Thursday, November 4, 2010

::Pilihlah aku untuk ikhlas::

Orang yang ikhlas itu bebas

Kerana dia hanya ada

Satu TUHAN untuk disembah

Orang yang sibuk melakukan kebaikan tidak akan sempat melihat kejahatan orang lain. Demikian kata-kata hikmah yang menerjah ruang fikirku. Ahh….betapa kurangnya kau melakukan kebaikan.

Jesteru mata, telinga dan indera yang lain masih sempat melihat, menghidu dan menuturkan kejahatan orang lain. Terasa diri amat hina, ketika usia melonjak dengan begitu cepat, diri terasa masih merangkak-merangkak menyusur jalan taubat.

Betapa sekali skala melakukan kebaikan terasa hebat bukan kepalang. Tanpa sedar riak bertandang. Terasa ingin dipamerkan segala-segala-galanya agar di puji dan di sanjung dengan kata-kata dan anugerah manusia. Biar terserlah siapa aku, bisik ego diri. Padahal nilai amal yang sebegitu tidak ada harganya walau sedebu. Apatah lagi ALLAH yang pastinya tidak akan menerima sebarang sekutu. Dan manusia pn akhirnya memandang sinus dan loya dengan ‘aku’ mu.

Apabila riak itu adalh tertipu dengan kehadiran manusia, sum’ah pula terpedaya tanpa kehadiran sesiapa. Walau tanpa sesiapa di mata masih menghrap-hrap amal yg kononnya di sembunyikan itu di ketahui juga oleh manusia. Alangkah indah rasanya bila amal yang cuba disembunyikan itu diketahui lalu di heboh2kan pula. Hebatnya dia!!!! Begitu kata sanjung yang di junjung. Pada ketika itu hati berbunga. Aduh, sum’ah lebih dasyat tipuannya dari riak.

Apabila terlepas diri daripada keduanya, menanti pula musuh ketiga yang tidak kurang hebatnya…ujub!!!! Takjub dan berasa hairan terhadap diri sendiri. Kali ini bukan pujian manusia yang terang dan tersembunyi yang di harapkan tetapi pujian diri terhadap diri sendiri. Betulkah ini aku?

Alangkah hebatnya!! Terasa diri bagaikan wali apabila amal mengatasi orang lain. Aku bukan manusia biasa. Aku tinggi mengatasi semua. Sampaikan pendapat orang lain pun tak boleh nak di terima. Asyik diri sendiri je nak menang. Sentiasa merendah-rendahkan orang lain. Ujub hakikatnya lebih sukar di kesan dan dirawat berbanding riak dan sum’ah.

Bukan mudah untuk ikhlas. Semakin dicari terasa semakin misteri. Memang ikhlas itu rahsia dalam rahsia ALLAH. Melakukan sesuatu kebaikan bukan kerana ALLAH…itu tidak ikhlas. Meninggalkan satu kejahatan bukan kerana ALLAH….itu pun tidak ikhlas.

Kekadang begitu ikhlas hati ketika memulakan amal, tetapi sampai di pertengahan, kecundang oleh sesuatu yang selain ALLAH. Ya ALLAH, aku benar-benar pasrah. Perjuangan untuk ikhlas terlalu seru dan keliru. Bantu aku. Memahami dan menangani rahsia ini.

Beribadatlah sehingga terasa penat untuk melakukan maksiat. Begitu pesan ulama yang menjadi kompas hati. Buatlah apa sahaja kebaikan sejak sebelum terbit fajar sehingga terbenam mentari. Ikhlas atau tidak jgn diperkirakn dulu. Jgn mengukur kesempurnaan di garis permulaan amal. Beramallah walau hati tergganggu oleh mazmumah dan ikhlas diintai oleh riak dan sum’ah. Pedulikan ujub yang menanti masa utk menyusup. Tega dan relakan sahaja.

Teringat apa yg di pesan oleh Imam Ghazali ketika muridnya bertanya “Tuan, bagaimana keadaanku ketika mulutku berzikir tetapi hatiku masih lalai?” lalu Imam yang arif dalam soal keajaiban hati itu pun berkata, “teruskanlah berzikir walau hatimu lalai kerana sekurang-kurangnya lidahmu akan terselamat daripada berkata2 yg kotor dan sia2.

Aku hanya insan kerdil di lautan rahsia ikhlas yg sgt dlm. Yg terjangkau olehku hyalah sebutir percikan ombak di permukaannya. Namun, aku juga hamba ALLAH yg berhak utk melalui jln menuju-NYA. Ketika aku keliru, tunjukkanlah, ketika aku lemah,perkukuhkanlah. Ketika alpa,ingatkanlah.

Hanya dikau wahai ALLAH yg berhak memilih sesiapa untuk dianugerahi rahsia ikhlas itu. Padaku hanya tadbir….pada-MU segala takdir. Bantulah aku meluruskan tadbirku menjurus kepada takdir-MU. Pilihlah aku untuk ikhlas walaupun kutahu ikhlas itu sgt rahsia.

Sumber asal:

Ustaz Pahrol Mohd Juoi.

Wednesday, October 6, 2010

:: bicara hati ::

Assalammualaikum. Salam kasih sayang untuk siapa-siapa yg sudi menziarah blog saya. Pagi yang hening ini dengan fikiran yang bercelaru memikirkan banyak kerja yang bertangguh-tangguh... assignments ..tesis..interview..praktikal..dan lain-lain..tp saya yakin..Allah akan permudahkan segala urusan saya dan sahabat-sahabat saya.insyaAllah. teringat beberapa orang kakak yg rapat dengan saya. Masing-masing bagi tau kat saya yang mereka teringin nak pergi ke darussyifa’ tapi tak tahu kat mna tempatnya.hehe.. saya diam je pada mulanya. Last-last saya membongkar kan 1 rahsia..

“kak..darussyifa’ tu dekat je dengan rumah ina..”sambil tersengeh.

“haaa…ye ke…nape la ko tak bagi tahu awal-awl..”kata seorang kakak.

