Saturday, January 29, 2011

sakit itu nikmat

Rasulullah SAW pernah bersabda bermaksud:
“Sesungguhnya seorang yang beriman ketika ditimpa musibah sakit, kemudian Allah menyembuhkannya, maka itu adalah kaffarah (penghapus) bagi dosa-dosa yang dia lakukan sebelumnya, sekali gus menjadi peringatan berharga untuk menghadapi masa akan datang.” (Hadis riwayat Abu Dawud)


Badan saya terasa nak melayang-layang.. owh...apa sudah jadi dengan diri saya. kuat ina...kuat... rupa-rupanya simptom-simptom demam telah melanda diri saya. hampir beberapa tahun saya tidak mengalami demam2. last demam masa form3, siap kena masuk hospital lagi. Balik dari kerja saya terus syahid, sampai maghrib... bangun jap, di paksa makan ubat, tapi saya tak makan pun, lepas isyak terus tidur balik. Esoknya subuh2 di kejutkan oleh k.hanis untuk makan ubat di sebabkan suhu saya yang terlampau panas. owh,saya nak hidup jauh dari ubat2 ini. tapi mengingatkan sebuah hadis ke al-Quran lebih kurang macam tu, yang meminta kita jangan memudaratkan diri. saya makan ubat juga. pahitnya ubat niiii..!!! ;p.. amik MC... kak hanis pun amik MC jage saya..hehe.. mekaceh k.hanis.



Esoknya, saya bangun pagi dengan pening-pening lalat...tapi berusaha bangunkan diri. dalam hati, mohon kat Allah... ya Allah, izinkan aku untuk pergi ke tempat kerja hari ini dalam keadaan sihat dan semangat ya Allah. sebab hari tu ada program dekat UITM Shah Alam. Alhamdulillah, masih boleh bertahan.



Esoknye...ke Shah Alam lagi di jubli perak, bersama-sama consultant kerajaan untuk presentation dapatkan tender spies. hebat-hebatnya mereka...ustaz syukri yusof pun ada.. Alhamdulillah...pengalaman baru lagi. Pn Halimah dengan Dr Ruziah banyak memberi kata-kata yang menyedarkan consultant kat sini.. " datang kat sini bukan nak tunjuk banyak ilmu, dtg kat sini kite share2 ilmu. bukan nak berbalah... bukan cakap dia tu salah die ni salah. nak rasa diri hebat... bila orang bagi pendapat kite sangkal. sepatutnya kite ambil...bukan perlekehkan kan...tak kira lah dia muda dari kita ke...tua dari kita..." owh....sungguh menusup di hati ni..



Betul lah kan... kadang-kadang kita tak sedar....diri ego... terasa diri ni banyak ilmu...pandangan orang lain semua salah.huh!!.. suasana dalam dewan sangat lah sejuk... kepala saya terasa di cucuk2... bersambung esok presentation. saya bermalam di rumah mak cik saya. tiba-tiba malam tu suhu kepanasan saya naik mendadak. mak cik saya dah membebel...hehe.. dan saya ke klinik juga setelah di paksa. dah 5 hari saya demam,...tapi buat-buat biasa. dalam hati hanya Allah yang tahu.... sentiasa bermonolog dalam hati... " ya Qahar...kuatkan hambamu ini...ina kuat..ina x lembik...!!!" pasakkan kata2 positif dalam diri. orang sekeliling dah tegur saya. muka merah2.... dan tiba2 tangan berbintik2 merah.. apakah yang berlaku??



Mggu ni berturut2 kerja luar... saya kena kuat, walaupun badan saya hampir nak melayang...huhu.. balik je dari jubli Perak... esok kena prepare untuk ke sekolah menengah kt Nilai. dan habis program saya terus balik ke Banting dengan kak Hanis. Esoknya ada kenduri dan birthday my Mom. Balik kena membebel lagi.. Mak cik n Pkcik saya pun "membebel"... di sebabkan hanya saya lambat jumpa doktor...hohoho... apakah?
Coklat untuk my mom...


"Engkau tak takut mati ke? sekarang ni demam bukan le bawak main2 tau.." kata mak cik saya. saya sengeh je laaa...tiba-tiba teringat lagu mawaddah tentang kematian. dalam lagu tu ckp... Rasulullah pesan kat kita...jangan takut dengan kematian... tapi aku ni terasa lagi banyak belum buat persediaan...bermonolog lagi... saya mmg suka cakap dalam hati... Orang nampak je saya diam...tp bukan diam kosong ok....


