Friday, May 24, 2013

Kenangan itu.



Minggu ini minggu terakhir persekolahan  saya. Cuaca pada minggu-minggu terakhir di sekolah sangat panas. Musim Panas mungkin. Saya menyiapkan kerja-kerja terakhir sebelum meninggalkan sekolah ini dengan menyiapkan laporan Sambutan Hari Guru. Last-last minit baru nak buat,baguslah kan.^_^. Maka, saya datang awal ke sekolah untuk menyiapkan kerja-kerja yang perlu disiapkan.   Alhamdulillah, PBS saya dah siapkan awal-awal dah. Hari terakhir pun kelas  tak banyak. 

Tiba-tiba terdengar pengumuman daripada cikgu penyelia petang ketika sesi petang sedang berjalan. “Perhatian kepada semua guru-guru di minta berkumpul dibilik guru pada 3.30 petang ada sedikit taklimat yang akan disampaikan sempena cuti sekolah nanti”
Dalam hati saya dah berkata-kata, taklimat apa pula ya.


Owh.. lupa. Hari ini ada sedikit jamuan perpisahan . Maka kami guru-guru pun sibuk menyiapkan hidangan apa yang patut. Allah, saya sangat terharu dengan layanan guru-guru disini. Sangat baik dan terlalu baik. Tidak tahulah sama ada saya dapat menikmati semua ini selepas diposting tempat lain. Hopefully dapat sekolah yang sama.


 Majlis di mulakan, pengerusi mengalu-alukan orang yang diraikan berucap. Gulp. Saya tak buat teks pun. Spontan sahaja. Tiba-tiba Guru Besar suruh berucap di depan. Air mata dah berlinangan. Macam mana nak cakap ni. Dalam menahan sebak. Saya mengucapkan terima kasih kepada semua guru-guru dan guru pembimbing atas tunjuk ajar dan keprihatinan mereka. Sememangnya, saya beruntung dapat di tempatkan di sekolah ini. Guru-guru semua sporting. Saya dapat lihat GB mengesat air mata. Yang paling terharu. Saya dapat hadiah banyak. Dari pihak pentadbir, panitia agama Islam, guru-guru sesi petang, guru sesi pagi,dari badan kebajikan guru dan paling terharu dari guru pembimbing sendiri, ustazah Normilah. Tak lupa juga hadiah dari murid-murid yang saya sayang, dah macam hadiah orang pengantin pula. Tak tahu nak letak kat mana. Terima kasih semua.

Selepas sesi makan-makan, Cikgu Latip membuat pengumuman. Murid-murid diminta berhimpun. Ada sesi bersalaman. Saya ingat sesi bersalaman untuk semua guru. Tetapi khas untuk saya diminta berucap. Allah. Ada lagi? Murid-murid yang saya ajar dah mula berkerumun dengan saya. Yang murid perempuan mula lah dengan manjanya peluk-peluk. Last-last, cikgu Latip minta saya kedepan sebab keadaan dah tak terkawal. Entahlah, terharu sangat atas layanan ni.


Waktu itu, sempat saya berfikir. Kalaulah layanan manusia dah sebaik macam ini. Macam manalah layanan Allah pada hamba-hambanya yang taat menurut perintah-Nya. Adakah saya tergolong didalam golongan yang mendapat layanan seperti itu. Allahu. Sebak.
 

Jam sudah menunjukkan hampir pukul 7 malam. Tapi saya tak kemas barang-barang lagi. Alhamdulillah lah jumpa kotak. Saya masukkan je barang-barang tu dalam kotak. ABM pun tak tahu nak letak mana. Banyak sangat.
 Izyan dah bagitau awal-awal kat saya. “ Ina, nanti nak kalau nak minta kita tolong angkat bagi tahu lah”.
 

Alhamdulillah, ada orang nak tolong. Barang-barang saya pun memang banyak kot. Dengan hadiah lagi.:p. Terima kasih sahabatku tolong angkut kan barang yang sangat banyak itu.
Sampai rumah dah nak maghrib pun. Tak tahu nak letak hadiah ni kat mana. Hadiah murid-murid bagi pun tak sempat nak kemas lagi.  Macam hadiah kawin la pula kan.:p.



Sebenarnya sedih lagi ni. Tak tau nak cakap macam mana. Terlalu seronok dekat sana. Moga saya diberi peluang untuk menetap di sana. Ameen.

No comments:

Post a Comment