Monday, February 28, 2011

“Solat is Best”

Alhamdulillah…22 dan 23hb Februari kami diberi peluang untuk ke kursus ”Solat Is best” anjuran modal pembangunan modal insan Selangor di masjid negeri Selangor. Saya dan kak hanis jadi wakil consultant untuk syarikat smart excel. Terima kasih sangat-sangat kat kak ju dan kak bai kerana sudi menumpangkan kami untuk bermalam selama 3hari 2 malam di hostel politeknik sallehudin alam shah.. free of charge la..hehe,…layanan pun terbaik laaa….=).. mekaceh banyak2.. kali ni berlainan sikit…sikit je. Kami ke shah alam dengan sendiri…naik ktm…selalu abi yang hantar..


Hari pertama..Kami orang yang paling terawal sampai di masjid. Semangat kan?hihihi.. kami dah di didik oleh abi supaya menepati masa. Selepas breakfast, saya dan kak hanis nak masuk ke dewan. Tiba-tiba terdengar nama di panggil. “kak ina…!!!” jerit seorang adik junior kt SAMTTAR dulu. Sekarang study kat Mesir.


“eh…kenapa macam kenal je korang ni…”sambil bersalam-salaman.

Borak-borak jap…. Rupa-rupanya ramai juga pelajar-pelajar Mesir anak negeri Selangor yang kebanyakannya ex-students SAMTTAR terlibat dengan kursus ni. Macam reunion pula di buatnya. Hampir 100 pelajar Mesir yang terlibat. Dan kebanyakkan dari ex-student SAMTTAR.

Alhamdulillah….penceramah untuk program kali ini di sampaikan oleh Ustaz Abu Sakan dari Indonesia. Terlalu banyak perkara yang perlu di baiki untuk mencapai khusyuk dalam solat.

Khusyuk dalam Solat memang sangat-sangat dituntut seperti Firman Allah s.w.t:-

Telah berjayalah orang-orang yang beriman, iaitu orang-orang yang khusyuk dalam sembahyangnya” [Surah Al-Mukminun : ayat 1-2].


Allah… Jiwa kite mestilah sentiasa positif,,,,hidup lah hati kita sentiasa di dalam keadaan bertuhan.. bagaimanakah hati kita selepas bersolat? Pernah kah kita muhasabah diri kita? Kita melakukan solat…tetapi masih marah2…masih mengumpat.. masih melakukan maksiat…. Adakah kita bersolat hanya di sebabkan tuntutan wajib? Alhamdulillah…belajar benda yang baru yang selama ni kite ambil sambil lewa.


Hari kedua pula banyak bercerita tentang umrah dan hubungan kita dengan Allah. Alhamdulillah…


Teringat ketika hendak menurun tangga . Tiba-tiba saya ternampak seorang kakak yang saya rindui. Dulu masa kat asrama,satu dorm dengan dia… selalu sakat saya. Saya amati betul…betul ke ni? Nape mcm lain je… saya try tegur..


“kak sarah!!!!”saya menjerit kecil…dari jauh saya dah terjerit…hihihi… tak salah orang lah…


“eh…ina… akak betul-betul tak perasan…da lain da sekarang ye…”saya tersengeh je la..borak-borak jap. Time rehat masa tu. Tak pasal-pasal kak sarah kenal kan dengan semua kawan-kawan dia.


“ni adik 1 dorm dulu….kenal kn…kenal kn….”kata kak sarah. Seronok jumpa kak sarah yang tak habis-habis dengan selambe nye…

sempat berposing dgn k.ejat..isteri ustz zuhaili..bak kate kak ejat..amik berkat pengantin baru...;p
rindu kak ju n kak bai...


