Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamu'alaikum w.b.t...
Bercakap tentang soal memilih jodoh, teringat kisah benar
Ustazah Norhafizah Musa bagaimana dia setuju untuk berkahwin dengan suaminya,
Dr Azhar Yaakob.
Ustazah ada ceritakan di dalam satu ceramah di UIAM,Gombak
di bawah tajuk “Gown & Tuxedo: The Beauty of Me.
Kata ustazah :
“Dalam bab memilih jodoh ni, ustazah ada memiliki
kepercayaan dan keyakinan sendiri yang ustazah pegang sangat. Bahawa jodoh ini,
yang terbaik, mohonlah dengan Allah Azzawajalla. Ustazah percaya sangat dengan
Allah, minta dengan Allah. Minta dari sekarang, “Rabbi Habli Minassolehin.” Ya
Allah, kurniakan aku keturunan yang soleh-soleh. Nak keturunan soleh, mak kena
soleh. Nak keturunan soleh, pasti kita dapat suami yang soleh. Sebab kita
mintak seluruh keturunan kita, ada lagi darah daging kita walaupun tujuh
keturunan, soleh belaker. Kita mohon dengan Allah, jumpa insyaAllah. Kalau tak
jumpa kat dunia, pun kat akhirat. Allah jawab kita punya permintaan.
Sebelum umur ustazah 18 tahun, ustazah bergelumang dengan
pakwe makwe, tapi lepas umur 18 tahun, memang tak de langsung dah. Takde. Duduk
belakang pintu pun dua kali je kot. Tu pun nak bagi fail. Di Yarmouk, di bawah
persatuan Permaya namanya, jika berhubung dengan lelaki, akan ada tabir. Memang
tak ada pergaulan bebas langsunglah.Ustazah harap anak-anak ustazah tak ikut
perangai mak dia yang dulu-dulu tu.
Dan selepas 18 tahun, inilah doanya.
Ya Allah Ya Tuhan, sebagaimana kawan-kawan aku yang lain,
aku nak juga jodoh yang baik. Aku yakin dengan Engkau ya Allah.
Selepas usia ustazah 18 tahun, bercakap dengan lelaki
melalui telefon pun takde langsung. Malah,setiap kali ada urusan dengan
laki-laki, Allah je yang Maha Mengetahui, ustazah rasa masa silam yang
ustazah lalui itu, cukuplah tak nak ada hubungan apa-apa dah. Berdoa saja
dengan Allah. Dalam keadaan tak kenal, mana satu Arshad, mana satu nama ni,
macam mana nak kawen? Siapalah orangnya, siapalah yang nak. Tapi Allah mengatur
jodoh ustazah. Ustazah istikharah,istikharah,istikharah, yakin dan percaya,
betul agaknya, hati tu kuat mengatakan ini jodohku. Terima sajalah, dan minta
Allah mudahkan segala jalan.
Walaupun mula-mula, datang orang ni sorang, kita kata tak
hensem, tak nak istikharahlah. Bila sembahyang kita kata, “Kenapalah aku ni,
tak jujur dengan Allah. Kata nak mintak Allah carikan. Kata nak percaya dengan
Allah.” Tapi, banyak juga campur tangan taste kita kan.
Ustazah istikharah jugak, tak kiralah sape pun. Istikharah,istikharah,
sampailah datang seorang jejaka., yang sungguh macho sekali. Datang seorang
jejaka tu, yang ustazah memang berat hati, tak naklah yang ni. Dahlah orang
jauh apa semua. Tapi, kita jujurlah dengan Tuhan, kita istikharah. Akhirnya
Allah meletakkan dalam hati tu, keyakinan yang tidak dapat digugat-gugat.
Ustazah katakan, inilah jodoh yang Allah pilihkan untuk ustazah. Dan
alhamdulillah, yang pilihan Allah itu, semakin lama kita melalui kehidupan,
semakin terserlah bahawa inilah pilihan istimewa dari Allah untuk ustazah.
