Saturday, March 17, 2012

::time interaksi..::

Alhamdulillah…interaksi pertama di ipg sudah selesai. Banyak benda yang saya tak tau tentang ilmu perguruan, akhirnya dapat juga tahu. Ini lah pentingnya menuntut ilmu kan. Di rezeki kan menuntut di salah sebuah maktab yang terkenal di mana sahsiah pelajar-pelajarnya cukup indah membuatkan saya seronok belajar di situ. Pernah kawan mengadu.. “saya di tegur kerana pakai tudung pendek ”. Memang kat sana di ambil titik beratkan tentang semua tu.


Hari first di maktab..kelas sampai malam. Jadual memang padat. Boleh jem otak ni.hehe. tapi seronok. Lect pun ramai yang sporting-sporting. Tak boring. Kalau dah sampai tengah hari memang ada yang dah tersengguk-sengguk macam burung belatuk.^___^. Sampai kawan di sebelah cuit saya.


“ kau ni tak mengantuk ke ina?”


“mengantuk memang ngantuk, tahan laa…tak boleh nak layan sangat. Kalau ngantuk cepat ambil posisi yang membolehkan kita tak ngantuk. Tulis la apa yang lect cakap kat depan tu. Tulis apa saja.”

“ko makan vitamin, memang la tak ngantuk…”

“erk…ada kena mengena eak?”hehe..

“ada la...akak dah penah dah cuba makan vitamin,memang tak ngantuk…”

“ye ke kak? Tak juga…tak juga…”nak menang juga…;p.

Ok…interaksi pertama kali ni. Ramai lect yang minta kami jadi guru di depan, tapi tak semua. Mula-mula segan , lama-lama ok. Seronok,Alhamdulillah… masa subjek pendidikan Quran Ustaz minta setiap kumpulan buat presentation. Kumpulan saya masing-masing tolak menolak. Last-last saya yang kena present kat depan sorang-sorang mewakili kumpulan. Memberanikan diri, kan dah biasa pergi ke depan kan ina. Awat nak segan-segan. Bila lagi nak cuba, dan mendapat kritikan lect?hehe. saya paling muda kot dalam group saya,yang lain umur 26 ke atas. Memang set kat kepala ni, kawan-kawan kat depan ni adalah anak murid. Memang guru-guru di sana sangat sporting kot!!!


Hari ketiga..rabu tu sepatutnya ada usrah. Kami memang dah di tentukan naqib dan naqibah sendiri. Tapi, tak jadi pula. Ada meeting katanya. Seingat saya first usrah berjalan time orientasi. Naqibah pun sangat best Siap pesan lagi, jadikan group usrah kita yang best..

Ok, BIG nanti akan buat di pulau pangkor. insyaAllah, dalam bulan 4 ni. Masing-masing tak sabar. Saya biasa je…J. Apa-apa pun assignment bertimbun. Jangan lupa siapkan ye ina.. selamat bertugas!!

Assalammualaikum...

aku bukan Abu Bakar..



Penduduk Mekah gempar lagi. Orang ramai berkumpul di hadapan Kaabah. Abu Bakar yang mendengar kekecohan itu turut tertarik untuk pergi. Dia mencelah-celah di kalangan kelompok orang ramai yang berkumpul di situ.



“Apa yang berlaku?” soalnya kepada salah seorang penduduk kota Mekkah yang ada di situ.

“Muhammad berdusta lagi. Dia mengatakan bahawa semalam dia telah pergi ke Baitulmaqdis dan pulang semula ke sini dalam waktu semalam sahaja. Sedangkan kita semua tahu tempoh perjalanan dari Mekkah untuk ke Baitulmaqdis memakan masa selama satu bulan.” terang lelaki tersebut. Mereka semua sedang mencemuh Nabi Muhammad.

Kehadiran Abu Bakar di situ disedari oleh Abu Jahal. Pantas, pemimpin di Mekah itu mendapatkan Abu Bakar, sahabat Rasulullah.