Alhamdulillah….ukhwah terjalin…. Moga ilmu yang dipelajari diri ini dapat di praktikkan.. bukan senang untuk mencapai khusyuk .. mujahadah dan kekuatan dalam melawan nafsu dan syaitan serta merasa Allah sahaja di hati kita lah yang dapat membantu kita capai khusyuk. Rasakan…Hingga kita merasa roh kita yang menggerakkan setiap pergerakan fizikal ketika kita solat. Ya ALLAH …bantulah aku untuk menggapai redha-Mu…amen…

Monday, February 21, 2011

::mencari kenalan mudah...mencari kawan susah::


Mencari kenalan mudah, mencari kawan susah,
Kawan di dalam Islam bukan sekadar satu agama,
sama-sama beragama Islam;
Kawan itu selain seagama ia adalah sama-sama mempunyai cita-cita agama;
Kawan adalah seperjuangan di dalam satu jemaah di bawah satu pemimpin menuju satu cita-cita, cintakan Tuhan,



Sikap kita dan dia adalah sama,
Kesusahan kita kesusahan dia, kesusahan dia kesusahan kita,
Kegembiraan kita kegembiraan dia, kegembiraan dia adalah kegembiraan kita,
Kita dan dia bela-membela, keluarganya keluarga kita, keluarga kita keluarganya,
Masing-masing mengambil berat satu sama lain, tengok-menengok, bantu-membantu sesama,
Seolah-olah kita dan dia satu keluarga, satu ibu dan satu bapa,
Mati keluarganya diziarahi, kita mati, keluarga kita diziarahi, silaturrahim berterusan dan berpanjangan.



Aib dia kita tutup, aib kita dia tutup, sayang-menyayangi, kasih-mengasihi,
Lama tidak berjumpa rasa rindu bila bertemu susah hendak berpisah,
Mana ada orang yang kita bertemu semacam ini,
Di sini baru kita faham mencari kawan itu susah, hampir mustahil,
Mencari kenalan mudah berlaku,
Di sinilah rahsia mengapa umat Islam di hari ini tidak boleh bersatu.

Thursday, February 17, 2011

renungan untuk diri yang sentiasa lalai dan leka..T_T


kata2 yg diambil dari kuliah agama di Masjid Negeri Shah Alam.."Jauhi kamu dari suka bercakap tentang orang lain,mengumpat,berburuk sangka,sengaja mencari-cari kesalahan orang lain,merasa diri adalah lebih baik dari orang lain..adalah lebih baik kamu berdiam diri atau berseorang diri dari bercakap yang sia2..belajarlah menerima kelemahan org lain dan muhasabah lah diri kamu sentiasa..pandanglah dengan mata hati kelemahan diri dari memikirkan tentang kelemahan org lain..Mga kita x menjadi orang2 yang rugi di Akhirat dan muflis dimana pahala amalan kita terpaksa kita beri pada orang yang kita bersalah itu"....Ya Allah Jauhkan kami Ya Allah..Amin ya Allah.



kadang2 ramai org2 yang ingin berubah..solat dijaga..mencari ilmu..tetapi sentiasa mengeluh..sentiasa fikir kan orang lain x layak menasihatinya..selalu bercerita tentang orglain kepada org lain..memburukkan orang lain..kadang puas2 diberitahu bahawa mencari redha Allah kena sungguh2...cri redha Allah kena jauhkan dari perkara mazmumah..kadang2 memang kita terjatuh..tetapi bangun lah semula..kita munusia yg sgt lemah yang ada kelemahan..tetapi janganlah terus mencampak diri kita ke LUBANG2 NERAKA..kematian kita makin menghampiri..kita akan hanya berselimutkan tanah..berpakaian putih dan berbantal batu..masa itu tiada siapa yang akan mampu tolong kita...belajarlah menjadi org2 yg melihat ilmu dgn mata hati..bukan mendapat ilmu tetapi kita biarkan ia tanpa cuba mempraktikkannya..ketahuilah kawan2 yang menasihati kita adalah kawan2 yang cuba menjadi kawan yang baik pada kita bukan yang membiarkan kita terus berbuat salah..Ya Allah..Bantu kan kami Ya Allah..kami lemah ya Allah..eratkan siratulrahimi antara kami di Jalan bertaqwa kepada mu..Amin

Sunday, February 13, 2011

tegur menegur..

