Tuesday, August 12, 2014

Ini Barulah sahabat..

Setiap pertemuan pasti ada pengakhirannya..
berpisah kita atas jalan dakwah..
walau bertemu cuma sedetik.. Tapi ianya cukup bermakna..
suka duka..
nangis tawa..
gurau senda..
segalanya dikongsi bersama..
mengecas semangat yang kian pudar..
berkongsi pesan dan nasihat..
..sahabat yg baik adalah sahabat yang sentiasa ada kala senang dan susah..
kala futur menjengah..saling memberi kekuatan...
kala kaki tak mampu melangkah..
saling memimpin menuju syurgaNya..
walau kita jarang bersua
ingatan dan rindu sentiasa bertamu dihati...
ukhuwahfillah..

Sahabat…moga kau terus thabat..

Mengharap redha Ilahi..

U.J.I.A.N



“Apakah manusia itu mengira bahwa mereka akan dibiarkan (saja) hanya dengan mengatakan: “Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya, Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia pasti mengetahui orang- orang yang dusta.”
Surat Al-Ankabut: 2-3

saat ini..
kita merasa lelah
kita merasa payah
namun sekalipun
kita takkan pernah menyerah


tangisan bukan bererti kita lemah
bahkan ia menguatkan langkah
beruntungnya kita,merasa
kelebihan anugerah Allah
walau hati tersiat duka
namun terselit sejuta bahagia
merasai nikmat ujian Allah


ayuh sahabat!!
kuatkan kakimu
untuk terus melangkah
di atas hamparan
penuh duri dan darah
biarpun payah..
kita kan bersama
menempuhi segalanya........


katakan pada hati
itu bukan ujian
tapi hadiah dari tuhan
utk mereka yg sejati
berjuang di jalan illahi....


#Teruslah kuat demi Islam
#Moga terus thabat


Sunday, July 13, 2014

Duhai Sahabat.

Bismillahirrahmanirrahim.


Umi.. masak apa tu?


Whatsapp dari adik saya terima.


Cuba teka, adik kat mana?


Alunan zikir istighfar Hafiz Hamidun beralunan menandakan whatsapp dari adik masuk lagi, memang sengaja saya specifickan ringtones untuk orang yang teristimewa di hati saya. Lambat sikit saya balas sebab ada kerja sikit  tu yang tak dengar.

 Lalu saya membalas. “ Rumah mama? Bazar?”

Dah itu je yang selalu dia bagi tau kat saya.


“Umi..!! adik kat bazar… adik on the way nak pergi masjid ni dengan ustaz, ustaz kena bagi tazkirah/kuliah nanti” itu jelah selalu dia inform kat saya. Selalunya masjid yang dekat-dekat dengan rumah adik.

“Adik…umi masak bihun sup tadi”

“sedapnya…” balas adik. Untuk adik tak ada pun nak masakkan…untuk orang lain umi masak sedap-sedap je. sambungnya lagi.

Nak kena ni..kalau adik berkepit dengan umi siapa yang masak ea?ahaks.

Apa yang adik nak umi masak je kan..


Lalu saya dapat gambar ni dari si dia.




“Ouh…adik kat masjid Shah Alam ye?”


Aah…dengan ustaz..ustaz join daurah kitab kat sini.


Saya terkedu kejap. Dan sebak. Sebab..sebab apa…nak tau? Kalau tak nak tau tak yah baca..errmm…(tarik nafas jap)



Dulu…masjid nilah tempat saya dan dia tiap minggu pergi. Tiap-tiap minggu masjid ni sangat meriah dengan majlis ilmu. Kadang-kadang sanggup tidur rumah mak cik yang rumahnye memang dekat dengan masjid  shah alam. Kami berdua macam belangkas. Adik ikut je saya ke mana saya pergi. Nak je dia ikut mana saya pergi. Banyak kenangan saya dan dia di masjid tu. Paling tak lupa. Tahun lepas, iftar dan  iktikaf kat masjid negeri dengan adik. Bermalam kat masjid. Malam tu siap-siap cari roti untuk sahur nanti. Sebab ramai yang bermalam kat situ. Memang meriah sangat. Kalau bukan bulan ramadhan pula. Majlis ilmu memang tak payah cakap,banyak je. Pernah juga bawa adik masuk join program daurah. Nak adik rasai jadi fasilitator. Lepas tu kami akan jalan-jalan tengok baju ke. Duduk-duduk kat situ. Erm..memang adik akan ikut jelah saya. Bila saya pergi usrah. Saya memang angkut budak kecik tu.hihi. Adik macam redha je…ikut mana saya pergi. So…bila teringat kenangan dengan adik macam sebak. Rindu sebenarnya. :’( Adik memang cakap. Nanti kalau nak pergi ajak dia. Yelah, sebelum dia ada anak kan.  24hb ni saya balik Selangor. insyaAllah. Saya nak ke sana. Moga Allah izinkan. Rindu kepada masjid negeri sentiasa mencengkam kat hati. Cuma bila dah tak ada adik, saya bawa adik saya yang lelaki tu. Dulu pun bawa juga.