“saja je…”saya menjawab selamba

“ina..akak nak minta ubat penawar untuk hati akak laa…nak minta dorang tu doakn. Ina kalau lah hati akak ni boleh di belah..buang benda-benda yang kotor tu dan digantikan hati yang baru..beznye.. akak nak je buat macam tu..biar hilang perasaan “hati kacau ni”.saya tergelak mendengar statement dia.sabo je laa…huhu.

Akak ni juga banyak menegur saya. Dan kami saling tegur-menegur.kalau saya tak tegur kesalahan dia,dia akan ugut dengan ayat-ayat Allah dan hadis-hadis Nabi. “ko tahu tak..kalu seorang sahabt ni tak tegur umpama bla bla bla bla….”dan saya hanya mampu tergelak dan terpengaruh dengan ugutan dia. kadang-kadang hati dia tengah kacau dengan selamba n penuh semangat saya berkata. “haaa…hati tengah kacau la tu…akak ingat akak siapa??dah-dah jangan fikir,kalau de jodoh..adela!!!!”dan saya akan membebel. Hingga die berkata. “baik lah ina…yelaa”hahaha..

“ina..akak tau akak ni tak sempurna. Tapi akak ni fikir nak terbaik je. Tapi akak rasa biarlah..akak redha je sekarang ni.”kata sahabat yang saya sudah anggap kakak saya.

Tersentak saya dari lamunan mimpi yang berpanjangan, nasihat dan teguran dari kakak usrah saya.Betapa ramai wanita sekarang terlepas pandang perkara ini. " dik...Usah dicari yang soleh dik kalau kita tak berusaha untuk menjadi solehah. Perbaikilah diri dengan menghampiri kepada soleh dan solehah. Jangan kita persoalkan setiap apa yang telah ditentukan oleh Allah bagi seorang hambaNYA. Mohonlah padaNYA agar diberikan yang terbaik dunia dan akhirat."

Mimpi-mimpi saya yang hanya menginginkan pasangan yang baik-baik sahaja. Memang lumrah manusia,kita nak pasangan yang baik. Dah tu, masing-masing sibuk mencari pasangan yang baik sampai lupa untuk memeriksa diri sendiri. Nasihat dan kata-kata kakak usrahku menjengah di hati dan fikiranku supaya tidak menyebukkan diri mencari yang baik,tetapi mengusahakan diri dalam membaiki diri untuk menjadi anak yang solehah. Saya meminjam kata-kata dari entry seorang blog adik ni..

Pelik bukan, kita selalu berusaha untuk mendapatkan sesuatu yang jauh dari kita tetapi kita tidak memanfaatkan apa yang hampir dengan kita. Sebagai anak gadis, apakah lebih manis apabila kita memberi seluruh usaha solehah untuk menjadi anak solehah kerana seorang anak yang tolehah tidak akan mampu dengan lafaz ijab dan qabul terus berubah menjadi isteri solehah, ianya perlu pada lentur nafsu dan ego.

Apabila ibubapa meredhai diri kita, insya Allah kelak suami juga akan mudah untuk meredhai kita kerana kita sudah berusaha untuk menjadi anak solehah, kemudian meletakkan diri di tempat berbeza, usahanya masih menggunakan aras yang sama iaitu menjadi solehah. Kalau kita tidak mampu menjaga hati dan perasaan ibubapa, adakah kita mudah untuk melentur diri untuk memuaskan hati dan perasaan seorang suami?

Saya menghilangkan diri di tengah kesibukan sahabiah lain yang sedang menyiapkan diri untuk menuju gerbang rumahtangga. Saya menyorok dari setiap lenturan emosi dan akhirnya saya hanya punya satu kekuatan iaitu menanam yakin pada Allah.keyakinan itulah puncak segala-galanya. Ya Allah…hanya pada-Mu aku berharap..aku tak nak berharap pada manusia lagi…pimpin aku ya Allah..

“akak tau tak..akak pernah ajar inakan.. kalau kita tak dapat handle hati kite time tu. kite kena banyakkn merintih dari sebelum ni.. hati kita kena sentiasa berdialog dengan Allah. Sebab Allah je tahu hati kita macam mana. Dan Allah je boleh hilangkan kegusaran kat hati kite ni..ina da cuba buat da..alhamdulillah.”

Berbalik kepada darulsyifa’ td. Ramai pula sahabat-sahabat saya nak dapat rawatan ke sana. Bagus la. Yang penting,letak 100% keyakinan dalam perubatan dalam Islam. Jangan ada keraguan walaupun sekuman zarah or semolekul-molekul pun mengganggu keyakinan kita terhadap ayat-ayat al-Quran. Sebab Allah kan pernah berfirman. Doa orang-orang yang beriman akan di makbulkan. So, as a Muslim, kita kenalah faham betul-betul maksud iman tu betul2 yerp…

Terkenang kembali sewaktu saya mendapat rawatan di darussyifa.” Allah…hanya Engkau sahaja yang faham kesakitan yang aku alami…” saya hampir menangis,tak tahan, rasa nak tercabut je tulang sendi saya ni. My mom hanya melihat di sebelah dengan wajah kesian dengan penuh keprihatinan. Sakit sangat!!!!!hahaha. pejam mata je time tu.ngengeengee..

Pernah pagi tu, saya rasa saya tak boleh nak pergi ke kuliah. Tetapi dengan semangat yang ada, walaupun sakit yang teramat.saya ke kuliah bersama 2orang kakak. Time tu memang tak ade bus. Jadi kenalah jalan kaki. Jauh la juga.. terhuyung hayang saya berjalan. Bergilir-gilir kakak-kakak saya bertanya.”ina…boleh tak ni..tahan tak”

“haaa…boleh2…ok je ni…”nk tunjuk macho la kan..hahaha

Dan di pertengahan jalan, gedebuk!!!. Terpengsan kejap…hua3x.. dan akhirnya saya tidak ke kuliah. Dan balik di hantar oleh ambulans. Erkkk…terasa juga ek naik ambulans..kuang3… kesian kakak-kakak tu, kena lewatkan ke kuliah dalam 30minit..huhu.. terima kasih ye kak!!!^_^. Gunakan sebaik mungkin dan bersyukurlah di kurniakn tubuh badan yang sihat.

