Wednesday, April 27, 2011

TiPs UsRaH

keGAGALan besar seorang naqib or naqibah adalah apabila dia cuba membentuk ahli usrah untuk menjadi DIRInya dan bukan mengenalkan ahli usrah SIAPA SEBENAR DIRI MEREKA..

dan kegagalan yang LEBIH BESAR dan BUSUK adalah apabila Usrah yg diAMANAHkan LANGSUNG XJALAN~

~usrah is about COACHING and NOT TEACHING~
(by ustaz khairy)



Di dalam usrah: kadang2 wujudnya pertukaran pendapat di antara naqib or naqibah dan anak2 buah... berlapang dada lah... dan lembut kan lah hati mu wahai naqib/ah untuk menerima pandangan anak buahmu walaupun ilmunya hanya sebesar zarah kuman. bukan di perlekehkan dan di pandang sebelah mata sahaja.. kita semua sama sedang membaiki diri...

~ayuuhh kita tingkatkan muhasabah kita...kikiskan ego... kerana ego itu tidak layak kita miliki~

“Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan BERBEZA PENDAPAT adalah KAWAN berfikir yang PALING BAIK.”

fikir dan zikir.. selamat beramal~

ADA SOLEHAH DALAM DIRIMU


"Sesungguhnya Dunia dan Segala Isinya adalah Perhiasan.. dan Sebaik-Baik Perhiasan Dunia ialah Wanita Solehah..."

Izah mengirai-ngirai rambutnya yang masih basah. Diselak-selak sendiri dengan tangannya yang mulus. Kemudian, dilap kembali dengan tuala pinknya. Membalut, seterusnya menyanggul rambut ikal mayang basah nya itu.

Dia menapak ke sisi katil. Telefon bimbitnya digagau di bawah bantal. Ia berkelip. Ada dua mesej tertera. Kedua-duanya sudah tidak sabar untuk dibuka. Izah duduk di tepi katil, lantas menekan butang ‘open’. Ada mesej dari Ikhwan, ada mesej dari Dzikry. Sambil senyum tipis, membaca sekilas mesej Ikhwan, Izah membiarkannya. Membuka pula mesej Dzikry, juga tersenyum tipis.

Izah berkeputusan membalas kedua-dua mesej tersebut. Sebetulnya sebelum mandi tadi, memang dia sedang bermesej dengan kedua-dua lelaki itu. Dia meletakkan telefon bimbit itu ke atas meja belajarnya. Mengambil losyen Nivea kemudian melumurkan ke bahu kanannya. Jam dari laptopnya berdenting sekali menandakan sudah pukul 7 malam.

Sambil meratakan losyen ke seluruh lengan kanannya, Izah menekan butang ‘reply’.

‘ X wat apa pun..baru siap mandi..’

Izah menekan butang send.

Pintu bilik diketuk perlahan. Salam halus kedengaran Pintu bilik dikuak. Muncul Fasihah dengan senyumannya yang manis. Rambutnya juga dibalut dengan tuala, persis Izah. Cuma yang berbeza, Fasihah nampak manis dan sopan dengan baju kelawar bercorak batik labuhnya. Berlengan panjang santak ke hujung lengan. Warna biru laut yang ceria, dihiasi warna-warna pastel yang lain. Tompokan bunga pink, kuning, hijau epal dan lilac tambah menyerikan gadis itu. Sedang Izah ada di birai katil, dengan handphone di tangan, masih selesa berkemban dengan kain batik.

Fasihah cermat-cermat meletakkan baldi berisi bekas mandi dan peralatan mandinya bersebelahan baldi Izah di ruang kanan bilik itu. Kipas siling di bilik 30x25 itu berpusing ligat. Fasihah lantas meleraikan balutan rambutnya. Terurailah rambutnya yang ikal mayang berkilat santak ke punggung itu. Dia mengambil sikat dan menyikatnya perlahan. Usai merapikan rambut, dia terus menyarungkan jubahnya. Anak telekung dipakai, dan telekung solat disuakan ke mukanya. Dia membuka lokernya, menyorong laci seterusnya mengeluarkan sepasang sarung kaki coklat yang baru. Menutup pintu loker seterusnya mengenakan sarung kaki tersebut.

