Saturday, May 29, 2010

sahabat hingga ke......????


Selamat sejahtera diucapkan pada mu teman
Semoga engkau sihat sentiasa hendaknya
Di bawah naungan keredhaan yang Esa..
Tak mungkin kau di lupai
Kerana kau sentiasa di hati oh teman sejati
Moga berkekalan hingga ke akhirat.. InsyaAllah..

Sekian lama kita bersama dalam menempuh segala ujian
Yang datang menduga iman kita
Ada kalanya kita terleka namun dengan kasih dan sayang-Nya
Kita sering saja di peringat kan
Moga kau mengingati segala ilmu yang diberi
Moga kau sentiasa menghayati
Moga kau beroleh kekuatan dalam mengharungi ujian
Di dalam menagih cinta Tuhan

Ketahuilah teman
Walau di kau jauh di mata
Namun sentiasa di hati
Ramai manusia lahiriah saja bersatu
Namun hati pecah belah sering berlaku
Moga kita mendapat kekuatan iman dan takwa
Di dalam kita membaiki diri
Moga kita selamat di dunia dan akhirat
Dengan rahmat Allah..

Semoga kita semua menjadi remaja-remaja yang mengulangi
Sejarah di era kebangkitan Islam
Semoga kita semua memiliki hati-hati ikhwan yang sejati
Yang amat di impikan semua..

Sunday, May 23, 2010

Ada Hikmah di sebaliknya...

Tak semua apa yang kita hendak kita akan dapat kn...betul tak? Allah mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya. Tengahari selepas kelas saya dan sahabat-sahabat ke pejabat fakulti untuk menghantar tajuk tesis. Course saya boleh buat tajuk untuk dakwah dan management. Terpulang pada individu dan pihak atasan yang akan menilai dan membuat keputusan. Kami submit 3tajuk untuk setiap individu. Ada yang campur tajuk dakwah and management. Ada yang management sahaja dan dakwah sahaja. Saya memilih dakwah untuk ketiga-tiga tajuk yang saya submit. Saya memikirkan tajuk yang kalau boleh saya tidak akan mendapat supervisor dari foreigner dan pilihan bahasa hanya bahasa arab dan English.Saya memilih English supaya tidak mendapat supervisor dari lecturer arab. saya tak nak buat dalam bahasa arab. Keputusan akan di beritahu selepas 2minggu. Selepas 2minggu, saya di beritahu dari seorang sahabat yang saya mendapat supervisor dari orang arab. Terkedu. sedih. Takut. semua bercampur baur. Saya terfikir, macam mana saya nak berkomunikasi dengan lecturer tersebut? saya tidak lah hebat dalam bahasa arab,apatah lagi untuk berkomunikasi.

Beberapa hari kemudian, saya berjumpa ketua program dakwah and Islamic management.Lecturer kami juga. sebelum itu, saya jumpa beberapa lecturer untuk meminta pendapat dan keizinan untuk menukar supervisor. Kebanyakkannya meminta saya mencuba dulu dan ada juga yang mengofferkan diri untuk jadi supervisor,tapi semua itu terpulang kepada budi bicara ketua program. Sebak rasanya. Berjumpa dengan ketua program iaitu prof zul. yang juga meminta saya meneruskan bersama supervisor tersebut. jahatnya saya. kenapa saya nak lari dari lecturer(supervisor) tersebut? Dia tidak pernah membuat kesilapan apa-apa pun terhadap saya. Ada sebab-sebab kenapa saya tak nak buat dalam bahasa Arab. Biarlah saya tidak menyatakan di sini.

Dari situ, saya dah mula redha. Biarlah saya meneruskan bersama supervisor ini. Saya merisik dari senior-senior dan sahabat-sahabat yang lain bahawa lecturer ini sangat senang untuk berurusan. Alhamdulillah. Lusanya, saya bersama sahabat-sahabat yang lain, berjumpa dengan ustaz tersebut. Takut. sebab tak reti cakap arab..huhu.
kawan saya pula cakap macam ni.."sebaik ada ina, ingat nak suruh ina je tolong cakap kan. Akak tak reti ni.."
Saya balas balik."Ish akak ni, saya lagi la...tengok lah macam mana,hentam jelah nanti ea.."

