Monday, September 24, 2012

kenangan berharga


Alhamdulillah…biiznillah…selesai juga kerja saya untuk mendapatkan pengalaman dan ilmu. Kenamengajar pelajar tahun 1 di USIM. Sekejap je pun ajar kat situ, nak ambil pengalaman dan improve kan arab. Mula-mula memang tak yakin. Saya bukannya hebat dalam bahasa arab pun…~_~. Tapi saya sangat sayang dan suka bahasa arab. Dan sangat-sangat teringin untuk belajar bahasa arab yang betul-betul punya. Erk…selama ni tak betul ke? Confius jap ye. Maksud saya belajar secara menyeluruh, selama ni tak menyeluruh pun. Dulu masa dekat sekolah menengah belajar main-main. Main redah je. itulah akibatnya ok.

First time masa pergi taklimat ni, saya teragak-agak untuk pergi. Segan kot. tapi kuatkan hati, sahut cabaran dari my mom dan mursyid saya ustaz wan . bersungguh-sungguh betul mereka ya. Syukran kathir juga pada kak bai yang memberi semangat. Mereka yakin dengan saya, tetapi saya tidak yakin pada diri sendiri. Itu pun satu masalah untuk diri saya. Tapi cepat-cepat betulkan mind setting tu. “ye…aku boleh!!! Aku kena berani…”cewaah^_^.

Ok..berbalik cerita yang asal. Masuk je ke dalam dewan persidangan al-kuliah ekonomi dan muamalat saya sudah terpaku. Mana kan tidak, semua di situ muka hebat-hebat, kebanyakan lepasan luar negara. Jordan…morocco…mesir…dan sebagainya. Saya ni macam mana? Konvo pun belum lagi, bahasa arab tunggang terbalik lagi. Saya terus ambil tempat duduk. Tak ada kawan pun masa tu. Tapi tak keseorangan, Allah menjadi peneman saya.insyaAllah. saya duduk di sebelah seorang kakak. Ntah siapa-siapa sahaja yang saya tegur. Borak-borak jap. Akak ni lepasan al-azhar rupanya..ok..

“kak..saya nak undur diri la..tengokla,muka semua hebat-hebat”.

“jangan ina, ina kena yakin dan cuba. Ina kan dah terpilih, kena lah cuba.”akak itu memberi kenyakinan pada saya.

Semua menggalakkan saya. Tak faham saya.huhu. saya tahu lah tahap saya macam mana kan.hehe.

Tiba lah masa hari saya melakukan tugas saya. Berdebar tak? Tak pun. Ntah, biasa-biasa je. maybe sebab dah biasa berhadapan situasi macam ni, selalu join program2 dan sebagainya. Masuk je saya terus bagi salam dan speaking arab, simple je kot ayat saya.

“Assalammualaikum….bla..bla…bla…”. muke pelajar-pelajar dah tercengang-cenggang dah.

“waalaikumsalam… ustazah…kami tak faham lah..dah lama dah tinggal kan arab ni.”berkata mereka dengan penuh kesayuan.huhu.dan jadilah episod di mana saya kena cakap dalam dwi-bahasa.

Owh…lupa…kebanyakannya mereka dari pelajar-pelajar dari matrikulasi.

Masa hari terakhir di dalam kelas, masa tu dah nak balik dah. Datang beberapa pelajar berjumpa saya.

“ustazah…ustazah bukan belajar kat mesir kan, tapi macam mana ustazah boleh fasih cakap arab ye”. Saya tergelak.

“ya Allah…kamu ni jangan merepek la, apa yang akak cakap tu ayat-ayat simple je”jawab saya. tak biasa la bila di gelar ustazah. segan kot. tak layak lagi..~_~

“betul ustazah,saya ni kalau cakap pun terbelit-belit.”

“tak apalah, perlahan-lahan lah…insya-Allah boleh tu. Belajar kat usim ni nanti ada subjek arab, mantop lah tu nanti”.

Masa dalam perjalanan balik jalan bersama adik-adik ni. Tunjuk arah usim ni. Yela, siapa yang tak biasa mesti akan sesat. Macam saya mula-mula belajar di USIM dulu. Sibuk nak temankan saya balik adik-adik ni. Apa-apa pun satu pengalaman yang berharga. Nak lagi tak kalau diberi peluang? Tak nak kot…=p. menggerunkan je…^_~. kena mantapkan ilmu lughah ni. mursyid saya kata kena sekarang ni saya kena banyak baca buku arab untuk tambah kan mufradat. insyaAllah...=)

TERINGAT.....


stop jap buat assigment dan singgah ke teratak usang. rindu bila terkenang masa lalu. Dulu masa belajar kat USIM, ustazah Marina selalu pesan. Tak apa kalau kita tak dapat pointer tinggi  masa kita belajar sekarang, tapi yang penting kita dapat kutip pengalaman dan value semasa kita belajar tu. Ramai pelajar yang sibuk mengejar pointer. Risau sangat kalau tak dapat pointer yang tinggi. Bukanlah tak penting. Cuma jangan sampai kita pressure sangat sebab tak dapat dekan  saya pun bukanlah pelajar yang genius sangat pun. Yang kadangkala result naik turun. kadang-kadang tengok result kawan lagi baik dari kita. kita rasa down je.. actually itu semua hanyalah mainan dunia. yang penting ambil dan kutiplah ilmu sebanyak mana pun dan yang paling penting kita amalkan. itulah yang terbaik.:)




  kenangan terindah...