Alhamdulillah....sakit itu nikmat... dan hargailah anugerah kesihatan yang Allah bagi ni...

Sunday, January 23, 2011

THE POWER OF HEART


Lihatlah pada alam,
suluhlah dengan ilmu,
tempuhlah dengan tarbiah,
...bilalah peribadi,
dengan sifat dan kekuatan diri yang sedia ada,
tetapi selaraskan dengan perjuangan.

Berfikirlah sebagai seorang Dai,
bertindaklah sebagai seorang Mujahidah,
tetapi menangislah sebagai seorang Abid.



“ok ina…boleh mulakan tazkirah”

“erk…abi..x nak la…k.hanis…k.hanis..he..he…”saja saya nak mengelak. Padahal saya memang dah bersedia dah untuk bagi tazkirah pagi tu. Perangai ngade-ngada saya ntah bile ntah nk hilang…=p.


Dan dengan perasaan sebak saya memulakan dengan firman Allah mengenai ayat buruk sangka sesama manusia. Dalam Surah Hujarat Ayat 12 .


"Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah banyak dari prasangka, sesungguhnya sebahagian dari prasangka adalah dosa, Dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain, Dan janganlah antara kamu mengata sebahagian yang lain.


“haaihh…baru mula lagi da nangis?”

Saya tersengeh2 sambil mengesat air mata… “ok abi…ok2…saya nak mula ni…”


"Manusia diciptakan bersifat lemah" Surah Nisa' bukan saya kata tapi Allah kata... Insanu Dhaifa.....n bla…bla….bla…


Lastly…da abis tazkirah..abi nasihat kan saya…sesuatu yang bermakna untuk saya. Awak seorang yang terlalu internal. Jangan terlalu internal sangat. Seimbang kan ye. Lepas ni nak bercakap depan audience kang,tiba-tiba nangis. Be strong!!


“ ye abi,…saya kena kuat…abis kalu da nak nangis tu cm ne?”saya tersengeh…heeee.

Lepas tu, saya mendengar pula tazkirah dari abi…


Abi menyambung, dalam surah Al Maidah ayat 39 dan 40..Allah berfirman..


"Tetapi siapa yang bertaubat setelah melakukan kejahatan itu dan MEMPERBAIKI DIRI ,maka sesungguhnya Allah menerima taubatnya. Sungguh Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang".


Jangan kita mengata orang lain sebab mungkin orang yang dikata tu lebh baik dari kita.... selalu ingat yang tu..


Alhamdulillah.. Banyak ayat-ayat Allah yang memujuk diri yang lemah ni. Selalu melakukan kesilapan yang sengaja atau tak di sengajakan


Keesokkannya saya ada kelas n wat therapy.hehe. Therapy untuk baikkan communication saya. Alhamdulillah…Allah pertemukan saya dengan seorang penceramah bebas. banyak cerita tentang “THE POWER OF HEART”.


“kalau kita sayang kat seseorang itu, apa-apa kesalahan yang dia buat kita kena tegur dan tegur dengan jujur. Walaupun pahit…kite kena berterus terang. Saya dan sahabat-sahabat yang lain khusyuk mendengarnya.


“kalau kita rasa lemah…banyakan zikir…ya Qokhar… kita akan rasa kuat.. jika kita rasa diri kita ni tak berilmu…ya ‘Ilm…. Jika kita rasa diri kita ni keras…sebut..ya Latif… ha…amalkan…insya-Allah…semua tu membantu kita”.


Alhamdulillah…pertemuan yang Allah aturkan ada sebab dan musababnya….…


“Selalu terjadi pd diri kita..kite suka bercakap tentang keburukan orang dan kesilapan orang lain sampai kite terlupa untuk muhasabah diri kita. kita sedih bila org mngumpat kita, tp kita tlupa mngumpat tulah kerja harian kita. Kdg2 kita 'bengang' bila org marah2 or kutuk kita, tp wktu kita mrah atau kutuk org, xperasan pulak kita dgn sikap buruk kita tu. Pernah kita sakit hati, bila ada org buat fitnah pd kita, tp mulut kita tanpa sedar mudah2 saja melemparkan fitnah .Betulah bila orang puji hati senang berbunga tp bila orang keji benci caci kita aduh sakitya luar biasa.susah nak jd org yg sensitive dgn dosa sendiri..”nasihat kak fatim. Ya Allah…terima kasih kak fatim..


