Dunia ini
hanyalah persinggahan yang sementara. Kadang-kadang bila hati tersungkur, futur. Saya terpaksa menjauhkan diri dari
teman-teman buat sementara waktu. Saya akan mesej sahabat-sahabat saya untuk kuatkan saya, di samping meminta Allah yang Maha Kuat
terlebih dahulu. Minta maaf bagi sahabat-sahabat yang terasa. Baru-baru ini, saya ke Maulid Nabi,
SubhanaAllah..
“Tiada yang
lebih berharga ketika itu selain bersama para ulama’ yang sentiasa basah
lidahnya mengingati Allah dan Rasul dan sentiasa memperingatkan manusia yang
lain selain hanya mengingati Allah dan Rasulnya. Berselawat…selawat dan selawat”
Ya…ini juga
merupakan salah satu cara untuk saya bangkitkan hati dan diri saya yang
kesibukan dengan kerja berpraktikum, sifat mazmumah yang membara. Allah…Allah..Allah.. Kematian sedang menunggu, tetapi hati masih
penuh kelalaian. Astaghfirullah.
Berkali-kali
saya mendengar prof Muhaya berbicara di dalam kalamnya. Orang yang kuat
rohaninya dia tidak pedulikan kasih sayang manusia pada dirinya, kerana dia
sibuk dengan Tuhannya dan sibuk mencari redha Allah. Allah…Allah…Allah..
Bangunlah
wahai hati, bangunlah wahai diri!!!!
No comments:
Post a Comment