Friday, May 24, 2013

Romantisnya ;)

Allah..Anak-anak ini telah menghiburkan saya dengan surat-surat "cinta" yang romantis. Belajar rajin-rajin ye!! Moga Allah kabulkan doa anak-anak yang tiada hijab ini.




Kenangan itu.



Minggu ini minggu terakhir persekolahan  saya. Cuaca pada minggu-minggu terakhir di sekolah sangat panas. Musim Panas mungkin. Saya menyiapkan kerja-kerja terakhir sebelum meninggalkan sekolah ini dengan menyiapkan laporan Sambutan Hari Guru. Last-last minit baru nak buat,baguslah kan.^_^. Maka, saya datang awal ke sekolah untuk menyiapkan kerja-kerja yang perlu disiapkan.   Alhamdulillah, PBS saya dah siapkan awal-awal dah. Hari terakhir pun kelas  tak banyak. 

Tiba-tiba terdengar pengumuman daripada cikgu penyelia petang ketika sesi petang sedang berjalan. “Perhatian kepada semua guru-guru di minta berkumpul dibilik guru pada 3.30 petang ada sedikit taklimat yang akan disampaikan sempena cuti sekolah nanti”
Dalam hati saya dah berkata-kata, taklimat apa pula ya.


Owh.. lupa. Hari ini ada sedikit jamuan perpisahan . Maka kami guru-guru pun sibuk menyiapkan hidangan apa yang patut. Allah, saya sangat terharu dengan layanan guru-guru disini. Sangat baik dan terlalu baik. Tidak tahulah sama ada saya dapat menikmati semua ini selepas diposting tempat lain. Hopefully dapat sekolah yang sama.


 Majlis di mulakan, pengerusi mengalu-alukan orang yang diraikan berucap. Gulp. Saya tak buat teks pun. Spontan sahaja. Tiba-tiba Guru Besar suruh berucap di depan. Air mata dah berlinangan. Macam mana nak cakap ni. Dalam menahan sebak. Saya mengucapkan terima kasih kepada semua guru-guru dan guru pembimbing atas tunjuk ajar dan keprihatinan mereka. Sememangnya, saya beruntung dapat di tempatkan di sekolah ini. Guru-guru semua sporting. Saya dapat lihat GB mengesat air mata. Yang paling terharu. Saya dapat hadiah banyak. Dari pihak pentadbir, panitia agama Islam, guru-guru sesi petang, guru sesi pagi,dari badan kebajikan guru dan paling terharu dari guru pembimbing sendiri, ustazah Normilah. Tak lupa juga hadiah dari murid-murid yang saya sayang, dah macam hadiah orang pengantin pula. Tak tahu nak letak kat mana. Terima kasih semua.

Selepas sesi makan-makan, Cikgu Latip membuat pengumuman. Murid-murid diminta berhimpun. Ada sesi bersalaman. Saya ingat sesi bersalaman untuk semua guru. Tetapi khas untuk saya diminta berucap. Allah. Ada lagi? Murid-murid yang saya ajar dah mula berkerumun dengan saya. Yang murid perempuan mula lah dengan manjanya peluk-peluk. Last-last, cikgu Latip minta saya kedepan sebab keadaan dah tak terkawal. Entahlah, terharu sangat atas layanan ni.


Waktu itu, sempat saya berfikir. Kalaulah layanan manusia dah sebaik macam ini. Macam manalah layanan Allah pada hamba-hambanya yang taat menurut perintah-Nya. Adakah saya tergolong didalam golongan yang mendapat layanan seperti itu. Allahu. Sebak.
 

Jam sudah menunjukkan hampir pukul 7 malam. Tapi saya tak kemas barang-barang lagi. Alhamdulillah lah jumpa kotak. Saya masukkan je barang-barang tu dalam kotak. ABM pun tak tahu nak letak mana. Banyak sangat.
 Izyan dah bagitau awal-awal kat saya. “ Ina, nanti nak kalau nak minta kita tolong angkat bagi tahu lah”.
 