Alhamdulillah, sepanjang berada di USIM, tak pernah repeat paper. Alhamdulillah, perjalanan di mudahkan. Dapat bersosial dan mengenal sahabat-sahabat yang pelbagai ragam. Bukan lah bersosial antara lelaki dan perempuan ok. Apa-apa pun pergaulan perlu di jaga , sebab time nil ah orang kata kita dah kenal dunia luar. Jauh dari mak ayah. Serius, saya memang rindu nak sambung belajar. Ops.. sekarang ni pun saya sedang sambung belajar. Alhamdulillah…di permudahkan juga.

Cuma…MUET je saya ambil sampai 8x..hihihi. di sebabkan pelajar USIM yang kena dapat band 3 kalau nak grade, jadi saya terpaksa mengambil berkali-kali. Itulah…jawab main-main lagikan.;p.  serius, saya memang tak suka sangat B.I. entahla…dah try dari dulu, tak suka juga. Kalau tengok result, memang subjek yang menggunakan bahasa arab paling tinggi markahnya dari subjek yang menggunakan bahasa inggeris. Dari dulu kot. Dari sekolah rendah. Subjek arab bagi saya paling senang untuk di guna dan di praktikkan. Itu saya. Sebab memang dah set dari dulu kot B.I  tak best.hehe. erm, kalau karangan bahasa arab punya lah saya suka nak menulis. Kalau B.I saya jadi blurrr…ihik3..

Now…saya mengajar pendidikan Islam dan Bahasa Arab di sebuah sekolah rendah. Tapi saya dalam latihan lagi. Pelajar-pelajar suka Tanya, ustazah…ustazah ni orang arab ke. Macam mana ustazah pandai cakap arab. Erm…ye…ustazah orang arab…hehe.. berdebar-debar kot, tahun depan dah nak praktikal. Apa-apa pun mohon doanya di permudahkan…Rabbi Yassir Wala Tu'asir..amen..

jom sambung buat assignment...






Thursday, September 20, 2012

sanah helwah sayang...^__^


Hampir memasuki angka ke dua perkenalan kami. Alhamdulillah, banyak kami harungi bersama. Saat berduka. Bersama detik-detik terindah. Tak ada yang lebih terindah lagi selain mengucap syukur di atas perkenalan ini,Alhamdulillah. Peraturan ini Allah yang aturkan, Allah yang rancang. Tanpa-Nya mungkin ini tak terjadi.


Ya….Dia sudah menjadi sebahagian daripada keluarga saya. Saya sayang dia walau macam mana sekalipun terdapat kelemahan dari dia. Sebab saya tahu saya pun banyak kelemahan yang kadang-kadang saya tidak sedari dan dia menegur. Sifat manusia yang memang banyak kelemahan. Kadang-kadang tanpa sedar sikap kita yang sama seperti sikap dia. Cuma diri kita yang tak sedar. Bila kita tahu kelemahan dia terus kita tinggalkan dia, kita rasa kita hebat dan bagus. Allah.. Sahabat… contohilah kisah sejarah Nabi kita bersama sahabat sejatinya Saidina Abu Bakar . pemaaf melebihi segala-galanya…kuzuhudannya menggambarkan ketaqwaannya walau sudah di janjikan syurga.


 Terima kasih adik bersama-sama Umi. Terima kasih banyak bersabar sepanjang perjalanan ukhwah kita ini. Umi sayang adik..

21 September , genaplah umur adik 21 tahun, sanah helwah dik….happy birthday…selamat hari lahir…moga adik sentiasa berada di bawah kasih-sayang-Nya. Moga adik jadi wanita solehah. Rajin-rajin mengaji. Belajar rajin-rajin. Belajar untuk dapat ilmu bukan dapat kerja ye dik. Adik, adik yang terbaik selepas adik-adik umi yang lain..



Maaf sebab tak dapat jadi umi yang terbaik untuk adik. Segala kenangan tercipta akan umi sematkan dalam hati. Jadikan segala peristiwa yang berlaku antara kita sebagai pengajaran dan pembelajaran selagi nafas belum terhenti.
_______________________________________________________________________________


ADIK…TERIMA KASIH JAGA HAZIQ SEPANJANG UMI KE SEKOLAH.
TERIMA KASIH JUGA JAGA UMI BILA UMI SAKIT.. SESUNGGUHNYA ALLAH JUGALAH SEBAIK-BAIK PENJAGA.
TERIMA KASIH JUGA DIK TOLONG UMI MASAK, LIPAT KAIN, KEMAS BILIK, TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK SEBAB BANYAK TOLONG UMI…


                                             dalam dewan seminar al-fateh...^_^

Umi minta maaf jika ada kekurangan sepanjang adik dengan umi. Banyak sebenarnya. UMI SAYANG ADIK .. hanya Allah sahaja yang mampu membalasnya.^__^. Allah hantar seorang adik yang memahami dan selalu bantu Umi. Allah...Alhamdulillah...terima kasih ya Allah atas kurniaan -Mu ini.
Sempena ulang tahun kelahirannya ini, Engkau cucurilah rahmat kurniaan -Mu..jadikanlah Dia wanita solehah yang sentiasa berada di bawah jagaan-Mu.. Allah,...jagalah dia..Allahumma ameen..


~Lihat dengan hati kerana pandangan mata selalu gelap, tak mampu menilai hakikat~


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...