Monday, June 22, 2009

TAG N AWARD FROM LINA!!!

a) Copy badge "Vespa blogger Award Friendship" diatas untuk diletakkan di blog anda

b)Link / ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda.

lina Mursyidah.. Lina ni study kt UIA.. kak jie yg kenal kn..heheh.. borak2..rupe2nye die pun kenal kawan ina kt USIM.. tye la pape je kt Lina..ade je jwpannye..n saya kalu ade pape, byk gak mintak pandangan kt die..lagi pe ey? ha..lina comel!!!! hehehe..nmpak mcm seorang yang sgt bz dlm kehidupannye..seronok kwn ngan lina!! hope dpt jpe 1 hari nanti..=)

c) Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri

-nama Norsufazreena bt sulaiman..
-study kt USIM di bwh fakulti kepimpinan dan pengurusan course da'wah n islamic management.
- 1st dari 5 beradik
-sgt sayang kt mama n baba..(paling ngade2 ngan parents..=p)
-suka makan..
-garang
-cakap lurus n maen lepas je kalu ckp..
-pendiam
-suke perhatikan org
-pemalu

Anda perlu memilih 6 penerima award seterusnya dan menyatakan nama mereka di blog anda



-jihah
-k.jie
-hanisah
-yani
-halif
-syefa

Khaulah al-Azwar...

Engkaulah serikandi Islam
pahlawan di zaman silam
pedang Allah menjadi gelaranmu
terkenal berani serta tangkas
Assalammualaikum shabat2 yang saya kasihi..moge sentiasa dalam keadaan sihat dan dirahmati..seusai maghrib terasa betol ngantuk mata ni,berat sangat..dari pagi td ngantuk sebenarnya.. tak cukup tido lah ni.. nak tdo tp tahan je..ntah pape ntahkan.. tapi saya tak terus tido,terus mencapai buku yang bertajuk "riwayat bidadari syurga". serikandi2 Islam kita yang telah banyak berjuang untuk Islam.. saya menyambung tajuk khaulah al-Azwar Al-Kindi..mesti shabat-sahabat sekalian arif tentang cerita ni.. tetiba idea muncul untuk menulis sedikit tentang perjuangan serikandi kita dalam entri kali ni,tidak mengapakan untuk berkongsi walaupun ramai yang telah arif.. Meremang saya membaca kisahnya..terharu mendengar perjuangannya. dalam fikiran saya..masih adakah lagi perjuang seperti khaulah al-Azwar? saya terus berhenti seketika membaca,terus buka lagu khaulah al-Azwar yang di nyanyikan dari kumpulan nasyid mawaddah..
cinta mu pada Rasul terserlah
mengorbankan diri ke tengah musuh
tangkas mu menjadi persoalan
siapakah dirimu sebernanya..
berbekalkan cinta dan takutkan Tuhan
segala2nya sanggup dikorbankan
agar Islam terus dipertahankan
hebatnya engkau khaulah al-Azwar
di kala para pertempuran berlaku antara pejuang-pejuang Islam dan tentera-tentera Rom..pejuang berkuda itu menjadi perhatian ramai. ramai yang tertanya2 dan menjadi 1 persoalan ketika itu siapakah panglima yang berani dan tangkas itu.. lalu Khalid al-Walid bertanya .."tawaqof,man takuna anta?.. pada mulanya Khaulah hanya mendiamkn diri.. akhirnya bila Khaulah ternampak Khalid seperti dalam keadaan marah.. Khaulah m'jwb.. "..ana Khaulah al-Azwar..".. ya Allah..beraninya engkau wahai Khaulah untuk Islam dan disamping untuk membebaskan saudara mu Dhirar yang pada masa itu telah ditawan pihak musuh.. akhirnya ramai pihak musuh tumpas di tangan mu Khaulah..dan saudara mu dapat dibebaskan.. moga2 kisah ini menjadi semangat pada muslimat diluar sana termasuk saya dalam merperjuangkan Islam..=).. boleh ke sejarah berulang kembali? tepuk dada tanyalah selera.. insyaAllah.. sampai disini sahaja coretan saya untuk kali ini..jap..sambung blik lagu ni..=p
demi Tuhan yang maha pemurah dan pengasih
khaulah memancu kudanya
ke medan pertempuran
membangkitkan semangat
juang seluruh pasukan
memburu syuhada'yang Tuhan janjikan
pejuang kebenaran mahal nilainya
emas darah bahkan darah pun x kan terbyr
yang dipandang hati seorg hamba
yang cinta dan takutkn Tuhan
khaulah al-Azwar
Engkau la serikandi terpilih
m'jadi idola remaja
peribadimu menjadi contoh ikutan
agar Islam kembali cemerlang gemilang..