“Wahai Abu Bakar. Temanmu ini benar-benar sudah gila dan hilang akal. Mana mungkin seorang manusia biasa mampu pergi ke Baitulmaqdis dan pulang semula ke sini dalam masa satu malam sahaja. Sudah pasti Muhammad ini seorang pendusta.” teriak Abu Jahal. Dia semakin galak untuk menjatuhkan Nabi Muhammad.



“Aku percayakan dia.” sebaris jawapan Abu Bakar ternyata mengejutkan ramai orang.

“Muhammad ini ialah sahabat aku. Dan dia ialah seorang Rasul. Bukan setakat Baitulmaqdis, aku percaya dia mampu untuk pergi lebih jauh dari itu.” keyakinan dan kepercayaan Abu Bakar terhadap sahabat yang dicintainya lebih daripada dirinya sendiri ternyata sukar digugat.



Itulah dia putera Abu Quhafah. Sentiasa teguh pendiriannya menyokong Rasulullah. Tanpa mempedulikan dirinya sendiri, Abu Bakar rela bertaruh nyawa demi sahabatnya. Demi menegakkan Islam. Bersama-sama sahabat sampai syurganya, Nabi Muhammad.

***************************************************

“Ummi, janji dengan adik satu perkara.” Ummi mengalih pandang kepada Adik.

“Apa dik?”

“jangan tinggalkan adik. Kongsi segala-galanya. Dan,kita akan sama-sama masuk syurga. ” Adik mengucup pipi ummi nya.

Buat seketika, ummi terdiam. Manakala Adik menanti dengan penuh pengharapan. Perlahan,. Akhirnya ummi memeluk adik perlahan-lahan. “ye sayang, ummi janji..adik pun sama tau.” Air mata menitis perlahan-lahan. Ummi jangan lah menangis. “adik pun sama menangis”

“adik…nanti tolong ummi ya kat “sana” nanti…”

“ummi yang kena tolong adik..”balas adik.

“kita sama-sama tolong ya”

akhirnya masing-masing tenggelam dalam dunia mereka berdua. Bergurau senda dan saling bertukar cerita.

******************************************************

Matanya terpaku melihat perkataan-perkataan di papan skrin laptopnya. Sungguh, ummi sedang keliru dengan apa yang di bacanya. Baru sahaja tadi, kawan adik menceritakan tentang perihal mengenai adik. Kebetulan ummi sedang berkomunikasi dengan salah seorang ahli keluarga adik. Terus dia forward kan mesej-mesej tersebut untuk meminta kepastian. Betul ke adik begini? Keraguan menimpa. Aku tak kan mudah mempercayai kata-kata orang lain sebelum aku dapat kebenaran. Ummi bermonolog di dalam hati.


“ betul kak…dia tu macam ni…macam tu…” lagi sekali mesej diperolehi dari kawan adik.


Tutt..tuutt….tuutt,,..ummi segera mencapai hpnya, bunyi yang menandakan mesej masuk . Dari adik. “Sampai hati ummi, adik dah tahu dah apa yang ummi borak kan dengan dia. Adik buka fb ummi. Adik tahu adik tak sebaik dia.ummi tak payah nak rahsia-rahsia kan dari adik”


Terus ummi membuat panggilan untuk bercakap dengan adik. Hanya esakan tangisan sahaja yang kedengaran. Selepas itu talian terputus. Membuat panggilan sekali lagi. Tiada respon dari adik. Tanpa berputus asa talian masih di teruskan. Akhirnya adik menjawab panggilan. Hanya tangisan yang kedengaran.


“Adik…dik..dengar sini. Walaupun dia cakap macam-macam tentang adik. Tapi ummi tak pernah ambil peduli. Ummi tak percaya. Sebab ummi dah tanya tentang adik pada orang yang ummi percaya.”


