Friday, January 15, 2010

Katanya kau seoarng PEJUANG..

Buat Ingatan diri sendiri dan para pembaca, smoga bermanfaat! =)


katanya kau seorang pejuang
tapi ikhtilat mu tidak dijaga
katanya kau seorang pejuang
tapi kau masih assobiyyah

katanya kau seorang pejuang
tapi ibadah mu dan amalanmu masih seperti dahulu
katanya kau seorang pejuang
kau masih layan tv , movie dan game dgn alasan nak release tension

katanya kau seorang pejuang
cinta dunia masih menempati hatimu berbanding cinta allah dan rasulNYA
katanya kau seorang pejuang
kau sebok update isu semasa berbanding AL QURAN 1juz sehari

katanya kau seorang pejuang
kau xpun berdakwah
katanya kau seorang pejuang
kau masih layan muzik-muzik yang lagha


katanya kau seorang pejuang
tapi sering beralasan untuk dakwah dan jihad
katanya kau seorang pejuang
kau lebih bela jemaah berbanding islam

katanya kau seorang pejuang
kau masih ada karat jahiliyyah dihatimu tanpa usaha membuangnya
katanya kau seorang pejuang
mutabaah ibadahmu sangat menyedihkan

katanya kau seorang pejuang
ukhuwahmu hanya untuk kepentinganmu bukan kepentingan ummat
katanya kau seorang pejuang
kau sering tinggal QIAMULLAIL bebanding mengamalkannya

katanya kau seorang pejuang
berapa banyak ummat yang kau ziarah?
katanya kau seorang pejuang
kau sering menyalahkan orang lain berbanding diri sediri akibat lalai kerna tidak berdakwah

katanya kau seorang pejuang
kau lebih banyak berdakyah berbanding berdakwah
katanya kau seorang pejuang
tapi masa rehatmu lebih banyak berbanding masa berdakwah

katanya kau seorang pejuang
tapi untuk berinfaq saja kau sudah kikir
katanya kau seorang pejuang
hidupmu masih senang lenang dan mewah

katanya kau seorang pejuang
kau sudah menganggap dirimu mulia sedangkan kau harus lebih tawadhuk
katanya kau seorang pejuang
kau jarang sekali menangis untuk bertaubat

katanya kau seorang pejuang
kau masih seronok dengan maksiat di sekitarmu
katanya kau seorang pejuang
kau tidak rasa apa-apa bila berbuat maksiat

katanya kau seorang pejuang
kau masih malas mencari ilmu agamamu
katanya kau seorang pejuang
kau jarang sekali muhasabah dirimu sedang sering menasihati orang lain

katanya kau seorang pejuang
kau masih berpakaian tidak senonoh
katanya kau seorang pejuang
namun akhlakmu tidak ada apa yang berubah

katanya kau seorang pejuang
namun kau sering lalai dan leka berbanding insaf dan sedih
katanya kau seorang pejuang
kau lebih sibuk bersama keluarga berbanding bersama ummat

katanya kau seorang pejuang
kau masih pentingkan dirimu berbanding kepentingan ummat
katanya kau seorang pejuang
kau masih ragu dengan apa yangkau infakkan

katanya kau seorang pejuang
hafalanmu saja masih jauh lagi
katanya kau seorang pejuang
kau masih terasa asing dengan pekataan BERDAKWAH apatah lagi melakukannya

katanya kau seorang pejuang
kau masih mengumpat dan mengeji orang
katanya kau seorang pejuang
kau masih berbelah bagi antara dakwah dan dunia

katanya kau seorang pejuang
kau masih seperti dahulu
katanya kau seorang pejuang...