Alhamdulillah, ada orang nak tolong. Barang-barang saya pun memang banyak kot. Dengan hadiah lagi.:p. Terima kasih sahabatku tolong angkut kan barang yang sangat banyak itu.
Sampai rumah dah nak maghrib pun. Tak tahu nak letak hadiah ni kat mana. Hadiah murid-murid bagi pun tak sempat nak kemas lagi.  Macam hadiah kawin la pula kan.:p.



Sebenarnya sedih lagi ni. Tak tau nak cakap macam mana. Terlalu seronok dekat sana. Moga saya diberi peluang untuk menetap di sana. Ameen.

Sunday, March 17, 2013

Baikilah diri.



Dunia ini hanyalah persinggahan yang sementara. Kadang-kadang bila hati tersungkur,  futur. Saya terpaksa menjauhkan diri dari teman-teman buat sementara waktu. Saya akan mesej sahabat-sahabat saya untuk kuatkan saya, di samping meminta Allah yang Maha Kuat terlebih dahulu. Minta maaf bagi sahabat-sahabat yang terasa. Baru-baru ini, saya ke Maulid Nabi, SubhanaAllah.. 


“Tiada yang lebih berharga ketika itu selain bersama para ulama’ yang sentiasa basah lidahnya mengingati Allah dan Rasul dan sentiasa memperingatkan manusia yang lain selain hanya mengingati Allah dan Rasulnya. Berselawat…selawat dan selawat”


Ya…ini juga merupakan salah satu cara untuk saya bangkitkan hati dan diri saya yang kesibukan dengan kerja berpraktikum, sifat mazmumah yang membara. Allah…Allah..Allah.. Kematian sedang menunggu, tetapi hati masih penuh kelalaian. Astaghfirullah.



Berkali-kali saya mendengar prof Muhaya berbicara di dalam kalamnya. Orang yang kuat rohaninya dia tidak pedulikan kasih sayang manusia pada dirinya, kerana dia sibuk dengan Tuhannya dan sibuk mencari redha Allah. Allah…Allah…Allah..


Bangunlah wahai hati, bangunlah wahai diri!!!!


Thursday, March 7, 2013

Bersama adik..^_^



Semalam lepas isyak, adik kesayangan saya masuk bilik saya. Mengadu..
” Kak Iena…Emi dapat markah Tajwid  sikitlah”..


                Allah…terharu sangat, dia bagi tau saya dulu , tapi dengan mak saya tak bagi tau pula.hehe.. Lalu saya meraikan adik dengan meminta keputusan-keputusan ujian yang baru di perolehi. Alhamdulillah, tajwid sahaja yang lemah. Boleh diperbaiki. Ini subjek baru bagi adik. Maka ia boleh diperbaiki dari semasa ke semasa. Saya tahu bukan senang, sebab saya dah pernah belajar dulu. Dan sampai sekarang saya belajar tentang tajwid ni. Adik saya memang seorang yang bijak. Sekolah pagi kelas pertama, dan sekolah petang pun kelas pertama. Seorang skema juga. Kematangan nya juga saya nampak dari kecil. Saya jaga dia dari baby. Cuma bila saya masuk USIM selama 4 Tahun, saya berpisah sekejap dengan family. 

sedikit dialog bersama adik.
 
“Akak..Kalau Emi rehat selalu Emi pergi library. Lepas tu Emi tulis buku yang Emi dah habis baca tu dekat dalam Buku Nilam.”

“ Ha…bagusla macam tu, rajin Emi pergi library baca buku. Emi pergi dengan siapa selalu?”

“Sorang-sorangla…”

Terdiam kejap…selalunya kanak-kanak yang sebaya dengan dia mesti nak main-main dan berkawan.

“kenapa Emi tak pergi dengan kawan?”

“Kawan asyik main je”

Saya tersenyum.

