Malam sabtu, selepas solat isyak, saya bersiap-siap
untuk ke Banting. Meeting bersama-sama sahabat-sahabat dalam gerakan program di
Kuala Langat. Sejujurnya, saya sudah lama tidak melibatkan diri secara langsung
bersama mereka. Sibuk? Sebenarnya bukan itu yang menjadi alasan kalau kita
betul-betul hendak. Sibuk memang sibuk, persiapan praktikal..bercinta dengan
RPH. Bila di ketuk hati dari kak naqibah tersayang, baru saya tersedar semula.
Bangun ina!!! Bangun!! Saya sebak… kami semua rindu ina kat sini. Di sinilah
pentingnya ukhwah. Sama ingat mengingatkan. Allahu Akhbar….
Banyaknya program, kena bergerak dan usaha bantu..ini semua untuk ISLAM. Macam mana
pun sibuknya diri kita. Kita kena berusaha untuk melakukannya. Nanti Allah
marah kalau kita tak sebarkan dakwah. Yang penting usaha!!
Esoknya berprogram bersama sahabat-sahabat Nisa’.
Alhamdulillah, sangat best. Ingat nak pergi kejap je. Datang pun dah lambat
kan. :p. tiba-tiba tengah hari tu
terjoin game pula, membina bangunan menggunakan kertas. Ok..join jelah. Ramai
sangat pembantu kumpulan nisa’ ni. Tamat dalam pukul 1 lebih. Kumpulan nisa’
menjadi Johan keseluruhan. Alhamdulillah. Mengeratkan lagi hubungaN kami
bersama.
Selepas Zohor, saya bergegas pula menuju ke Masjid
Shah Alam. Ada Maulid Rasul Akhbar. Allah…Allah…ramai sangat muslimin dan
muslimat yang berusaha menghidupkan sunnah Nabi. Permandangan sejuk mata
memandang. Bai’ah yang solehah. Menunggu alunan Qasidah dari gabungan pondok
tahfiz. Sejuk mata memandang melihat adik-adik memakai jubbah putih beserta
serban bagi muslimin, jubbah beserta purdah untuk muslimat.
Dulu, masa daurah kat masjid, ustaz selalu cakap, kita
mesti berusaha mengajar anak murid kita berqasidah. Moga ia adalah saham untuk
kita di sana. insyaAllah, dah start sikit-sikit. Petang lepas Asar, munaqashah bersama Habib
Ali zainal Abidin. Perbincangan mengenai kesenian, di mana kita telah di gembar
gemburkan tentang berqasidah berserta alat muzik adalah haram.
·
Hukumnya harus selagi ia tidak membawa kepada
kelalaian.
Memuji-muji mengalunkan selawat Nabi, moga Rasulullah mengenal kita di akhirat sana nanti. Jika kita mahu dikenali di sana, marilah
berselawat ke atas kekasih Allah sebanyak-banyaknya. Allah itu Maha Baik, Allah
sangat-sangat baik. Saya berjumpa dengan seorang kakak yang sangat solehah dan
mengajak saya bermalam di rumah dia memandangkan saya tidak membuat lagi
keputusan untuk ke bermalam di mana. Banyak
perkongsian yang dikongsikan. Akak ni tak habis-habis mengajak saya untuk
bermalam dirumahnya. insyaAllah kak, moga Allah izinkan.
Nak cinta kan RASULULLAH , Kita mesti cintakan ulama’.
Bercinta bermaksud menghadiri majlis ilmu mereka. Kerana ulama’ merupakan
pewaris Nabi, cerminan Nabi. Mereka adalah orang yang cinta dan takutkan Tuhan.
Moga Allah izinkan saya semula untuk majlis-majlis seperti ini…
No comments:
Post a Comment