DOA UNTUK SAHABATKU…



Ya Allah
panjangkanlah umur sahabatku Kurniakanlah
kesihatan yang baik padanya,terangi hatinya
dengan nur pancaran iman.Tetapkanlah hatinya,
perluaskanlah rezekinya, dekatknlah hatinya
kepada kebaikan,jauhkanlah hatinya pada kejahatan,
tunaikanlah hajatnya baik hajat dalam agama,dunia
dan akhirat

Ya Muhaimin
jika dia jatuh hati izinkanlah dia menyentuh hati
seseorang yang hatinya
tertaut padaMu agar tidak terjatuh dia dalam jurang
cinta nafsu?Jagalah hatinya agar tidak berpaling
daripada melabuhkan hatinya pada hatiMu.jika dia
rindu,rindukanlah dia
pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu

Ya Allah
Jangan biarkan sahabatku tertatih dan terjatuh
dalam perjalanan panjang menyeru manusia kejalanMu
jika kau halalkan aku merindui sahabatku,janganlah
aku melampaui batas sehingga melupakan daku pada
cinta hakiki,rindu abadi dan kasih sejati hanya
untukMu

Ya Allah…
kurniakanlah sahabatku kesenangan,ketenangan,
kecemerlangan hidup di dunia akhirat kelak.

Sifat Memberi-Maaf: Ketenangan Jiwa, memperhebat Kualiti diri.

Orang yang tdak memberi maaf, sentiasa diikat oleh orang yang tidak di maafkan. Hatinya akan terasa berat dan terasa fikirannya sesak. Sebaliknya, jika kita memaafkan orang lain yang berbuat salah pada kita, kita akan terlepas daripada ikatan kemarahan yang membakar diri kita sendiri. Allah telah mengingatkan kita di dalam al-Quran agar kita menolak satu kejahatan dengan satu kebaikan.

Langkah memaafkan orang lain termasuklah dalam erti menolak satu kejahatan dengan kebaikan. Berilah kemaafkan, manfaatnya besar untuk diri sendiri dan orang lain. Sebaliknya, tidak memaafkan orang lain meletakkan diri kita sebagai calon penghuni rumah sakit jiwa!

Berikut adalah kelebihan memberi maaf:

* Hati akan lebih tenang
* Wajah akan bersih (Hensem dan cun)
* Semnangat kerja yang tinggi
* Penyakit kan cepat sembuh
* Hidup akan menjadi lebih berkat.
* Murah rezeki
* Mendapat ramai sahabat.
* Di pandang hebat oleh manusia.

Rasulullah sebagai contoh teladan yang baik.

Sifat pemaaf dan berkasih sayang baginda amat tinggi, sehingga membuatkan orang kafirjatuh cinta dengan islam di sebabkan akhlak baginda yang mulia. Begitu tinggi sifat pemaaf Rasulullah SAW. Terbukti juga semasa pembukaan kota Makkah. Baginda memaafkan semua orang yang pernah memusuhi banginda sehinggakan ramai yang memeluk islam termasuk pemimpin mereka, Abu Sufyan.

Sikap pemaaf diserasikan dengan hidup berkasih sayang Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

Sayangilah apa yang ada di muka bumi, nescaya kamu akan di sayangi oleh yang berada di langit (para Malaikat). (Riwayat: Tabrani)

Apabila kita memaafkan orang lain, kita akan terasa tenang, hidup terasa indah, kerja berkualiti dan sudah tentunya di pandang hebat oleh manusia. Segala masalah sesama manusia pun terhapus.

Tazkirah Remaja: 'Atasi tekanan dengan bercakap pada diri anda sendiri'

Bersama Ustaz Mohd Zawawi Yusoh

HIDUP penuh cabaran. Ramai yang kecundang dan tidak kurang pula melihat dunia dengan wajah suram, kelam dan serba berjerebu. Hidup tidak bermaya dan penuh sedih seakan tidak ada harapan lagi, kecewa dan tertekan.

Pertemuan kali ini saya titipkan beberapa tip untuk menghadapi tekanan iaitu dengan cara anda berkomunikasi dengan diri anda sendiri. Bercakaplah dengan diri anda. Mulakan dengan...

1. Aku harus siap menghadapi hidup ini. Apa pun yang terjadi hidup di dunia ini hanya sekali. Aku tidak boleh gagal dan sia-sia tanpa berguna.