Izah terus-terusan menghadap handphonenya. Fasihah melihat wajahnya sekilas di cermin. Jam berdenting sekali lagi dari laptop Izah menandakan sudah pukul 7.15 malam.

“Ahh..aku perlu cepat. Tak lama lagi azan akan berbunyi. Nanti tak sempat pula nak beriktikaf dan solat sunat qabliyyah”
bisik Fasihah.

Fasihah senyum sekilas pada Izah. Izah hanya membalas dengan pandangan kosong. Fasihah terus keluar dan menutup pintu cermat-cermat, dengan Al-Qur’an hijau kesayangannya di tangan kanan. Tanda tanya timbul dalam hati Izah.

“Aik..selalunya dia ajak aku ke surau bersama.. Em, takpelah..bagus jugak. Takdelah aku serba salah nak cari alasan.. Peliknye..nak pi surau je, dekat je pun..nak pakai stokin jugak..hai..”
Izah senyum sinis sambil terus menyambung menaip pesanan ringkas. Dzikry menunggu di hujung sana.
Tepat pukul 9.30 malam, Fasihah pulang dengan menjinjit beg plastik. Masih dengan senyumannya, dia hati-hati meleraikan telekung solatnya yang sedikit biru nila itu. Usai disangkut di hanger, lantas menggantungnya di hujung katil, Fasihah menyuakan bungkusan itu pada Izah yang leka mengadap laptopnya. Ada bunyi deringan menandakan mesej masuk. Bunyi mesej YM.

“Zah, jom makan sama-sama. Ada biskut raya. Amalina yang bagi, dia ajak singgah ke biliknya lepas solat Isya’ tadi. Baik sangat dia, padahal baru kenal tadi.”

Izah berpaling sekilas sambil senyum.

“Emm, takpelah. Kite dah makan petang tadi. Awak makanlah. Malam kite tak makan sangat..takut badan naik..haha” jawab Izah berbasa-basi.

“Owh..ye ke..baguslah. Doktor, mesti jaga kesihatan kan..” Fasihah senyum ceria.

Fasihah mengambil sekeping biskut Almond London, menyuakan ke mulut. Getaran Bismillah kedengaran halus. Usai mengisi lebihan biskut ke dalam tabung biskut di rak teratas, Fasihah mencapai buku teks Usul Akhamnya. Duduk mengadap ke arah kiblat, Fasihah membuka buku tersebut dengan bacaan Bismillah.

“Eii..tolongla jangan panggil aku Zah. Macam nama orang tua je.. Em, hairan aku. Ramai betul kawan dia. Kejap Sumayyah, kejap Suhaila, kejap Aina, kejap Amalina..mm..apa-apa jelah...” gumam Izah di dalam hatinya.

Pukul 11.30 malam, Fasihah beberapa kali menguap. Izah masih tekun di hadapan laptopnya. Facebook sedang dilayari. YM masih terus dilayani, malah tambah rancak berbunyi.

Fasihah bangun mengambil baldinya. Dia keluar ke tandas yang berada selang beberapa bilik dari bilik kediamannya, D643. Usai memberus gigi, membersih muka dan meratakan air wudhu’, dia menapak ke biliknya.

Fasihah membuka mushaf kesayangannya, menyelak tali oren, tempat tanda Surah Al-Mulk. Usai membaca habis surah itu perlahan-lahan, dia menutup mushaf itu, mengucup, mencium dan meletakkan ke dadanya. Erat.

“ Zah, Hah tidur dulu ea. Em, Zah jangan tidur lewat sangat tau...nanti ada black circle..nanti hilanglah keayuan Zah..hehe..”


Izah senyum pada Fasihah.

“..Baiklah..kite pun dah ngantuk jugak ni..”

Fasihah sudah lena dibuai mimpi. Dia tidur mengadap kiblat, dengan rusuk kanan berada di bawah. Desahan nafas halus berirama perlahan.

Pukul 12.30 malam, Izah masih di hadapan laptopnya.

