Monday, August 29, 2011

Entry Lebaran..^_^

Jam menunjukkan hampir pukul 2 pagi. untuk pengetahuan siapa2 yang sedang membaca entry ni saya tak dapat nak melelapkan mata. sebabnya baru bangun dari tidur.T_T. Esok dah raya dah.

suasana raya kali ni memang meriah. dengan keluarga belah mak yang mempunyai 12 adik beradik dan 37 cucu. saya cucu sulung.=). jadi bila berkumpul sangatlah meriah dengan adik-adik sepupu yang ramai kecil-kecil lagi. memang sangat kecoh kot time tu.. tapi hati saya x semeriah itu...T__T. dalam pukul 8.10 malam semua berkumpul di depan rumah. syhhh...pak cik2 saya memang tauke mercun. acah ja...ehe..=p..jadi,setiap bonet kereta ada banyak sangat mercun. jadi...apa lagi? mula kan operasi bakar mercun. mercun yang macam selalu sambut merdeka tu. memang berdentum2 lah bunyi kawasan rumah tu. dah macam kawasan peperangan dah rasanya. saya? saya tengok ja. Tiba-tiba rasa tergugat, perangai ke anakkan kembali semula. Apa yang tergugatnya? Tergugat tengok adik-adik sepupu main bunga api. Saya pun join lah sekali kan...^_^. Main dalam 5batang lidi bunga api je.. Nak main mercun tak berani lagi. Ini kisah malam raya.

1 syawal



Tadaaa...ini lah keluarga besar saya.
Tak cukup korum, 2 keluarga tak ada dalam gambar ni.



Preparation after solat raya,selepas makan2 dan bersalam-salaman dekat dalam pukul 10 ada sesi bergambar. Dan selepas itu kami sekeluarga bertolak untuk ziarah saudara2 pula. Raya tahun ni, saya ikut ja raya. Tapi makan pun tak. memang pecah rekod la. Saya kan kuat makan..=p. Dan nak di jadikan cerita, 1 excident berlaku pada saya. Excident ni berlaku time nak turun dari kereta. Kelakar je rasa. ketika hendak keluar dari kereta, badan saya terus mencium tanah. Kain saya tersangkut kat bahagian tempat duduk tu. Mula2 rasa macam malu sangat. sebab pak cik2 dan makcik2 nampak. Gelak sakan diorang. Adeeiiii... last2 saya pun gelak. ntah apa ntah saya berangan.

Nak upload picture dalam blog ni lagi ni. Tapi nanti2 la...itu pun kalau saya rajin lah untuk mengupload. ^_^

Kepada sahabat-sahabat dan pembaca blog yang di kasihi ...
selamat hari raya saya ucapkan...maaf zahir dab batin...=)

Wednesday, August 24, 2011

Adik....

Sudah masuk 25 ramadhan…T_T… dan sudah 7 hari juga adik kurang stabil. Teringat dulu time berborak dengan adik.


“umi…adik nak buat blog la…”kata adik…


“adik nak buat tentang apa?” tanya saya…


“adik nak cerita tentang sailorman..”adeii…sabar ajalah… kartun favorite adik…^__^. “ Tak adalah…adik nak buat cerita tentang umi kesayangan adik la..”terkesima saya.


“malu la umi…tak yah gedik ya…”



Mengimbau kembali memori perbualan dengan adik.. sangat merindui dia sekarang…

Sekarang…biar umi pula buat coretan untuk adik kat blog umi ni pula yerp..


Teringat kata-kata seseorang. “iena ni terlalu manja kan dia…sampai kita pun ina dah tak layan…ikut ja apa yang dia cakap kan”


Saya tersenyum.


saya tak nak cakap apa2…diam saja.. “sebabnya saya dah jatuh sayang dengan adik”


Tapi…yang penting…x semua perkara saya manjakan dia. Sebab saya seorang umi yang garang dan tegas yerp!! Ye keeee?


Dulu time belajar kat usim…di kenali sebagai orang yang garang.. saya tidak peduli semua itu ok!!


Berbalik kepada buah hati pengarang jantung saya…


Adik….cepat bangun sayang…. Umi sayang adik….umi tak tipu…


Wahai adik ku sayang…

Kasih sayang umi pada adik tak pernah palsu…

Umi minta maaf sangat2 andai kata-kata umi pernah menghiris hati adik…

Yang pasti sangat2 sayang…umi sayang adik kerana Allah…

Kuat kan hati…kuat kan jiwa wahai adik ku sayang….

Jangan pernah mengalah….

Umi minta maaf sangat2 sayang…minta maaf sangat2…

Minta maaf sangat sebab umi dah sayang kat adik sangat2…T_T


ya Allah...sesungguhnya Engkaulah ubat segala penyakit...sembuhkan lah adik...berilah dia kekuatan dalam menghadapi ujian -Mu ya Allah... ya Allah hanya pada-Mu tempat kami bergantung harap...ameen ya Rabb..='(..


Sunday, August 21, 2011

NuKiLan UnTuK BuAh HaTi keSaYaNgAn Umi...