Tugasku adalah menyempurnakan niat dan ikhtiar. Segala yang terjadi aku serahkan kepada Allah Yang Maha Tahu, yang terbaik bagiku.

Aku harus sedar yang terbaik bagiku menurutku belum tentu yang terbaik menurut Allah s.w.t. Bahkan, mungkin aku menuruti keinginan dan harapanku sendiri.

Pengetahuanku mengenai diriku atau apa pun amat terbatas sedangkan pengetahuan Allah menyelimuti segalanya. Dia tahu awal, akhir dan segalanya.

Sekali lagi betapa pun aku amat menginginkan sesuatu, tetapi hatiku harus ku persiapkan untuk menghadapi kenyataan yang tidak sesuai dengan harapanku. Kerana mungkin itulah yang terbaik bagiku.

2. Aku mesti reda dengan kenyataan yang terjadi. Bila sesuatu terjadi, inilah kenyataan dan episod hidup yang harus aku jalani.

Aku harus menikmatinya dan aku tidak boleh larut dalam kekecewaan berterusan. Kecewa dan sakit hati tidak akan merubah segalanya selain membuatkan diriku sengsara.

Hatiku mesti menerima kenyataan, namun tubuh serta fikiranku harus tetap bekerja keras mengatasi dan menyelesaikan masalah ini.

Apabila nasi sudah menjadi bubur, aku harus mencari ayam, kacang, bawang goreng dan sambal, agar bubur ayam istimewa tetap dapat aku nikmati.

3. Aku tidak boleh menyusahkan diri. Aku harus yakin hidup ini bagai siang dan malam pasti silih berganti. Tidak mungkin siang terus-menerus dan tidak mungkin juga malam terus-menerus. Pasti setiap kesenangan ada hujungnya.

Begitupun masalah yang menimpa pasti ada akhirnya. Aku sepatutnya sabar.

Aku harus yakin setiap musibah terjadi dengan izin Allah Yang Maha Adil, pasti sudah diukur dengan sangat cermat oleh-Nya dan tidak mungkin melampaui batas kemampuanku, kerana Dia tidak pernah menzalimi hamba-Nya.

Aku tidak boleh menzalimi diriku, dengan fikiran buruk yang menyusahkan diri. Fikiranku kenalah jernih, terkawal, tenang dan profesional.

Aku harus berani menghadapi persoalan demi persoalan, tidak boleh lari dari kenyataan, kerana lari sama sekali tidak menyelesaikan masalah, bahkan sebaliknya hanya akan menambah masalah.

Semua harus aku hadapi dengan baik. Aku tak boleh menyerah kalah.

Mesti segala sesuatu ada akhirnya, walaupun persoalan yang aku hadapi seberat mana sekalipun, seperti yang dijanjikan Allah:

"Sesungguhnya bersama kesulitan itu pasti ada kemudahan." Janji yang tak pernah dimungkiri Allah.

4. Evaluasi (menilai) diri. Segala yang terjadi mutlak adalah izin Allah dan Allah tidak berbuat sesuatu yang sia-sia.

Pasti ada hikmah di sebalik setiap kejadian. Sepahit apa pun pasti ada kebaikan yang terkandung di dalamnya, apabila disingkap dengan sabar dan benar.

Harus aku renungkan mengapa Allah menakdirkan semua ini menimpaku. Boleh jadi peringatan atas dosaku, kelalaianku atau mungkin detik kenaikan kedudukanku di sisi Allah. Mungkin aku harus berfikir untuk mencari kesalahan yang harus aku perbaiki.

Setiap kejadian bagai cermin pribadiku. Aku tidak boleh gentar dengan kekurangan dan kesalahan yang terjadi.

Cuma yang penting kini aku mengetahui diriku sebenarnya dan aku bertekad sekuat tenaga untuk memperbaikinya. Allah Maha Pengampun dan Maha Penerima Taubat.

5. Allahlah satu-satunya penolongku. Aku harus yakin, walaupun bergabung seluruh manusia dan jin untuk menolongku, tidak mungkin terjadi apa pun tanpa izin-Nya.