Saya harap. Moga ukhwah fillah ini menjadi bukti di depan Allah.


Duhai adik dan merangkap sahabat ku sayang…


Di kala ada sepasang kekasih berdating di taman, kita pula tidak sabar-sabar berdating dengan majlis ilmu penuh keberkatan. Jika sepasang kekasih bercumbuan dalam sembunyi di bawah cahaya rembulan berdua-duaan jau dari orang, kita pula berkasih sayang dalam bersembunyi dan terang tanpa takut dan bimbang penuh kesucian. Jika sepasang kekasih sering memadu rindu atas rangsangan nafsu kita pula berkasih atas landasan ukhuwwahfillah bebas dari dorongan nafsu semata di naungi kasih pencipta.


Adik…moga kita berdua dik. Menjadi dua orang yang berkasih sayang kerana Allah, berhimpun atau bertemu kerana Allah dan berpisah pun kerana Allah. Moga hadis ini menjadi inspirasi kita berdua. insyaAllah. :)

p/s: Cuma dalam bersahabat dan berukhwah atau menjalinkan hubungan dengan siapa-siapa pun. walaupun antara suami isteri nanti. Banyakkan fikirkan kebaikan pasangan dari keburukan pasangan.
sebelum mengundur diri. Ampun maaf saya pinta jika tersilap bicara. Doakan saya ye.:')

Monday, July 7, 2014

Ramadhan, Adik. Buku. Birthday girl.

Bismillahirrahmanirrahim.


Rasanya tak terlambat untuk saya mengucapkan salam ramadhan kepada seluruh ummat Islam. Moga ramadhan kali ini lebih baik dari sebelum ini, InsyaAllah. Yah, bulan yang mulia ni juga menguji diri kita bagaimana tahap eskperasi cinta kita pada Allah. Adakah pada tahap yang biasa-biasa sahaja. Sama ada, hanya berpuasa di siang hari dan berbuka menjelang waktu berbuka tiba. Dan juga, sama ada kita berada di tahap di mana kita tarasa teruja untuk menjadikan ia wasilah untuk diri kita lebih cinta dan takutkan Allah. Bersahur,Bersedekah, berpuasa di siang hari, bertadarrus, qiammullail dan melakukan segala kebaikan. Kerna kita mengetahui bahawa sedikit mana pun kebaikan yang kita lakukan pada bulan yang penuh mulia ini, Allah akan memberi ganjaran pahala yang berlipat ganda. Insya Allah.


Bila fikir-fikir balik, takut. Mana tahu ini adalah ramadhan terakhir saya. Saya mengalami situasi di mana, saya takut tumpuan saya terjejas. Banyak sangat kejutan sebelum ramadhan. Pindah sekolah, nak pindah rumah, cari rumah sewa. Semua di buat dalam awal bulan ramadhan. Hampir 2 minggu lebih berulang alik dari batu pahat ke Yong Peng sekolah baru saya. 45minit saya kira setiap hari. Bertabahlah saya setiap hari. :’). Alhamdulillah… Allah sangat baik. Dia permudahkan segala urusan saya. Dan sekarang saya perlu focus pada kerja saya sekarang  dan tanggungjawab saya. Bersyukur sangat dapat sekolah yang best, rakan guru yang sporting. Tak sampai sehari saya dapat masuk dengan mereka. Sekolah kecil, murid pun sikit. Senang saya nak focus ajar anak-anak murid ni. J