Masuk je bilik selepas memberi salam, kami terkial-kial untuk memulakan bicara. Bahasa pun tunggang terbalik. Alangkah ruginya saya jika sya tak mempergunakan peluang ini. Bahasa Arab adalah bahasa Rasulullah. Bahasa syurga. Bahasa Quran. Sangat-sangat rugi jika tidak mempelajarinya. Alhamdulillah...semua ada hikmahnya. Tajuk pun ustaz tolong pilihkan. Sahabat-sahabat yang lain rasa di permudahkan. Alhamdulillah. Ini baru permulaan. Saya tak buat persediaan pape lagi. Moga-moga dipermudahkan. Doakan saya dan sahabt-sahabat ye..syukron..

Saturday, May 22, 2010

Tatapan untuk sahabat-sahabat yang di sayangi..

Perkenalan dengan seorang sahabat yang sudah di anggap kakak. Pada mulanya perkenalan yang hanya melalui alam maya berlanjutan hingga mereka bersua muka dalam beberapa majlis ilmu. Alhamdulillah. Redha Allah lah yang ingin Tira gapai dalam hubungan ini. Tira teringat kalam-kalam Allah di dalam al-Quran. Allah suka hambanya yang sentiasa menyuburkan hatinya dengan kasih sayang antara sesama manusia. Air mata Tira terhembur keluar akhirnya setelah beberapa kali di tahan. Hatinya tidak tertahan. Sahabatnya semakin menjauhkan diri tanpa sebab yang dia tidak ketahui walaupun tira sudah meminta penjelasan. Adakah hanya perasaan Tira semata-mata? Bagi Tira tidak..

Tira cuba menahan sebak. Sambil termenung memikirkan apa kesilapan yang telah dia lakukan . Usai solat Zohor,hatinya semakin kemuncak dengan sebuah kerinduan yang tidak terkata kepada sahabat yang di sayangi itu. Air mata Tira basah dengan tangisan yang semakin menjadi-jaditdan teresak-esak Tira meminta kepada Allah untuk menguatkan hatinya. “ya Allah…kuatkan lah hatiku..aku sayang dia ya Allah…”Tira meneruskan doanya dengan esak tangis yang semakin menjadi-jadi,Tira yakin meluahkan segala-galanya pada Allah hati akan serta-merta menjadi tabah,tenang dan redha. Hatinya betul-betul terasa dengan apa yang berlaku walaupun hubungan dia tidak serapat dengan sahabat di satu universiti kerana Tira dengan dia bukanlah satu universiti. Tapi itu tidak penting bagi Tira,yang penting tautan hati.

Kebelakangan ini banyak perkara yang berlaku dalam diri Tira. Zahirnya nampak seperti orang yang tidak mempunyai masalah dan sentiasa “happy good lucky”. Sekarang…Tira merasakan kemanisan hidup jika segala-galanya kita bergantung pada Allah.. Allah lah tempat kita bergantung..berharap. Hati Tira terubat dengan kata-kata yang menghiburkan hatinya.. “ lumrah persahabatan..terhiris terguris menguji perasaan...hanyalah satu ujian..bukan satu halangan untuk terus berkasih sayang,hadapi dgn iman,suburkan dgn bermaaf-maafan..sematkan doa-m'doakan...”.. Tira menjadikan kata-kata ni sebagai wadah untuk dia berfikiran positif dalam kehidupan bersahabat.. Hatinya semakin tenang. Moga Allah sentiasa melimpahkan rahmat kpd sahabatnya itu..

Terima kasih sahabat….

Di saat gersang jiwaku kau sirami muhasabah..di saat tandus amalku kau suburkan qudwah..di saat gugur semangtku kau bajai quwwah..”




Ya Allah, satukanlah hati-hati kami.Bimbinglah kami menuju jalan Mu.Berilah kami maghfirah Mu.Semaikanlah hati kami dengan meredhai ujian Mu.Suburkan iman kami dengan cinta Mu.Peliharalah jiwa kami dari bara nafsu.Matikanlah kami dalam keredhaan Mu.


Saturday, May 15, 2010

..:tEnaNglAh hAti:..

Setiap hari kita ketawa. Setiap hari kita jumpa kawan. Setiap hari kita dapat apa yang kita nak.
Tapi..kenapa hati kita tak gembira?

Kita sembahyang setiap hari. Kita berdoa selalu pada Allah. Kita mintak sungguh-sungguh pada Allah. Tapi..kenapa susah sangat doa kita nak makbul? Sedangkan Allah ada berfirman. "Berdoalah pada Ku, nescaya akan Ku kabulkan...,"

Apa masalah kita?