Hatiku harus bulat dan yakin hanya Allahlah yang dapat menolong dan memberi jalan keluar terbaik dari setiap urusan.

Tidak ada yang mustahil bagi-Nya, kerana segalanya adalah milik-Nya dan sepenuhnya dalam kekuasaan-Nya.

Tidak ada yang dapat menghalangku jika Dia akan menolong hamba-Nya. Dialah yang mengatur segala sebab datangnya pertolongan-Nya.

Oleh kerana itu, aku harus berjuang dan berikhtiar untuk mendekati-Nya dengan mengamalkan segala yang disukai-Nya dan melepaskan hati dari kebergantungan kepada selain-Nya, kerana selain Dia hanyalah sekadar makhluk yang tidak berdaya tanpa kekuatan dari-Nya.

Ingatlah selalu janji-Nya: "Sesiapa yang bertaqwa kepada-Ku, nescaya Ku beri jalan keluar dari setiap urusannya dan Ku beri rezeki (pertolongan) dari tempat yang tak terduga. Dan sesiapa yang bertawakal kepada-Ku, nescaya akan Ku cukupi segala keperluannya." (QS. 65 (At-Thalaq) : 2-3

Wednesday, January 6, 2010

Buatmu Sayang


Dengan nama Allah
Sebaik-baik Pemberi Ganjaran
...

Namamukah yang tertulis di luh mahfuz sana?
Engkaukah yang bakal menemaniku jalan menuju syurga?
Dirimukah yang akan melengkapkan separuh dari agamaku?
Aduhai pria.
Adakah kau yang tercipta untukku?
Jawab pertanyaanku ini.
Jawab!

Kau takkan pernah dapat memberi jawapan
Kerna jawapannya bukan di tanganmu
Tetapi di tanganNya.
Di tangan Tuhan kita; Allah
Tuhanku dan Tuhanmu

Gelisahku memikirkan dirimu
Dan ketakutanku memikirkan Tuhanku
Aduhai pria
Maafkan aku.
Ketakutanku pada Tuhanku melebihi kegelisahanku memikirkanmu

Jemput diriku pabila waktunya tiba
Sebelum sampai saat itu, biarkan aku sendiri bersama Si Dia
Akan kucipta cinta bersama Dia
Sebelum kucipta cinta antara kita

Jadilah dirimu kumbang yang hebat
Dan doakan aku agar menjadi bunga yang mekar

"i've leave him for the sake of Allah"

Sesungguhnya Allah takkan pernah mensia-siakan pengorbananmu sayang
Bilamana kita tinggalkan semua ini kerana Allah semata
Yakinlah!
Akan ada sesuatu yang indah untukmu di pengakhiran nanti

Dan sesungguhnya hari kemudian
itu lebih baik bagimu
daripada yang sekarang (permulaan).
Dan kelak Tuhanmu
pasti memberikan karunia-Nya kepadamu ,
lalu (hati) kamu menjadi puas.
[Ad dhuha: 4 & 5]

Untuk itu
Aku tinggalkan dirimu padaNya

Sesungguhnya
aku bertawakkal
kepada Allah Tuhanku dan Tuhanmu.
Tidak ada suatu binatang melata
melainkan Dia-lah yang memegang ubun-ubunnya.
Sesungguhnya Tuhanku di atas jalan yang lurus.
(Allah Maha Adil)
[Hud: 56]

usah bersedih atas perpisahan sementara ini
jika benar dia tercipta untukmu
tiada apa yang dapat menghalangnya
sebelum saat itu tiba
berdoalah pada Allah moga diberi kekuatan
mohonlah padanya dengan penuh mengharap
Yakinlah pada janji Allah!

Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka ampunan dan rezki yang mulia (surga)
[An Nur: 26]

Beruntunglah kamu !
tatkala Allah memilihmu untuk menyedari hakikat perhubungan antara lelaki dan wanita
Allah memilihmu sayang
Jangan pernah sia-siakan kasih sayang Allah ini

maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannya
sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu
dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya
[ As Syams: 8-10]

Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan:
"Tuhan kami ialah Allah"
kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka,
maka malaikat akan turun kepada mereka dengan mengatakan:
"Janganlah kamu takut dan janganlah merasa sedih;
dan gembirakanlah mereka
dengan jannah yang telah dijanjikan Allah kepadamu
[Fussilat:30]

Dan tika kamu merasa lemah
Mohonlah kekuatan dariNya
Allah itu dekat
yakin pasti

Dan jika syaitan mengganggumu dengan suatu gangguan,
maka mohonlah perlindungan kepada Allah.
Sesungguhnya Dia-lah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui
[Fussilat:36]

Sayang,
kamu intan terpilih
jagalah kilauanmu sayang
jangan biarkan sang kumbang merosakkannya sebelum yang halal tiba
aku mendoakanmu
sentiasa~

~taken from iLuvIslam.com~

Hati Kita Ini Milik Siapa?


Pernahkah kita rasa terlalu sedih lalu kita tersedar segala kesedihan itu bukan kerana Allah SWT. Kita bersedih bukan kerana kita makin jauh dari Nya atau kita merasakan dosa-dosa kita terlalu banyak untuk kita meraih cinta Nya.

Pernahkan kita rasa terlalu marah hingga air muka kita berubah; tiada lagi senyuman, jiwa kita terasa menggelak lalu lidah kita mengeluarkan kata-kata yang tidak disukai oleh Allah SWT. Adakah ketika itu marah kita kerana Allah SWT; kita marah kerana Allah dipandang rendah atau mungkin kerana Islam dipandang hina dan sebagainya.

Mungkin tidak selalu kita tanyakan soalan-soalan begini pada diri kita. Dibulan dan saat yang mulia ini, marilah kita tanyakan soalan-soalan tadi pada diri kita supaya kita tahu hati kita ini milik siapa. Tangisan dan tawa kita untuk siapa? Marah dan dendam kita milik siapa?

Marilah kita mencari pemilik hati ini agar disaat kita kembali kepada Allah SWT nanti kita tidak menangis kecewa kerana kita baru tersedar, rupa-rupanya hati yang berada di dalam jiwa kita ini, hati yang selalu kita kisahkan hingga kadang-kadang kita tidak lena tidur dan thilang selera makan serta hati yang kita belai, kita pupuk dan kita sayangi ini sebenarnya bukan milik Allah SWT.

Ketika kita melihat begitu ramai manusia di Pudu Raya, cuba kita tanyakan pada diri kita, rasa-rasanya ada berapa ramai yang dihati mereka ada Allah. Mungkin kita boleh ubahsuai soalan ini untuk diri kita; Ketika kita sibuk menguruskan kehidupan kita, ketika kita sibuk dengan urusan belajar atau kerja kita, berapa minitkah hati kita benar-benar merasai kehadiran Allah SWT. Bahkan kalau disemak-semak, mungkin ketika solahpun kita tidak benar-benar ingatkan Allah SWT.

Ada satu penyataan yang membuatkan saya menangis “Cuba kita bayangkan, apabila kita bertakbir untuk solah lalu Allahpun memandang kita dengan pandangan rahmatnya. Allah memandang pada hati kita dengan penuh kasih sayang tetapi kita memalingkan hati kita ke arah lain.” Bukankah ini yang sering berlaku, ketika solat pun kita tidak mampu benar-benar menghadapkan wajah kita pada Dia yang menjadikan langit dan bumi apatah lagi ketika kita sibuk dengan urusan kehidupan kita.