Malam tadi ketika melihat berita di televisyen, saya saja nak psiko seorang kakak ni. “kak..kita da tengok..da tahu dah..amboi2…”sambil buat muke nakal.

“inaa…baik kau cakap pe benda kau tahu..kau dah tahu kelemahan akak cm ne..kau suke wat akak macam ni yee”

“hahahaa…akak ni kan…bla bla blab la blaa….”awal dan akhir saya bercerita.

“entahlah ina..kau rasa cm mana?yang penting akak yakin dengan Allah.sekarang, akak letak harapan kat Allah je,akak tau..kalu akak buat apa-apa pun,tapi kalu Allah tak izinkan pun x le juga.”

“yup..betul tu kak.. kita buat lah apa-apa pun. Rancang lah apa-apa pun. Kalau Allah cakap bukan..tu bukan la.. buat la macam mana pun…kalau Allah kata tak boleh…tak boleh la!!!”saya menekankan ayat-ayat tu sambil membuat gaya..hahaha..

“ecececeeehhh….haaa…itu diaaa…”kakak tu da sengeh-sengeh.

“no komenlah” erk…sorg kakak lagi menjawab. saya hanya mampu tersenyum bila dia cakap no komen?.biarlah.

Diri ini masih perlu di tarbiyyahkan. Mohon sahabat-sahabt sentiasa memberi nasihat dan teguran kepada saya. Saat indah bila hati ini faham akan maksud tarbiyyah dan di tarbiyyahkan. Moga sahabat-sahabat di luar sana sentiasa memperingatkan diri ini terus menerus.

~Hanya manusia yang sukakan Allah akan menyukai manusia lain yang juga sukakan Allah. Cinta yang satu akan menyatukan manusia. Cintailah Allah seikhlas hatimu, insya Allah pasti akan bertemu dengan insan yang juga mencintai Nya~

Thursday, September 23, 2010

Islah Nafsi


ISLAH NAFSI
Oleh:Nurul Faizah bt Mohamad
"Assalamua'alaikum warahmatullah,Assalamu'alaikum warahmatullah..."usai sudah Wardatul Jannah mengimami solah Fardhu Asar bersama ahli halaqahnya.Habis sahaja berdoa,Wardatul Jannah meminta izin untuk mengundurkan diri terlebih dahulu untuk ke kelas Dirasah fil Qur'an yang diajar oleh Ustazah Nadzirah yang juga ustazah kegemarannya.

Sesampainya di hadapan kelas,ada sekumpulan lelaki yang dikategorikan pelajar perempuan terutama dari kelantan sebagai 'juruh' iaitu lelaki-lelaki yang penampilannya nampak soleh.Mereka tidak akan masuk ke dalam selagi Ustazah tidak masuk,kerana di dalam hanya ada pelajar-pelajar perempuan.

Wardatul Jannah menundukkan pandangan untuk masuk ke dalam kelas.Rasa malunya makin memuncak bila mana dia terperasan lelaki yang diminatinya dalam diam ada juga di situ.Wardatul Jannah setiap hari menafikan perasaannya itu,setiap malam dia menangis dan rasa bersalah kerana asyik teringat akan lelaki yang tidak halal baginya itu.

Wardatul Jannah juga tahu bahawa lelaki yang dikenali sebagai Abdullah Mujahid itu,sangat dikasihi sahabat-sahabat serta disayangi pensyarah-pensyarah.Ramai juga para muslimat di kampus amat meminati beliau.Wardatul Jannah menolak perasaan cemburu bila ia datang menyapa sekali-sekala.

Wardatul Jannah masuk ke kelas dan memberi salam.

"Assalamu'alaikum..."

"Wa'alaikumussalam..."pelajar-pelajar muslimah yang berada di dalam kelas serentak menjawab.

Wardatul Jannah senyum dan mengambil tempat paling hadapan.
Wardatul Jannah menyelak sehelai demi sehelai kitab Dirasah fil Qur'an sambil menantikan kedatangan Ustazah Nadzirah.

"Kak Raudhah...,"Hasanah memanggil seperti berbisik.

"Apa?..."

"Sini jap..."

"Akak,saya nak mintak tolong akak boleh?Akak dah kahwin,senang sikit."

"Eh,apa kaitannya?Apa dia?"

"Akak cakapkan kat Mujahid saya minat dia?"suaranya makin perlahan.Bimbang pelajar-pelajar lain mendengar perbualan mereka.

Wardatul Jannah tersentak mendengar permintaan Hasanah.Dia mula beristighfar.Kedudukannya dihadapan mereka berdua sahaja.Kerana itu dia dapat mendengar dengan jelas tiap kata yang mereka bisikkan.

Wardatul Jannah muhasabah:
"Ya Allah,walaupun aku ada rasa minat pada lelaki itu,tapi aku tidak akan menjual perasaan ini semurah itu."

Tidak lama selepas itu,
Ustazah Nadzirah masuk ke kelas,dan diikuti pelajar-pelajar lelaki yang menunggu di luar kelas tadi.

Ustazah memulakan kalam dengan sedikit tazkirah.

"Alhamdulillah,Allah memberi peluang lagi pada kita untuk menghirup udara segar di bumi-Nya,bertemu kawan-kawan kita, belajar,makan,tidur,bercakap, berfikir,berjalan...dan macam-macam lagi.Kita bersyukur juga,di antara kita dalam kelas ni,tiada seorang pun yang cacat,patah kaki,pekak,bisu,buta...Allah bagi kita rasa sempurna walaupun hakikatnya,tiada seorang pun yang sempurna,semua ada kelemahan masing-masing.