Hati kita tak gembira sebab kita tak pernah bersyukur dengan apa yang kita ada. Kita tak pernah nak menghargai setiap nikmat yang kita dapat. Kita asyik memikirkan benda yang kita tak ada, sampai kita lupa melihat nikmat sekeliling kita.


Kita berdoa, tapi kenapa payah sangat doa kita Allah nak makbulkan?

Sebab kita asyik meminta pada Allah, tapi kita tak pernah mintak ampun pada Allah, sedangkan dosa-dosa kita terlampau banyak pada Allah. Alangkah tidak malunya kita. Kita merintih, kita merayu agar Allah makbulkan doa kita. Tapi, lepas kita dapat kesenangan kita lupa pada Allah, kita tak bersyukur pada Allah. Bila dah datang kesusahan, baru nak ingat Allah balik. Baru nak menangis, merintih..mintak Allah pandang kita. Macam mana Allah nak makbulkan doa kita?

Cuba kita renung diri kita. Cuba hitung, berapa kali kita sebut kalimah syukur dalam satu hari? Tak payah seminggu, cukuplah sehari sahaja. Berapa kali agaknya? Itupun kalau ada sebut la..

Pernah kita bangun malam, solat sunat...solat tahajud..solat taubat? Pernah? Ada...waktu zaman sekolah dulu. Itupun, lepas kene ketuk dengan warden, suruh bangun. Lepas tu...ada? Ada...time dah nak exam...waktu rasa result macam ada aura nak fail. Siap buat solat hajat lagi! Lepas dapat result tu, ada tak buat sujud syukur? Hmm...entah la, tak ingat pulak.

Hari-hari kita buat baik. Kita tolong orang. Kita sedekah dekat orang. Kita buat macam-macam. Tapi kenapa kita tak dapat nak rasa kemanisan setiap perbuatan yang kita lakukan tu? Hati kita tetap jugak tak tenang. Kenapa ye? Sebab dalam hati kita tak ada sifat ikhlas. Mulut cakap ikhlas, hati kata lain. Macam mana tu? Kita tolong orang sebab nak harapkan balasan. Nakkan pujian. Nakkan nama. Kita riak dengan setiap kebaikan yang kita buat. Macam mana hati nak tenang? Bila dapat kejayaan, kita bangga dengan apa yang kita ada. Mula nak menunjuk-nunjuk dekat orang. Sampai lupa siapa sebenarnya yang bagi kejayaan tu dekat kita.

Alangkah tidak malunya kita..., Allah ciptakan kita sebagai khalifah di bumi ni. Kitalah sebaik-baik kejadian yang Allah pernah ciptakan sehinggakan semua makhluk sujud pada bapa kita, Nabi Adam kecuali Iblis Laknatullah. Betapa Allah muliakan kejadian manusia. Tapi, kita sendiri tidak memelihara diri kita. Kita lupa tanggungjawab kita sebagai hamba. Kita lupa kepada yang mencipta diri kita. Bahkan, kita alpa dengan nikmat yang ada. Nabi Muhammad s.a.w, pada saat malaikat ingin mencabut nyawa Baginda, Baginda masih memikirkan umat-umatnya. Ummati! Ummati! Sampai begitu sekali sayang Rasulullah pada kita. Tapi kita....? Kita lupa pada Baginda Rasul. Berat benar lidah kita nak berselawat ke atas baginda. Macam mana hati kita nak tenang?

Lembutkanlah hati kita. Tundukkan lah diri kita pada Allah. Bersyukur dengan nikmat yang Allah pinjamkan pada kita. Semua itu tidak akan kekal. Bila-bila masa Allah boleh tarik balik semua itu. Ikhlas kan lah hati dalam setiap perkara yang kita buat.

Sesungguhnya, hanya Allah sahaja yang berkuasa menilai keikhlasan hati kita. Insya Allah, kita akan dapat merasai kelazatan halawatul iman itu sendiri. Tenanglah dikau wahai hati...

Bila kesabaranku diuji.........

"Alhamdulillah segala pujian
itu selayaknya hanya pada Allah. Hanya Allahlah
yang memahami dan mengetahui segala isi hati
hamba-hambaNya. Maha Pengasih dan Maha
Penyayangnya Allah kepada diriku...tetapi
bagaimanakah kasih sayang dan cintaku kepadaMu
Rabbi...hanya Engkau Maha Mengetahui.