Dan sebuah pertemuan dengan seorang kakak. Kak Tiqa, saya banyak belajar dari dia.


“Jangan terasa dengan apa yang akak cakap ni, semua ni untuk kebaikan ina..” InsyaAllah kak…banyak benda dan pengajaran yang ina dapat.


SubhanaAllah…Indahya hidup bersama Tuhan boleh saling mengingatkan dlm kebaikan boleh tegur sapa bila ada kesilapan. Mohon nasihat dan teguran sahabat-sahabat di luar sana. "

Tuesday, January 18, 2011

jangan bersedih


Jangan bersedih atas sesuatu yang tak sepatutnya kita sedihkan ...Jangan Bersedih atas kegagalan kita dalam hidup..kerana kita masih memiliki banyak kenikmatan..Kenikmatan yang tidak terhitung banyaknya...Dan maafkanlah orang yang berbuat kesedihan kepada kita dan kelukaan kepada kita..

Jangan bersedih..Ingatlah ALLAH m
enyayangi kita..hilang cinta manusia bukan lah segalanya..hilang cinta ALLAH ..hilanglah segalanya ..rugi hidup kita dunia dan Akhirat...bantu lah diri uNtuk menyayangi diri sendiri ..kerana ALLAH..agar kita lebih kuat menghadapai segala kesedihan dan kelukaan ...AMIN


RINDU T_T






Tiba-tiba je entry saya kali ni tentang lagu rindu ey.huhu.. saya tgh rindu. rindu segala-galanya. rindu dengan ketenangan yang silih berganti. Rindu dengan family saya.rindu dengan sahabat-sahabat saya...rindu kan kenangan-kenangan dulu. dan rindu dengan itu...rindu dengan ini... aik..ttbe jiwang pula..touching2... biarlah...sekali sekala kn...hehe.. orait..siapa nak dgr...tak nak dgr xpe...^_^


Rindu itu adalah
Anugerah dari Aallah
Insan yang berhati nurani
Punyai rasa rindu
Rindu pada kedamaian
Rindu pada ketenangan
Rindukan kesejahteraan
Dan juga kebahagiaan
Orang-orang yang bertaqwa
Rindu akan kebenaran
Kejujuran dan keikhlasan
Keredhaan Tuhannya
Orang mukmin merindukan
Anak-anak yang soleh
Isteri-isteri solehah
Keluarga bahagia
Para pencinta kebenaran
Rindukan suasana
Masyarakat yang terjalin
Aman dan sejahtera
Merindukan tertegaknya
Kalimah Allah di muka bumi
Dan dalam merindukannya
Keampunan Tuhannya
Dan seluruh umat itu
Merindukan cahaya
Yang menyinari kehidupan
Rindu pada Tuhan


Artist: Hijjaz
Song Category: Nasyid


Monday, January 17, 2011

batas dalam pergaulan.

Pergilah ke mana sahaja, letak kan lah diri kita di mana-mana. Jika Allah tetapkan hati kita…pelihara dan lindungi hati kita.. insyaAllah perjalanan hidup kita sentiasa di iringi oleh-Nya dan Allah akan iringi diri kita dengan pelbagai situasi yang telah di aturkan, hanya diri kita sahaja yang perlu membuat keputusan untuk memilih mana yang baik dan buruk dan kita just do it.. yang penting berdoa dan mintalah kepada-Nya supaya perjalanan kita sentiasa di iringi oleh-Nya. Hampir 3 minggu saya berada di alam pekerjaan. Walaupun hanya praktikal, semua itu mendedahkan saya di dunia pekerjaan. Sehari sebelum sampai di Gombak. Mind terfikir-fikir lagi, last-last minit rasa nak tarik diri ke Gombak dan berpraktikal di MAIS sahaja. Saya kebimbangan, saya bimbang tak dapat balik rumah selalu. Hati berubah, penampilan berubah. Semua tu menjadi igauan, rasa cemas nak berhadapan dengan semua tu. Saya meletakkan keyakinan pada Allah supaya tetapkan hati saya di jalan-Nya.. Kerja di consultant, saya akui, banyak berjumpa dengan manusia yang pelbagai ragam dan perangai. Kena kuat. Bercampur aduk perasaan saya. Bercampur team lelaki yang lain. Bukan 1 syarikat. 2 syarikat. Tapi bila di fikir-fikirkan balik, nak tak nak saya kena terus lalui. Semua ni bersebab.. Sebab ape saya memilih syarikat ini..semua itu bersebab…