Hikmah saya mengambil bidang perguruan selepas tersepit di antara dua pilihan. Pilihan hati atau pilihan kedua ibu bapa =’)  InsyaAllah,berlapang dada, redha dan pasrah, pasti Allah akan lorongkan jalan dan permudahkan segala urusan . Sekarang Saya boleh spend time with family berbanding dulu. Saya boleh tengok-tengok kan adik-adik. Peraturan Allah sangat baik dan terbaik. Saya nak tebus balik masa-masa saya yang dulu. Dakwah kepada family yang perlu saya utamakan. Lagi-lagi adik-adik saya yang perlu support dari family sendiri.

                                                      Usai Konvo di PICC Putrajaya ^^

Ya Allah…rahmatilah kedua ibu bapa ku dan keluargaku…Ameen...

Tuesday, February 26, 2013

Cinta Bukan Syaratnya


Sweet sangat gambar ni. lagi sweet kalau kita berazam ikut apa yang Allah telah aturkan..:)



Satu persatu air mata aina menitis. Tak tahu bagaimana nak meluahkan perasaan hatinya dalam situasi sekarang. Al-Quran, keychain, pyramid. beg dompet, frame dan buku. ya Allah, malam ni hatinya betul-betul sayu. lain dari yang lain. Astaghfirullah...




Kenangan itu,sesuatu yang tak dapat di lupakan. Cepatnya, mudahnya... pantasnya dia berubah hati. Betul lah, hati manusia memang mudah berbolak balik. Maha suci Tuhan, Aina bingkas bangun dengan segera mengambil air wudu' dan menunaikan solat tahajud dua rakaat. Inilah penawar yang paling mujarab untuk dia mengubat hati yang luka dan terhiris dek teringat kenangan yang lalu. Astaghfirullah, sepatutnya tidak wajar aina untuk mengingatinya lagi kerana dia sedang berbahagia bersama insan lain. Segera Aina muhasabah diri balik, Allah dah nampak kan pada aku yang hatinya cepat berubah, di takdirkan tiba-tiba aku dengan dia, belum tentu lepas kahwin nanti dia akan setia dan jujur dengan aku. Tak naklah aku macam ni. Aina bermonolog.



Akhirnya aina tersenyum bila dia membaca al-Quran kesayangannya. Sangat terhibur dengan kalam-kalam Allah. Hatinya terpujuk. Sweetnya Allah. Dia pandai pujuk hati hambanya yang gundah gelana dan tidak tenang.



Lantas Aina melipat telekung usai dia membaca al-Quran. Hatinya lebih tenang dari sebelum ini. Dia bercadang untuk membuka emel. Melihat apa-apa yang patut. Dunia tanpa sempadan. hanya di hujung jari sahaja banyak maklumat di perolehi. Walaubagaimanapun, dia perlu berhati-hati supaya maklumat yang diperolehi adalah sahih.

**********************************************************************

Teet...teet... Isyarat menandakan mesej masuk.
Segera Aina padam mesej tersebut. Berkali-kali mesej ini masuk bertanyakan perkara-perkara yang bukan urusan bagi diri Aina.

Aina tahu, hatinya semakin serik. Suatu perkara yang kita pendam bertahun-tahun  kadangkala tak mungkin dapat di luahkan. hanya Allah yang tahu bagaimana hati hamba-hambanya. Rahsia hati, hanya Allah yang tahu.


Ya Allah...Bantulah hambu yang lemah ini. Hanya pada-Mu Tempat aku bergantung berharap. Hanya Engkau sahaja yang memahami rahsia hati ini.

*******************************************************************************

Setahun kemudian....

"Mabruk Aina...moga berbahagia hingga ke syurga. jadi isteri Solehah tau. Maaf sangat-sangat akak tak dapat hari berbahagia Aina. hanya doa yang mampu akak titipkan"

Menitis lagi air mata Aina menerima banyak ucapan yang mendoakan diri dia dan zaujnya. Kak Hanani lah yang banyak membantu ketika Aina berasa perlukan bahu untuk menumpang keperitan hati.