Di kala hatiku resah dan gelisah, Allah
datangkan seseorang untuk meniupkan semangat
kepadaku. Salah satu nikmat yang hanya dapat
difikirkan dan begitu dihargai tatkala muhasabah
diri ini sentiasa aku lakukan.

Peristiwa itu menjadi rakaman bersejarah bagiku.
Tanpa diminta, secara tidak langsung, walaupun
termasuk dalam doaku sehari-hari

“ Ya Allah, berikanlah aku kekuatan untuk
melayari kehidupan dunia yang penuh dengan
cabaran dan dugaan ini,Ya Allah, golongkanlah
hambaMu ini didalam golongan orang-orang yang
sentiasa sabar menempuh segala cabaran, ujian
dan dugaanMuYa Rabb, sesungguhnya aku lemah,
maka jadikanlah aku kuat..., sesungguhnya aku
hina, muliakanlah aku disisi-Mu ya Rabb....”

Allah memperkenankan permintaan ku ini. Walaupun
bukan sekali ini sahaja malah sudah
berkali-kali, samada secara sedar atau tidak,
Pemilikku pasti menjawab dan memperkenankan
permintaan-permintaanku....cuma seringkali aku
masih tidak menyedarinya dan seringkali juga
diri ini terlupa.

Ada pepatah mengatakan, seandainya kita meminta
untuk menjadi kuat, nescaya Allah akan turunkan
ujian untuk menguatkan kita. Sesuatu yang jarang
difahami dalam seni tarbiyah Ilahi. Dan ketika
ujian, kesusahan, cabaran dan detik-detik getir
menjengah dalam rutin kehidupan, seringkali
istilah ‘SABAR’ menjadi tanda tanya. “SABAR’kah
aku dalam menjalani ujian dariNya...’SABAR’kah
aku diuji dengan ujian sebegini....dan secara
fitrah diriku sbgai manusia, terkadang air mata
pasti akan mengalir laju dipipiku ketika ku
lemah dan ku tak daya menghadapi ujian-Nya.

Bukan, tangisanku ini bukan bermakna ku tak
redha Ya Allah..... air mata yang mengalir laju
ini bukanlah kerana mengingkari
ketentuan-Mu...bukan....tapi menunjukkan betapa
kerdilnya diriku...betapa lemahnya IMAN ku dalam
menghadapi ujianMu ini. Betapa diriku ini sedang
berusaha agar tidak kalah dalam pertarunganMu
ini....pertarungan antara keIMANan dan
keKUFURan, pertarungan diantara pertimbangan
aqal dan hawa nafsuku.

Setiap peristiwa yang dilalui itu ada hikmah
disebaliknya.....setiap ujian itu adalah tanda
ingatan dan kasih sayang Ilahi keatas diri, agar
tak lalai dan lupa, bahawa diri ini adalah
kerdil berbanding dari-Nya. SABAR itu adalah
yang pertama......selepas itu...bukanlah SABAR
namanya. Hanya tinggal sedikit sahaja lagi,
untukmu raih kejayaan.......hanya sedikit sahaja
lagi untuk ku mengecap kebahagiaan., itu
ungkapanmu teman....tetapi yang sedikit itulah
yang benar-benar menguji kesabaran dan juga
keimananku.

Sabarkah aku dalam diuji? Sabarkah aku menerima
ketentuan Ilahi? Sabarkah aku ketika Allah
meminta bukti dari ikrar keIMAN yang aku
lafazkan?.

Terima kasih teman, kerana kau hadir untuk
mengingatkan diriku tentang kelalaian dan
kealpaan diri. Terima kasih ya Rabb, kerana
sentiasa membasahkan bumi ini dengan menurunkan
hujan demi membersihkan udara yang penuh dengan
debu kekotoran, juga menurunkan ujian dalam
membersihkan diriku...agar aku mengadapmu dalam
keadaan bersih dari noda-noda dosa....semoga
ujian-ujianMu dapat kutempuh dengan penuh
keSABARan, dan jangan biarkan ku terkapai-kapai
dalam mencari redha dan cintaMu
Ilahi....redhailah kehidupanku ya Rabbi dan
golongkanlah diriku ini dikalangan mereka yang
bersyukur dan berbakti.....amin."


~Lihat dengan hati kerana pandangan mata selalu gelap, tak mampu menilai hakikat~


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...