“Ahh..belum solat Isya’ lagi..tapi ngantuk la pulak.. Em..tidur dululah. Bangun pukul 4, baru Solat Isyak..”

Izah terus merebahkan badannya ke atas tilam empuk bercadar pink bunga merah itu, sambil menetapkan alarm telefon bimbitnya pada pukul 4 pagi. Tidak lama untuk dia mula belayar di lautan mimpi...

Pukul 3 pagi, Fasihah bangun. Menyucikan diri, menyucikan hati dan nawaitu. Menyegarkan diri dengan air wudhu’, Fasihah mengenakan telekung solatnya. Sengaja dia menggantung telekung di hujung katilnya, agar terbangun sahaja, dia dapat melihat telekung itu seraya mengingatkan dirinya untuk solat malam.

Ahh..solat malam. Nabi Muhammad S.A.W yang maksum, dicintai Allah dan pasti masuk syurga itu saja solat hingga bengkak kakinya. Sedang aku ini.. Maksum? Jauh sekali. Dicintai Allah?? Tak pasti... Syurga??? Ahh..aku yang hina begini..entah lah Ya Rabbi... Justeru itu..izinkan aku bangun di dini hariMu ini.. meratap sendu di kakiMu Ya Ilahi Rabbi..memeluk bayanganMu Ya Habibi Qalbi.. bersimpuh tulus di hadapanMu Ya Naasiri..Ya Waliyyi..Anta Maqsuudi..Waridhaaka Mathluubi..

Sekejap sahaja air mata penuh di tubir mata Fasihah. Sendunya berlagu perlahan.. bimbang didengari teman sebilik. Dalam doa dia bertawakkal. Bulat, penuh. Usai berzikir perlahan, membaca Al-Qur’an barang tiga muka, solat witir, Fasihah merebahkan badan kembali, dengan mata yang masih basah.

Baru sahaja dia ingin melelapkan mata, handphone Izah berbunyi. Lagu Lady Gaga.

"Bunyi call? Atau alarm? Tapi biasanya kalau call... bunyinya macam lain.."
Fasihah terkejut.

"Emm, pukul 4 pagi. Bangun bertahajjudkah?" Fasihah berteka-teki.

"Alhamdulillah.."

Sudah 3 kali handphonenya berulang dering. Namun Izah hanya bergerak-gerak tanpa memberi tindak balas apa-apa.

“Mungkin dia tidur lewat. Penat benar..”
terka Fasihah.

Atas dasar sahabat, dan mungkin niat yang baik di disisi Izah, Fasihah menggerakkan Izah. Mungkin benar dia mahu bertahajjud, kasihan dia jika terlepas. Atau ingin mengulangkaji.. tidak kisahlah. Yang pasti tentu dia ada maksud tersendiri untuk bangun di dinihari itu. Jikalau tidak, masakan dia set alarm handphonenya.

“Zah.. Em.. Izah... Izah. Izah nak bangun ke?”
Fasihah menyentuh kaki Izah lembut. Kemudian, Fasihah berhati-hati menggoncang bahu Izah.

“..Ha..Emm..Ya..Ya..”
Izah menggosok-gosok matanya. Dia bangun dan duduk di birai katil. Mematikan alarmnya.

Fasihah kembali merebahkan badannya di katil. Cadar warna ungu muda itu dikemaskan sebelum dia merebahkan badannya. Dia tidak tahu bahawa Izah sebenarnya terlena kembali.

Tepat jam 5.30 pagi, Izah terbangun kembali.

"Aduh!! Solat Isya’!"

Mengerling handphonenya sekilas, Izah buru-buru ke tandas untuk mengambil wudhu’. Fajar Subuh akan menyinsing sekejap lagi.

Usai solat, itupun cuma 2,3 minit, Izah melepaskan kelelahannya yang berbaki.

“Ah..nasib baik sempat. Tak pasal-pasal aku kena ganti nanti...macam dua hari lepas...”


Bukan tak selalu Izah begitu. Qadha' solat disebabkan kebiasaannya melewat-lewat dan menangguh-nangguhkan solat. Itupun jika rajin dan teringat. Sudahnya dibiarkan sahaja tanpa menggantinya. Dalam remang bulan dan cahaya lampu mejanya, Izah tertangkap pada helaan nafas halus. Cukup teratur. Ia begitu mendamaikan. Lantas Izah menyoroti pula wajah itu. Ia tambah mendamaikan jiwa.