Alhamdulillah, sahabat-sahabat yang lain faham saya. Abi pun sama. Keadaan diri saya yang kurang bercakap dan bercakap bila perlu menyebabkan seperti saya seperti membina satu palang untuk mereka untuk tidak berlebih-lebih dengan saya. Bergurau-gurau boleh,saya ok je.. tapi tidak berlebih-lebihan, terutama dengan lelaki. Bagi saya, berkawan itu memang tidak salah, tetapi biarlah ada batas-batasnya. Walaupun atas nama apa pun sekali di antara lelaki dan perempuan. Semua tu perlu di jaga.. letak lah diri kita di mana-mana saje…tetapi syariat itu perlu di jaga. Itu yang selalu saya ingatkan diri saya sepanjang saya berada di alam pekerjaan.


Berikut adalah 5 tips bagaimana berurusan dgn lelaki ajnabi. Tips2 ni telah dikongsi oleh seorang sahabat dan saya buat sedikit pertambahan untuk info kita semua. Semoga dgn mengamalkan perbatasan perhubungan ini,akhlak kita terjaga semoga akan lebih suci bagi hati kita semua. Sama2 lah kita menjaga hati. insya-Allah..


1. Elakkan berurusan dgn lelaki dalam perkara yang tak penting. Kalau ada peluang utk minta tolong dgn perempuan, mintalah tolong dari perempuan. namun Disebabkan limitation kemampuan perempuan seperti repair kereta, repair laptop dan lain2, maka terpaksalah minta tolong dari org lelaki. tapi berpada2 la ye.


2. Kalau terpaksa contact orang lelaki, gunakanlah medium perantaraan dalam bentuk tulisan, seperti SMS, email, atau nota kecil itu kalau ad pilihan la so xyah la kol tp just msg shj .. Ini kerana suara wanita amat lunak dan boleh menggetarkan jiwa lelaki. Sampai Allah pun kena sound kat org pempuan supaya keraskan suara. Rujuk qur'an surah Al-Ahzab ayat 32:...

"Wahai isteri2 nabi, kamu bukanlah seperti perempuan2 lain jika kamu bertaqwa. Maka jgn lah lemah lembutkan suara dlm berbicara, sehingga bangkit nafsu org yg ada penyakit dlm hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan yg baik"



Kalau rasa ayat ni ditujukan kepada isteri2 nabi je, lembut2kanlah suaramu dan lihatlah kesannya. Apabila arahan ni diberi kepada isteri2 nabi, sepatutnya kita juga menyahut seruan tu utk mencapai darjat yg sama seperti mereka, darjat wanita2 yg bertaqwa, dan darjat wanita2 yg terpilih. Best kan ?tapi kalau da suara semulajadi xleh nak ubah tu nak buat camna tapi janganla pulak lembutkan lagi suara tu...jaga niat tu penting.


3. Tundukkan hati : Apabila terpaksa berurusan dgn lelaki, kita sepatutnya betulkan niat kita, kawal tingkah laku dan adab islam, kena ingat lakukan ianya kerana takut pada Allah. Kita sangat takut sekiranya disebabkan kita, lelaki ni tertarik kepada kita. Waktu berdepan dgn lelaki2 tu, byk2 lah berdoa, "Ya Allah, jgnlah Kau buatkan lelaki ini tertarik kepadaku. Jauhkan pandangannya dari panahan syaitan."


4. Tundukkan pandangan. Jangan tertipu dgn matapelajaran communication skills yg kita belajar kat uni dulu; "make eye contact with the person you're talking to". bende tu applicable kalau kita becakap dgn org yg sama jantina sahaja. Kalau ada eye contact dgn org yg berlainan jantina, kita akan mendapati theory "dari mata turun ke hati" tu betul. so, be careful dgn pandangan mata. Para sahabat dulu pun, Allah perintahkan supaya tahan pandangan apabila mereka berurusan dgn isteri2 nabi. Cuba rujuk surah al-ahzab ayat 53; "....Apabila kamu meminta sesuatu dari isteri2 nabi, mintalah dari belakang tabir. Itu lebih suci bagi hatimu dan hati mereka.."