Alhamdulillah, awal cuti hari tu Allah izinkan saya berjumpa dengan adik malah merangkap sahabat   kesayangan saya. Dah lama tak jumpa. Mestilah rindukan. Yang si adik ni pun satu. Nak jumpa pun siap nak fight dengan kita kan. Cakapla rindu juga. :-p Alhamdulillah, walaupun dia dah kahwin hubungan kami tetap macam dulu juga. Dah nak hampir 4tahun persahabatan kami. Rancang nak ziarah je. Siap bawa adik-adik yang kecil ni. Keluar pukul 10.30 sampai nak dekat pukul 3.00 petang. Sadis tak? Cari pizza homemade. Tak nak pizza hut yang selalu keluar iklan tu. Last-last sesat. :’( . saya memang raja sesat. Alhamdulillah, jumpa juga.  Kesian adik saya haziq yang 4 Tahun. Membebel je. Kak ina…haziq takut. Adeiii… :’). Adik…Allah kan ada. Jangan takut.


Sampai je rumah adik, adik cakap ustaz belum balik solat jumaat. Sebab kami rancang nak pergi rehlah di Ulu Yam. Punyalah beli makanan berkelah.hehe. seronok tengok adik-adik mandi dan main air. Saya just duduk atas batu dan snap gambar je.:-p. tak rancang nak bermalam di rumah adik. Tapi depa pujuk juga suruh bermalam. Mak dah pesan awal-awal jangan balik malam. Last-last memang dah agak dah, mak mesti call. Saya minta adik yang cakap dan minta kebenaran pada mak untuk bermalam. Kalau dengan si dia ni, mak okeyyyy jeee…(sambil jelir pada adik, werkk).hehe.








Malam tu keluar makan steamboat, dekat je dengan rumah adik. Ustaz join sekejap je. Ustaz memang selalu bagi ruang dan peluang kami bersama. Sebab ustaz kata nanti kalau dah kahwin susah nak macam ni laagi. Melainkan dapat suami yang memahami. Hehe. Dan…dan.. tiba-tiba dapat ilmu sikit tentang ilmu rumahtangga.kehkeh. ustaz cakap, nanti ambil buku kat rumah tu. Buku tu ada dua. Tajuknya surat terbuka untuk para Isteri, dan Surat Terbuka untuk Para Suami. Terima kasih Allah, terima kasih adik dan zauj.



Lepas makan, pergi ke econsave. Padahal dah nak pukul 10 malam dah. Pergi bahagian baby. Cari baju baby untuk baby adik , merangkap anak angkat saya.ngeee..hehe.. tak penat pula mak buyong ni berjalan. Tak apakan dik, bukan selalu. Yang paling kelakarnya.

“Umi, adik tidur dengan umi tau”

“Mana boleh, adik dah kahwin, adik kena tidur dengan suami lah. Isteri kena berada di sisi suami. 

Tak ada. Umi tidur dengan emi dan haziq”


“tak apalah, adik nak tidur dengan umi juga, peduli apa adik”



Yelah dik, apa-apa aje lah kan. Dulu adik banyak berkorban untuk umi, sanggup redah KTM semua. Naik bus untuk sampai ke rumah umi. Memang terharu. Sekarang ni tak bolehlah. Kadang-kadang lepas kahwin adik ada juga datang tidur rumah , tapi saya kena ambil dia. Dah isteri orangkan. Dan sekarang, saya pula akan ke sana. Tempat adik. Kalau tiap kali cuti sekolah. InsyaAllah, moga Allah pelihara hubungan dan ukhwah fillah kami hingga di depan Allah nanti. Biiznillah.



Adik…terima kasih untuk buku aku ada wali karya kak Fatimah Syarha. Adik macam tahu je saya tak beli lagi. Sebab saya tiap-tiap tahun memang beli. Saya  Peminat karya Ustazah Fatimah Syarha. Buku Ni bukan sekadar novel. Dia Padat dengan ilmu,lagi bab feqah. Cuma buku pemilik cinta setelah Allah dan Rasul saya hilang. Tak beli-beli baru lagi. Sayang kot buku tu. :’(. Dah banyak kali saya khatam plus hadamkan betul-betul. Sebab apa? Buku-buku ustazah banyak mengajak remaja di luar sana membaiki diri dan menjaga ikhtilat antara muslimin dan muslimat. Sama ada belum bertunang, dan dah bertunang. Bila baca sokmo. Kita seperti meletakkan diri kita di dalam watak novel tu. Serius. Ini bukan main-main. Sampaikan nak berurusan dengan lelaki pun saya kena fikir banyak-banyak. Ni urusan atau tak. Fikir dalam-dalam, nanti depan Allah nanti nak jawab apa? Sedar tak kita apa yang kita buat walau sekecil zarah akan di persoalkan oleh Allah. Kalau kita ada alasan untuk di bentangkan di depan Allah, silakan berurusan. Tak kisahlah orang nak kata saya syadid ke tak. Dah lali. Tak apalah, Allah lebih tahu dan lebih faham. Baikkan Allah. :’)