“Tak banyak beza antara aku dan dia.. Rambutnya ikal panjang, lebih kurang sama saja dengan aku. Aku lebih cerah. Aku juga lebih kurus dari dia. Tapi, kenapa dia sangat menawan hati? Renungan matanya bening dan cerah. Kalau aku pun dah fikir begitu, entah apalah pandangan dan fikiran lelaki lain.. Agak-agaknya dia ada tak pakwe? Tak pernah sekali pun dia cakap pasal lelaki. Kalau kawannya datang, tak pernah pun bincang pasal topik tu.. habis-habis tentang kuliah-kuliah agama, usrah, isu-isu semasa... tarbiyyah...apa tu?? aku??..”
Izah bermonolog dalam hati sendiri.

“..Waktu tidur, Fasihah lagi cantik. Sangat puas menatap wajahnya yang lembut dan bersih itu. Aku? Entahlah...Ahhhhh...” Izah membanding beza lagi. Menjerit kecil dalam relung hati sendiri.

Pandangan mata Izah tertancap pada tangan Fasihah. Lengan bajunya tersingkap ke paras siku. Ada garis di situ. Garis di pergelangan tangannya jelas kelihatan.

“Ah..jarang sekali untuk melihat lengannya begitu, apatah lagi sering berkemban macam aku.. Ya Allah, dia sebenarnya sangat putih. Cuma tangannya je yang sedikit berlainan. Inilah bukti dia menutup auratnya dengan baik sejak dahulu.. sedang aku? Selesa berlengan pendek ke sana ke mari..” Izah mula sebak.

Dia memandang kembali wajah Fasihah. Garis yang sama juga kelihatan di sekeliling wajahnya yang penuh itu. Ini kerana dia istiqamah dengan tudung labuhnya sejak di bangku sekolah rendah lagi. Menurut foto yang dilihat Izah di atas meja belajar Fasihah.

“..Ya, dia sebenarnya lebih putih dari aku..lebih cantik dari aku. Aku sahaja yang perasan lebih sebelum ini. Tapi aku akui melihat dia mengenakan telekung solat atau tudung labuhnya, begitu mendamaikan jiwa..”


Izah segera teringat. Waktu itu Fasihah tertinggal bakul bajunya di bilik. Asalnya mungkin dia berkira-kira untuk membasuh baju tersebut. Ada dua helai semuanya. Jubah dan tudung labuhnya Kebetulan mungkin dia terdengar suaraku di bilik mandi itu. Ahh..aku juga sebenarnya yang mulut luas, bising sahaja berborak dalam bilik air itu. Kebetulan aku terjumpa Zura, roomateku sesi lepas. Apa lagi, tentunya topik itu menjadi bualan. Aku tentang Dzikry dan Ikhwan, dan Zura kecoh sekali menceritakan mengenai teman chatting yang baru dikenali, Faiz. Baik dan romantik katanya.

Selepas Zura berlalu membawa bersama pinggan-pinggan dan mug yang katanya tidak berbasuh sejak dua hari lepas, Fasihah segera memanggilku dari dalam bilik air. Dia meminta tolong supaya mengambil bakul baju tersebut. Aku tidak kisah. Bukan aku tidak pernah meminta tolong darinya sebegitu.

Saat aku menyuakan bakul tersebut, dia membuka pintu bilik airnya. Dia berkemban, dan kelihatan agak kekok. Buru-buru dia mengambil bakul tersebut dan mengucapkan terima kasih padaku, lantas menutup kembali pintu bilik air. Sedang aku seperti tersihir. Dia amat cantik!!

Air mata Izah mula bertakung.

“Aku ini, nama sahaja Hafizah, Yang Terpelihara.. tapi tidak pun menggambarkan peribadiku.. entah apa yang terpelihara.. Auratku kah? Pergaulanku kah? Ibadahku kah? Ahh..semuanya tidak!..” Air mata Izah tambah melebat. Dia sedaya upaya menahan esakan tangisnya.