Anak-anak pelajar,
Allah bagi segalanya yang baik-baik pada kita...
Allah campakkan rasa tenang dalam jiwa-jiwa kita...
Allah sentiasa ada bersama kita, bila kita sedih dan gembira...
Allah tak pernah lupakan kita..

Tapi kita???" Ustazah Nadzirah berhenti menghela nafas.

Wardatul Jannah menunduk malu.Segala perbuatan yang telah dilakukan sebelum ini di nilai semula.
Matanya mula berkaca.

Ustazah Nadzirah menyambung kalam.

"Anak-anak ustazah yang ustazah kasihi,Allah telah menciptakan kita ada tujuannya,bukan untuk suka-suka,bukan untuk kita main-main,tapi tujuan utamanya adalah untuk kita beribadah kepada-Nya.Apa-apa yang kita buat mesti kerana Allah.Apa sahaja....!"Ustazah Nadzirah serius menyampaikan seperti ada sesuatu yang telah berlaku.

"Anak-anak,Allah telah berfirman dalam surah al-Isra' ayat 32:

"wa la taqrabu zina" yang bermaksud,"dan jangan kamu dekati zina."

Tapi kenapa kita nak juga dengan zina?Kenapa?Siapa boleh jawab persoalan ustazah ni?"soal Ustazah Nadzirah sambil menantikan jawapan dari pelajar-pelajarnya.

"Ustazah,mungkin mereka kurang kasih sayang?"jawab Sarah.

"Mungkin tak diajar ilmu agama yang mendalam?"Adam pula memberi pandangan.

"Ustazah,bagi ana,semua ini terjadi,salah satunya adalah kerana tiada yang ingin bawa mereka kembali pada jalan yang benar.Golongan alim,dengan alim,manakala golongan seksi dengan seksi.Pengaruh sekeliling sangat memberi kesan yang mendalam pada mereka.Jika tak de orang alim bersama mereka,bila mereka nak bersama kita."tenang jawapan Abdullah Mujahid.

"Ya,tepat sekali Mujahid.Jadi siapa yang nak kena bawa mereka tu?Siapa?Adakah sehingga mereka buang bayi baru kita nak ajak mereka?Bayi-bayi luar nikah tak layak hidup ke?Tadi,on the way ustazah ke sini,ustazah nampak sekumpulan orang berkumpul di Masjid SHAHS,tersangat kecoh,mulanya ustazah fikir,biasalah budak-budak bising,bila ustazah nampak seperti kaki bayi digonggong seekor kucing,ustazah istighfar panjang,hampir saja ustazah pengsan di situ.Tapi,ustazah fikir positif dulu,ustazah pergi dan bertanya kisah sebenar.Ya,akhirnya terbukti ada bayi mati,seperti baru dilahirkan,dan dibuang di bawah tangga yang mana tiada orang yang melalui jalan itu.Tapi dengan izin Allah,Allah bongkarkan melalui kucing ini.Jadi siapa kita?Apa tanggungjawab kita?Berapa banyak dosa nak kita lakukan baru bertaubat?

Adik-adik,Allah hidupkan kita bukan untuk matikan baby...
Itu bukan kerja kita...
Kerja kita apa?Untuk beribadah kepada Allah...
Kenapa pada mula tadi ustazah kata,apa saja kita buat,kena niat kerana Allah?
Sebab...kalau kita nak buat perkara yang melanggar syariat,kita nak niat kerana Allah ke?
Sahaja aku berzina kerana Allah?Tentu tak,kan?Jadi ingat...!Setiap apa yang nak kita lakukan,adalah kerana Allah.Dalam tandas pun,tapi tak perlu zahirkan sebutan kita,dalam hati pun dah cukup.Itu point penting untuk kita jauhi diri kita dari perkara dosa.Jadi anak-anak,ustazah nak anak-anak fikirkan,apa yang patut kita lakukan untuk menjayakan misi kita?

Ingat,ISLAH NAFSAK,WAD'U GHAIRAK.
Perbaiki diri kamu,dan serulah orang lain.

Tengah kita perbaiki diri juga boleh kita seru orang lain,tak perlu kita betul-betul rasa sempurna baru nak ajak orang lain.Ustazah juga masih memperbaiki diri,anak-anak pelajar masih muda,belajarlah betul-betul,serulah kawan-kawan serta kenalan-kenalan kamu untuk dekat dengan Allah,bagi mereka rasa 'izzah bila duduk dalam tarbiah Islam ni.Supaya mereka tidak lagi kembali pada jalan yang Allah murkai.Hari ni,ustazah takkan mengajar kamu,ustazah tak dapat nak mengajar hari ni,kerana ustazah masih terkejut dengan kejadian tadi.Ustazah seperti tak percaya,anak-anak,jagalah diri antum semua.Ingatlah Allah,Ingatlah Allah,Ingatlah Allah.Baiklah,sampai sini dulu,insyaAllah jumpa minggu hadapan.Assalamu'alaikum."Ustazah Nadzirah mengakhiri kelas dan melangkah keluar.Semua pelajar tergamam,dan keadaan mula menjadi bingit mengenai kisah yang Ustazah Nadzirah ceritakan tadi.

Wardatul Jannah beristighfar...
Teringat akan perasaannya pada Abdullah Mujahid...
Ingin diceritakan pada kawan-kawan seusrah, malu,kerana penampilannya boleh dipanggil ustazah jika tidak mengenalinya,lengkap bertudung labuh serta berjubah setiap hari.Takut menjadi fitnah pada Islam,fikir Wardatul Jannah.

***

"Jannah..."panggil Hasnita sekelas dengan Wardatul Jannah.

"Ya Nita,ada apa ye?."

"Ni...ada surat dari peminat..huhu...k tata...nak cepat..."dalam sekelip mata,Hasnita hilang dari pandangan,belum sempat Wardatul Jannah berkata apa-apa.

"Erk..?"Wardatul Jannah membuka lipatan kertas putih dan bertulisan hijau.