Ya Allah, panjang pula saya membebel. Tengok jam dah pukul 12 lebih. Oklah nak tidur, esok 8hb Julai pagi-pagi kena bangun. Esok kan besday girl. :p . doakan khusus untuk diri saya boleh? norsufazreena binti sulaiman. Doakan saya kuat, sabar dan tabah menjadi hamba Allah yang beriman. Jadi wanita solehah. Jadi anak solehah. Jadi umi dan Isteri yang solehah satu hari nanti. Jadi manusia yang bermanfaat untuk ummah. Semoga Allah makbulkan doa-doa kalian semua. Ameen…ameen ya Rabbal ‘Alamin.


Tuesday, June 10, 2014

Jalan-Jalan di UIA.

Bismillahirrahmanirrahim.

Janji dengan adik di UIA dalam pukul 11 lebih selepas dia habis imtihan saya akan bertolak dari rumah. Tapi terpaksa di tunda masanya kerana ada kerja rumah yang perlu  selesaikan sebelum keluar rumah. Dari rumah saya ke UIA dalam sejam lebih je , bawa kereta perlahan memang lambat sampaila. Kalau yang bawa kereta laju boleh sampai lagi awal kot. Lepas zohor, siap-siap semua saya pun bertolak ke UIA. Lama sangat tak jumpa adik yang solehah ni selepas kami pernah berprogram bersama.


Niatnya nak ziarah kejap je. Lepas tu akaN ke Shah Alam untuk bermalam di rumah mak cik, dan esok nak ke Masjid Shah Alam. Saya rindu masjid Shah Alam. Cuti ni tak dapat join. Mungkin cuti bulan 12 jika Allah izinkan. Biiznillah. Last-last bermalam juga di UIA tu. MasyaAllah..banyak sangat cerita kami bualkan. Yang bestnya bukan bual lagho-lagho dan kosong-kosong. Bual tentang Islam dan gerak kerja dakwah. Alhamdulillah.


Kenal adik ni masa zaman muda-muda dulu. Dia tegur saya kat FB. Dah lama dah. Dia Tanya macam mana nak masuk Nisa’. Sebab dia duduk Sabah. Sekarang. Dia dah jadi orang hebat saya kira. Tahniah farah!



Teringat masa malam tu. Kami makan burger sama-sama. Kenangan yang manis bagi saya. Sambil tak henti berbincang. :’).  Walaupun adik, dia Nampak matang dan berkaliber. Teringat satu malam tu.


Teet…teet.. whatsapp saya berbunyi.


Tengok-tengok farah yang bagi. “Akak…farah ada hadiah untuk akak. Nah..”
Nak tahu tak apa? sebuah lagu yang memang sweet.hehe.


Masa nak balik tu, farah ada bagi something kat saya. Alhamdulillah...dapat buku.


Niiii…. J ( Dengan perasaan yang penuh bahagia)




Alhamdulillah… Allah izinkan kami berjumpa. InsyaAllah.. hujung tahun ni kita berjumpa di Johor pula yerp. ;).


p/s: Carilah sahabat yang benar-benar ikhlas untuk bersama kita. Yang mempunyai matlamat untuk bersama-sama menuju redha Allah. Dan kat akhirat nanti dapat berpimpin tangan ke syurga bersama-sama, siapalah kan yang tak nak jadi golongan VIP nanti. J

Sunday, June 8, 2014

Terharu

Bismillahirahmanirrahim.