Tercarik-carik hati ini…berdebar2…semuanya bercampur baur bila dapat mesej dari kak ina.. buah hati kesayangan kami sekarang terbaring lesu … ya Allah…sesungguhnya Adik adalah hamba yang terpilih di dalam kalangan hamba-Mu untuk menerima ujian-Mu ini… semua ini tanda kasih sayang-Mu terhadap hamba2-Mu yang sentiasa mengharap keredhaan-Mu ya Allah… alhamdulillah…


Hati ini bagai terasa lagi. Baru saja semalam saya pulang dari menemui adik.. berhari2 kami meluangkan masa di dalam bulan yang penuh barokah ini…keesokkanya adik terus di masuk kan ke hospital… “umi minta maaf sayang” . saya semakin rindu…rindu dengar jeritan adik…keletahnya yang sentiasa keanak-anakkan… saya rindu…itulah buat hati umi…kak ina…abang2 adik…dan keluarga adik…


“adik…kuat ya sayang…”


hati ini semakin rindu.. ya Allah…sampaikan lah salam sayang rindu dan sayang ku kepadanya… izinkan kami bertemu semula ya Allah… tanpa keizinan-Mu semua ini tak akan berlaku… sebab itu kita di minta bergantung dengan Allah dalam segala urusan … tanpa keizinan-Nya…saya mungkin tak dapat berjumpa dengan adik.. meminta keizinan pada manusia…belum tentu dapat kan…


hati ini rindu lagi…. Setiap masa hati ini sentiasa ternanti2 ingin mendengar suara adik… kak ina pun rindu dengar suara adik…


“sayang…bangunlah sayang… adik kena kuat… semua dah rindu kat adik…umi tak tipu…umi betul2 sayang adik… tak ada siapa-siapa yang boleh menggantikan tempat adik di hati umi”…sebak…

Perlahan-lahan ku usap air mata yang menitis tanpa henti… bagaimana kehadiran Aidilfitri nanti? Walaupun tak sampai setahun kenal…hati ini sudah jatuh sayang pada adik… tak ceria rasa adik tak ada..


“Assalammualaikum…iena…adik masuk icu… mohon doanya ya…”mesej yang saya terima dari kak ina. Hati saya berdebar2…air mata terus mengalir laju… tapi apakan daya…umi jauh dari adik… hanya titipan doa dan bisikan rindu dan sayang melalui kak ina yang umi mampu… kalau boleh umi nak di sisi adik…umi sayang adik tau…


Ya Allah…sempena di akhir2 10 ramadahan ini… Engkau berilah kesembuhan kepada laily nor shafeenaz… ENGKAU berilah dia kekuatan…moga dia diberi kesempatan untuk menikmati ramadhan yang akan datang dan berjasa untuk Islam… Allahumma amen…T_T

Tuesday, August 2, 2011

Rasa bertuhan yang tajam melahirkan insan berakhlak mulia

Orang yeng memiliki rasa berTuhan yang tajam akan melahirkan akhlak yang mulia, misalnya sabar, gigih, lemah lembut, pemaaf, berkasih sayang, bertolak ansur, tawadhuk, pemurah dan lain-lain.


Pemaafnya orang yang memiliki rasa berTuhan yang tajam sampai pada peringkat dia tidak marah kepada orang yang membuat kesalahan, sebab setiap kali dia melihat kesalahan orang lain, dia merasakan dia lebih salah dan jahat dari orang tu. Dia tidak akan menegur secara langsung, kecuali bila kesalahan itu membahayakan perjuangan. Dia doakan agar orang tersebut insaf dan membaiki kesalahannya. Bila seseorang itu merasakan dia lebih bersalah dari orang yang terlanjur berbuat salah, maka dia tidak akan menjatuhkan orang lain.


Orang yang rasa berTuhannya tajam telah melalui riyadhatun nafs yang bukan taraf biasa tapi bertaraf luar biasa, seperti berbuat baik kepada orang yang berbuat jahat pada dia. Dia akan rasakan dirinya yang paling jahat, paling berdosa. Kalau dipuji orang, dia sibuk menolak pujian, hatinya susah, sebab dia terasa Allah melihatnya dan mengetahui yang dirinya tidak seperti yang orang puji itu. Dia mudah memaafkan orang bahkan berbuat baik dengan orang yang pernah berbuat zalim atau jahat kepadanya, kerana dia melihat dirinya paling jahat. Dia rasa Allah datangkan orang untuk menghukumnya karena dia telah berdosa pada Allah. Inilah rasa kehambaan yang luar biasa...


MasyaAllah...indahnya hidup berTUHAN... adakah diri kita sudah sampai ke tahap itu...marilah kita koreksi diri kita bersama2... moga ramadhan kali ini memberi impak yang besar pada diri kita dalam membina peribadi Agung...insyaAllah... Ramadhan kareem!!!1


~Lihat dengan hati kerana pandangan mata selalu gelap, tak mampu menilai hakikat~


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...