Saya rindu kat dia. Saya rindu kata-kata nasihatnya yang lembut...yang sentiasa sabar dengan karenah adiknya ini yang banyak ragam dan karenah ni...hehe.. Teringat malam tu sebelum tidur…saya berborak dengan seorang kakak mengenai tegur-menegur. Kak husniyah, senior USIM. Sekarang dah ambil PHD, dalam Quran dan hadis di UM.. Umur 24tahun, muda lagi. Sejak 2 menjak ni saya di pertemukan sahabat-sahabat baru yang kebanyakkan ambil master n PHD. Kak husniyah kata, kalau kita nak tegur orang…kita fikir…” eh, aku ni sayang dia x? kalau sayang aku mesti tegur…kalau tak sayang memang kita tak tegur” .


“kak…kalau kita tegur gurau-gurau boleh x?takut dia terasa pula kalu secara direct”


“tak sampai mesej kalau macam tu, nak tegur biar direct tp secara berhikmah,… memang pedih..tp kita sayang dia kan…jadi nak tak nak kita hadapi semua tu”


Tiba-tiba kak jue menyampuk…


“ dengar tu ina…siapa yang selalu tegur kau selama ni…”


“waaaahhhh….kak jue sayang kita ye….”


Kak jue da termalu-malu dah..

kenangan last-last sem...

Seriously, kak jue memang banyak bagi nasihat kat saya, macam-macam dia tegur saya.. Allah… kenangan yang tak dapat di lupakan…


Saya rindu kak jue…rindu dengan nasihat-nasihat dia. Upss…da nak nangis tiba-tiba…T_T..


“kak…kalau kita dah tegur dia buat lagi cam mana?nak tegur lagi ke?”


“ kena tegur walaupun dah banyak kali kita bagi nasihat… manusia kan cepat lupa dan iman pun naik turun. Jangan jemu untuk menegur. Itu pun kalau kita sayang kat dia.”


“tengok mak ayah kita…dia sentiasa tegur kita bila kita wat silap. Tak pernah jemu nak bagi nasihat kat kita. Sebab dia sayang kat kita.”


Akhir-akhir penghujung sem, saya semakin rindu…rindu sangat-sangat… masak sama-sama.. bergurau-gurau.. sakat menyakat…solat jemaah.. kenangan.. ya ALLAH…peliharalah ukhwah kami…


"Kalau awak salah saya tegur awak, kalau saya salah awak tegur saya. Saya nak masuk syurga dengan awak"

Hati diusik rasa terlalu tingginya gunungan dosa. Tegurlah andai terdapat cacat cela, nasihatlah andai diri terjauh menyimpang. Semoga sentiasa terpandu ke arah yang haq dan menjauhi dari keburukan
.


berkasih sayang....=)

“Umi…adik nak minta sesuatu boleh x?”

“apa dia dik?” saya menjawab.

“adik nak panggil umi sampai bila-bila boleh? “ Auni tersenyum memandang mesej itu.

“bagi 4 sebab kenapa nak panggil umi?” saya menyakat adik ni.

“pertama..nak latih akak jadi umi sebelum jadi umi betul-betul….kedua. Umi macam mama adik….bla…bla…blaa..bla….”

“ok…panggil laah… umi x kisah pun…”

“Betul ni Umi tak kisah…?”

“yee…umi tak kisah pun…”

“Umi…adik ada buatkan sesuatu untuk umi…nak bagi Umi….”



Ya Allah…

Sahabat saya tak seperti sahabat Nabi SAW,

Sahabat Nabi setia di sisi,

Sahabat saya datang dan pergi,



Ya Allah…

Saya muhasabah,

Menerawang sendiri,

Dari kecil hingga ke saat ini,

Ramai sudah bertandang di hati,

Ramai juga yang datang dan pergi.


Ya Allah…

Engkau temukan aku dengan seorang umi,

Umi ketawa,

Saya gembira….

Umi sayu,

Saya syahdu….

Umi layu,

Saya pilu…

Ya Allah…

Umi saya,

Sahabat saya,

Rahmati lah kami,

Meniti usia,

Terpisah kami di alam nyata,

Temu kan kami semula di taman syurga…

Ya Allah…

Umi saya buah hati saya,

Mesra kami penawar duka,

Rajuk kami membuah ceria.



