Friday, December 31, 2010

muhasabah ; "mesej adalah pintu zina"..(T_T)




suatu petang di sebuah kediaman..

aku sedang bersandar sebuah kerusi sambil membaca surat khabar..tiba-tiba, datang adikku dan duduk di sebelahku..

adikku lalu memulakan bicaranya : "akak, leh adik bertanya?"

aku lantas memandangnya dan tersenyum, terus sahaja aku meletakkan surat khabar di kerusi sebelahku..

"ada apa dik?"

adikku tersenyum keriangan : "akak, akak pernah bagi tahu adikkan, bahawa perhubungan lelaki dengan perempuan bukan mahramnya atau perempuan dengan lelaki bukan mahramnya adalah haram kerana mendekati zina, kan?"

aku tersenyum dan mengangguk..

adikku menyambung : "jadi, sebenarnya perhubungan bagaimana tu kak?"

aku tersenyum dan menggosok rambutnya : "yang adik faham bagaimana?"

kelihatan ada sedikit garisan kedut di dahinya seakan-akan berfikir..aku hanya tersenyum sendirian..

kemudian, adikku menjawab : "perhubungan yang diharamkan itu mungkin bertemu iaitu berdua-dua"

aku mengangguk : "kalau ramai-ramai bagaimana?"

adikku mengeleng : "tak tahu"..

aku tersenyum dan sekali lagi mengosok rambutnya : "adikku..

Firman Allah S.W.T (yang bermaksud) :

"Dan janganlah kamu mendekati zina. Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk" (Surah Al-Isra' ayat 32)..wallahua'lam..

firman Allah S.W.T ini adalah umum iaitu merujuk kepada perhubungan lelaki dengan perempuan bukan mahramnya atau sebaliknya..tidak kiralah dalam jumlah yang bagaimana pun, jika ia boleh mendekati zina, maka ia adalah haram..

seperti contohnya di dalam disko, ramai orang kan, tetapi adanya perkara atau hiasan yang boleh mendekati zina, maka haram dikku"..

adikku mengangguk, dan bertanya : "perhubungan yang bagaimana lagi yang dikatakan haram kak?"

aku tersenyum : "mesej"

adikku berkerut : "kenapa kak, kan ke tak jumpa, kita tak tengok dia pun kak, macam mana boleh dikatakan haram?"

aku tersenyum dan merenung wajah adikku : "sebenarnya akak segan nak detailkan nya, tetapi sebab adik dah tanya,akak jawablah"

adikku terus mencelah : "eh, kenapa kak?"

aku terdiam seketika dan menjawab : "akak dulu pun pernah main mesej dengan lelaki bukan mahram, jadi segan pulak nak cerita kat adik"

adikku mengeleng : "tak boleh macam tu kak, akak ceritakan je, hal yang dah lepas kan dah lepas, akak juga cakap, kalau berdosa dengan Allah, minta ampun dengan Allah, melainkan dosa dengan manusia, perlu minta maaf dengannya kecuali mendatangkan fitnah dan masalah yang lebih buruk, baru terus memohon ampun pada Allah, tak gitu kak?"

aku tersenyum : "bagus adik akak ni..baiklah..

perhubungan lelaki dengan perempuan bukan mahram ni adalah haram dik, walau apa pun bentuknya, ia adalah haram kerana mendekati zina..sekalipun dengan mesej..

tulisan iaitu di dalam mesej adalah sama dengan ucapan, sebagaimana yang dikatakan "Alqolam ahadullisanain" (tulisan adalah salah satu media penyampai)..Oleh kerana itulah, segala yang dilarang diucapkan juga dilarang ditulis...

Bermesej dengan perempuan ajnabiyah atau bukan mahram, hukumnya sama dengan berbicara dengannya, jika bermesej dengan sesuatu yang dilarang syariat, maka haram hukumnya..sedangkan jika berguna dan tidak ada fitnah seperti bertanya suatu masalah, maka diperbolehkan..

namun di sisi ulama' tasawwuf, hal sebegitu juga boleh mendekati zina iaitu zina hati, maka sebaiknya dielakkan seperti bertanya sesama jantina"

adikku mengangguk : "oh, begitu ya, jadi mesej itu juga satu pintu zina ya kak?"

aku mengangguk dan mengeluh : "ya dik, jangan jadi macam akak dah lah,akak ni jahil dik, jahat pulak tu"

adikku mengeleng : "jangan cakap cam tu kak, kalau akak jahat, adik lagi lah jahat, kan adik ni adik akak, tak gitu kak? dan lagi satu, akak juga cakap, tak baik mengeluh kerana ia seolah-olah kita tidak redha dengan apa yang terjadi pada kita"

aku tersenyum, dan terus memeluk adikku : "terima kasih dik"

teringat aku tentang kata-kata ini...
"Kalau kita suka bersms dan call lelaki, insyallah kita akan dapat suami yang suka sms dan call dengan perempuan. Kalau kita suka keluar dengan lelaki, insyallah kita ada suami yang suka keluar dengan perempuan. Kalau kita suka menjaga diri, insyallah kita akan dapat jodoh yang suka menjaga diri. Pilihlah nak yang mana? Allah bagi pilihan walaupun ada konsep takdir. Takdir boleh berubah dengan usaha dan doa."
waAllahu'alam...

