik,jangan cepat merungut ye…sentiasa bersangka baik dengan Allah”
Semuanya tergiang-giang di hati,akal fikiran saya. Bila saya ingat-ingat balik, sedikit sebanyak saya mengaplikasikan dalam hidup saya. Saya sedar semakin lama saya hidup kat dunia ni, saya rasa semakin sikit ilmu yang saya belajar. Walaupun saya dah tahun4 di Usim. Banyak yang saya kena belajar lagi tentang kehidupan ni.
“akak tengok Adik kurang memerhati, sebab tu akak nak kena tanya banyak soalan kat adik.” Toing3..kan dah kena. Saya ni suka sambil lewalah pulak..ihik3.. Apa-apa pun saya kena usaha menjadi seorang manusia yang sentiasa ada usaha untuk membaiki diri.. untuk mendapat yang terbaik..kena lah berusaha ke arah tu gak kan..ngengeengeee… doakan saya ye…(^_^)
No comments:
Post a Comment