“Betul ummi tak percaya apa yang dia cakap?”


“iye sayang…ummi kenal adik yang ummi kenal sekarang. Jangan fikir ummi akan percaya kata-kata orang lain. Adik percaya kan ummi kan, ummi pun kena percaya kan adik.”


Sudah tiga minggu adik dan ummi tidak berhubung. Tapi ini bukan lah penghalang untuk ummi lupakan adik. Tak mungkin.


Jauh di sudut hatinya, ummi sentiasa mendoakan agar ukhwah mereka tidak akan putus walaupun mereka berjauhan dan tidak berhubung. Dalam sebuah persahabatan, perlu ada sikap saling mempercayai antara satu sama lain dan sentiasa jujur kerana ummi tahu, dia bukanlah seperti Abu Bakar, yang sentiasa teguh bersama sahabat sampai syurganya, Nabi Muhammad.


*********************************************************************************




Cemburu dalam berukhuwwah.. Wujudkah cemburu itu andai kita benar-benar berukhuwah kerana Allah? Nah.. Inilah kekhilafan kita dalam berukhuwah.. Mudah sungguh syaitan itu menyuntik helah...


Dalam berukhuwah, bukan kesempurnaan yang kita harapkan.. Juga bukan kerana kebaikan persahabatan itu dijalinkan. Sesungguhnya, sebuah ukhuwwah itu akarnya keikhlasan. Selagi kita ikhlas bersahabat kerana Allah, tanpa dihubungkan pertautannya semata-mata kerana keperluan dunia, nescaya kita mampu mengelak sebarang konflik dalam ukhuwah, InsyaAllah.


Bukanlah sebuah kehidupan, andai perjalanannya tanpa sebarang kekhilafan. Begitu juga ukhuwah.. Hati manusia sungguh rapuh. Mudah goyah dengan hanya secebis ujian. Bagaimana ujian dalam berukhuwah? Dalam ukhuwah, kadangkala kita mudah terasa, tersinggung, kecil hati dan bermacam-macam lagi perasaan yang mampu menimbulkan keregangan dalam tali persahabatan..sedangkan berlapang dada merupakan tahap rendah ukhwah selepas ithar. Namun itu lumrah.. Kerana manusia tidak sempurna, dan bukan serupa fikrahnya..


Waallahua’alam..

pukul 4.30 pagi.

Wednesday, March 7, 2012

sahabat itu....


Bismillahirahmanirrahim…
Allah…dah lama sangat teratak saya ini bersawang tanpa di bersihkan oleh tuannya. Tuannya sibuk sampai tak sempat nak bersihkan ye… InsyaAllah…akan di bersihkan sedikit demi sedikit…^^.

Baru-baru ini saya bertanya seorang demi seorang teman. Apakah yang di maksudkan ukhwah lillahi Taala? Tapi…saya tak dapat jawapan yang boleh dapat memuaskan hati saya. Kecuali dengan membuka alquran dan kitab-kitab yang saya rasa lebih memuaskan hati saya. Bagaimana mungkin kita dapat membina rasa cinta kepada seseorang kerana Allah semata?



Pastilah dek kita tahu hubungan dan kasih sayang kita kepadanya mendapat keredaan Allah. Mungkin kerana dia orang yang dekat kepada Allah, atau dia boleh menjadi faktor kita dapat mendekatkan diri kepada Allah. Apabila perasaan yang seperti itu terbina, kita akan dapat berasa nikmatnya perasaan cintakan seseorang kerana Allah. Hanya hubungan yang seperti itulah yang membuahkan kesetiaan dan kejujuran yang tidak mampu dibeli oleh pangkat, kedudukan dan harta.