Baru baru ini, seorang ustaz ketika di awal Ramadhan mengajak pelajar-pelajarnya, “Marilah kita tinggalkan segala kata-kata dusta kerana Allah tidak harapkan kita berpuasa sekiranya kita masih lagi berdusta. Marilah kita berkata benar pada diri kita. Bukankah selama ini kita banyak berdusta pada diri kita. Kita berikrar setiap kali kita selesai takbiratul ihram ‘Aku menghadapkan wajahku kepada Dia yang menjadikan langit dan bumi, dengan suci hati dan penuh ketundukan’ tetapi hati sedang tertumpu kepada selain Allah SWT. Allah memandang kearah kita ketika mendengar panggilan kita tetapi kita yang sombong lalu memalingkan hati kita ke arah lain. Tidak takutkah kita dengan teguran Allah SWT diawal surah Al Baqarah; “Dan diantara manusia ada yang mengatakan bahawa kami beriman kepada Allah dan hari Akhirat, dan (padahal) bukanlah mereka itu orang-orang yang beriman. Mereka cuba menipu Allah dan orang-orang beriman padahal tidaklah mereka menipu melainkan diri mereka sendiri tetapi mereka tidak terasa” Bukankah ayat ini menggambarkan golongan Munafiq.? Jadi berapa lama lagi kita nak menipu Allah SWT dan menipu diri kita sendiri?”

Hakikat penyakit riak

Firman Allah dalam surah al-Ma’un ayat 4-6 yang bermaksud:
"Maka celakalah bagi orang yang solat. (Iaitu) orang yang lalai solatnya dan orang-orang yang riak."


Pengertian riak
Riak itu ialah melakukan kebaikan dan amal ibadat semata-mata untuk mencari tempat di dalam hati manusia.

Perkara yang diriakkan oleh manusia;

1. Riak dari segi badan
Riak jenis ini menunjukkan seseorang itu menampakkan keletihannya kerana berpuasa dan banyak berjaga malam untuk beribadat.

2. Riak pada pakaian
Seseorang itu memakai pakaian yang menunjukkan kewarakan dirinya sedangkan hakikatnya tidak. Memakai pakaian sebegini di hadapan golongan tertentu kerana kepentingan diri sedangkan di waktu lain dia bukanlah sebegitu malah hatinya juga bukanlah berniat untuk mendapat keredhaan Allah tetapi mengharap penghormatan daripada orang lain.

3. Riak dengan perkataan
Riak ini adalah seseorang itu menunjukkan dirinya seorang yang benar dan ikhlas melalui perkataan yang keluar dari bibirnya. Tuturnya seperti seorang penasihat dan pensyarah. Dia memilih lafaz-lafaz yang halus dan dalam maknanya juga kata-kata hikmat beserta hadith. Dia juga berkata seperti kata para Nabi dan aulia sedangkan pada hakikatnya dia sebenarnya sunyi dan kosong.

4. Riak pada amalan
Orang sebegini adalah sering menzahirkan khusyuk dalam solat dan sengaja memanjang-manjangkan rukuk dan sujud apabila ada orang melihatnya. Orang seperti ini sering bersedekah secara terang-terangan, pergi menunaikan fardhu haji, berjalan menundukkan kepala dan kurang berpaling ke kanan dan ke kiri padahal Allah mengetahui batinnya. Sedangkan jika dia bersendirian amalannya bukan sempurna sebegitu, seperti solat dengan cepat, berjalan laju dengan matanya sering meliar ke sana ke mari dan sebagainya.

5. Riak dengan ramainya murid dan pengikut
Seseorang itu berasa bangga dengan murid dan pengikut yang ramai. Demikian juga seperti seseorang yang sering menyebut nama ulama’ itu dan ulama’ ini bagi menunjukkan dirinya seorang yang banyak bertemu dengan syeikh dan ulama.


Peringkat Riak

1. Riak Akbar
Riak akbar ialah seseorang itu taat melakukan ibadat tetapi untuk mendapatkan sesuatu daripada manusia dan bukanlah untuk beroleh keredhaan Allah SWT. Riak ini adalah berpaling terus daripada Allah pada keseluruhannya kerana hanya berkiblatkan manusia.

2. Riak AsgharRiak asghar ini pula ialah melakukan sesuatu untuk mendapatkan apa yang ada pada manusia dan apa yang pada Tuhan iaitu melakukan amal kerana Allah dan kerana yang lain daripada-Nya. Riak ini adalah lebih ringan daripada riak akbar kerana orang itu menghadap Allah pada satu segi dan kepada manusia pada satu segi yang lain.