Apa Khabar Iman sahabat hari ini? Alhamdulillah moga sentiasa ada peningkatan. Kalau ada rasa down usahalah untuk tingkatkan semula. Sebabnya memang fitrah dan lumrah manusia, naik turun iman seseorang hamba itu untuk menguji diri kita. Bila rasa kosong. Hati tak best tu. Cepat-cepat cari Allah. Cepat-cepat spend time dengan masa yang agak lama untuk menangis dan merintih pada Allah. Minta Allah kuatkan. Minta Allah bantu. Bukan pergi kepada manusia menangis dan merintih-merintih. Gulp! Boleh. Tapikan..bila kita dah luah kat Allah amat jarang kita meluahkan pada manusia.yang penting luahkan sepenuh hati dengan jiwa ragamu. Cewwaaah..!! Toib..
Minggu cuti sekolah ni. Hamper 3 minggu juga cuti. Tapi macam tak cuti pun sebenarnya. Ada juga program-program yang perlu hadiri. Plus kerja yang banyak! Memang terbaik dan best!( sila baca dengan nada memerli).


Termenung kejap.
MasyaAllah… rasa terharu  dan bersyukur sangat mempunyai sahabat dan kakak-kakak yang baik hati. Honestly, saya mempunyai tabiat yang kadang-kadang payah nak bagi mesej dan call sahabat-sahabat terlebih dahulu. Sebenarnya dah banyak kali kena marah. (nangis laju-laju).


“ Nak harapkan ina call akak. Entah bila la kan”.


“ Nak harapkan kak ina call dan mesej dulu, jangan haraplah”

Uwaaaa…

Egokah saya?! Egokah saya!!??


Iye…saya suka menunggu. isskk…isskkk..


Tapi…tapi kan… bukannya tanda saya tak ingat dan lupa. Kadang-kadang bila dah rindu tahap supersaiya. Memang saya call dan mesej. tengok mood sebenarnya. ><. Dari dulu kawan saya ramai  yang lebih tua usianya dari saya. Dan sampai sekarang kakak-kakak tempat saya belajar dulu still contact saya. Rajin mereka call. Mesej. Tanya khabar. Padahal mereka dah kahwin pun. Ukhwah yang sangat mendalam bagi saya. Lagi dalam kalau nama sahabat kita sentiasa dalam doa kita.


Teringat cerita di mana seorang sahabat pada zaman dahulu. Kalau sahabatnya ada 100. Dalam doa tu dia sebut satu persatu nama sahabat tu . Masya Allah. Ajiiib. Lagi hebat Allah. Jadi, rajin-rajinlah kita sebut nama-nama sahabat yang kita sayang dan chentai itu. Baiklah. Saya akan sambung untuk entry yang lain mengenai ukhwah. insyaAllah. Biiznillah.



Thursday, April 3, 2014

Ada apa dengan baju.

Hari itu, seperti kebiasaannya dia bersiap-siap  awal untuk ke sekolah. Minggu itu minggu unit beruniform. Maka guru sekolah di Negeri  itu di galakkan untuk memakai baju Uniform. Dia mencapai bungkusan baju yang tak pernah di buka selama 2 bulan. Itu pun di belikan oleh rakan guru di situ. Dia membelek-belek baju itu. Esok nak pakai baju ni. Basuh dulu. GPK Koko pun asyik pandang lain macam sebab selalu pakai baju kurung dan t-shirt Muslimah. Seperti nak pergi jalan-jalan agaknya. Kokorikulum 2 hari. Hari ni pakai baju kurung, esok pakai baju uniform. Sebelum ni tak pernah pakai baju uniform . Pakai baju t-shirt Muslimah je untuk memenuhi syarat sempena  hari kokorikilum.


Esoknya, dia menyarung pakaian tu. Nampak tidak ada ketenangan di situ. Hati mula resah. Semua tak kena. Nak menangis pun ada.


“Erm…kenapa pula ni?”


Terus sahaja dia keluar ke rumah dan menyarung kasut ke sekolah dengan perasaan berbaur.

Hari tu semua tak kena.


Aku tak biasa ni. Monolognya dalam hati.  Rimas.

Rasa berdosa. Rasa dah langgar syariat Allah. Padahal tutup aurat.


Hanya kerana baju itu tidak melebihi paras bawah lutut. Jalannya kekok tidak kena. Maka pada hari itu dia mengisytiharkan bahawa dia tidak akan pakai baju itu sampai bila-bila. Jika ia tidak kena pada hati, masakan hendak meneruskan juga. Iman kamu itu sedang berbicara.