Dia merasa sudah lelah pada permainan dunia. Yang pasti, dia bukannya bahagia begitu. Ada juga dia berbincang-bincang dengan teman-teman se‘kepala’nya. Hasil muzakarah, mereka mencapai kata sepakat : “Untuk apa menjadi hipokrit. Jadilah diri sendiri!” Awalnya dia bersetuju. Lama kelamaan dia mula goyah dengan doktrin itu. Itupun setelah bermesej dengan seorang ustazah, Ustazah Sakinah namanya. Ustazah Pendidikan Islam sekolah menengahnya dahulu.

Kata ustazah, “Hipokrit yang bagaimana dimaksudkan? Contohnya begini, kalau kita boleh memilih..telur, beras, gred Exam umpamanya, mesti kita mahu yang gred A. Justeru itu juga dalam kita memilih halatuju hidup kita. Tentunya kita mahu semuanya yang terbaik, gred A. Ibadahnya, pergaulannya, pemakaiannya, semuanya gred A. Gred A dan sebagainya itu tentulah sudah ada dalam suluhan agama. Hanya kita selama ini yang hipokrit, memilih gred B, C dan sebagainya sedangkan hati kita sebenarnya mahu Gred A. Fitrah kita asalnya cenderung pada Gred A, kerana agama Islam itu sesuai dengan fitrah. Cuma kita yang menjadi hipokrit pada diri sendiri, menafikan kemahuan hati sendiri, ego pada kata hati sendiri!”

Selepas banyak berbincang dengan Ustazah Sakinah, aku seringkali memikirkan mengenai perkara ini. Cuma, untuk bertanya pada Fasihah, aku sebenarnya rasa malu. Dalam erti kata lain, egokah aku?? Ya, aku sebenarnya ego. Ternyata aku memandang rendah pada pelajar jurusan Pengajian Islam. Fikirku, aku jurusan Perubatan. Bagai langit dan bumi. Melangkah keluar sahaja dari universiti aku bisa memilih untuk bekerja di hospital manapun. Tiada istilah menganggur dalam kamus kehidupan seorang graduan perubatan. Namun aku lemah, aku kalah dalam menaksir makna sebenar sebuah kehidupan. Maka, jadilah aku seperti sekarang.

Mataku sudah menjadi umpama empangan yang pecah. Air mata tak tertahan lagi. Ternyata selama ini aku mengingkari fitrah, suara hati sendiri. Aku sebenarnya amat dengki pada mereka. Entahlah, susah untuk kugambarkan. Mereka manis dan sopan menjaga aurat. Persahabatan mereka bukan retorik, malah susah sekali untuk mendengar kata-kata kesat keluar dari bibir mereka. Apatah lagi untuk bergaduh, bermasam muka sesama mereka. Bergaduh kerana lelaki? Mempermainkan perasaan lelaki?? Ah..untuk mendengar nama seorang lelaki dari bibir mereka pun amat payah. Yang pasti, lelaki yang soleh tentulah untuk mereka. Mereka-mereka yang meletakkan agama dan Allah di tempat teratas, lebih dari segala-galanya. Sahabat, aku juga ingin sepertimu. Dalam ketenangan menghadapi hidup ini....

Di saat itu aku merasa akulah insan yang hina di hadapan Fasihah. Apatah lagi, aku merasakan akulah manusia yang paling kerdil dan hina di hadapan Allah. Umurku sudah 22 tahun, seperti juga Fasihah. Namun ku amat pasti, dia sudah jauh belayar ke lautan cinta Allah, dan mungkin sudah sampai ke pantai kemanisan iman. Sedang aku masih tersekat-sekat jauh di atas gunung sana. Muara masih jauh dalam genggamanku, apatah lagi untuk mula belayar di lautan cinta Ilahi dan tiba ke pantai kemanisan iman..

Fasihah bergerak-gerak. Aku segera menyapu air mataku, dan berpaling ke sisi lain. Fasihah bangun, melipat selimut, dan mengemaskan katilnya. Dia segera menuju ke bilik air bersama baldi dan tualanya. Tak lama kemudian, dia kembali ke bilik. Mengambil bakul bajunya. Azan Subuh berlagu syahdu bagi jiwa-jiwa yang hidup.