Cintaku Hanya Milik Mu



Bukan mudah Ya ALLAH…
Berdiri di tangga kemewahan, kenikmatan dan kesenangan
Keindahan dunia ini menganggu ku
Kemanisan hubbu dunya ini mencarik-carik imanku
Dimanakah aku tanpa kecintaan padaMU

Aku runsing Ya ALLAH
Aku berlari ke sana dan ke sini
Aku mencari dan terus mencari
Dimanakah ku tagih cinta Ilahi
Bagaimana harus ku bayar nikmat yang Kau beri
Sedang aku tidak diuji
Maka saat aku tidak diuji, adalah ujian yang terbesar sekali
Andai bisa aku berbicara denganMU
Dan ku harap Kau mendengar pengaduanku
Sungguh aku bukan bercakap kosong
Inilah keluhan hatiku
Yang merindu cinta MU, yang mengharap keredhaan MU….

Ampuni aku Ya ALLAH
Aku lemah lagi tak bermaya
Melawan sesuatu yang digelar fana dunia
Aku tak mampu Ya ALLAH,
Belenggu ini menghimpit ku…
Belenggu ini menghiburkan hatiku
Sehingga aku senang denganya
Sehingga aku takut kehilanganya
Sedang cintaMU itu sangat luar biasa…
Sedang cintaMU itu lebih dari segala-galanya…

Sungguh aku tak layak Ya ALLAH menghampiri syurgaMU
Dan pasti menggeletarlah seluruh tubuhku mendengarkan api nerakaMU
Lalu ke manakah langkahku
Selayaknya dimanakah tempatku
Atas redhaMU ya Rabbi..
aku hanya menuruti
Andai aku diseksa, kan aku patuhi
Asalkan Kau meredhai hidupku ini

Terima Kasih Ya ALLAH kerana sudi menyayangi diri ini
Terima Kasih Ya ALLAH kerana sering mendengar pengharapan serta pengaduanku
Terima Kasih Ya ALLAH kerana sering bersama-sama denganku,
tak kira apa keadaan imanku
Sesungguhnya Ya ALLAH,
cinta ku hanya milikMU…

http://qriuz.blogspot.com/

Saturday, December 25, 2010

ukhwah terjalin....=)(bakat terpendam)




bakat-bakat terpendam fasi2 daurah...^_^..seronok je tgk...kenangan..time postmortem la ni.. Setiap hari dapat mesej dari adik-adik minta datang ke daurah... adakah mereka merindui saya...??=p..hehe... saya sangat merindui mereka... dapat maklumat dari ustaz rahmat yang nama saya masih di gunakan di sana...hihihi.. "kumpulan kak ina".. apa-apa pun saya akan usahakan untuk ke sana. rindu kn adik-adik. rindukan ukhwah bersama "sahabat2 di sana.." moga Allah mengizinkan saya untuk ke sana dan join program ni pada masa akan datang...insyaAllah. tesis tinggal nak di edit-edit je... pas ni le lah jilid daaaaaannnn ...ya Allah...saya nak ke sana...permudahkanlah segala urusanku..ameen..

Ketika Akhwat Jatuh Cinta........

By: Ummu Sa'ad 'Aztriana'
Yang mereka rasakan adalah penyesalan yang amat sangat, atas sebuah hijab yang tersingkap...
Ketika lelaki yang tak halal baginya, bergelayut dalam alam fikirannya, yang mereka rasakan adalah ketakutan yang begitu besar akan cinta yang tak suci lagi...


Ketika rasa rindu mulai merekah di hatinya, yang mereka rasakan adalah kesedihan yang tak terperih akan sbuah asa yang tak semestinya…



Tak ada senyum bahagia, tak ada rona malu…
Yang ada adalah malam-malam yang dipenuhi air mata penyesalan atas cinta-Nya yang ternodai…
Yang ada adalah kegelisahan, karena rasa yang salah arah…
Yang ada adalah penderitaan akan hati yang mulai sakit…


Ketika Akhwat Jatuh Cinta…

Bukan harapan untuk bertemu yang mereka nantikan, tapi yang ada adalah rasa ingin menghindar dan menjauh dari orang tersebut…


Tak ada kata-kata cinta dan rayuan…


Yang ada adalah kekhawatiran yang amat sangat, akan hati yang mulai merindukan lelaki yang belum halal atau bahkan tak akan pernah halal baginya…


Ketika mereka jatuh cinta, maka perhatikanlah, kegelisahan di hatinya yang tak mampu lagi memberikan ketenangan di wajahnya yang dulu teduh…


Mereka akan terus berusaha mematikan rasa itu bagaimanapun caranya…
Bahkan kendati dia harus menghilang, maka itu pun akan mereka lakukan...