Ya Allah…

Silaturahim kami,

Ukhwah fillah,

Bermusuh kami,

Na’uzubillah…

Berpisah mati,

InsyaAllah…pengubat hati…

~Doa Rabitah~




Khas untuk adik…


Adikku sailormoon….

Gantikan lah gelaran ini dengan gelaran srikandi-srikandi Islam,

Hebat adik seperti mereka…tabah adik seperti mereka,

Kau bunga-bunga Islam yang sedar mekar di taman…

Kau berkongsi serba sedikit persamaan dengan diriku…

Sifat kemanjaan mu…keanak-anakn mu…

Tetapi di sebalik semua itu, wujud kematangan di dalam dirimu yang tidak kau sedari,

Lagi ketara setelah Allah memberimu pelbagai ujian di dalam hidupmu…


Adikku….

Bila kau merajuk…umi memujuk…

Bila umi merajuk…kau tidak memujuk…

Tetapi ia menceriakn suasana kita..

Kita sama-sama suka…



Adik…

Jangan adik tangisi apa yang bukan milik adik,

Kerana itu bukan milik adik,

Bersihkan hati adik. Ikhlaskan lah hati dan redhalah dengan ketentuan-Nya..

Kerana kita adalah sebenar-sebenar hamba..

Jadilah hamba yang tahu kenal diri, serta sentiasa bersyukur kepada Tuhannya..

Sampai di sini sahaja nukilan umi…

Pertemuan kita ada titiknya…

Bersiap sedialah wahai adikku…

moga bertemu kita kembali di negara yang kekal abadi…

amen….

Thursday, February 3, 2011

Sekejap...memberi kesan...T_T

Pesanannya masih Haura' teringat2.. di hadapan skrin laptop Haura'.


“Haura’ jangan lupa bangun tahajud ketika orang lain di buai mimpi dan banyak-banyak solat taubat. Ana mahu ke masjid sekarang.. nanti kita sambung perbincangan ni ye…ana dah lambat ni”. itu kali terakhir kami berhubung sebelum dia ke masjid untuk solat zohor.


Keesokannya….


Pagi-pagi lagi mesej Haura’ berbunyi. Haura’ biar kan dulu. Dalam beberapa minit Haura’ buka inbox.


“kak…abang dah tak de…abang dah tinggalkan adik selama-lamanya..”


Haura’ tekan butang reply…


“abang pergi mana dik?”


“abang dah tak ada kak…abang dah tinggal kan adik..abang dah pergi selama-lamanya”

Haura’ anggap mungkin ini satu gurauan. Haura’ bertanya lagi.


“adik…adik jangan main-main dik…abang pergi mana? Cakaplah betul-betul..apa dah jadi sebenarnya dik..”


“kak…abang dah meninggal dunia, tak kan adik nak tipu…akak…adik nak abang…”


“innalillahi waillaihi rojiu’n…ya Allah…adik..cerita kat akak,..apa yang dah berlaku sebenarnya”


“ malam tadi, pukul 11.30 abang telefon adik.. abang suruh adik tidur dulu..jap lagi abang balik abang tengok adik dalam bilik. Macam-macam abang pesan, cuci kaki, ambil air sembahyang, bce doa..baru tidur. Pastu pukul12 kawan abang call makcik, cakap abang kena langgar lori, masa nak melintas jalan, pastu terus bawak pergi hospital mandi dan kapan kat sane..sebab kepala abang dah hancur…”


Ya Allah… Haura’ terus call adik… tapi x di angkat. “akak..Baru hari selasa hari tu kitorg sambut birthday sama-sama…sekarang abang dah tak ada.”


Haura’ bagi kata-kata semangat yang termampu haura’ bagi pada adik ni, sedangkan diri dia pun tak terdaya. Tetapi Haura’ tak nak tunjuk lemah pada adik ni.


“kak…ada benda yang abang tak sempat nak bagi tahu kat akak dan ada benda yang abang x sempat nak bagi kat akak…”haura’ terima sms dari adik tu lagi.


