Thursday, April 3, 2014

Ada apa dengan baju.

Hari itu, seperti kebiasaannya dia bersiap-siap  awal untuk ke sekolah. Minggu itu minggu unit beruniform. Maka guru sekolah di Negeri  itu di galakkan untuk memakai baju Uniform. Dia mencapai bungkusan baju yang tak pernah di buka selama 2 bulan. Itu pun di belikan oleh rakan guru di situ. Dia membelek-belek baju itu. Esok nak pakai baju ni. Basuh dulu. GPK Koko pun asyik pandang lain macam sebab selalu pakai baju kurung dan t-shirt Muslimah. Seperti nak pergi jalan-jalan agaknya. Kokorikulum 2 hari. Hari ni pakai baju kurung, esok pakai baju uniform. Sebelum ni tak pernah pakai baju uniform . Pakai baju t-shirt Muslimah je untuk memenuhi syarat sempena  hari kokorikilum.


Esoknya, dia menyarung pakaian tu. Nampak tidak ada ketenangan di situ. Hati mula resah. Semua tak kena. Nak menangis pun ada.


“Erm…kenapa pula ni?”


Terus sahaja dia keluar ke rumah dan menyarung kasut ke sekolah dengan perasaan berbaur.

Hari tu semua tak kena.


Aku tak biasa ni. Monolognya dalam hati.  Rimas.

Rasa berdosa. Rasa dah langgar syariat Allah. Padahal tutup aurat.


Hanya kerana baju itu tidak melebihi paras bawah lutut. Jalannya kekok tidak kena. Maka pada hari itu dia mengisytiharkan bahawa dia tidak akan pakai baju itu sampai bila-bila. Jika ia tidak kena pada hati, masakan hendak meneruskan juga. Iman kamu itu sedang berbicara.


Begitulah sebenarnya kehidupan kita. Buatlah sesuatu dengan mengikut fatwa hati kita. Allah bagi kita membuat pilihan. Tetapi pilihan itu biarlah seiring dengan kehendak Allah dan pimpinan dari Allah. Bagi sesetengah manusia meletakkan pakaian tidak memainkan peranan apa-apa. Pakaian sebenar kita adalah taqwa. Tetapi ia sebenarnya memberi juga gambaran kepada si pemakai. Ketenangan hati kita. Keselesaan hati kita. Yah.. Bergantung pada diri si pemakai. Maka asalkan tidak melanggari batasan dan syariat Allah. Jagalah kehormatan dirimu wahai Muslimah.



Tentang Jodoh-Ustazah Norhafizah Musa-

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamu'alaikum w.b.t...

Bercakap tentang soal memilih jodoh, teringat kisah benar Ustazah Norhafizah Musa bagaimana dia setuju untuk berkahwin dengan suaminya, Dr Azhar Yaakob. 


Ustazah ada ceritakan di dalam satu ceramah di UIAM,Gombak di bawah tajuk “Gown & Tuxedo: The Beauty of Me.


Kata ustazah :
“Dalam bab memilih jodoh ni,  ustazah ada memiliki kepercayaan dan keyakinan sendiri yang ustazah pegang sangat. Bahawa jodoh ini, yang terbaik, mohonlah dengan Allah Azzawajalla. Ustazah percaya sangat dengan Allah, minta dengan Allah. Minta dari sekarang, “Rabbi Habli Minassolehin.” Ya Allah, kurniakan aku keturunan yang soleh-soleh. Nak keturunan soleh, mak kena soleh. Nak keturunan soleh, pasti kita dapat suami yang soleh. Sebab kita mintak seluruh keturunan kita, ada lagi darah daging kita walaupun tujuh keturunan, soleh belaker. Kita mohon dengan Allah, jumpa insyaAllah. Kalau tak jumpa kat dunia, pun kat akhirat. Allah jawab kita punya permintaan.


Sebelum umur ustazah 18 tahun, ustazah bergelumang dengan pakwe makwe, tapi lepas umur 18 tahun, memang tak de langsung dah. Takde. Duduk belakang pintu pun dua kali je kot. Tu pun nak bagi fail. Di Yarmouk, di bawah persatuan Permaya namanya, jika berhubung dengan lelaki, akan ada tabir. Memang tak ada pergaulan bebas langsunglah.Ustazah harap anak-anak ustazah tak ikut perangai mak dia yang dulu-dulu tu.


Dan selepas 18 tahun, inilah doanya.
Ya Allah Ya Tuhan, sebagaimana kawan-kawan aku yang lain, aku nak  juga jodoh yang baik. Aku yakin dengan Engkau ya Allah.


Selepas usia ustazah 18 tahun, bercakap dengan lelaki melalui telefon pun takde langsung. Malah,setiap kali ada urusan dengan laki-laki,  Allah je yang Maha Mengetahui, ustazah rasa masa silam yang ustazah lalui itu, cukuplah tak nak ada hubungan apa-apa dah. Berdoa saja dengan Allah. Dalam keadaan tak kenal, mana satu Arshad, mana satu nama ni, macam mana nak kawen? Siapalah orangnya, siapalah yang nak. Tapi Allah mengatur jodoh ustazah. Ustazah istikharah,istikharah,istikharah, yakin dan percaya, betul agaknya, hati tu kuat mengatakan ini jodohku. Terima sajalah, dan minta Allah mudahkan segala jalan.


Walaupun mula-mula, datang orang ni sorang, kita kata tak hensem, tak nak istikharahlah. Bila sembahyang kita kata, “Kenapalah aku ni, tak jujur dengan Allah. Kata nak mintak Allah carikan. Kata nak percaya dengan Allah.” Tapi, banyak juga campur tangan taste kita kan.


Ustazah istikharah jugak, tak kiralah sape pun. Istikharah,istikharah, sampailah datang seorang jejaka., yang sungguh macho sekali. Datang seorang jejaka tu, yang ustazah memang berat hati, tak naklah yang ni. Dahlah orang jauh apa semua. Tapi, kita jujurlah dengan Tuhan, kita istikharah. Akhirnya Allah meletakkan dalam hati tu, keyakinan yang tidak dapat digugat-gugat. Ustazah katakan, inilah jodoh yang Allah pilihkan untuk ustazah. Dan alhamdulillah, yang pilihan Allah itu, semakin lama kita melalui kehidupan, semakin terserlah bahawa inilah pilihan istimewa dari Allah untuk ustazah. Seorang suami yang boleh bangun malam, pakaikan pampers anak, ustazah nak pergi ceramah, dia tolong buatkan nota-nota. Tak pernah komplen nak pergi mana, nak pergi mana. Dia kata, dalam Lembah Klang, nak sampaikan dakwah, pergilah, takpe, Anak-anak dia boleh uruskan.


Baru beberapa tahun kawen, dia hadiahkan seorang bibik. Pembantu rumah untuk memudahkan kerja sebagai seorang isteri. Pada ustazah, pilihan dari Allah itu, yakin dan percaya itu yang terbaik. Jadi, jangan takut, saya tak bergaul dengan laki-laki, jadi takde jodohlah saya. Tidak. Mohonlah dengan Allah Azzawajalla.  



~Lihat dengan hati kerana pandangan mata selalu gelap, tak mampu menilai hakikat~


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...