Assalamu'alaikum w.b.t...
Ya ukhti...sebenarnya,dah lama ana perhatikan anti.
Ana suka dengan gaya anti.Sapa ana?Erm,tak perlu ana beritahu,
anti pasti kenal ana,cuma ana tak sanggup lagi nak bagi tahu.Ana tak boleh terima bila ramai lelaki di asrama ana yang asyik menyebut nama anti,ana jeles...huhuHarap anti faham kenapa ana tulis surat ni.Surat ni sebagai tanda yang anti kepunyaan orang.Iaitu ana."~secret admirer


"Astaghfirullah haladhzim..."Wardatul Jannah mengucap panjang.

"Aku telah lalaikan seorang lelaki?Ya Allah...ampuni aku...Jangan Engkau menguji aku perkara sebegini,aku tak mampu ya Allah..."air matanya mula mengalir membasahi lengan jubahnya.

Wardatul Jannah merasakan perasaan dia pada Abdullah Mujahid dipertontonkan melalui orang lain.Surat itu dilipat sekecil mungkin dan dibuang ke dalam tong sampah berdekatan.Imannya rasa diuji.

Wardatul Jannah berjalan pulang ke biliknya sambil berfikir semua perkara.Hari itu adalah hari yang sangat rumit baginya.Bercelaru dengan perasaan,larangan serta kebenaran.Kadang-kadang,keluhan dilepaskan.

Tit Tit...
Mesej Diterima

"Jom solat Asar sama-sama,ukhti...-secret admirer"

Dari:Unknown

Wardatul Jannah terkejut,pantas dia memadam mesej itu.Sekilas dilihat jam di tangannya,pukul 6 petang tepat.Hatinya makin resah,tidak tahu empunya diri yang mengelarkan diri sebagai 'secret admirer' itu.Langkahnya dicepatkan.Sesampai sahaja di biliknya,dia duduk bersandar dan cuba bertenang.Mata dipejam.

"Ya Allah...aku tak tahu,apakah yang berlaku ni?" dia mula merintih.

Tiba-tiba,telefonnya berdering minta diangkat.
Wardatul Jannah lantas mengambil telefon bimbitnya.
“Kak Raudhah call?Eh,tak pernah-pernah pun sebelum ni?”Wardatul Jannah merasa ada sesuatu yang tidak kena.
“Assalamu’alaikum..”sambut Wardatul Jannah sopan.
“Jannah,Jannah….”suara Raudhah seperti dalam kecemasan.
“Eh,kenapa Kak Raudhah?”Wardatul Jannah mula risau.
“Jannah duduk blok A, Mahallah Shafiyyah kan?”
“Ya,ya kenapa kak?”
“Ha..cepat-cepat turun,ni Hasanah pengsan,tak de orang pulak kat sini.Cepat…!” jerit Raudhah seperti kebuntuan.
“Ya Allah!Ok ok kak,kejap,kejap.Assalamu’alaikum.”balasnya mengakhiri panggilan.
Wardatul Jannah laju menuruni tangga dari tingkat empat biliknya ke bawah.Dia tercari-cari kelibat Kak Raudhah dan Hasanah yang dikatakan pengsan seketika tadi.Tapi tiada.
Tidak jauh dari situ,ada bayang seorang lelaki.
Wardatul Jannah cuba menelefon Kak Raudhah semula dan berjalan menjauhi dari lelaki yang berdiri tidak jauh dari tempatnya berdiri.
“Wardatul Jannah…”suara garau kedengaran di gegendang telinga Wardatul Jannah memanggil namanya.
Bergetar tubuh Wardatul Jannah,suara itu sangat dikenalinya.
Wardatul Jannah memalingkan badannya melihat empunya suara itu.
“Mujahid?”
Bummm….
“Adehh…sakitnya…”,Wardatul Jannah menggosok-gosok pinggangnya yang kesakitan terjatuh dari katil.
“Astaghfirullah haladhzim…sampai dalam mimpi aku dia masuk?Ish tak boleh jadi ni.Jannah,lupakan dia,Jannah lupakan….!!”jeritnya pada diri sendiri.
Jam menunjukkan pukul 3 pagi tepat.Wardatul Jannah bingkas bangun dan menunaikan solat sunat pada malam itu.Meminta keampunan serta kekuatan dari Allah S.W.T.

***
Wardatul Jannah bersiap untuk ke kelas pada pagi itu seperti biasa.Mimpi pada malam tadi masih terbayang di ingatannya.Malu jika bertembung dengan lelaki dalam mimpinya itu di alam realiti pula.
“Mujurlah hari ni tak de kelas Dirasah fil Qur’an,harap-harap tak berjumpa.Ya Allah,beri aku kekuatan.Bismillahitawakkaltu ‘alallah”,doa ringkas dibaca sebelum meninggalkan biliknya.
‘Aku baru tahun satu,lama lagi nak habis belajar.Janganlah ada perasaan seperti ni lagi.Jannah,habiskan study dulu,jangan nak gatai sangat,ingat kenapa Jannah datang U…?Balas jasa ummi abi Jannah.Jangan kecewakan mereka.’hatinya bermonolog.Imannya menasihatkan.
Sampai saja di kelas,Wardatul Jannah membaca nota yang dilekatkan di pintu.
Madkhal ila al-Fiqh
Section 2
Thursday/5/8/2010
Class have been cancelled
Wardatul Jannah berjalan terus ke perpustakaan.
Telefonnya yang diletakkan di beg galas belakangnya cuba dicapai seboleh yang mungkin.
“Ish mana pula handphone ni.Huh jumpa..!”kuat Wardatul Jannah menarik telefon bimbitnya sehingga terjatuh pecah.Berterabur pecahan telefon bimbitnya di lantai.
Orang di sekelilingnya terkejut melihat dan berlalu pergi.Tiada yang sudi membantunya.
“Nah sis…”suara garau di dalam mimpi Wardatul Jannah kedengaran.
Wardatul Jannah takut berpaling.Tapi dia kuatkan semangat dan buat seperti tiada apa yang berlaku.