“ apa dia dik?"


“nanti adik bagi tahu… mungkin ada hikmah kan abang tak nak bawa adik…selalu abang tak pernah tinggal kan adik kalau abang keluar ceramah lama-lama. Abang tahu adik tak ada kawan kat umah. Banyak kenangan dgn abang… akak jangan la tinggalkan adik juga…mak dan abang adik dah tinggalkan adik, adik dah tak ada tempat bermanja.”


Air mata haura’ jatuh bercucuran…ya Allah…tabahkan hati adik ini ya Allah… dia sangat manja dengan abangnya…


“dik…macam mana pun…kuatkan hati ye…cakap pada diri yang adik cukup dengan Allah… apa-apa pun berlaku bahkan kalau kita kehilangan mak ayah pun, kita rasa kuat sebab Allah ada untuk kita..”


Haura’ terus mengambil wudu’ dan sedekahkan beberapa surah di dalam ayat-ayat Allah…moga ketenangan berada di dalam diri Haura’.


Pertemuan di dalam sebuah program membibitkan sebuah ukhwah antara kami. Ya Allah…cucurilah rahmat ke atas roh nya ya Allah…moga ia berada di kalangan orang-orang yang beriman dan soleh. ameen.. al-fatehah...


sajak kali terakhir....T_T


kalau dulu ku tahu nikmat iman itu sgt manis.semanis madu...
sudah lama ku titipkan dalam hati ini dgn cara Islam..
sudah lama ku sarungkan kaki ini dengan sarung stokin yg comel...
agar tidak nt aku berpijak di atas landasan api yg panas kela...k..


andai ku tahu bertapa selamatya bertudung labuh...
sudah lama ku jadikan tudung yg berkain jarang itu..bukan dr sebahagian jemuran di ampaian..
bila ditiup angin...terbang entah ke mana
habis mengundang bencana..


kalau ku tahu permata dan berlian itu indah
indah dipandangan mata hingga mengundang petaka
sudah lamu ku jadikan tudung yg bertahtahkan permata n berlian itu sebagai..pengalas meja...bukannya menjadi p'lengkap m'singkatkan lagi hingga menampakkan yg tak sepatutnya..subhanallah..


andai ku tahu bunga mawar itu cantik..
mudah menjadi panahan lelaki..
kelak membinasakan diri..
seharusnya aku harus menambahkan duri2 mawar
agar tidak mudah aku terjebak dgn londakan nafsu...
agar tidak mudah daki-daki kotor berpaut pd pautan itu..

Tuesday, February 1, 2011

::Pujuklah Hati::


Bijak pandai pernah berkata, “we can’t direct the wind but we can adjust our sail.” Ertinya, walaupun kita tidak boleh menentukan takdir yang menimpa tetapi kita diberi kuasa oleh-Nya untuk mentadbir diri kita. Inilah kelebihan manusia, sebagai khalifah.



Ingat,setiap kali sesuatu menimpa kita, sama ada baik atau buruk… itu adalah pelajaran yang menuntut perubahan. Maka ubahlah diri kita selalu, ke arah yang baik, lebih baik dan cemerlang. Setiap detik, setiap ketika, ada sahaja peristiwa yang akan kita hadapi… maka belajarlah secara berterusan, dan berubahlah secara berterusan… Nanti kita akan mencapai kebaikan secara berterusan pula.



Buat diri ku dan diri mu, kuaklah tirai hari ini dan ingatkan diri… aku adalah pelajar di universiti kehidupan ini. Hari ini Allah pasti mengajar ku melalui perlakuan-perlakuan manusia lain kepada ku. Dan aku mesti belajar dengan orang lain, kejadian, peristiwa itu – pahit atau manis.

~external~ belajar melalui environment ....but...perlu ade internalnya..(memandai2 je saya,hehe)^_^..


Wahai Ina...Pujuklah hati, katakan, didikan ini demi cinta-Nya jua.


sumber: ustaz Pahrol Juoi


~Lihat dengan hati kerana pandangan mata selalu gelap, tak mampu menilai hakikat~


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...