Sekarang, Aina sudah dimiliki dan memiliki seorang lelaki yang ‘sudi’ melengkapi kekurangan dirinya. Sungguh,jodoh itu rahsia Allah.
******************************************************************

Hampir bertahun lamanya Aina cuba untuk memahalkan dirinya. Menyekat hati untuk memikirkan soal jodoh selepas dilukai dek kerana terlalu memikirkan soal itu. “Haa itu kisah lalu. Kisah kebelum matangan aku” Hatinya terus bermonolog. Dan hari ini,dia mendapat khabar bahawa si dia yang pernah singgah di hatinya juga sudah dimiliki oleh seorang zaujah yang solehah sesoleh dirinya. Aina tersenyum.


Selama mana Aina cuba untuk memahalkan dirinya,Aina cuba bermuhasabah diri. Usia yang masih muda ini sedaya upaya diurus ke jalan yang bermanfaat. Aina sibukkan diri mencari ‘apa-apa’ untuk dimasukkan ke dalam dirinya agar menjadi lebih berharga. Manusia ini kalau tidak punya apa-apa,tidak berhargalah dia.
Mengembaralah. Beri peluang pada diri kita untuk ‘membesar’. Yah,Aina pegang akan itu. Selama mencuba untuk memahalkan diri itu,Aina belajar untuk membebaskan diri daripada melihat segala filem,drama dan novel cinta agar diri tidak terlalu ‘kemaruk’ untuk ikut sama seperti dia. Itu usaha Aina untuk menjadi mahal.
**************************************************************

Kringg.. Kringg.. Deringan telefon Aina menganggu tidurnya. Pantas dia mencapai telefon yang berada di atas meja sebelah katinya.

“Assalamualaikum Aina,Kak Hanani ni. Jom dating petang ni. Akak tunggu tempat biasa. Okey,tidak boleh tidak. Assalamualaikum”

Erkk.?Aina tidak sempat untuk berkata apa-apa,kak Hanani sudah pun menamatkan panggilan telefonnya. Aina tersenyum. Kak Hanani itulah insan yang setia disisinya saat dia perlu. Kak Hanani sentiasa menghiburkan Aina. Sungguh,kak Hanani sudah ada tempat di ruang hatinya.
Petang itu seperti biasa kak Hanani menanti dengan sabar kehadiran Aina di tempat yang telah dijanjikan. 15 minit kemudian sosok tubuh yang sangat dikenali itu muncul di depannya.


“Maaf akak,Aina lewat 15 minit,jalan jamged” Aina mencari-cari alasan sambil tersenyum.

“Takpe,dah biasa” Kak Hanani membalas sambil mengenyitkan matanya ke arah Aina.

Aina cepat-cepat duduk di sisi kak Hanani dan mencubit pipi kakak yang sentiasa menghiburkannya.

“Ada apa akak nak jumpa Aina nih.?Macam ada hal penting je” Aina memulakan perbualan.

“Oh sekarang nih kalau nak jumpa kena buat appoiment ye.?” Kak Hanani terus menyakat Aina. Aina mencuit peha kak Hanani.

“Akak sebenarnya ada hal sikit nak bincang dengan Aina. Akak straight to the point je lah. Sebenarnya ada seorang muslimin nak masuk merisik Aina. Tapi Aina jangan risau,dia tak paksa Aina pun. Dia bagi ruang dan peluang untuk Aina membuat pilihan.”

“Aina bukannya tak nak bagi ruang dan peluang pada muslimin tuh,tapi hati Aina nih masih belum sembuh sepenuhnya. Aina takut benda yang sama berulang lagi. Aina tak kuat” Aina mula berbicara.
********************************************************

Malam itu tidur Aina tidak lena. Hati dan fikiran Aina memikirkan apa yang telah kak Hanani sampaikan petang tadi. “Kak Hanani takkan sesekali kenalkan aku dengan muslimin yang tidak jelas orangnya,pastinya kak Hanani sudah cukup mengenali dia” Aina buntu. Lalu dia bangkit dari katil dan mengambil wudu’ serta mengerjakan solat isthikarah. Hatinya berasa tenang. Damai. Jarang sekali dia merasakan perasaan seperti itu. Mengira setiap tarikan dan hembusan nafas. Ada senyum menguntum di bibirnya.