3. Riak Jali (yang terang)
Riak ini ialah mendorong seseorang itu untuk melakukan amal ibadat. Sehinggakan jika tanpa riak ini dia tidak berminat untuk melakukan amal.

4. Riak Khafi (yang tersembunyi) Riak ini pula tersembunyi di dalam hati di mana ianya mendorong seseorang itu untuk lebih rajin beribadat.


Punca Riak
Sebab-sebab yang boleh membawa kepada penyakit riak ini antaranya ialah;

1. Sifat suka dipuji oleh orang lain.
Sifat ini akan membawa kepada bangga diri dan suka menunjuk-nunjuk kelebihan kepada orang lain.

2. Takut dikritik atau dicerca oleh orang lain.
Ketakutan ini boleh membawa kepada penampilan yang kurang jujur dan suka berpura-pura.

3. Cintakan kehidupan dan kemewahan dunia dan lupa pada kematian.
Seseorang itu melakukan segala pekerjaan adalah semata-mata kerana untuk menarik perhatian orang lain, dan menganggap dirinya hebat. Manusia sebegini mengharapkan ganjaran atas segala pekerjaan yang dilakukan.


Bagaimana mengelakkan sifat riak?
Rawatan terbaik bagi segala penyakit di muka bumi ini adalah dengan menjauhi sebab-sebab dan punca terjadinya penyakit.

Terdapat beberapa cara untuk menghindari sifat riak daripada menguasai hati;
1. Sentiasa mengingatkan diri sendiri tentang perkara yang diperintahkan Allah dan juga sering menyucikan hati dengan melakukan ibadat-ibadat khusus seperti zikir dan membesarkan kekuasaan Allah.

2. Mengawasi diri agar sentiasa takut akan kemurkaan Allah. Dengan ini akan membawa diri agar sentiasa berwaspada dalam melakukan perkara yang boleh mengheret kepada dosa dan seksaan Allah pada hari akhirat kelak.

3. Berwaspada terhadap perkara-perkara yang boleh menghapuskan pahala amalan yang dilakukan akibat riak.

4. Menanamkan di dalam diri bahawa melakukan sesuatu perkara kerana manusia sehingga membawa kemurkaan Allah itu patut dijauhkan.

5. Sentiasa mengawasi diri daripada lalai terhadap ujian dan nikmat yang dikurniakan Allah untuk menghampirkan diri kepada Allah.

6. Ikhlaskan diri dalam setiap amalan yang dilakukan. Apabila berasa suka dipuji dan diberi penghargaan setiap kali membuat sesuatu perkara yang baik dan berasa terhina apabila ditegur, maka inilah tanda wujudnya sifat riak.

Adakalanya terdapat juga orang yang melakukan amal kebajikan dengan niat ikhlas kerana Allah, namun dia mendapat mendapat perhatian daripada orang lain atas amalannya. Keadaan ini tidak diambil kira sebagai riak kerana dia sememangnya niat dengan ikhlas pada awalnya. Namun, untuk melakukan satu-satu ibadat pada permulaannya akan menyebabkan timbulnyaperasaan riak dan rasa bangga diri, namun apabila amal itu sering dilakukan dan berterusan dengan niat ikhlas pastinya perasaan riak itu akan terhapus sedikit demi sedikit.

Janganlah takut untuk pergi ke masjid, mendengar tazkirah, menunaikan solat jemaah dan sebagainya kerana takut akan dikatakan riak sedangkan dengan riak itulah akan mendorong dan menggalakkan kita untuk beramal dan meningkatkan ibadat. Tetapi, jangan biarkan perasaan riak itu terus menerus menguasai diri kerana apabila ada riak dalam setiap amalan maka amalan yang dilakukan adalah sia-sia belaka.


petikan dalam i luv islam..
harap kita dpt sme2 ambil manfaat...
wallahu'alam...
wassalam


~Lihat dengan hati kerana pandangan mata selalu gelap, tak mampu menilai hakikat~


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...