Alhamdulillah…biiznillah…selesai juga kerja saya untuk mendapatkan pengalaman dan ilmu. Kenamengajar pelajar tahun 1 di USIM. Sekejap je pun ajar kat situ, nak ambil pengalaman dan improve kan arab. Mula-mula memang tak yakin. Saya bukannya hebat dalam bahasa arab pun…~_~. Tapi saya sangat sayang dan suka bahasa arab. Dan sangat-sangat teringin untuk belajar bahasa arab yang betul-betul punya. Erk…selama ni tak betul ke? Confius jap ye. Maksud saya belajar secara menyeluruh, selama ni tak menyeluruh pun. Dulu masa dekat sekolah menengah belajar main-main. Main redah je. itulah akibatnya ok.
First time masa pergi taklimat ni, saya teragak-agak untuk pergi. Segan kot. tapi kuatkan hati, sahut cabaran dari my mom dan mursyid saya ustaz wan . bersungguh-sungguh betul mereka ya. Syukran kathir juga pada kak bai yang memberi semangat. Mereka yakin dengan saya, tetapi saya tidak yakin pada diri sendiri. Itu pun satu masalah untuk diri saya. Tapi cepat-cepat betulkan mind setting tu. “ye…aku boleh!!! Aku kena berani…”cewaah^_^.
Ok..berbalik cerita yang asal. Masuk je ke dalam dewan persidangan al-kuliah ekonomi dan muamalat saya sudah terpaku. Mana kan tidak, semua di situ muka hebat-hebat, kebanyakan lepasan luar negara. Jordan…morocco…mesir…dan sebagainya. Saya ni macam mana? Konvo pun belum lagi, bahasa arab tunggang terbalik lagi. Saya terus ambil tempat duduk. Tak ada kawan pun masa tu. Tapi tak keseorangan, Allah menjadi peneman saya.insyaAllah. saya duduk di sebelah seorang kakak. Ntah siapa-siapa sahaja yang saya tegur. Borak-borak jap. Akak ni lepasan al-azhar rupanya..ok..
“kak..saya nak undur diri la..tengokla,muka semua hebat-hebat”.
“jangan ina, ina kena yakin dan cuba. Ina kan dah terpilih, kena lah cuba.”akak itu memberi kenyakinan pada saya.
Semua menggalakkan saya. Tak faham saya.huhu. saya tahu lah tahap saya macam mana kan.hehe.
Tiba lah masa hari saya melakukan tugas saya. Berdebar tak? Tak pun. Ntah, biasa-biasa je. maybe sebab dah biasa berhadapan situasi macam ni, selalu join program2 dan sebagainya. Masuk je saya terus bagi salam dan speaking arab, simple je kot ayat saya.
“Assalammualaikum….bla..bla…bla…”. muke pelajar-pelajar dah tercengang-cenggang dah.
“waalaikumsalam… ustazah…kami tak faham lah..dah lama dah tinggal kan arab ni.”berkata mereka dengan penuh kesayuan.huhu.dan jadilah episod di mana saya kena cakap dalam dwi-bahasa.
Owh…lupa…kebanyakannya mereka dari pelajar-pelajar dari matrikulasi.
Masa hari terakhir di dalam kelas, masa tu dah nak balik dah. Datang beberapa pelajar berjumpa saya.
“ustazah…ustazah bukan belajar kat mesir kan, tapi macam mana ustazah boleh fasih cakap arab ye”. Saya tergelak.
“ya Allah…kamu ni jangan merepek la, apa yang akak cakap tu ayat-ayat simple je”jawab saya. tak biasa la bila di gelar ustazah. segan kot. tak layak lagi..~_~
“betul ustazah,saya ni kalau cakap pun terbelit-belit.”
“tak apalah, perlahan-lahan lah…insya-Allah boleh tu. Belajar kat usim ni nanti ada subjek arab, mantop lah tu nanti”.
Masa dalam perjalanan balik jalan bersama adik-adik ni. Tunjuk arah usim ni. Yela, siapa yang tak biasa mesti akan sesat. Macam saya mula-mula belajar di USIM dulu. Sibuk nak temankan saya balik adik-adik ni. Apa-apa pun satu pengalaman yang berharga. Nak lagi tak kalau diberi peluang? Tak nak kot…=p. menggerunkan je…^_~. kena mantapkan ilmu lughah ni. mursyid saya kata kena sekarang ni saya kena banyak baca buku arab untuk tambah kan mufradat. insyaAllah...=)
No comments:
Post a Comment