Thursday, June 18, 2009

bukan senang menjadi pemimpin

Kalau kita lihat sejarah para rasul, walaupun rasul-rasul itu punya kekuatan, hanya tiga orang rasul saja yang memerintah. Mereka ialah Nabi Sulaiman, Nabi Daud dan Rasulullah SAW. Rasul-rasul yang lain tidak memerintah. Mereka cuma memimpin tapi tidak memerintah.


Peliknya, mengapa kita berjuang, ghairah sangat hendak memerintah? Padahal para nabi yang mana nabi itu orangnya luar biasa, bukan saja memerintah,kalau dia tidak memimpin orang pun tidak menjadi satu kesalahan.Cukup dia menjaga dirinya sahaja. Maksudnya, hendak pimpin orang bukan senang. Mesti ada satu keistimewaan khususiah yang Allah bagi pada orang itu. Di sini kita hendak bawakan suatu cerita. Cerita ini semua orang tahu, iaitu cerita Nabi Khidir dan Nabi Musa a.s. Tapi hikmahnya banyak orang tidak tahu. Cerita ini sama ada diceritakan dalam kitab mahupun disampaikan oleh tok-tok guru, hanya dikatakan Allah hendak beritahu pada Nabi Musa bahawa ada orang yang lebih alim dari dia.


Tapi di sini yang hendak diceritakan adalah satu tafsiran baru yang lebih penting lagi daripada tafsiran yang di atas. Allah temukan Nabi Musa a.s. dan Nabi Khidir a.s., tapi Allah tukar peranan masing-masing. Seolah-olah Allah berkata, Hai Musa engkau pemimpin, sekarang Aku tukar kedudukan engkau jadi pengikut. Tiga hari saja. Nak tengok, berjaya tak jadi pengikut. Seolah-olah Allah bercakap pada Nabi Khidir, Hai Khidir, kamu bukan pemimpin, tapi aku nak lantik engkau jadi pemimpin tiga hari saja. Berjaya tak?


Jadi bila ditemukan Nabi Musa dan Nabi Khidir, Nabi Musa pun ikutlah Nabi Khidir. Nabi Khidir yang kini jadi pemimpin berkata, Kalau nak ikut aku, jangan banyak cakap, ikut saja. Kalau banyak tanya nanti berpisahlah kita.Jadi, mereka pun mula berjalan lalu berlakulah episod pertama. Terjadilah hal yang pelik. Nabi Khidir memecahkan perahu. Nabi Musa tidak tahan, dia tidak boleh terima dan bertanya, sedangkan dia sudah berjanji tidak akan bertanya. Nabi Khidir pun mengingatkan, Bukankah aku cakap jangan tanya, nanti berpisah kita.


Nabi Musa meminta maaf dan Nabi Khidir pun memberi peluang lagi kepada Nabi Musa mengikutinya.Berjalan lagi, jumpa peristiwa pelik kedua. Nabi Khidir bunuh budak. Nampak macam melanggar syariat. Nabi Musa tidak tahan, dia bertanya lagi mempersoalkan pemimpinnya. Sekali lagi dia diingatkan oleh Nabi Khidir akan janjinya.Kali ketiga berlaku lagi. Nabi Khidir pun memutuskan untuk berpisah. Apa yang kita faham, bila bertukar peranan, kedua-duanya gagal. Pemimpin gagal, pengikut pun gagal. Pengikut tidak sanggup taat. Yang pemimpin pula, kerana dia hanya seorang nabi, Allah tidak kuatkan dia seperti rasul.


Pemimpin sepatutnya bersabar dalam mendidik anak buah. Itulah keistimewaannya. Sebab itulah rasul-rasul yang dapat ulul azmi adalah mereka yang paling sabar.Jadi apa yang kita faham, seorang itu walaupun bukan rasul, tapi dia adalah mujaddid yang ditunjuk oleh Allah, maka Allah akan bekalkan kesabaran yang luar biasa kepadanya. Orang lain tidak boleh buat dan tidak akan tahan. Begitu juga hendak jadi pengikut pada seorang pemimpin yang sebenar, bukan senang hendak taat. Nampak lain sikit, sudah mula hendak persoalkan. Ada perkara yang pelik sikit, dia rasa itu tidak betul. Seolah-olah dia lebih pandai dari pemimpin.Antara pemimpin dengan pengikut, Allah bagi jarak ilmu yang terlalu jauh. Jadi pengikut juga perlu sabar untuk taat.