Alangka kasihannya jika akhwat jatuh cinta…
Karena yang ada adalah penderitaan…


Tapi ukhti…
Bersabarlah…
Jadikan ini ujian dari Rabbmu…



Matikan rasa itu secepatnya…
Pasang tembok pembatas antara kau dan dia…
Pasang duri dalam hatimu, agar rasa itu tak tumbuh bersemai…
Cuci dengan air mata penyesalan akan hijab yang sempat tersingkap...


Putar balik kemudi hatimu, agar rasa itu tetap terarah hanya padaNya…
Pupuskan rasa rindu padanya dan kembalikan dalam hatimu rasa rindu akan cinta Rabbmu…


Ukhti… Jangan khawatir kau akan kehilangan cintanya…



Karena bila memang kalian ditakdirkan bersama, maka tak akan ada yang dapat mencegah kalian bersatu…


Tapi ketahuilah, bagaimana pun usaha kalian untuk bersatu, jika Allah tak menghendakinya, maka tak akan pernah kalian bersatu…


Ukhti… Bersabarlah… Biarkan Allah yang mengaturnya...
Maka yakinlah... Semuanya akan baik-baik saja…

Semua Akan Indah Pada Waktunya…


Thursday, December 23, 2010

SUKARNYA MENDIDIK DIRI SENDIRI...

JIWA YANG MENJIWAI

JIWA YANG SENTIASA BERZIKRULLAH

SYAITAN SENGSARA DI PINTU HATI

NAFSU PUN MERUJUK KEPADA AKAL

HATI BERKEHENDAK KEPADA SEDERHANA


DUNIA TIDAK DIJADIKAM IMAM

UNTUK KITA MENJADI MAKMUMNYA

TETAPI KITA MENJADI IMAM

UNTUK DUNIA MENJADI MAKMUM

BUKAN KITA MENGEJAR DUNIA

KERANA DUNIA INI TEMPAT PERSINGGAHAN

TEMPAT BERDAGANG BUAT BEKALAN

MENGHADAPI PERSINGGAHAN ABADI


RAMAI MANUSIA KECEWA

KRN PUTUS CINTA KPD MANUSIA

TIDAK RAMAI MANUSIA YG KECEWA

KRN PUTUS CINTA DGN ALLAH

SUKARNYA MENDIDIK HATI....

SUKARNYA MENDIDIK DIRI SENDIRI....


sumber: facebook

Tuesday, December 21, 2010

universiti tarbiyyah..



Masjid universiti di Shah Alam dari jauh nampak tersergam indah, dari dekat apatah lagi..SubhanaAllah…ramainye mujahid dan mujahidah di dalam masjid ni. hampir 700adik-adik..Jam menunjukkan ke angka 8.00pagi. Masing-masing sedang meluru ke dalam masjid, adanya sedang mengambil wudu’ dan ada yang sudah berada di dalam kedudukan saf. Comel-comelnya mereka. Kecil-kecil lagi dari umur 6 tahun hingga ke 16 tahun sudah di ajar tentang solat dhuha. Sambil menunggu adik-adik yang lain..kelihatan Ustaz Mahmud sedang mengetuai nyanyian nasyid zikir munajat dan selawat burdah. Selepas solat dhuha mereka akan breakfast sebelum memulakan kelas.


Khaulah memerhatikan setiap tindak tanduk anak buahnya. Bukan senang nak menjaga anak-anak yang seramai 300 lebih. Itu belum masuk untuk sekolah menengah. Hampir jam 10 pagi, khaulah kena bersiap sedia untuk ke kelas. Dia tak boleh lewat, adik-adik di dalam kelas sedang menunggu. Takut huru hara di dalam kelas yang kebanyakannya yang hyper active. Semuanya 30 orang. Khaulah dan ustaz rahmad diberikan tugas untuk menjaga 1 kelas yang sama. Masakkan khaulah senang dengan situasi ini. Sangat susah dia nak bekerjasama dengan ustaz yang baru balik dari morocco tu. Hanya sebab dia seorang lelaki dan malu yang sangat menebal dalam diri khaulah,lagi-lagi bila berurusan dengan seorang akhi. Tapi, alhamdulillah, selepas di brain wash time postmortem, dah le jadi flexible.


~sempat bergambr ~

Sebelum pembahagian kumpulan, ustaz rahmad memberi cadangan supaya adik-adik mujahid dan mujahidah di gabungkan. Khaulah bersuara tidak bersetuju. Kerana sebelum ini khaulah mendapat tahu tidak ada pencampuran. Dengan alasan yang rasional yang diberikan oleh ustaz Rahmad, akhirnya khaulah setuju.


Kebiasaannya, sebelum kelas bermula, khaulah akan membuat persiapan dengan mencari apa sahaja pengisian untuk diberikan kepada adik-adik. Khaulah adalah sejenis manusia yang mesti melakukan persiapan sebelum melakukan sesuatu, tak buat…hancur….apa-apa pun kembali pada Allah…kita tak tahu, Allah juga boleh memberi ilham kepada kita walaupun kita tak bersiap sedia. Allah itu maha Tahu dan Berkuasa.


Khaulah membuka pintu masuk dengan lafaz basmallah.

