Saturday, June 18, 2011

Ustazah Pilihan

sedang saya meneliti nama-nama peserta adik-adik Nisa' yang akan mengikuti program Nisa'. mak cik saya bertanya pada saya.. ina..kau tak nak masuk ustazah pilihan kat astro tu ke? masuklah.." saya dah tergelak-gelak dah.. "ha??tak pelah... bibik je lah masuk" saya jawab dengan sengeh2.. saya tak tengok pun iklan tu...juz terdengar-dengar cam tu je..


secara peribadinya...memang program ini berunsurkan kebaikan dan ingin membawa wanita lebih ke hadapan dan berfikiran terbuka dalam dunia dakwah ni.. saya fikir...ia seperti rancangan imam muda kan...:)..tetapi...adakah methodnya menepati syar'i...???Yang menontonnya bukan hanya di kalangan wanita sahaja.Nanti jadi lain pula,jadi pulak rancangan 'Ustazah pilihan hati ...

Rasulullah bersabda,'Dunia ini adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah'. (HR Muslim).

wanita sekarang ni perlu banyak berjaga2...lagi-lagi dengan dunia yang penuh fitnah ni... bukan nak berfikiran jumud.. hanya nak mengajak kita berfikir secara lebih dalam mengikut al-Quran dan as-Sunnah.

Teringat serangkap sajak yang menjadi entry sebelum ini...mengenai seorang wanita...

MAAF, wajahmu itu bukan utk tontonan umum..apalagi tontonan khusus...wanita solehah itu Tidak memandang dan tidak dipandang...wanita solehah itu Tidak mengenali dan tidak dikenali...wanita solehah itu...Tidak menegur dan tidak ditegur...


Tak reti nak komen lebih-lebih,apa-apa pun ia 1 alternatif yang baik,cuma harapnya method nye berbeza dan lebih terjaga batas-batas yang sepatutnya seorang muslimah perlu patuhi.Jika nak dipertontonkan pun,yang seharusnya sahaja la,tak perlu lebih-lebih daripada itu,nanti jadi sama macam gadis melayu je la.Allahua'lam!

bak kata kak mujahidah...Di kampus ada juga ruang sebegini,tapi secara 'tertutup',amat menarik bilamana ia mengikuti silibus-silibus dan perkara yang bakal dikupas amat-amat buat kita teruja.Saya amat-amat yakin!jika ia mampu dilaksankan dengan baik,insyaAllah akan menghasilkan da'ie muslimah yang berilmu dan mampu berhadapan dengan masa hadapan,keluarga,masyarakat dengan baiknya.InsyaAllah!

Sunday, June 12, 2011

"ya Allah, ampunkan aku ya Allah, aku tidak mahu kembali kepada-Mu sebegitu ya Allah"..(T_T)


astaghfirullah..(T_T)

Sungguh hina dan azab kepada orang yang berilmu tetapi tidak beramal dengan ilmunya..astaghfirullah..(T_T)

Ketika Sayyiduna Nabi Muhammad S.A.W menceritakan kepada seorang sahabat baginda S.A.W, bagaimanakah seksaan yang diterima oleh golongan berilmu tetapi tidak beramal dengannya, tidak menggunakan ia pada hatinya dan jasadnya, tidak menyebarkan kepada orang lain..

Sayyiduna Zaid bin Arqam meriwayatkannya dengan berkata (yang bermaksud) :

"Aku mendengar Rasulullah S.A.W bersabda : 'pada Hari Kiamat, seseorang didatangkan dan dilemparkan ke dalam neraka. Kemudian ususnya terburai dan dia akan dipusing-pusingkan seperti keldai yang memusingkan alat giling.