Cuba tengok Nabi Khidir. Atas dasar ilmu dia layak jadi pemimpin, tapi atas dasar ketabahan hati dia tidak layak.Sebab itu, Nabi Adam waktu dia bertaubat tertungging sujud 40 tahun sampai pokok tumbuh besar di kelilingnya, pun tidak dapat gelaran Ulul Azmi. Mengapa? Dia sujud itu bukan memimpin. Dia dengan Tuhan saja. Dengan Tuhan dia rasa lazat, tapi cuba pimpin manusia dengan bermacam-macam ragam, susah dalam berhadapan dengan musuh, berhadapan dengan kerenah anak buah. Ini bukan sesuatu yang senang untuk dihadapi. Nabi Musa sampai tersesat di padang pasir 40 tahun lamanya kerana memimpin Bani Israil, barulah beliau mendapat darjat Ulul Azmi.



Jadi setiap orang kenalah redha dengan kedudukan masing-masing. Mungkin keupayaan yang dikurniakan oleh Allah itulah merupakan saluran untuk kita berbuat kebaktian. Oleh itu janganlah kecil hati dan bersyukurlah Allah tidak pilih kita jadi pemimpin kerana ditakuti tidak layak. Bila tidak layak, ia boleh menjadi punca kerosakan yang banyak kepada manusia.

Monday, June 8, 2009

ILMU ITU CAHAYA YANG MENERANGI ALAM....

"Aku mengadu kpd guruku, Waki', akan kesusahanku menghafal. Maka dia menasihati supaya aku tinggalkan maksiat. Ketahuilah ilmu itu cahaya dan cahaya Allah itu tidak diberikan kepada orang yg melakukan maksiat" ~ kata Imam Syafie.


Ilmu itu indah bila kita betul2 menghayatinya.Satu cara utk memotivasikan diri kita utk menuntut ilmu ialah kita perlu baca kisah2 tentang cara2 ulama salafussoleh menuntut ilmu. Cara bagaimana adab2 mereka tika menuntut ilmu, adab mereka dgn guru, adab2 mereka pula dgn kitab kerana menghormati ilmu tersebut.


Ana ambil contoh Imam Syafie. Hmm.. kalau kita baca tentang cara beliau menuntut ilmu.. Masya Allah.. jauh sekali lah kalau nak dibanding dgn kita ni sekarang dan kerana itulah kita tidak dapat merasakan kesan ilmu itu sendiri.




Di antara adab2 menuntut ilmu:

1)Mengambil wuduk sblm membaca kitab tersebut kerana wuduk itu nur.

2)Sebelum baca kitab(ugama), sedekahkan AlFatihah kpd Rasul junjungan kita dan tidak ketinggalan juga penulis buku itu dgn harapan kita dpt maanfaat dari apa yg beliau tulis.

3)Sentiasa memperbaharui niat kita dlm membaca kitab tersebut. Make sure yg niat kita 2 krn Allah. Bukan saja utk mendapat ilmu tapi utk mencari hidayah kerana kalau kita membaca setakat utk mendapatkan ilmu, niat kita seolah-olah sama dengan niat2 orang oreantalis2. Mereka pun mengkaji AlQuran, Islam..tapi kerana salahnya niat mereka menyebabkan mereka tidak mendapat hidayah hasil dari pembacaan mereka itu. Kerana ilmu itu buahnya ialah hidayah dan satu tanda orang itu mendapat hidayah ialah ia segera melakukan ketaatan. Kita checklah diri kita kembali.. samada buah ilmu itu ada tak pada diri kita. Kalau belum... maknanya ilmu yg kita pelajari 2 belom lagi bermanfaat. Sentiasalah jaga adab2 menuntut ilmu supaya ilmu itu lebih berkesan.


Sebenarnya Ikhlas itu suatu martabat yg paling tinggi dan ia susah utk diperolehi.. walaumacamna kita belajar rajin2 pon atau banyak membaca..mesti ade niat lain yg tersembunyi yg kita tidak sedari contoh blajar kerana exam atau supaya bila orang bertanya kita tentang suatu masalah, kita dapat menjawabnya.Terutama orang yg berada didalam aliran agama... kalau niat kita belajar 2 kerana utk mencapai cita2 sbg ustaz/ustazah, sebenarnya niat kita 2 belum betul2 ikhlas, walaupon nampak niatnya mcm baik tapi sebenarnya belom lagi mencapai tahap keikhlasan. Ditakuti ilmu agama yg telah dipelajari itu menjadi hujjah ke atas diri kita di hari pembalasan nanti.


