Semalam lepas isyak, adik kesayangan
saya masuk bilik saya. Mengadu..
” Kak Iena…Emi dapat markah Tajwid sikitlah”..
Allah…terharu
sangat, dia bagi tau saya dulu , tapi dengan mak saya tak bagi tau pula.hehe.. Lalu
saya meraikan adik dengan meminta keputusan-keputusan ujian yang baru di
perolehi. Alhamdulillah, tajwid sahaja yang lemah. Boleh diperbaiki. Ini subjek
baru bagi adik. Maka ia boleh diperbaiki dari semasa ke semasa. Saya tahu bukan
senang, sebab saya dah pernah belajar dulu. Dan sampai sekarang saya belajar
tentang tajwid ni. Adik saya memang seorang yang bijak. Sekolah pagi kelas
pertama, dan sekolah petang pun kelas pertama. Seorang skema juga. Kematangan nya
juga saya nampak dari kecil. Saya jaga dia dari baby. Cuma bila saya masuk USIM
selama 4 Tahun, saya berpisah sekejap dengan family.
sedikit dialog bersama adik.
“Akak..Kalau Emi rehat selalu Emi pergi
library. Lepas tu Emi tulis buku yang Emi dah habis baca tu dekat dalam Buku
Nilam.”
“ Ha…bagusla macam tu, rajin Emi
pergi library baca buku. Emi pergi dengan siapa selalu?”
“Sorang-sorangla…”
Terdiam kejap…selalunya kanak-kanak
yang sebaya dengan dia mesti nak main-main dan berkawan.
“kenapa Emi tak pergi dengan kawan?”
“Kawan asyik main je”
Saya tersenyum.
Hikmah saya mengambil
bidang perguruan selepas tersepit di antara dua pilihan. Pilihan hati atau
pilihan kedua ibu bapa =’) InsyaAllah,berlapang
dada, redha dan pasrah, pasti Allah akan lorongkan jalan dan permudahkan segala
urusan . Sekarang Saya boleh spend time with family berbanding dulu. Saya boleh
tengok-tengok kan adik-adik. Peraturan Allah sangat baik dan terbaik. Saya nak
tebus balik masa-masa saya yang dulu. Dakwah kepada family yang perlu saya
utamakan. Lagi-lagi adik-adik saya yang perlu support dari family sendiri.
Usai Konvo di PICC Putrajaya ^^
Ya Allah…rahmatilah kedua ibu bapa
ku dan keluargaku…Ameen...
Terbaik.
ReplyDelete