Kita bukan disuruh membawa tabir ke mana2 kita pergi.tapi kawal la mata tu, kalau susah sgt nk jaga mata, tutuplah pandangan dgn buku ke, ngan file ke. itu kalau da tahap kritikal takleh jaga pandangan mata la tapi sebolehnya jaga mata insyaAllah kalau kita biasakan lama2 nanti akan terbiasa, syaitan sentiasa mencari peluang untuk melalaikan hati kita dan cara melawannya sentiasa istighfar..tengok betapa Allah sgt ambil berat masalah hati para sahabat n isteri2 nabi supaya mereka tak tewas ke dalam kemungkaran. Kalau kita pun nk jadi sehebat diorang, kenalah buat apa yg diorang buat. Takkan nk tunggu Allah sebut nama kita dlm Qur'an baru nk buat kot. Cth: "Wahai Cik Ain.. taatilah suamimu..." Isk2. tak layak nye..

5. cepatkan urusan. Ni mungkin applicable kepada students/ org yg dah kerja yg terpaksa berurusan dgn team mate lelaki. Dah tak boleh elak, dia je team mate kita. So, apa2 kerja yg nk dibuat bersama, buat je la keje tu. buat urusan kerja la xyah lah nak lebih2, tanya hal peribadilah, gelak2 lah, buat lawaklah.. tak perlu tak perlu. Siapkan keje yang penting ,dahulukan perkara yang utama then pergi. Perbincangan itu biarla by group bukan berdua then buatlah di tempat yg proper dan berurusanlah secara professional.



Semoga bermanfaat dan semoga kita dikenali sebagai wanita mu'minah yg menjaga perbatasan dan pergaulan kita, semoga kita semua tergolong dalam golongan yg taat pada perintah Allah dan takutkan hari pembalasan.Semoga tidak melalaikan diri kita dan org yg menerimanya. Jaga diri, hiasi peribadi. (",)

wassalam...

Wednesday, January 12, 2011

ya Allah...

Khaulah termenung dan mengiakan kata-kata seorang kakak yang sentiasa meniup kata-kata semangat pada diri Khaulah. Lembut…menusup hati…hanya air mata mampu mengalir dan bukti ia memberi kesan di jiwa khaulah. Khaulah tahu tentang hadis-hadis banyak yang menyebut tentang sabar dalm musibah. Khaulah sendiri selalu menggunakan ayat-ayat itu untuk menasihati orang lain, cuma khaulah tidak pandai menasihati diri khaulah sendiri tika ini. khaulah tidak pandai memujuk hati ini supaya berhenti menangis.


“ya Allah..janganlah ulat-ulat ini menghancurkan lidahku kerana aku ingin menyebut nama-Mu, aku mahu solat dan berzikir pada-Mu dengan sempurna…SubhanaAllah, hebat cintanya pada Allah..makin derita, makin kuat cintanya. Makin di uji makin mantapnya imannya….begitulah sahabat-sahabat terdahulu. Makin di uji semakin mantap cintanya kepada Rabbul Izzati.. Tetapi kini, khaulah tidak pandai mengamalkan apa yang khaulah pelajari.


Allahu Rabbi,


Aku dtg di hadapan-Mu dgn hati yg tercela..


Dengan hati yang sarat dengan beban dan dosa..


Dengan jiwa yang lemah dan longlai…

Dengan kekuatan yang pudar

Dengan semangat yang tiada tersisa..


Ampunkan daku Ya Allah…


Allahu Rabbi…


Engkau yang memberi nikmat bahagia padaku


Engkau jua yang memberikan rasa sakit dalam deritaku..


Maka ku pohon penawarnya ya Allah…


Kerana ku tahu Engkau tahu memujuk hatiku..membelai jiwaku…dan meniupkan cinta-Mu dalam hatiku..


Ya Allah…surat itu telah mengganggu ketenangan hatiku ya Allah…


Ya Allah…ku tagih kasih dari-mu…usirlah perasaan ini ya Allah.. Tetapkanlah hatiku di jalan agama-Mu.. Biarlah DIA yang menentukan masanya...


Tuhanku…jadikanlah aku wanita yang dapat membuatnya bangga…berikan aku hati yg sungguh m’cintai-Mu…Sehingga aku dapat m’cintainya dgn sekadar cintaku…amen ya Allah…


Khaulah membiarkan surat itu tanpa jawapan. Hatinya perlu di jaga..cukuplah kenangan semalam menjadi pengajarn dalam diri khaulah. Sesungguhnya jalan mujahadah ini sungguh perit,kadang2 putus asa dan air mata menjadi peneman.. Berhadapan dengan saat paling sukar dalam kehidupannya, khaulah harus belajar tersenyum dan bersangka baik dengan segala takdir Allah buatnya...