Beberapa minggu kemudian.

Rumah Aina dipenuhi kereta yang amat asing dilihat. Aiman serius dengan lamarannya,lantas Aiman menyuruh ahli keluarganya menyunting bunga di taman. Saat itu kak Hanani lah manusia yang paling bahagia. Tidak putus senyumannya semenjak mendapat jawapan persetujuan daripada Aina tempoh hari. Kata sepakat sudah diberi,tarikh walimah juga sudah dicadangkan,malahan agihan tugas sudah mula diagihkan. Semangat sungguh keluarga ini.


Aina sudah cukup kuat dan bersedia untuk hidup mendua setelah bertahun lamanya memberi peluang untuk hatinya menerima orang lain. Yah,Aina yakin akan semua itu. Kak Hanani lah orang yang bertangunggjawab akan penyembuhan hatinya selama ini. Allah lah tempat dia mengadu. Sungguh,Allah itu sangat baik kerana sudi mengirimkan kak Hanani masuk ke dalam kehidupan Aina untuk menghiburkan dia.
Allah yang izin.!


10 November 2012. Yah,itu tarikh keramat Aina dan Aiman. Mereka selamat di hijab kabulkan di Masjid Jamek berdekatan dengan rumah Aina. Sungguh,Aina tidak dapat menipu perasaannya saat itu.

Aiman,walaupun nama itu masih asing di dalam dirinya tapi Aina yakin,Aiman lah yang selayaknya mendapatkan cinta dari dirinya. Dan dia ingin sekali menyerahkan cintanya selepas Allah dan Rasul kepada Aiman. Kini Aina dan Aiman sudah pun bergelar suami isteri.

Aiman mencuit pipi isteri kesayangannya. Sungguh,isthikarahnya memberi jawapan yang tepat. Aina tersipu malu. Bersama Aiman,Aina rasa disayangi dan selamat. Dia teringat akan kak Hanani,insan yang sentiasa membuat kebaikan kepada dirinya. Patutlah kak Hanani beriya menjodohkan Aina dan Aiman,rupanya Aiman itu adalah adik sepupu kak Hanani yang baru pulang dari Mesir. Pantas Aina tidak pernah mengenali Aiman sebelum ini.


Kini Aina sedar mencintai seseorang itu bukan bermakna harus memiliki. Namun,apabila sudah dimiliki maka menjadi kewajipan dirinya untuk mencintai suaminya. Yah Aiman Azlan lah insan yang kini Aina Zafira cintai. Aina percaya cinta bukan syaratnya.

copy paste dari seorang sahabat...sangat sweet...;)

Saturday, February 23, 2013

Dunia ini tiada apa-apa..

Saya muhasabah balik diri saya. saya tanya diri saya balik. Apa persiapan saya untuk ke "sana" nanti. saya bandingkan persiapan praktikum saya. membuat RPH dan ABM. Kadang-kadang sampai tengah malam.  Bila saya buat semua ni, saya tanya balik diri saya. "AKU BOLEH BAYANGKAN ESOK PENSYARAH DATANG NAK OBSERVE AKU". Jadi...aku kena fikir juga dan bayangkan esok malaikat maut akan mencabut nyawa aku esok..Allah...Allah...T_T. sedangkan malaikat maut sentiasa mengintai kita sebanyak 70kali..

"Ingatlah, Allah tidak sesekali melambatkan kematian seseorang ataupun sesuatu yang bernyawa apabila sampai ajalnya. Allah begitu mendalam pengetahuanNya berkenaan segala yang kamu kerjakan." (Surah Al-Munafiqun ayat 11)..


Hidup ini hanya sekali sahaja, apa yang kita buat fikirlah balasan di akhirat sana. Banyakkan baiki diri, dari sibuk baiki orang lain. sentiasa merendah diri. kadang-kadang kita kena korbankan perasaan ego kita untuk menjaga sillaturrahim, dari segi pendapat dan sebagainya.


