Monday, July 16, 2012

Alhamdulillah...BIG terbaik...



Bismillahirrahmanirrahim.. Alhamdulillah, selesai sudah BIG untuk sesi kedua bagi guru pelatih di Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam. Kami berprogram dengan suasana kawasan yang hanya ada pokok-pokok dan lautan yang sangat luas. SubhanaAllah… Maha suci Allah. Walaupun tiada kemudahan, tanpa henset, tanpa tandas, tanpa bilik air. Kami masih bersyukur. Apa lah sangat dengan kesusahan ini berbanding kesusahan saudara seakidah kita di luar sana. Syukur sangat. Program macam ni bukanlah kali pertama, kedua, atau kelima.. Alhamdulillah lebih dari itu. Cuma suasana sahaja yang berbeza.


Saya memang minat aktiviti lasak, seperti bersukan. Kadang-kadang orang tak caya. Yelah, Nampak lembut bagai. Ingat, lembut bukan sebarang lembut. Umur saya memang dah banyak. Tapi check untuk umur dalaman baru 17 tahun ok.. Alhamdulillah.. sebab tu kena rajin mengaktivekan badan. Apa2 pun semuanya dari Allah… sayang Allah…


Kami x boleh bawa hp, kena tinggal kan hp kat IPG. Emm…mula-mula, memang saya bersama sahabat-sahabat tak nak bagi hp kat pengarah program puan anisah. Macam tak boleh hidup pula tanpa hp ye sampai tak nak bagi. Selepas kami di ugut barulah masing2 tergesa2 bagi. Ramai rupanya yang sorokkan hp. Puan kata, kamu akan gagal kalau saya dapati kamu bawa HP.Hihihi… Alhamdulillah, bila dah sampai kawasan untuk berprogram boleh pula hidup tanpa hp. Rupa2nya lebih tenang. Dah tak fikir masalah dan kerja-kerja di luar sana. Assignment yang banyak-banyak pun di ketepikan dulu. menikmati keindahan dan ciptaan Allah sangat memberi ketenangan... subhanaAllah...


Alhamdulillah, BIG memang best sangat2…ukhwan pun terjalin, kasih sayang pun bersemai...Alhamdulillah...terbaik.. menunggu BIG yang seterusnya.


sangat bertuah berada di IPG kampus Pendidikan Islam...sayang sama seperti belajar di USIM dulu...:)


~Lihat dengan hati kerana pandangan mata selalu gelap, tak mampu menilai hakikat~


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...