“Assalammualikum adik-adik”

“waalaikumsalam ustazah…”


Seperti biasa, sebelum memulakan majlis ilmu ini, khaulah meminta adik-adik khaulah membaca surah al-fatehah sebagai pembukaan majlis. Dan khaulah mengambil ruang dengan berkenalan dan bermesra-mesra dengan adik-adik yang comel di hadapan khaulah.


“baiklah, akak nak tanya,siapa kat sini yang dah baca quran. Akan tangan..” Alhamdulillah…hampir 98% yang sudah baca al-Quran. Dan khaulah lebih senang untuk menggelarkn diri dia kakak walaupun adik-adik ni memanggil khaulah ustazah. Yang masih baca iqra’ dan belum lagi boleh baca al-Quran, tugas itu diberi kepada Ustaz Rahmad.


“baiklah,,,akak nak adik-adik semua salin surah yang akak tulis ni. Dan adik-adik semua wajib hafaz, lepas dah hafaz…datang kat depan ,akak tasmi’ sorang-sorang” alhamdulillah, mereka mendengar kata. Setiap orang tekun menulis dan berebut-rebut untuk menghafaz..


Seperti kebiasaannya, adik-adik ni akan balik dalam pukul 5 petang. Dan sesiapa sebagai fasilitator akan datang ke masjid dari awal pagi hinggalah pukul 11 malam. Tak rehat. Lepas maghrib mesti ada meeting dan akan create modul untuk keesokannya. Balik dari masjid khaulah akan menyambung kejanya yang yang tertunggak…tesis.. Yup, ilmu baru yang khaulah dapat di sini. Rasa di tarbiyyah dan mentarbiyyah. Tegur-menegur sudah menjadi lumrah. Awal-awal lagi sudah di pesan supaya bersiap sedia untuk berlapang dada menerima kritikan.


Khaulah menjaga adik-adik di ruang solat Muslimah. Adik-adik ada yang sedang bermain-main. Khaulah cuba membetulkan sebaik mungkin. Tiba-tiba…seorang adik memanggil khaulah.


“ustazah, siapa nama ustazah…”


“nama akak…kak khaulah…”


“akak dah kahwin ke belum…”


“sudah….akak dah kahwin dah…dah ada anak dah…”khaulah tergelak-gelak sipu. Niat nak bergurau je.


“mana anak ustazah…??”


“ini lah anak ustazah,…”entah anak sapa entah khaulah tarik. Dan khaulah terus usap-usap kepala dia dan cium die.


Terus dia panggil saya ummi…”ummiiiii……”

Ya Allah…manja dia…comel pula tu… nama ummi akhirnya da sebati untuk diri khaulah. Ooohh…sayang nur natrah…sedapkan nama dia…tapi hanya dapat bermesra dalam 3hari sahaja.


Hari-hari last di masjid itu, sangat sayu sebenarnya. Adik-adik dah mula rapat dengan khaulah. Dan sebelum khaulah mengundur diri dari program itu. Ustaz rahmad meminta khaulah memberi sedikit wasiat untuk adik-adik. Tiba-tiba hati rasa sebak. Dan akhirnya…adik-adik menangis teresak.Allah... Khaulah menangis tak khaulah?? Allah….khaulah…khaulah…siapa tak kenal khaulah yang terkenal air mata yang murah…


Sampai di bahagian ruang muslimat.


“kak khaulah, adik-adik kak khaulah menangis,diorang kata akak hari ni last, diorang sedih…”


Allah…khaulah mendapatkan adik-adik tersebut…dan terus memeluk adik tersebut,serta memberi pujukan.


SubhanaAllah…alhamdulillah…semoga ilmu yg khaulah dapat di masjid universiti ini akan dapat memberi manfaat kepada orang lain insya-Allah.. esok khaulah akan ke program jambori nisa’ pula.. moga khaulah kuat…keletihan yang khaulah hadapi tak mematahkan semangat khaulah untuk berjasa pada org lain…insya-Allah…

~hidup biar berjasa~



~sempat merakam time suruh adik-adik selawat burdah bila masing-masing x le dok diam..hihihi~

Saturday, December 11, 2010

..::hormat ke cinta ?::

"kak...saya hormat dia kak...dia orang hebat..saya x anggap lebih pun."

"ye ke hormat..?hormat ke cinta??"

"saya hormat dia kak"

"ok...kalau hormat akak nak adik cuba jangan contact dia..akak nak tengok ada tak orang yang mati sebab kerinduan terhadap ajnabi"

seminggu kemudian.

"kak...saya sampai demam seminggu tak contact dia,saya tak boleh kak"

Allah...sampai demam sebab tak contact.

"ok..akak nak tengok seminggu lagi...ada tak orang mati sebab kerinduan..." ayat ini mungkin keras bagi adik ini.

................. ................................................ ...........................

"haaa...kata hormat..ni hormat ke cinta..kenapa tak nak mengaku je...?"

adik itu tertunduk..menangis teresak-esak...

"dik...kalau betul-betul antara kamu dan dia sama-sama suka . minta dia masuk minang segera. akak tak nak adik akak ber"couple"...akak tak suka!!

