Hampir
memasuki angka ke dua perkenalan kami. Alhamdulillah, banyak kami harungi
bersama. Saat berduka. Bersama detik-detik terindah. Tak ada yang lebih
terindah lagi selain mengucap syukur di atas perkenalan ini,Alhamdulillah.
Peraturan ini Allah yang aturkan, Allah yang rancang. Tanpa-Nya mungkin ini tak
terjadi.
Ya….Dia
sudah menjadi sebahagian daripada keluarga saya. Saya sayang dia walau macam
mana sekalipun terdapat kelemahan dari dia. Sebab saya tahu saya pun banyak
kelemahan yang kadang-kadang saya tidak sedari dan dia menegur. Sifat manusia
yang memang banyak kelemahan. Kadang-kadang tanpa sedar sikap kita yang sama
seperti sikap dia. Cuma diri kita yang tak sedar. Bila kita tahu kelemahan dia
terus kita tinggalkan dia, kita rasa kita hebat dan bagus. Allah.. Sahabat…
contohilah kisah sejarah Nabi kita bersama sahabat sejatinya Saidina Abu Bakar
. pemaaf melebihi segala-galanya…kuzuhudannya menggambarkan ketaqwaannya walau
sudah di janjikan syurga.
Terima kasih adik bersama-sama Umi. Terima kasih
banyak bersabar sepanjang perjalanan ukhwah kita ini. Umi sayang adik..
21
September , genaplah umur adik 21 tahun, sanah helwah dik….happy
birthday…selamat hari lahir…moga adik sentiasa berada di bawah
kasih-sayang-Nya. Moga adik jadi wanita solehah. Rajin-rajin mengaji. Belajar
rajin-rajin. Belajar untuk dapat ilmu bukan dapat kerja ye dik. Adik, adik yang
terbaik selepas adik-adik umi yang lain..
Maaf sebab
tak dapat jadi umi yang terbaik untuk adik. Segala kenangan tercipta akan umi
sematkan dalam hati. Jadikan segala peristiwa yang berlaku antara kita sebagai pengajaran dan pembelajaran selagi nafas belum terhenti.
_______________________________________________________________________________
ADIK…TERIMA
KASIH JAGA HAZIQ SEPANJANG UMI KE SEKOLAH.
TERIMA
KASIH JUGA JAGA UMI BILA UMI SAKIT.. SESUNGGUHNYA ALLAH JUGALAH SEBAIK-BAIK
PENJAGA.
TERIMA
KASIH JUGA DIK TOLONG UMI MASAK, LIPAT KAIN, KEMAS BILIK, TERIMA KASIH
BANYAK-BANYAK SEBAB BANYAK TOLONG UMI…
dalam dewan seminar al-fateh...^_^
Umi minta
maaf jika ada kekurangan sepanjang adik dengan umi. Banyak sebenarnya. UMI
SAYANG ADIK .. hanya Allah sahaja yang mampu membalasnya.^__^. Allah hantar seorang adik yang memahami dan selalu bantu Umi. Allah...Alhamdulillah...terima kasih ya Allah atas kurniaan -Mu ini.
Sempena ulang tahun kelahirannya ini, Engkau cucurilah rahmat kurniaan -Mu..jadikanlah Dia wanita solehah yang sentiasa berada di bawah jagaan-Mu.. Allah,...jagalah dia..Allahumma ameen..
No comments:
Post a Comment