Moga Allah sentiasa kurniakan sifat sabar, berlapang dada , humble dan tidak bermegah-megah dengan kelebihan yang diberikan...Allahumma ameen...

Dunia ini tiada apa-apa melainkan ladang tempat kita untuk bercucuk tanam untuk bekalan ke sana nanti...=')

Monday, February 4, 2013

Biiznillah...



Malam sabtu, selepas solat isyak, saya bersiap-siap untuk ke Banting. Meeting bersama-sama sahabat-sahabat dalam gerakan program di Kuala Langat. Sejujurnya, saya sudah lama tidak melibatkan diri secara langsung bersama mereka. Sibuk? Sebenarnya bukan itu yang menjadi alasan kalau kita betul-betul hendak. Sibuk memang sibuk, persiapan praktikal..bercinta dengan RPH. Bila di ketuk hati dari kak naqibah tersayang, baru saya tersedar semula. Bangun ina!!! Bangun!! Saya sebak… kami semua rindu ina kat sini. Di sinilah pentingnya ukhwah. Sama ingat mengingatkan. Allahu Akhbar….


Banyaknya program, kena bergerak  dan usaha bantu..ini semua untuk ISLAM. Macam mana pun sibuknya diri kita. Kita kena berusaha untuk melakukannya. Nanti Allah marah kalau kita tak sebarkan dakwah. Yang penting usaha!!


Esoknya berprogram bersama sahabat-sahabat Nisa’. Alhamdulillah, sangat best. Ingat nak pergi kejap je. Datang pun dah lambat kan. :p.  tiba-tiba tengah hari tu terjoin game pula, membina bangunan menggunakan kertas. Ok..join jelah. Ramai sangat pembantu kumpulan nisa’ ni. Tamat dalam pukul 1 lebih. Kumpulan nisa’ menjadi Johan keseluruhan. Alhamdulillah. Mengeratkan lagi hubungaN kami bersama.


Selepas Zohor, saya bergegas pula menuju ke Masjid Shah Alam. Ada Maulid Rasul Akhbar. Allah…Allah…ramai sangat muslimin dan muslimat yang berusaha menghidupkan sunnah Nabi. Permandangan sejuk mata memandang. Bai’ah yang solehah. Menunggu alunan Qasidah dari gabungan pondok tahfiz. Sejuk mata memandang melihat adik-adik memakai jubbah putih beserta serban bagi muslimin, jubbah beserta purdah untuk muslimat. 


Dulu, masa daurah kat masjid, ustaz selalu cakap, kita mesti berusaha mengajar anak murid kita berqasidah. Moga ia adalah saham untuk kita di sana. insyaAllah, dah start sikit-sikit.  Petang lepas Asar, munaqashah bersama Habib Ali zainal Abidin. Perbincangan mengenai kesenian, di mana kita telah di gembar gemburkan tentang berqasidah berserta alat muzik adalah haram. 

·        Hukumnya harus selagi ia tidak membawa kepada kelalaian. 


Memuji-muji mengalunkan selawat Nabi, moga Rasulullah mengenal kita di akhirat sana nanti. Jika kita mahu dikenali di sana, marilah berselawat ke atas kekasih Allah sebanyak-banyaknya. Allah itu Maha Baik, Allah sangat-sangat baik. Saya berjumpa dengan seorang kakak yang sangat solehah dan mengajak saya bermalam di rumah dia memandangkan saya tidak membuat lagi keputusan untuk ke bermalam di mana.  Banyak perkongsian yang dikongsikan. Akak ni tak habis-habis mengajak saya untuk bermalam dirumahnya. insyaAllah kak, moga Allah izinkan.


Nak cinta kan RASULULLAH , Kita mesti cintakan ulama’. Bercinta bermaksud menghadiri majlis ilmu mereka. Kerana ulama’ merupakan pewaris Nabi, cerminan Nabi. Mereka adalah orang yang cinta dan takutkan Tuhan. Moga Allah izinkan saya semula untuk majlis-majlis seperti ini…


~Lihat dengan hati kerana pandangan mata selalu gelap, tak mampu menilai hakikat~


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...