Lalu penghuni Neraka berkumpul dan bertanya kepada orang terbabit, 'Fulan, apa yang terjadi denganmu? Bukankah dulu kau mengajak kepada yang makruf (hal baik dan benar) dan melarang perkara yang mungkar (hal buruk dan salah)? Dia pun menjawab, 'Dulu aku memang mengajak kepada perkara yang makruf namun aku sendiri tidak mengamalkannya. Dan aku melarang yang mungkar, tetapi aku sendiri melakukannya.'"

(hadith riwayat Imam Bukhari)

astaghfirullah..astaghfirullah..astaghfirullah..(T_T)

wallahua'lam..

di antara hal yang paling ditakuti dan digeruni oleh para sahabat Sayyiduna Rasulullah S.A.W adalah digelar "munafik" tanpa mereka sedari..iaitu golongan yang "bercakap tidak serupa bikin"..

astaghfirullah..hindari perwatakan itu ya Allah, hindari sifat itu ya Allah..amin ya rabbi..(T_T)

Golongan itu boleh juga dikira sebagai seorang munafik kerana orang munafik lahiriahnya bagus tetapi dalamannya rosak, astaghfirullah..(T_T)

Lidahnya manis menuturkan kata-kata hikmah, namun amalannya pahit, astaghfirullah..(T_T)

Mereka memperdayakan manusia dengan ilmu yang ada, padahal hatinya kosong dari keyakinan Iman dan Islam, astaghfirullah..(T_T)

Golongan "ilmuwan" sebegini adalah munafik yang alim pada lisannya, pada zahiriahnya, astaghfirullah..(T_T)

Bahaya munafik yang alim lisannya ini diberi ingatan oleh Sayyiduna Rasulullah S.A.W seperti yang diriwayatkan Umran bin Hushain..

Sayyiduna Rasulullah S.A.W bersabda (yang bermaksud) :

"Sesungguhnya sesuatu yang paling aku risaukan sepeninggalanku terhadapmu ialah setiap orang munafik yang alim lidahnya"

(Hadith riwayat Imam Tabrani)

astaghfirullah..(T_T)

wallahua'lam..

"ya Allah, Engkau hadirkan ilmu kepadaku, maka hadirkan jua amal untuk ilmu itu kepadaku", amin ya rabbi..

Sayyiduna Rasulullah S.A.W bersabda (yang bermaksud) :

"seharusnya seseorang yang mempelajari sesuatu ilmu adalah untuk mendapat keredhaan Allah, namun jika dia mempelajarinya adalah kerana untuk memperoleh kesenangan dunia, maka dia tidak akan mencium bau syurga pada hari Kiamat"

(hadith riwayat Ibn Hibbah)

astaghfirullah..(T_T)

wallahua'lam..

Oleh sebab itu, niat yang tidak jujur dan tidak ikhlas menuntut ilmu kerana Allah membuatkan ilmu yang ada hanya setakat lidah tanpa ada pengalaman dan perbuatan..Sedangkan ilmu itu semestinya di susuli dengan amalan kerana ilmu adalah IMAM dan amal adalah MAKMUN..

astaghfirullah..(T_T)

maka..

"wahai hatiku, wahai jiwaku, wahai jasadku, bertaubatlah kepada Allah, amalkanlah apa yang telah ada pada jasadmu, pada jiwamu, pada hatimu, andai tiada lagi ilmu, maka berusahalah untuk mencarinya, mempelajarinya dan kemudian mengamalinya, amin ya rabbi"..





Firman Allah S.W.T (yang bermaksud) :

"Allah akan meninggikan orang yang beriman di antaramu dan orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat"

(surah al-Mujadilah ayat 11)

wallahua'lam..

sesungguhnya orang yang beriman kepada Allah S.W.T dengan SEPENUHNYA adalah orang yang ada padanya ilmu dan ada padanya amal yang istiqomah..insya Allah, wallahua'lam..(T_T)

ziarah nisa' kuala langat ke baitul ehsan



Tengah memberi sedikit peringatan kepada adik-adik baitul Ehsan dan Adik-adik Nisa’ Kuala Langat…saya terdiam sebentar.. saya merintih di dalam hati..mengingatkan diri.. Ya Allah..moga2 apa yang aku cakap pada mereka ni aku buat dan lakukan ya Allah…