"ya Tuhan kami, ampunilah dosa-dosa kami dan tindakan-tindakan kami yang berlebih-lebihan dalam urusan kami, dan tetapkanlah pendirian kami...." (Ali Imran:147)

Tuesday, January 4, 2011

pohon semalu lambang wanita solehah yang sebenar.





ku melihat pada bunga mawar..

"indahnya bunga ini".. "tingginya ia di atas pokok"
lalu ku petik ia..
namun kemudian ia layu begitu sahaja..

mudahnya..benda yang senang diperolehi, akan senang hilangnya..

cinta yang senang diperolehi adalah cinta dunia, dan ia tidak akan berkekalan..




ku melihat pada semalu..

"erm..bunga apa ini" "kat tapak kaki aje ia"

lalu ku mahu petik ia..
namun ia menutupi dirinya dan aku tidak bisa melihatnya..

masya Allah..benda yang sukar diperolehi, akan sukar hilangnya..

wanita solehah adalah wanita yang merendahkan diri sehingga kita melihatnya tiada satu pun yang indah, dan malu wanita ini sehingga tidak terlihat dirinya sebenar..

masya Allah..subhanallah..wallahua'lam..

wallahua'lam..
di antara Mawar Berduri dan Pohon Semalu..

ada satu perbezaan dan ia boleh dijadikan satu panduan utk muhasabah diri...

sesungguhnya setiap apa yang Allah ciptakan di sekeliling kita, sebenarnya ada panduan yang tersembunyi, dan sebab itulah kita dianugerahkan akal dan hati untuk menilai dan merasai setiap panduan tersebut, dan seterusnya beriman kepada-Nya...amin..(^_^)

apa perbezaan tu?

Mawar ~

sebuah pohon bunga indah.. keindahannya menarik mata manusia.. juga makhluk lain yang dicipta-Nya.. begitulah kagum makhluk-Nya pada keindahannya.. mawar punyai batang berduri.. sungguh sukar untuk menyentuhnya.. tetapi keindahannya lebih menarik hati.. maka berlumbalah orang memetik dirinya.. namun benda yang indah.. sudah pasti akan mengusik hati sendiri.. bahawa aku ini indah.. maka keindahan tersebut hanyalah dipandang sepi..

pohon semalu ~

sebuah pohon yang adanya batang dan daun.. tiada pun keindahan padanya menarik perhatian.. berada di celahan lalang dan daunan.. begitu kerdil dirinya sehingga tiada yang perasan.. namun perasankah kita.. apabila menyentuhnya.. dia akan terus menyembunyikan dirinya.. begitu tinggi nilainya.. hanya insan yang "terpilih" yang bisa di hatinya.. namun perasankah kita.. pohon semalu ada keindahanya.. kerana dia juga ada bunganya.. namun bunga itu hanya diperolehi oleh insan yang sah untuknya..(^_^)

hayatilah sebaiknya..

dunia kini sudah berbeza.. wanita yang indah semakin ramai.. wanita sebegini memang mahal dirinya.. sukar untuk didekati andai tiada cara.. apabila cara mengena diri.. maka tunduklah wanita.. itulah ia mawar berduri.. walaupun berduri, tetapi keindahannya menjadi buruan sehingga dia boleh berada dalam bahaya dan fitnah pada dirinya..
tetapi...

wanita solehah.. adalah wanita yang sentiasa menjaga dirinya.. tidak mempamerkan keindahan dirinya di khalayak ramai.. menyimpan keindahan dirinya untuk sang suami yang dirindui..

wanita solehah.. akan bersederhana dalam perhiasan dirinya dikalangan awam.. sehingga tiada kilauan mata yang tajam memandangnya.. maka selamatlah dirinya dari bahaya dan fitnah..
wanita solehah.. apabila sudah memiliki suaminya.. maka setialah ia kepada suaminya.. disinilah dia menunjukkan keindahan sebenarnya..

itulah pohon semalu.. hanya kelihatan daun dan batang berduri.. tiada satu pun indah untuk melihatnya.. namun apabila tiba masanya.. ia bisa mengeluarkan bunga.. yang selama ini disembunyikan..




subhanallah..wallahua'lam.

surat cinta untuk calon suamiku...


~Lihat dengan hati kerana pandangan mata selalu gelap, tak mampu menilai hakikat~


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...