"akak...kami masih belajar, dan dia minta tunggu dulu..saya pun belum bersedia lagi kak, saya nak belajar dulu."

"haa...tau pun..dah tau nak belajar kan..yang sibuk-sibuk nak bercinta kenapa? nak belajar-belajar...habiskan pengajian dulu...akak nak adik cakap kat kawan adik tu, mulai sekarang ni berhenti dari bercontact tanpa ada tujuan. minta dia datang dalam beberapa tahun lagi...sekarang sama-sama baiki diri dulu..boleh?"

"insyaAllah kak..."

4 tahun kemudian...

(bersambung....)^_^

Friday, December 10, 2010

Aku je yang selalu lupa dan leka....

Allah xpernah tak makbulkan doa kita...cuma cepat dan lambat je... di pandangan manusia nak cepat...tapi di pandangan Allah adalah tepat. ya...bila tepat pada masanya Allah akan makbulkan doa kita. jadi bersangka baiklah dengan Allah.


Ada yang nak tapi tak dapat...ada yang tak nak tapi dapat...Qaddarallah...hanya DIA yang layak menentukan dan menyusun hidup hambanNya... HE ALWAYS KNOWS and HE ALWAYS WANTS THE VERY BEST for us!!

Kite berdoa dengan Allah tapi kenapa kita rasa doa kita tak di makbulkan? percaya dan yakin lah...bahawa Allah tak pernah mengecewakan permintaan hamba-hamba-Nya. Allah sangat sayang kat kita...Allah cinta kat kita. cuma kita sebagai manusia ni kadang-kadang terlupa dan terleka. Allah lambatkan permohonan kepada hambanya kerana Allah tahu, permohonan hambanya itu tak termampu hambanya pikul. ya Allah...Allah sungguh faham kan perasaan kita.?? terharu tak kita? kita je yang tak sedar...kita terlupa.. Bila kita minta sangat-sangat dan paksa-paksa Allah kabulkan doa kita. Allah bagi...sebab Allah sayang kita.. dan tengok...bila DIA dah bagi kita tak terpikul rasanya. rasa tak mampu je tiba-tiba. nak sangat kan...=).. ya Allah...sayangnya Allah pada kita. Dia tahu dan faham kita.


Sentiasalah hati kita berdiolog dengan Allah... Allah kan kawan kita... Allah kan kekasih Agung kita.. kita bercakap-cakap kat dalam hati pun Allah dah dengar dan tahu...gembiranya hati ini...nikmat tak tehingga!!! mestilah kita nak sentiasa berhubung dengan-Nya kan.. tak payah kita nak bercinta-cinta dengan makhluk ajnabi yang tak pernah faham dan tak pernah tahu apa yang ada di dalam hati kita..Bila dah sampai masanya Allah akan bagi pula dengan orang yang cinta kn-Nya...dan sama-sama cinta-mencintai dalam mendamba keredhaan-Nya... Alangkah indahnya waktu itu... kita je yang selalu lupa dan leka. Tapi dalam leka dan lupa Allah sedar kan kita kembali. Dia bagi ujian kat kita. nak kita datang kembali pada-Nya, berborak-borak dan bermesra-mesra. Sayangnya DIA kat kita... ya Allah...ampunilah hamba-Mu yang lemah ini ...T_T


"Ya ALLAH...Dengan rahmatmu Tuhan anugerahkan lah rasa cinta -ku kepada -Mu...dan juga cintaMu kepada ku, ku harap kita cinta mencintai kita berdua cinta mencintai biarlah kekal abadi...wahai Tuhan..."

Thursday, December 9, 2010

coretan hati

Sayup-sayup salakkan anjing kedengaran di luar sana.. semua itu tak menggugat sedikit pun hati ini berterusan menyiapkan tugasan yang semakin hampir due date nye..kebiasaan menjadi biasa..dalam masa yang sama Air mata berguguran satu persatu. Ya Allah.. sungguh perihatin Engkau terhadap hamba-Mu yang lemah ini. Menangis kesyukuran. Satu persatu Allah datangkan dan aturkan untuk diri ini. Alangkah indahnya. Ya Allah…aku hanya seorang musafir yang lemah ya Allah.. yang berusaha untuk menggapai redha-Mu. ya Allah…ku lihat bait kata-katanya..sungguh!! hati ini makin hampir untuk mengingati-Mu. Ya ALLAH…Ya ALLAH…Ya ALLAH… Ku lihat kembali bait-bait katanya..ilham yang dikurniakan oleh-Mu kepadanya ya Allah… ia hadir tanpa ku duga.. sekelip mata sahaja dia berada di depan mataku. Aku terpana. Ya ALLAH…izinkan aku mendekatinya… tenang sungguh melihat wajah-Nya..


Pertama kali aku terjumpa kamu di dalam bilik seorang mu’alim,yang mempertemukan kamu dan aku. Aku senyum pada mulanya sambil tertunduk-tunduk sipu. Dan akhirnya aku dan kamu boleh bermesra. Sekejap sahaja!!!! Dan tiba-tiba Allah aturkan lagi pertemuan di antara kamu dan aku. Di dalam bait. Ya ALLAH…aku menangis hiba,… Allah aturkan lagi pertemuan ini..