Seorang suami yang boleh bangun malam, pakaikan pampers anak, ustazah nak pergi
ceramah, dia tolong buatkan nota-nota. Tak pernah komplen nak pergi mana, nak
pergi mana. Dia kata, dalam Lembah Klang, nak sampaikan dakwah, pergilah,
takpe, Anak-anak dia boleh uruskan.
Baru beberapa tahun kawen, dia hadiahkan seorang bibik.
Pembantu rumah untuk memudahkan kerja sebagai seorang isteri. Pada ustazah,
pilihan dari Allah itu, yakin dan percaya itu yang terbaik. Jadi, jangan takut,
saya tak bergaul dengan laki-laki, jadi takde jodohlah saya. Tidak. Mohonlah
dengan Allah Azzawajalla.
assalamualaikum ukhti :)
ReplyDeleteterima kasih diatas perkongsian ini.
sy tak pernah dgr ustazah ceramah pasal nih.
btw, sy sgt suka mndgr crmah ustazah hafizah musa.
bkn shja lembut dn brhikmah. malah tersusun rapi faktanya :)
sy dtg bziarah tapi maaf sy xdpt follow dulu, sbb line xbpe okey. inshaALLAH lpg nt sy dtg jenguk lg. dan terus follow. Harapnya line okey la kn. :)
Waalaikumsalam.
ReplyDeleteAda linknya. tapi saya lupa.
saya juga mengkagumi kata-kata hikmahnya.
alhamdulillah...biiznillah..
Terima kasih sudi membaca.. :)
Assalamualaikum.. Alhamdulillah... terima kasih dgn perkongsian.. amat mmbri mnfaat.
ReplyDeleteAlhamdulilah. Trima kasih atas perkongsian yer :)
ReplyDeleteAssalammualaikum...
ReplyDeleteSyukran...
terima kasih atas perkongsian ini..
saya suka ayat yang terakhir tu.. "Kita tak kawan dengan lelaki.. maka tak ada jodohlah kita...tidak.. mohon lah dengan Allah..."
terima kasih kerana mengingatkan =)
-raidah-
www.blograidah.com
Indahnya hidup beragama....
ReplyDeleteIndahnya hidup beragama....
ReplyDeleteMaha suci Allah.. Allah huakbar..
ReplyDeleteSalam. Terubat membaca kata2 ustazah. Di saat berdika mengenangkan anak2 dan anak saudara menginjak usia 30-an. Belum bertemu jodoh. Ya Allah pelihara mrk drp sst yg tidak baik.
ReplyDeletealhamdulillah
DeleteSalam..saya dulunya tak percaya dgn lelaki kerana saya dibesarkan dlm keluarga yg berpecah belah. Ayah saya kawin lain dan keluarga sy musnah. Sy xpernah couple apatah lagi bergaul dgn lelaki. Jika ada lelaki yg ingin mendekati sy...sy akan menjauhkan diri. Namun...sy sentiasa percaya setiap org ada jodoh masing2 dan sy mula berdoa agar sy mendpt jodoh yg terbaik utk diri sy. Alhamdulillah kini sy telah berkahwin dgn cinta pertama sy dan suami saya kini adalah lelaki terbaik yg sy pernah jumpe dlm hidup. Alhamdulillah..syukur pada Allah. Percayalah..setiap insan mempunyai jodoh masing2 di dunia ini. Berdoalah kepada Allah agar kita mendpt jodoh yg terbaik.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletewaalaikumsalam. InsyaAllah..mohonlah kekuatan dari Allah. perbanyakkanlah mendekati diri kita kepada Allah. dekatkan dengan majlis-majlis ilmu. Baca al-quran. InsyaAllah..Allah akan bantu. Manusia hanya pengantaraan untuk menguji kita. Teruskan dekat dengan Allah. InsyaAllah..bantuan Allah datang.
Delete