Saya mulakan dengan firman Allah:

"Wahai hamba-hambaku yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa, sesungguhnya DIA lah jua Yang Maha Pengampun, Lagi Maha Mengasihani."(AZ-Zumar 39:53)


“Dik…kita manusia yang tidak akan terlepas dari melakukan kesilapan..kerana kita bukan makhluk yang sempurna… kita bukan maksum seperti Rasulullah.. Tetapi..ingat dik…manusia yang bijak adalah manusia yang tidak melakukan kesilapan yang sama. Orang Islam tidak akan masuk ke dalam lubang kesilapan dua kali.


Saya perhatikan seorang demi seorang adik…semua tertunduk.. saya macam biasalah… sebak tu memang tak yah cakap la…terasa diri ni kerdil sangat..


“dik…fitrah kita ni semuanya baik je sebenarnya dik …manusia memang semula jadi fitrahnya memang suci bersih. Cuma kadang-kadang diri kita tersalah pilihan dengan melanggar fitrah itu yang menjadikan hati kita tak tenang. Jangan kita melawan fitrah itu sendiri yang suka pada kebaikan dan benci pada kejahatan.. sentiasa melakukan solat taubat…sentiasa baiki diri”


Saya terdiam…bermonolog dalam hati lagi…ya Allah…moga apa aku cakap ni aku laksanakan..


“taukan…zaman remaja kita ni zaman mencabar kalau kita tak kuat macam2 boleh jadikan…akak nak tanya…apa yang mencabarnya tu?”


Seorang adik menjawab dengan perlahan..” ramai kawan laki”.


“haa…kumpul kawan-kawan lelaki??” saya menjawab dengan nada gurau sambil tersenyum. Semua terkekek-kekek..hehe..


“akak gurau je…akak tahu.. menjadi cabaran semua adik-adik..akak pun sebenarnya…kita sama-sama lalui..nak berkawan boleh..bincang-bincang benda yang rasa betul-betul ada urusan.. tapi…nak rapat-rapat..dating-dating…jauh2kanlah..takut ia bawa mudarat pada kita..”adik mengangguk2..


“sekarang..akak nak semua pejam mata dan fikirkan perkara-perkara negatif dan kesilapan yang pernah adik buat…dalam 3minit..akak beri peluang kamu fikirkan”adik-adik mengikut arahan. Dan aktiviti membebel saya bermula selepas mereka membuka mata saya meminta mereka menampalkan sifat2 negetif kepada sifat2 positif mereka. dan saya akhiri aktiviti berkumpulan itu dengan doa di dalam surah al-Qasas 28:16.


"Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku telah menganiaya diri sendiri; oleh itu ampunkanlah apalah jua kiranya akan dosaku". (Maka Allah Taala menerima taubatnya) lalu mengampunkan dosanya; sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.."



Alhamdulillah…walaupun tak sampai sehari kenal…terasa ukhwah begitu kuat.. sukan bersama-sama...group saya menang..hi3.. tahniah2... dan yang saya paling terharu dengan seorang pelatih baitul Ehsan. Sebelum nak balik dan bersalam-salaman… kami terasa berat sangat nak lepaskan pelukan tu..air mata membanjiri di dalam dewan baitul Ehsan.


“kak…yang lepas biar lepas ye…kuatkan semangat dan hati..jangan putus asa…bla…bla…bla…”kata saya sebelum keluar dari dewan..


Sempat saya bertanya dan berkongsi-kongsi cerita. Pengalaman-pengalaman kehidupan mereka. masya-Allah…mereka sungguh baik..