Contoh lain misalannya kita ambil master atau sampai ke peringkat PHD, niat kita supaya manusia pandang kita.Tapi bukan bermakna bila kita tak ikhlas saja, kita tinggalkan peluang tersebut sedangkan kita mampu mempertingkatkan diri kita. Cuma kita kene sentiasa bersihkan kembali niat kita dan disinilah kita bermujahadah.
Sebab itu Nabi s.a.w mengatakan bahawa jihad nafsu itu jihadnya lebih besar dari jihad di medan peperangan.


Satu tanda ilmu itu didada dan bukan di garisan(buku) iaitu misalnya kalau orang tanya tentang sesuatu pelajaran, kita mampu menjawabnya tanpa perlu rujuk kepada buku utk mendapatkan jawapannya. Kalau orang yg ilmunya setakat didalam buku... beliau tidak mampu utk menjawabnya kecuali setelah ia membuka buku. maknanya disini beliau belom memahami lagi apa yg telah dipelajarinya. Sebab itu bila kita belajar tu jangan kerana exam.. kerana hasilnya, kita tidak memperolehi apa2 manfaat dari apa yg telah dipelajari..lepas exam..ilmu pun hilang begitu saja..


4)Jangan letakkan kitab itu di tempat yg rendah


Diceritakan ada seorang orang alim ni, beliau betul2 menjaga adabnya dgn kitab sehinggakan beliau tidak sanggup menindih bukunya dgn buku2nya yg lain.

p/s : Patutle ana blaja susah nk ingat.. suka letak buku merata.. :).. pasni insyaallah tak wat dah

wallahua'lam

sumber:
http://almaarif87.blogspot.com/2004_12_01_almaarif87_archive.html

selesai sudah..ada tugas baru yang menanti lepas ni..

salam sume..
Alhamdulillah..selesai gak tugas saya dan rakan-rakan yang lain sebagai fasi untuk pengukuhan bahasa arab bagi pelajar tahun 1 semalam (7.6.09).. banyak jugak pengalaman2 yang saya kumpul semase dalam program ni (selama 4mggu).. macam2 ragam ada..layan je la adik2 junior ni..huhuu.. Tp yang sedey nye,bila nak akhir2 program ni..ramai yang tak hadir..mana yang lain ye??ish3.. kami pun cam x ade mood mule2..lagi2 saya..bukan apa..ngah x sihat masa tu..huhu..tapi cuba kuatkan gak hati ni..amanah.. ustaz bagi peluang kat kami untuk conduct pelajar2 junior..pape pun kami cube berkhidmat dengan sebaik mungkin.. kepada adik2 junior yang lain,terima kasih banyak2 sebab bg kerjasama.. memang x dinafikan..ramai yang boring dengan program ni..belom mula pape lg ade yang nk blik laa..ada yang larikan diri la..sabar je la..ish3.. ok la.. ina..lepas ni ada tugas yang lebih berat menanti di sana..bersiap sedia la!!! =)
sampai di sini je..wassalam..



Mahasiswi hampir dibelasah oleh lelaki berseluar pendek

Beberapa minggu lepas, ada 2 org sahabat ana (siswi) yang baru balik dari solat Isyak di surau kolej kediaman terserempak dengan sepasang lelaki n perempuan berdua-duaan di kawasan gelap dalam area penginapan siswi, keadaan mereka mencurigakan. Nak kata ada group study mustahillah sebab tak cukup pencahayaan nak baca buku. Atas dasar kesedaran Islam dan bimbang tentang keselamatan penghuni siswi di kawasan berhampiran, 2 org sahabat ana ni memberanikan diri untuk menegur mereka,
"Assalamualaikum, saya rasa tak manislah kalau kakak dgn abang berdua-duaan di tempat gelap ni..lagi pun area ni area siswi"

Lelaki tadi menjawab dengan bongkaknya,
"Korang ingat bangunan ni bapak korang punya? Korang boleh blah..."

"Ni kawasan tempat tinggal kami, ke mana lagi kami nak pergi kalau kami dihalau dari sini? Abang, lagi satu, saya rasa abang tau ciri-ciri pakaian yang menutup aurat dalam Islam, seluar pendek ni tak cukup nak tutup aurat kita.."

Lelaki tadi bangun menghampiri sahabat ana tadi, dengan perasaan bengis dan cukup marah (kepalanya berjarak kira-kira 6 cm dari sahabat ana tadi),
"Aku tau la, ko takyah nak menyibuk pasal aku, ko ingat org tudung labuh macam kau ni baik sangat?Dapat masuk syurga?", masa itu sahabat ana pakai telekung, bukan tudung labuh.