Malam itu, aku dan kamu berjaga…sehingga pukul 5 pagi…banyak perbincangan yang kita bincangkan.. kamu pesan…tanyalah hati kecil setiap kali apa yang kau buat…kalau tenang…kite teruskan.. ya Allah…aku akan teruskan ya Allah jika ketenangan itu adalah petunjuk dari-Mu.. aku ternyum lagi.. mungkin lepas ini pertemuan kita lebih indah..insyaAllah… ya Allah…berkati lah ukhwah ini hingga ke syurga…

Wednesday, December 8, 2010

Surat ini untuk dia

Assalamu’alaikum wa rahmatullahi wabarakatuh.


Ba’da tahmid dan shalawat…


Syukur pada Allah yang masih mengurniakan nafas padaku dan padamu untuk segera memperbaharui taubat.


Akhi, rasanya aku telah menemukan Kekasih yang jauh lebih darimu. Yang Tidak Pernah Mengantuk dan Tidak Pernah Tidur. Yang siap teres menerus Memperhatikan dan Mengurusku. Yang selalu bersedia berduaan disepertiga terakhir malam. Yang siap Memberi apa yang kupinta. Ia yang Bertakhta, Berkuasa dan Memiliki Segalanya.


Maaf akhi, tapi menurutku kau bukan apa-apa dibanding dengan Dia. Kau sangat lemah, kecil dan kerdil dihadapanNya. Ia berbuat apa sahaja sekehendaknya kepadamu..dan akhi, aku khawatir apa yang telah kita lakukan selama ini membuatNya cemburu. Aku takut hubungan kita selama ini membuatNya murka. Padahal,Ia Maha Kuasa, Maha Gagah, Maha Perkasa, Maha Keras SiksaNya.


Akhi, belum terlambat untuk bertaubat. Apa yang telah kita lakukan selama ini pasti ditanyakan olehNya. Ia bisa marah, akhi. Marah tentang saling pandang memandang yang pernah kita lakukan, marah kerana setitik sentuhan kulit kita yang belum halal itu, marah kerana satu ketika dengan terpaksa aku harus membonceng motormu, marah kerana pernah ketetapanNya aku adukan padamu atau tentang lamunanku yang selalu membayangkan-bayangkan wajahmu. Ia bisa marah. Tapi sekali lagi, semua belum terlambat. Kalau kita memutuskan hubungan ini sekarang semoga Ia mahu Memaafkan dan Mengampuni.


Akhi, Ia Maha Pengampun, Maha Pemberi Maaf, Maha Menerima Taubat, Maha Penyayang, Maha Bijaksana.


Akhi, jangan marah ya. Aku sudah memutuskan untuk menyerahkan cintaku hanya padaNya, tidak pada selainNya. Tapi tidak cuma aku, akhi. Kau pun bisa menjadi kekasihNya, kekasih yang amat dicintai dan dimuliakan.Caranya satu, kita harus jauhi semua larangan-laranganNya termasuk dalam soal hubungan kita ini. InsyaAllah. Dia punya rencana yang indah untuk masa depan kita masing-masing. Kalau engkau selalu berusaha menjaga diri dari hal-hal yang dibenciNya, kau pasti akan dipertemukan dengan seorang wanita solehah. Ya, wanita solehah yang pasti jauh lebih baik dari diriku saat ini, Ia yang akan membantumu menjaga agamamu, agar hidupmu senantiasa dalam kerangka mencari redho Allah dalam ikatan pernikahan yang suci. Inilah doaku untukmu, semoga kaupun mendoakanku, akhi.


Akhi, aku akan segera menghapus namamu dari memori masa lalu yang salah arah ini. Tapi,aku akan tetap menghormatimu sebagai saudara dijalan Allah. Ya, saudara dijalan Allah, akhi. Itulah ikatan terbaik. Tidak hanya antara kita berdua, tapi seluruh orang mukmin didunia. Tidak mustahil itulah yang akan mempertemukan kita dengan Rasulullah ditelaganya, lalu beliaupun memberi minum kita dengan air yang lebih manis dari madu, lebih lembut dari susu, dan lebih sejuk dari krim beku..


Maaf akhi, Tidak baik rasanya aku berlama-lama menulis surat ini. Aku takut ini merosakkan hati. Goresan pena terakhirku disurat ini adalah doa keselamatan dunia dan akhirat sekaligus tanda akhir dari hubungan haram kita, insyaAllah.



Wassalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.


P/s: dipetik dari blog
http://mysyahadah.blogspot.com

Monday, December 6, 2010

Persoalan Lazim Remaja


by kak fatimah syarha..
sebelum ni pun saya dah masukan entry tentang istikharoh ni...tp ade tambahan sikit..


“Bagaimana kita nak tahu si dia terbaik untuk kita atau tak?”
...“Lepas istikharah mesti nampak dalam mimpi ke?”
“Dia kata, dia akan tetap cuba dapatkan saya sebab dia nampak saya dalam mimpi lepas buat istikharah. Macam mana tu? Perlu ke saya terima dia padahal saya tak yakin pun dengannya?”
“Saya takutlah nak buat istikharah. Takut nanti nampak apa yang saya tak kenan.”