Begitulah sebenarnya kehidupan kita. Buatlah sesuatu dengan mengikut fatwa hati kita. Allah bagi kita membuat pilihan. Tetapi pilihan itu biarlah seiring dengan kehendak Allah dan pimpinan dari Allah. Bagi sesetengah manusia meletakkan pakaian tidak memainkan peranan apa-apa. Pakaian sebenar kita adalah taqwa. Tetapi ia sebenarnya memberi juga gambaran kepada si pemakai. Ketenangan hati kita. Keselesaan hati kita. Yah.. Bergantung pada diri si pemakai. Maka asalkan tidak melanggari batasan dan syariat Allah. Jagalah kehormatan dirimu wahai Muslimah.



Tentang Jodoh-Ustazah Norhafizah Musa-

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamu'alaikum w.b.t...

Bercakap tentang soal memilih jodoh, teringat kisah benar Ustazah Norhafizah Musa bagaimana dia setuju untuk berkahwin dengan suaminya, Dr Azhar Yaakob. 


Ustazah ada ceritakan di dalam satu ceramah di UIAM,Gombak di bawah tajuk “Gown & Tuxedo: The Beauty of Me.


Kata ustazah :
“Dalam bab memilih jodoh ni,  ustazah ada memiliki kepercayaan dan keyakinan sendiri yang ustazah pegang sangat. Bahawa jodoh ini, yang terbaik, mohonlah dengan Allah Azzawajalla. Ustazah percaya sangat dengan Allah, minta dengan Allah. Minta dari sekarang, “Rabbi Habli Minassolehin.” Ya Allah, kurniakan aku keturunan yang soleh-soleh. Nak keturunan soleh, mak kena soleh. Nak keturunan soleh, pasti kita dapat suami yang soleh. Sebab kita mintak seluruh keturunan kita, ada lagi darah daging kita walaupun tujuh keturunan, soleh belaker. Kita mohon dengan Allah, jumpa insyaAllah. Kalau tak jumpa kat dunia, pun kat akhirat. Allah jawab kita punya permintaan.


Sebelum umur ustazah 18 tahun, ustazah bergelumang dengan pakwe makwe, tapi lepas umur 18 tahun, memang tak de langsung dah. Takde. Duduk belakang pintu pun dua kali je kot. Tu pun nak bagi fail. Di Yarmouk, di bawah persatuan Permaya namanya, jika berhubung dengan lelaki, akan ada tabir. Memang tak ada pergaulan bebas langsunglah.Ustazah harap anak-anak ustazah tak ikut perangai mak dia yang dulu-dulu tu.


Dan selepas 18 tahun, inilah doanya.
Ya Allah Ya Tuhan, sebagaimana kawan-kawan aku yang lain, aku nak  juga jodoh yang baik. Aku yakin dengan Engkau ya Allah.


Selepas usia ustazah 18 tahun, bercakap dengan lelaki melalui telefon pun takde langsung. Malah,setiap kali ada urusan dengan laki-laki,  Allah je yang Maha Mengetahui, ustazah rasa masa silam yang ustazah lalui itu, cukuplah tak nak ada hubungan apa-apa dah. Berdoa saja dengan Allah. Dalam keadaan tak kenal, mana satu Arshad, mana satu nama ni, macam mana nak kawen? Siapalah orangnya, siapalah yang nak. Tapi Allah mengatur jodoh ustazah. Ustazah istikharah,istikharah,istikharah, yakin dan percaya, betul agaknya, hati tu kuat mengatakan ini jodohku. Terima sajalah, dan minta Allah mudahkan segala jalan.


Walaupun mula-mula, datang orang ni sorang, kita kata tak hensem, tak nak istikharahlah. Bila sembahyang kita kata, “Kenapalah aku ni, tak jujur dengan Allah. Kata nak mintak Allah carikan. Kata nak percaya dengan Allah.” Tapi, banyak juga campur tangan taste kita kan.