“Jazakallah..”pandangannya ditundukkan.Memang benar Abdullah Mujahid datang membantu,kebetulan dia dan kawan-kawannya melalui kawasan itu.
“Barakallahufik,”balas Abdullah Mujahid juga menjaga pandangan dan berlalu meninggalkan Wardatul Jannah sendirian.
Selangkah Wardatul Jannah berjalan...
“Eh Jannah?Kenapa dengan handphone awak?”Ainin menyapanya bila melihat pecahan-pecahan telefon bimbit kepunyaan kawannya itu pecah.
“Tak de apa-apa terjatuh tadi.”
“Huh terjatuh?Awak pun terjatuh sekali ke tadi?
“Tak de lah,handphone ni je.”
“Dah tu..merah semacam je muka tu kenapa?Haa…ada putera raja tolong ke?”
“Eh,astaghfirullah haladhzim..tak pe la,saya pergi dulu ye.”Wardatul Jannah cepat mengelak risau hatinya makin lalai diusik sedemikian dan boleh menjadi fitnah padanya juga.
‘Ya Allah,ujian apakah ini.Kenapa susah sekali aku nak laluinya.Ia sentiasa bermain-main difikiran dan hatiku ya Allah.’hatinya mengadu meminta simpati.
“Ustazah Nadzirah?Ha…ya aku patut minta nasihat darinya.”katanya sendiri.
Wardatul Jannah berjalan terus menuju ke bilik Ustazah Nadzirah dan membatalkan niatnya untuk ke perpustakaan sebentar tadi.Di dalam fikirannya,masih rungsing bagaimana cara untuk menceritakan pada ustazah kesayangannya itu.
Sampai sahaja di bilik ustazah Nadzirah…
“Terima kasih ustazah…”kedengaran suara seorang lelaki baru selesai berurusan dengan Ustazah Nadzirah.
‘Dia lagi?’,Wardatul Jannah makin berdebar.Sudah 2 kali dia berjumpa dengan Abdullah Mujahid pada hari itu.

Abdullah Mujahid memandang sekilas,wajahnya seakan terkejut dengan kehadiran Wardatul Jannah di depan matanya.Dia senyum dan berlalu.Selepas Abdullah Mujahid berlalu,Wardatul Jannah memberi salam dan meminta izin untuk masuk.
“Assalamu’alaikum...”
“Wa’alaikumussalam…ya,ada apa ya?,”ramah Ustazah Nadzirah membalas.
“Saya Wardatul Jannah,dari kelas Dirasah fil Qur’an ustazah,nak minta pendapat ustazah boleh?”
“Oh,boleh insyaAllah.Apa nama tadi?”
“Wardatul Jannah.Panggil Jannah je.”
‘Oh,dialah Jannah rupanya…’Ustazah Nadzirah bermonolog sendiri.
“Jannah…duduk dulu.Nak tanya apa ye?”
“Ermm…macam ni ustazah,saya sejujurnya sangat tegas dengan isu couple sebelum kahwin ni.Mamnu’,dilarang sama sekali.Tapi ustazah,bila saya diuji rasa minat pada seorang lelaki ni,saya jadi resah ustazah.Saya tak tenang,lagipun dia satu kelas dengan saya.Kelas Dirasah juga.Walaupun hari ni tak de kelas Dirasah,Allah izin,bertembung juga,saya jadi tak tenang ustazah.Macam mana saya nak buang perasaan ni?”luah Wardatul Jannah segala yang digusarkan sebelum ini.Hatinya rasa puas.
“Cinta yang bertandang di lubuk hati itu fitrah.Cuma bagaimana kita nak kawal rasa cinta tu melalui jalan yang disyariaatkan Allah?Bagi remaja macam anti,normal wujud perasaan begini,tapi macam mana nak tepis cinta remaja ni?Pertamanya,kita kena tegas dengan prinsip diri.Macam anti cakap tadi,anti memang takkan bercinta sebelum kahwin.Jadi tegaskan prinsip diri anti.Kemudian letakkan misi yang jelas dalam hidup anti.Bila anti rancang nak dirikan rumahtangga?Masa belajar ke?Kalau ya,tahu berapa?Tahun pertama?Kena jelas semua tu.Rancang betul-betul.Selain tu,bersahabat dengan rakan-rakan sejantina yang soleh,mengekang hawa nafsu,mendekati majlis-majlis ilmu,menyibukkan diri dengan hobi dan minat berfaedah dan akrab dengan Allah dalam ibadah dan kehidupan.InsyaAllah dapat menepis cinta remaja macam anti.Sibukkan diri anti dengan hal-hal lain.Jangan selalu bersendiri,syaitan suka hasut dan goda kita masa tu.Dan kita pula senang termakan hasutan dan godaan syaitan laknatullah ni.”terang Ustazah Nadzirah dengan panjang lebar,menunjukkan masalah ini sangat perlu dititik beratkan.Dari perasaan inilah,jika tuan punya diri tidak berfikir panjang,akan merosakkan dirinya dan orang lain.
“Alhamdulillah,penerangan ustazah sangat jelas.Saya akan cuba yang terbaik kerana Allah.Saya kena lebih tegas selepas ini.Ya Jannah pasti boleh!.”tegas Jannah pada dirinya.Wardatul Jannah lebih berkeyakinan untuk melalui ujian yang sebelum ini dia sering mengeluh.
“Alhamdulillah.Boleh ustazah tahu siapa?”
“Erk,tapi ustazah jangan beritahu dia ye,selagi saya masih sekelas dengan dia.Maluu…”,muka Wardatul Jannah berubah menjadi kemerah-merahan kerana teramat malu dengan perasaan sendiri.
“Ya,ustazah faham perasaan anti.”
“Ermm..dia Abdullah Mujahid…”
“Oh,yang tadi baru jumpa ustazah tu?”
“A’ah,tadi kali kedua kami terserempak ustazah.”
“Dia tahu anti minat dia?”
“Eh,tak tahu ustazah.Lagipun dia tak kisah kot,ramai muslimat yang minat dia.Siapalah saya.Tapi saya memang tak nak fikir pasal benda-benda ni lagi.Saya nak fokus belajar dulu.Ustazah tolong saya ya…”bersungguh Wardatul Jannah untuk berubah.
“InsyaAllah selagi ada tekad,kemahuan,ada keazaman,anti pasti boleh.Dan ingat ya,ada hadis menyebut:
من عشق فكتم وعف فمات فهو شهيد
[man ‘asyaqa fakatama wa ‘afa famata fahua syahid]