Contohnya, nak beli kereta VIVA atau Myvi bila dah mula kerja nanti, nak balik kampung atau ikuti program keusahawanan ketika cuti semester depan, nak pilih course Undang-undang Sivil atau Undang-undang Syariah, dan sebagainya.
Bagaimana membuat pilihan?
Buatlah pilihan dengan istikharah dan musyawarah (berbincang).
Berdoa pada Khaliq dan berbincang dengan makhluk.
Sandarannya Al-Quran dan Al-Sunnah.
Namun, tiada istikharah dalam menolak perintah Allah atau melakukan larangan-Nya. Contohnya, nak pakai tudung ke tak? Nak pakai jeans ke baju kurung? Nak pergi dating atau study? Dan sebagainya.
Istikharah Menghapus Unsur-unsur Ramalan



Melihat galakan istikharah yang tinggi dalam Islam hingga ada ulama yang menganggapnya wajib. Namun, ulama salafussoleh bersepakat bahawa istikharah itu sunnah bukan wajib.
Kata Jabir bin Abdullah: Rasulullah s.a.w. mengajar kami beristikharah dalam semua pekerjaan seperti baginda mengajar kami satu surah dari Al-Quran, sabdanya: “Apabila seseorang kamu mempunyai rancangan untuk melakukan sesuatu hendaklah dia melakukan solat sunat dua rakaat, kemudian bacalah doa ini…” (Hadis Sahih Riwayat Bukhari).



Petunjuk istikharah tidak semestinya dalam bentuk mimpi. Ia boleh hadir dalam bentuk ketenangan hati. Demikian pendapat Imam Nawawi r.a. dan disokong oleh kebanyakan ulama. Setelah beristikharah dan berbincang kemudian diteguhkan pendirian dan dipermudahkan jalan ke arahnya, itupun suatu petunjuk. Jadi kenapa perlu takut untuk istikharah?

Jika seseorang itu mengalami mimpi yang menenangkan hatinya setelah istikharah, ianya hanyalah satu bonus daripada Allah SWT buatnya. Petunjuk tidak semestinya melalui mimpi!
Jangan terpedaya dengan seseorang yang berhujah dengan mimpinya sendiri untuk memaksa orang lain menerima dirinya. Mimpi orang lain tidak boleh menjadi hujah bagi kita!
Hatta kalau kita sendiri yang bermimpikan seseorang setelah istikharah, kita mesti memastikan terlebih dahulu mimpi itu tidak dipengaruhi oleh kecenderungan tertentu akibat tidak menjaga hati dan membiasakan diri dengan banyak perkara yang melalaikan. Imam Ibnu Hajar al-Asqolani menekankan supaya jangan cenderung kepada salah satu antara dua atau lebih pilihannya sebelum membuat istikharah. (Fath al-Bari, 11/223). Jangan sandarkan keputusan sepenuhnya kepada mimpi tanpa mempertimbangkan hujah yang jelas dengan perbincangan melalui petunjuk al-Quran dan al-Sunnah .


Kesimpulannya:

1. Buatlah pilihan dengan istikharah dan musyawarah.
2. Petunjuk tak semestinya hadir melalui mimpi. Namun jika kita bermimpi yang baik, ia boleh jadi bonus sokongan daripada Allah kerana mimpi itu wujud, thabit dan tak patut diingkari secara umumnya.
3. Petunjuk boleh hadir dalam bentuk ketenangan hati. Demikian pendapat Imam Nawawi r.a. dan disokong oleh kebanyakan ulama.
4. Setelah beristikharah dan berbincang kemudian diteguhkan pendirian dan dipermudahkan jalan ke arahnya, itupun suatu petunjuk.


Salam MA'AL HIJRAH 1432H

Salam Ma'al Hijrah... kullum Aam Wa Antum Bikhair.... sama-samalah kita berdoa dan berazam untuk berubah ke arah yang lebih baik dan terbaik bagi mendapat keredhaan Allah dunia dan akhirat...ameen..


Rasulullah SAW pernah bersabda bahawa orang yang beruntung adalah mereka yang hari ini lebih baik dari semalam. Marilah sama-sama kita menjadi mereka yang beruntung.


Allah berfirman yang bermaksud: "Dan, orang ansar yang mendiami negeri (madinah) serta beriman sebelum mereka, mengasihi orang berhijrah ke negeri mereka, dan tidak ada pula dalam hati mereka perasaan berhajatkan apa yang sudah diberi kepada orang yang berhijrah itu dan mereka juga mengutamakn orang yang berhijrah itu lebih daripada diri mereka sendiri, sekalipun mereka dalam keadaan kekurangan dan sangat-sangat berhajat. dan (ingatlah), sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya daripada di pengaruhi tabiat bakhilnya, maka merekalah orang yang berjaya". (surah al-Hasyr ayat 9)

Sunday, December 5, 2010

::kehidupan 2::