Ustazah istikharah jugak, tak kiralah sape pun. Istikharah,istikharah, sampailah datang seorang jejaka., yang sungguh macho sekali. Datang seorang jejaka tu, yang ustazah memang berat hati, tak naklah yang ni. Dahlah orang jauh apa semua. Tapi, kita jujurlah dengan Tuhan, kita istikharah. Akhirnya Allah meletakkan dalam hati tu, keyakinan yang tidak dapat digugat-gugat. Ustazah katakan, inilah jodoh yang Allah pilihkan untuk ustazah. Dan alhamdulillah, yang pilihan Allah itu, semakin lama kita melalui kehidupan, semakin terserlah bahawa inilah pilihan istimewa dari Allah untuk ustazah. Seorang suami yang boleh bangun malam, pakaikan pampers anak, ustazah nak pergi ceramah, dia tolong buatkan nota-nota. Tak pernah komplen nak pergi mana, nak pergi mana. Dia kata, dalam Lembah Klang, nak sampaikan dakwah, pergilah, takpe, Anak-anak dia boleh uruskan.


Baru beberapa tahun kawen, dia hadiahkan seorang bibik. Pembantu rumah untuk memudahkan kerja sebagai seorang isteri. Pada ustazah, pilihan dari Allah itu, yakin dan percaya itu yang terbaik. Jadi, jangan takut, saya tak bergaul dengan laki-laki, jadi takde jodohlah saya. Tidak. Mohonlah dengan Allah Azzawajalla.  


Saturday, March 15, 2014

Jangan hina manusia lain.. T_T



Ramai orang di ketika ini memandang manusia disekelilingnya dengan penghinaan sehingga menghadirkan sikap meninggi diri serta takabur pada dirinya..

kadang-kadang ada hati yang berkata ; "erm...baik aku lagi pada dia."

sesungguhnya hatinya sedang ditipu oleh nafsu dan syaitan..

astaghfirullah, hindari ya Allah, hindari ya Allah, hindari ya Allah..

Allah hadirkan kesalahan manusia di hadapan kita, keburukan manusia di hadapan kita, BUKANLAH UNTUK KITA CACINYA, HINA DIRINYA, tetapi adalahUNTUK MENILIK DIRI KITA..




para guru mulia mengajar ;

"apabila berlakunya keburukan manusia di hadapan mata, terus-lah mengucap alhamdulillah (ucap di dalam hati), syukur kepada Allah, mohon kepada Allah agar dipelihara dari segala keburukan, syukur kepada Allah kerana masih memelihara diri, dan merayu-lah kepada Allah agar sentiasa menjaga diri yang lemah ini, agar sentiasa tidak berada di dalam keburukan sehingga melalaikan hati dari mengingati-Nya."


alhamdulillah, syukur ya Allah..ya Allah, peliharalah hati lemah ini agar sentiasa ingat kepada-Mu, tidak lalai dari mengingati-Mu, amin ya Allah..

Positif

Assalammualaikum permulaan bicara. Allah..lama sungguh tidak mencoret sesuatu di teratak usang ini. Sentiasa merangka di ruang fikiran ini untuk menulis. Berlegar-legar idea nak tulis. lama-kelamaan terkubur begitu sahaja. Apakan daya. Satu sifat yang baru saya hadapi sejak tahun lepas menjalar dalam diri saya. "Kemalasan untuk membuka laptop dan online". Maka blog ini bersawang lah untuk beberapa bulan lamanya.


Alhamdulillah... sekarang sudah bergelar pendidik. Maka ruang skop dakwah lebih tertumpu kepada madu' dihadapan. Ya..anak-anak murid. Tambahan, saya baru berpindah di Negeri Johor yang mungkin asing bagi saya. Kerana berjauhan dengan family. Maka meletakkan Allah dan Rasul sebagai tempat bergantung sentiasa sangat tinggi.( saya rindu sekolah tempat saya berpraktikal,saja menyelit).


Di sekolah baru, banyak benda baru yang saya perlu pelajari. Tidak seperti sekolah lama, saya banyak "di manja-manjakan". Di sekolah baru ni, semua kena belajar sendiri dari segi pengurusan. Positif perlu sentiasa di sematkan ke dalam hati. Kalau tak kerja yang kita buat membuatkan kita jadi stress. Allah perlu disematkan di hati. Kerna itulah kekuatan yang kita ada untuk teruskan kehidupan. MasyaAllah..indahnya jika pergantungan kita pada Allah. Rasa letih dengan dunia ini. Moga perjalanan kita sentiasa di pandu oleh-Nya.


~Lihat dengan hati kerana pandangan mata selalu gelap, tak mampu menilai hakikat~


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...