Lelaki tadi mahu mengangkat tangannya dan merapatkan lagi kedudukannya seolah mahu menampar dan membelasah sahabat ana tadi,
"Lebih baik korang pergi dari sini, blaaaaahh..".
Sahabat ana terasa seperti orang Palestin, berada di bumi sendiri tapi dihalau sewenang-wenang oleh orang asing.

Dipendekkan cerita, bersurailah segala ketegangan setelah hampir 20 minit mereka 'berbual'.

Persoalannya disini :
1) Adakah ramai lagi golongan mahasiswa yang dikatakan golongan intelektual masih mempunyai pemahaman dan pemikiran Islam yang cetek?

2) Adakah ramai di antara kita yang mampu mencegah kemungkaran yang berleluasa di kalangan mahasiswa kita hari ini?

3) Adakah kita cukup bersedia dari segi kemantapan islah dan tarbiyah untuk menghadapi golongan bodoh sombong ini?


wallahu a'lam...

sumber : http://epmram.pmram.org/modules.php?op=modload&name=News&file=article&sid=294&mode=thread&order=0&thold=0&POSTNUKESID=c6f41564a5c0a92a390fb10319870f29

Monday, June 1, 2009

PEMILIK HATIKU..setelah Allah & Rasul



Ni tajuk buku baru, karangan Fatimah Syarha. baru-baru ni ramai sahabat2 saye promote buku ni kt saya..mmg seronk!! sgt2 memotivasikan diri kita..tapi..kita kene btol2 m'hayati dengan ape yang kak syarha nak smpaikan..baru la btol2 kita rasa nak wat cm apa yang diceritakan kt dalam buku ni..Tak hairanlah, buku kak Syarha penuh dgn kelembutan dan byk menyentuh emosi remaja terutama muslimat. mungkin inilah kelebihan yang Allah kurniakan pada kak Syarha. namun kelebihan ini dikongsi bersama, dan dia berusaha menyelamatkan gadis-gadis yang sdg hanyut dgn cinta.
KAGUM..beliau mampu menjadi ikon remaja yg mempunyai ketegasan dalam kelembutan dalam memilih haluan hidupnya. Beliau berkongsi bagaimana utk memiliki cinta yg suci murni, bukan cinta dalam debu, yg penuh dgn habuk jahiliah.Walaupun telah berkahwin, kini dia berkongsi pula bagaimana untuk menjadi Isteri yang solehah setelah berjaya melalui zaman remaja yang penuh dgn dugaan.Buku ni lebih berkisar ttg catatan hati seorang isteri yang cukup berhati-hati dan waspada memilih suami. sama ada cerita yang dlm buku ni adalah kehidupan kak Syarha sendiri atau tidak, wallahualam. yang penting, ambillah yang baik dan sama-sama amalkan.

INDAH..bila segalanya kerana Allah.jika masih remaja, biar sibukkan diri mencari cinta Allah. kerana, di situlah permulaan bagaimana kita akan mencorakkan keluarga kita kelak. di sinilah peringkat tarbiyyah adalah fardu muslim.Kalau masa remaja dah sibuk bercinta, bila dah berkahwin, cinta jadi makin pudar. masing-masing dah jemu dan mula berperang antara satu sama lain.




BERBEZA..Cinta yang bermula di arena perkahwinan dgn cinta yang bermula sebelum diijabkabulkan. keberkatan cinta pasangan yang menjaga diri sebelum perkhwinan amat memberi kesan pada kebahagiaan rumahtangga.
Buku ni bagus, memberi semangat dan motivasi pada diri kita untuk mencari keberkatan di sebalik kehidupan. kdg2 kita kerap tertipu dgn diri sendiri. sangka kita, kita dah pilih jalan yang terbaik, namun rupanya ianya cuma nikmat sementara shj.tak kekal pun. cthnya, sblm berkahwin punya byk kongsi tazkirah sampai lewat mlm. kejutkan tahjud, ingatkan solat.. Fuh, bkn main lagi. tapi bila lps kawin smua tu hilang entah ke mana..
pasangan yang dpertemukan atas dasar perjuangan lebih kukuh dan terjamin drpd pasangan yang tidak mempunyai matlamat perkhwinan kerana Allah. kerana apabila sesebuah perkhwinan itu dilanda badai yang menghempas kuat, masing-masing akan ingat Allah. Allah lah penyelamat, Allah lah tempat mengadu, meminta agar dikuatkan hati. Malah Baitul Muslim dirancakkan lagi dgn taman-taman ilmu, penuh mawaddah wa rahmah. anak-anak dididik dgn mengenalkan mereka pada Islam.
Keluarga yang bahagia bermula daripada peribadi ibu dan ayah..


~Lihat dengan hati kerana pandangan mata selalu gelap, tak mampu menilai hakikat~


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...