Maksudnya:
“Sesiapa yang jatuh cinta,kemudian menyembunyikannya hingga kematian datang menjemputnya, maka dia adalah seorang yang syahid.”
[Riwayat Hakim,Ibn Asakir,al-Dailami, dan lain-lain]
Dalam riwayat lain pula maksudnya:
“Sesiapa yang jatuh cinta,lalu dia memelihara kesucian dirinya dan bersabar hingga meninggal dunia,maka dia adalah seorang yang syahid.”Ustazah Nadzirah tersenyum.
“MasyaAllah,hebatnya orang yang bersabar,moga saya tergolong dalam golongan-golongan seperti ini.”Wardatul Jannah kagum dan hadis itu menjadikannya lebih bersemangat untuk menjaga diri dari terjebak dengan cinta dusta sebelum berkahwin.
“InsyaAlah.Allah sentiasa bersamamu.”Ustazah Nadzirah menamatkan kalam.

***
Pada keesokannya,Wardatul Jannah bersama 5 ahli halaqahnya beriadhah di tasik berdekatan Female Sport Complex di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia,Cawangan Gombak,Selangor.
Usai beriadhah,Wardatul Jannah berkongsi tentang memendam rasa cinta dan hadis yang diterangkan Ustazah Nadzirah sebelum ini.Dia tahu,mungkin satu hari nanti,adik-adik halaqahnya pula akan merasa seperti yang dirasainya.
“Baiklah adik-adik akak sayang fillah,sampai sini dulu,insyaAllah jika tiada aral,Allah beri pinjam lagi nyawa pada akak,kita jumpa lagi minggu hadapan.Akak minta maaf sekiranya,sepanjang akak bersama adik-adik,adik-adik ada terasa dengan akak,akak termarah adik-adik,akak termakan makanan adik-adik,akak minta maaf sangat-sangat.”Wardatul Jannah meminta maaf seperti biasa sebelum mereka berpisah.
Adik-adik halaqah Wardatul Jannah mula sebak.Kata-kata kakak naqibah kesayangan mereka pada pagi itu sangat berbeza,maafnya tidak seperti sebelum ini.Sepertinya,dia akan meninggalkan dunia ini selama-lamanya.
“Kak Jannah…jangan cakap macam tu,Kak Jannah sangat baik,Kak Jannah sentiasa mendahulukan kami dan membela kami dalam apa jua aktiviti yang kita lakukan bersama.Kak Jannah tak de salah pun dengan kami.Kami bersyukur sangat Kak Jannah jadi naqibah kami.Kak Jannah pandai mengambil hati kami,tak pernah buat kami sedih,kami selalu rasa tenang bila bersama akak.Bila kami tengok akak,mesti kami rasa dekat je dengan Allah.Kami semua sayang akak.”Aisyah mewakili kawan-kawannya.Dan mereka semua mengangguk tanda setuju dengan setiap kata yang diucapkan Aisyah.
Wardatul Jannah terharu mendengar setiap patah kata yang diluahkan Aisyah.Dia bingkas bangun dan memeluk seorang demi seorang adik-adik halaqahnya,dan berpesan:
“Dik…jaga diri,ingat Allah sentiasa bersama kita,tika susah atau senang.Jangan sesekali melanggar perintahNya,kerana Dia Tuhan kita,kita ni cuma seorang hamba dik,yang mana hakikat seorang hamba ni,tidak layak sedikit pun untuk membantah.Ingat ya dik,jagalah peraturan-peraturan yang Allah tetapkan,insyaAllah Allah pasti menjaga adik.Akak sangat sayang pada adik kerana Allah.Jadilah mawar agama ya dik.Buat sesuatu untuk membantu agama kita.”
Masing-masing menangis seperti hari itulah hari terakhir dan mereka tidak akan berjumpa lagi.Rasa ukhwah mereka sangat kuat sehingga tiada yang dapat menafsirkan kenapa mereka menangis sebegitu teruk seperti tidak akan berjumpa lagi selepas perjumpaan pagi itu.Padahal segala ketentuan semuanya datang dari Allah.
Wardatul Jannah dan adik-adik halaqahnya berpisah menuju destinasi masing-masing.Wardatul Jannah menuju ke masjid untuk solat sunat Dhuha dan ditambah dengan Solat Sunat Taubat dan Solat Sunat Hajat.Pagi itu,dia betul-betul dapat merasakan dia tidak dapat lama lagi di bumi Allah itu.Ummi dan Abinya juga ditelefon dan meminta maaf,begitu juga pada Ustazah Nadzirah.Mereka semua pelik dengan sikap Wardatul Jannah.Ibu bapa Wardatul Jannah bergegas datang ke kampus dari Kedah untuk melihat keadaan anak mereka yang bersikap agak pelik pada hari itu.
“Ya Allah,aku cuba untuk Islah Nafsi (diriku) dan mengajak orang lain supaya sama-sama membantu agama Islam yang suci ini, tapi ini sahaja yang aku mampu,kerana aku insan yang lemah,hamba yang hina disisiMu yang ada kelemahan,serta sentiasa lalai dalam melalui liku-liku hidup ini.Ampuni aku ya Allah.Ampuni aku Ya Allah,Ampuni aku Ya Allah.Amin Ya rabbal ‘alamin.”
Lantas Wardatul Jannah sujud untuk rasa lebih dekat dengan Penciptanya.Matanya merah,dan menjadi sembam kerana terlalu banyak menangis hari itu.Ditambah lagi tidak cukup tidur pada malam hari.Walaupun begitu,Wardatul Jannah rasa sangat tenang dan segala bebanan yang dirasakan sebelum ini telah hilang.Syukurnya pada Allah S.W.T kerana memberi perasaan itu padanya.Alhamdulillah.