Saya melangkah keluar dari dewan perlahan-lahan selepas bertungkus-lumus menjawab paper yang terakhir ,berjalan dengan hati yang penuh keharuan. Melepaskan nafas perlahan-lahan. Selesai sudah pengajian saya selama 7sem,hampir 4 tahun berada di USIM. Perancangan saya selepas ini insya-Allah..akan praktikal pula..lepas praktikal??? waAllahu’alam cadang nak sambung study lagi..insyaAllah… moge diberi kesempatan dan rezeki selagi saya masih hidup di bumi Allah ini. Imtihan saya tadi berakhir dengan subjek adab ikhtilaf. Setiap kali keluar dari hall, mesti saya di tanya .. “ina…senang tak tadi…??” saya tersenyum. Tawakal je kak. “ina…jangan tengok akak ye…akak nak buka buku.. check jawapan..”saya tersenyum lagi. “ akak..tak yah check da…insya-Allah…betul semua apa yang akak jawab tu..”saya tergelak-gelak kecil.


Teringat subjek adab ikhtilaf tadi. Menjelaskan cara kita nak bagi pendapat dan menerima pendapat orang lain. Saya tersengeh-sengeh membaca subjek ni time study malam tadi. Semuanya terkena pada saya. Apa-apa pun,kalau ada khilaf antara kita..back to basic.. jaga dan kekal kan ukhwah. Teringat juga kata-kata angah. “jaga ukhwah yang x ternilai”. Seronok lak baca buku ni, ada gak word yang saya tak faham,sebab buku ni bahasa arab. Saya bukannya terer arab pun…hehe.. Bukalah kamus ya ukhti ina..memang dah buka, kadang-kadang maknanye lain..tak kena pula 2..hihihi…banyaknya alasan…;p.. owh…saya sangat jelez dengan orang yang terer dalam bahasa arab ni. Jadi, Sile lah berusaha ye ina…^_^.. buku ni juga mengatakan, Berhati-hati ketika nak jawab kembali jawapan atau pertanyaan dari seseorang. Jangan putus asa kalau orang tak terima pendapat kita. Bila orang tu bagi pendapat,kite berterima kasih, dan kalau kita bagi pendapat orang tu tak terima, bersabar, dan cuba lagi pada waktu lain…jangan tergesa-gesa ok.. dan jangan biarkan diri kite rasa kuat dan hebat.yang penting jaga ukhwah. Itu yang Islam titik beratkan.


Alhamdulillah,imtihan dah lepas. Nak jalan-jalan…nak siapkn tesis dan siapkan apa-apa yang patut… ya Allah…permudahkanlah segala urusunku..


Selepas lunch, saya dan seorang kakak menghadap laptop sama2. Share laptop,tengok facebook…x de keje…huhu.. mentang-mentang dah abis exam.


“ina…ya Allah… akak nak deactivate FB la…akak tak kuatlah nk tengok “fb” tu, ko rasa cam ne ina??”

“kenape nak tutup kak??, ape2 pun back to basic..”


“ina…ko ingatkan akak balik la.. akak da janji yang akak tak nak tutup , dulu akak tutup dan bila akak fikir2 balik…tak yah tutup balik…ignore je semua tu…tp sekarang akak tak kuat la…ya Allah…ntahlah ina…ntahla…”kata akak sambil menahan sebak.


Saya diam…


“ina…macam mana ni…??”


“senang je kak.. kalau akak rasa akak tak tenang…tutup je FB tu.. kalau dah rasa ada kekuatan..nak bukak balik,buka. tak yah fikir ape orang cakap..kite tau ape yang hati kite nak,ikut gerak hati akak. Ina pun macam tu gak sebenarnya,ina kalau bukak tutup semua tu bukan saje2..ape yang akak rasa, ina alami gak sebenarnya.”


“ ok!!! Ina…bukak FB akak jap…n deactivate kn sekarang…biarlah kawan-kawan akak nak cakap apa-apa”amboi, mengarah nampk…kui3..


Astaghfirullah…astaghfirullah…astaghfirullah… begitulah hati…kite hanyalah insan yang lemah. Hati manusia berubah2, ada kala hari ini baik, esok pula belum tentu, hari ini angin yang bertiup itu sepoi-sepoi bahasa, namun x mustahil blh b’tukar m’jadi puting beliung yang m’ganas.


Oleh itu, semua penilaian mengenai sseorg itu sifatnya relatif, boleh berubah-ubah seprti kenyataan Rasulullah SAW yang m’akui bahawa manusia dicipta dengan hati yang berbolak-balik sehingga Baginda mengajarkan umatnya supaya berdoa dengan sabdanya yang bermaksud:


“Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hatiku pada agama-Mu.” (Hadis riwayat Imam al-Tirmizi dan Imam Ahmad)


Ya Allah...Engkau ampunilah daku...sesungguhnya aku lalai dan tidak upaya...malah aku insan yang lemah. kuatkanlah semangatku. berikanlah kekuatan untuk aku beramal ibadat kepada-Mu.. permudahkanlah ya Allah...ameen..



~Lihat dengan hati kerana pandangan mata selalu gelap, tak mampu menilai hakikat~


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...