"airmata hamba Allah yang bertaubat kerana menginsafi diri dan takutkan Allah itu adalah tinggi nilainya di sisi Allah... semoga kesemua yang menyertai program semalam dapat membawa balik sesuatu 'hadiah' yang 'istimewa' utk diri sendiri dan menyampaikannya kepada yang lain" insyaAllah..




Thursday, June 9, 2011

kita kan ada Allah...=)

Saya jarang berkongsi sesuatu perkara tentang diri saya pada orang lain.. hatta…masalah pun sama. Kalau ada pun, memang bertuahlah sahabat yang mengetahuinya… korek lah macam mana pun..susah untuk saya ceritakan. itu sebab saya di gelar asrar..sebab sukar untuk mempercayai orang...hanya orang2 terpilih sahaja...ehe.. memang sesetengah orang memerlukan sahabat untuk meluahkan rasa hati serta sahabat yang dapat meringankan masalah yang kita hadapi. Berapa ramai sahabat yang betul2 boleh dipercayai? Saya pelajari semua dari pengalaman. Bila rahsia kita terbongkar oleh sahabat yang kita percayai, maka hilanglah kepercayaan kita pada dia..susah untuk mengembalikan kepercayaan itu kembali seperti dulu…=). Untungnya kita…kita ada Allah. DIA tak akan pernah bocorkan rahsia kita kalau kita betul2 jaga dan ikut apa yang ALLAH suruh. Setiap kali kita bermasalah dan tiada tempat mengadu..ingatlah…Allah ada tempat kita mengadu dan bergantung. dahulukan Allah sebelum kita hendak meluah rasa kepada sahabat2 kita yang lain. kerana ALLAH lah sahabat kita yang paling Agung dan sejati. Mengadu lah sebanyak mana dengan penuh rasa kehambaan.. bukan dengan kesombongan. Allah lebih faham apa yang tersirat di hati kita. Masalah hati…manusia lebih banyak meletakkan pergantungan pada diri manusia itu sendiri melebihi Allah.


Firman Allah s.w.t. maksudnya : "Allah adalah Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu.” (Surah Al-Ikhlas ayat 2)

Firman-Nya:

“Wahai anak-anakku! Pergilah dan intiplah khabar berita mengenai Yusuf dan saudaranya (Bunyamin), dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah melainkan kaum yang kafir ”. ( Ayat 87 : Surah Yusuf )


Pergantungan pada Allah tidak membuatkan kita berasa putus asa. Bila kita terasa sakit hati, terasa hendak marah, jelez pada seseorang…cepat2 kembali pada Allah..

Rasakan didikan dan tarbiah dari Allah bila kita di kelilingi ragam manusia yang berbagai-bagai. Jagalah hati dengan penuh rasa kehambaan.. mujahadah!!! Sakitnya tidak terkira…tetapi hasilnya sangat indah…::jaga hati hiasi peribadi:insyaAllah...

Monday, June 6, 2011

Maafkanlah Daku

Ya ALLAH, hambaMU ini telah banyak melakukan dosa padaMU. Tidak banyak amal yang kubuat, tetapi tidak sedikit dosa yang telah kulakukan.

Ya ALLAH, kuharapkan kasih sayangMU, kutahu diri ini tidaklah yang terbaik, tetapi kuharap ENGKAU masih sudi menyayangi hambaMU ini.

Aku sedar aku ini hambaMU yang sering melupaiMU, tetapi Ya ALLAH, janganlah KAU melupakan daku ini. Ampunkan segala salah silap hambaMU ini.

Ya SALAM, selamatkanlah diri ini dari segala noda dan dosa.

Ya RAHMAN, berikanlah daku nikmat kasihMU semasa di dunia ini, dan juga kurniakanlah maghfirahMU semasa di akhirat sana nanti.

Aku tahu KAU maha pengampun, KAU maha penyayang, maafkanlah semua hambaMU Ya ALLAH, aamin


~Lihat dengan hati kerana pandangan mata selalu gelap, tak mampu menilai hakikat~


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...