Wardatul Jannah berjalan pulang ke Mahallahnya di seberang jalan.Kereta pada hari itu tidak banyak,tetapi agak laju.Matanya berpinar di bawah terik cahaya matahari.Sebelum melintas,Wardatul Jannah melihat ke kiri jalan,bimbang ada kenderaan,tapi matanya mula berpinar-pinar,kepalanya juga dirasakan seperti berpusing.Tiba-tiba,dia rebah di tengah-tengah jalan raya.Kereta laju dari arah kiri tidak sempat membrek dan menggilisnya menyebabkan tubuhnya terpelanting jauh ke atas rumput di tepi jalan.Kepala Wardatul Jannah terhantuk batu,menyebabkan dia kehilangan banyak darah.
Kereta itu berhenti dan memberi bantuan.Dia menghantar Wardatul Jannah terus ke hospital.Semua saksi yang melihat tidak dapat membuat apa-apa kerana kemalangan itu berlaku terlalu pantas.
Ibu bapa Wardatul Jannah selamat tiba di hospital setelah dimaklumkan oleh pihak asrama tentang kejadian itu.Tepat jam 12 malam,iaitu pada malam Jumaat,Wardatul Jannah menghembuskan nafas terakhirnya.Segala yang dirasakannya menjadi kenyataan.Wajahnya tenang dan seperti sudah bersedia bertemu Rabbnya.Doktor mengatakan Wardatul Jannah tidak cukup rehat dan badannya lemah menyebabkan dia pengsan pada hari kejadian.Beliau selamat dikebumikan pada pagi Jumaat keesokannya.
***
“Assalamu’alaikum anak-anak pelajar…”Ustazah Nadzirah memulakan kelas.Matanya merah seperti baru sahaja lepas menangis.Beliau mengumpul kekuatan untuk mengkhabarkan tentang apa yang berlaku pada Wardatul Jannah.
“Wa’alaikumussalam…”,
“Anak-anak,benar,kita tidak tahu bila ajal kita.Kita tidak tahu bila Allah akan jemput kita.Di usia tuakah?Diusia mudakah?Kita tak dapat menjangkanya.”Ustazah Nadzirah menghela nafas.Suaranya mulai berubah.
Pelajar-pelajar semua terkejut kerana tajuk yang Ustazah Nadzirah pilih pada hari itu tentang kematian dan seperti sesuatu telah berlaku kerana Ustazah Nadzirah sendiri kelihatan sedang bersedih.Mereka semua menumpukan perhatian.
“Anak-anak,Allah sangat menyayangi beliau.Allah ambil beliau yang mana masih muda,mempunyai pendirian yang kuat,sentiasa memperbaiki diri untuk menjadi solehah…,” Ustazah Nadzirah mula menangis.
Pelajar-pelajarnya terkejut dan tidak tahu siapa yang dimaksudkan Ustazah Nadzirah,mereka semua tertanya-tanya.Masing-masing mula berdebar dan meremang.
“Anak-anak pelajar,tahu tak,bahawa kali terakhir pelajar ini berjumpa saya,dia minta pendapat saya,bagaimana dia nak jaga diri dia,dia diuji meminati seorang lelaki.Dia tidak izinkan saya memberitahu lelaki itu selagi dia masih berada di dalam kelas ini,kerana lelaki itu juga ada di dalam kelas ini.”Ustazah Nadzirah memandang sekilas wajah Abdullah Mujahid dan meneruskan kalamnya.
Abdullah Mujahid menunduk,sesungguhnya,dia juga mempunyai perasaan yang sama pada Wardatul Jannah.Ustazah Nadzirah sudah memberitahu padanya melalui mesej malam semalam tentang kematian Wardatul Jannah.
Pada hari Abdullah Mujahid terserempak dengan dengan Wardatul Jannah dibilik Ustazah Nadzirah,itulah hari yang mana Abdullah Mujahid memulakan langkah pertamanya selepas istikharah dilakukan untuk merisik seorang gadis dan ingin mengetahui latar belakangnya,melalui Ustazah Nadzirah sebagai orang tengah.Dan gadis itu adalah Wardatul Jannah.
Semua pelajar mulai berbisik sesama sendiri,kelas mulai bising.
Ustazah Nadzirah mula membacakan hadis yang pernah dikongsikan pada Wardatul Jannah.
من عشق فكتم وعف فمات فهو شهيد
[man ‘asyaqa fakatama wa ‘afa famata fahua syahid]
Maksudnya:
“Sesiapa yang jatuh cinta,kemudian menyembunyikannya hingga kematian datang menjemputnya, maka dia adalah seorang yang syahid.”
“Alhamdulillah,anak-anak,dia dapat capai cita-citanya,dia meninggal dalam keadaan dia memelihara kesucian dirinya dan bersabar walaupun sedang jatuh cinta,tetapi dia pendamkannya sehingga kematian menjemputnya.Dan dia tergolong sebagai seorang yang syahid.Allahuakbar.Semoga arwah ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.Sesungguhnya,dialah salah seorang dari mawar-mawar syurga….”
Semua pelajar terkejut dan tahulah mereka Wardatul Jannahlah yang dimaksudkan Ustazah Nadzirah.Ada beberapa pelajar perempuan menangis tersedu-sedan menyebabkan semua yang lain juga menangis sehingga Ustazah Nadzirah sendiri membatalkan kelas pada hari itu,untuk membina semula kekuatan dirinya dan pelajar-pelajarnya.Kisah Wardatul Jannah menjadi inspirasi serta contoh yang baik buat pelajar-pelajar yang sedang diuji dengan perasaan cinta pada lelaki atau perempuan ajnabi.

…TAMAT…


~Lihat dengan hati kerana pandangan mata selalu gelap, tak mampu menilai hakikat~


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...