Dan saya juga pernah terbaca buku yang bertajuk “guru jutawan akhirat”. Di dalam bab sahabat, ia menyatakan adakah kita sebagai sahabat sanggup berkorban nyawa untuk sahabat yang kita sayang itu. Mampukah kita mengorbankan nyawa menjadi sahabat seperti itu? Ya seperti saidina Ali menggantikan tempat tidur Nabi, ketika nabi di buru oleh arab quraisy Mekah.di sebabkan kecintaan Saidina Ali kepada Nabi, beliau sanggup mempertaruhkan nyawanya..

Sukar sekali untuk mendapat sahabat seperti itu sekarang. Masing-masing hanya mementingkan diri sendiri. Persahabatan kerana Allah, memberi tanpa minta diganti, menyokong tanpa minta disanjung, memuji tidak kerana budi, berkorban tanpa menuntut ganjaran. Namun semuanya hanya mengharapkan kurniaan Allah jua yang menjadi punca kecintaan dan kasih sayang itu mekar antara satu sama lain. Sudah pastilah persahabatan itu dibina atas kebenaran yang sentiasa tunduk dan patuh kepada titah Allah dan Rasul-Nya. Alangkah indahnya suasana ini.

Sungguh…hati ini menangis mengingatkan sahabat tersayang saya. Pernah seorang adik menegur saya. “akak…saya dapat rasakan ukhwah akak dengan dia terlalu kuat…saya cemburu sangat”. Ya Allah..Engkau berilah kesihatan dan sembuh kan lah dia jika dia dalam kesakitan. Engkau mudahkanlah,tabahkan lah hatinya dalam mengharungi ujian-Mu.Allahumma amen.

Teman-teman silih berganti datang. Tetapi hanya dia seorang sahaja di hati saya. Yang setia bersama saya. Yang susah untuk berasa hati dan mengungkit. Yang sentiasa menegur jika tersilap. Sebak bila mengingatkan. Kenangan-kenangan manis yang sentiasa di hati ini tak akan pernah dilupakan. Walaupun baru setahun perkenalan. Tetapi sudah terasa lama bertahun-tahun.

Dalam hadis Nabi s.a.w bersabda: Sesungguhnya dari kalangan hamba-hamba Allah adanya golongan yang mereka bukan para nabi, atau para syahid. Namun para nabi dan para syahid cemburu kepada mereka pada hari kiamat disebabkan kedudukan mereka di sisi Allah.

Para sahabat bertanya: Wahai Rasulullah! Beritahulah kami siapakah mereka?Jawab Nabi: Mereka itu golongan yang cinta-mencintai dengan roh Allah, tanpa ada hubungan kekeluargaan dan bukan kerana harta yang diidamkan. Demi Allah, sesungguhnya wajah-wajah mereka adalah cahaya, mereka berada atas cahaya. Mereka tidak takut pada saat manusia ketakutan, mereka tidak berdukacita ketika manusia berdukacita.

Lalu baginda membaca ayat al-Quran: (maksudnya) Ketahuilah sesungguhnya wali-wali Allah tiada ketakutan untuk mereka dan tidak pula mereka berdukacita (hadis riwayat Abu Daud, dinilai sahih oleh al-Albani).

Inilah golongan yang dilindungi Allah pada hari kiamat. Di dunia mereka mendapat kenikmatan persahabatan yang jujur dan ikhlas, di akhirat mereka dilindungi Allah. Nilai persahabatan bukan pada wang atau peluang yang diberi. Atau kedudukan dan kerusi yang disogokkan. Semua itu tiada erti, jika ada udang di sebalik mi. Sesungguhnya senyuman ikhlas seorang sahabat sejati, lebih bererti dari dunia dan segala isinya, sehingga Nabi s.a.w. menyebut: Senyumanmu buat wajah saudaramu itu adalah sedekah (riwayat al- Tirmizi, dinilai sahih oleh al-Albani).

Ya Allah…kekal kan kami ukhwah kami hingga di akhirat nanti…amen..


~Lihat dengan hati kerana pandangan mata selalu gelap, tak mampu menilai hakikat~


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...