“Emm...... tak ke surau ke.....” tuturku lambat-lambat.

"Emm..tak boleh solat pulak. Baru je.. Cadang nak basuh baju.. kenapa Zah.?” Fasihah terkejut.

“Haa...takde apa-apa..”

Fasihah berlalu, dan aku berbelah bahagi. Cadangnya aku ingin bersamanya ke surau. Aku merasa tak kuat dalam keseorangan.

Tiba-tiba aku bangun. Kekuatan menerpa ke dalam jiwaku. Lalu mulai saat itu aku tekad! Saat aku melangkah kaki ke surau, meninggalkan bilikku pada fajar yang hening itu, aku bertekad untuk meninggalkan jua segala fitrahku yang songsang. Walau aku harus sendiri, aku ingin merasa indahnya hidup bertemankan Allah dalam setiap langkahan kakiku, dalam setiap hela nafasku. Ya! Inilah jalan hidupku yang ku cari-cari.

Sedang dari jauh ada sepasang mata memerhatikan. Ada air hangat mengalir di situ...

Nukilan,
Tinta_Kejora

Tuesday, April 26, 2011

adik sayang...sila tabah!!!(^_^)

Assalammualaikum dik...

kali ni entry untuk adik yang ummi sayang bangat...(^_~),...

Adik sayang...
cepat sihat ye... mohon kat Allah supaya di beri kesihatan yang baik...
insyaAllah...adik kuat.. ummi dapat tengok dari jauh je... tapi hati ummi ada kat sana..walaupun jasad jauh dari adik...insyaAllah...=)

Ada rezeki ummi jumpa adik...adik kenalah sihat pat2...nanti kita boleh main sama-sama dan jalan sama2 tau.. doktor pun bagi adik keluar cepat... pat sihat!!(^_~).

adik...mohon kat Allah selalu...merintih...
ya Allah beri aku kesihatan yang baik dan kekuatan supaya aku dapat beramal dan melakukan ibadah kepada-Mu ya Allah... izinkan aku sihat seperti sediakala ya Allah...

kerana hanya DIA lah yang dapat memberi kesembuhan pada kita selain kita dah berusaha dengan pelbagai cara... bagaimana usahanya??jeng3.... usaha jadi kuat...x mo nangish2 lagi tau... dengar cakap abang2 dan kak ina...no noty2...hehe...


adik kena kuat!! kuat untuk ALLAH...RASUL...ISLAM... dan FAMILY2 adik....
ummi tahu...adik kuat...

Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya” (Al-Baqarah:284)



jangan cepat mengalah.. kakak2 n abang2 adik sayang adik bangat... umi pun sama tau...(^_^).. ummi dah rindu dengan adik bangat dah ni.... jadi...cepat sihat... saya sihat...cergas dan semangat!!!


“ Tidaklah seorang Muslim ditimpa oleh keletihan, atau kerisauan, atau kedukacitaan, atau penyakit, atau permasalahan walaupun kesakitan berupa tercucuk duri melainkan ini merupakan penebus kepada dosanya

(Hadith riwayat al-Bukhari & Muslim)


memang ummi nak sangat ada di samping adik masa saat ni... Allah saja yang tahu perasaan ummi macam mana... apa2 pun yang penting adik sabar dan tabah ya...



Ya ALLAH, Tuhan yang memberikan penyakit, jua yang menyembuhkan penyakit; sihatkanlah tubuh badan kami, kuatkanlah iman kami dalam menghadapi ujian-ujianMu Ya ALLAH...

Ya Rahman, janganlah Kau menguji kami dengan ujian yang terlalu berat sehingga kami berputus asa dari rahmatMU..

Ya Rahim, izinkan kami memahami maksud tersirat di sebalik ujianMu ini, amin Ya Rabb
....




~sila tabah wahai hati~



salam rindu dari ummi..

~“Hidup untuk agenda Allah”~

Sunday, April 17, 2011

لا حول ولا قوة إلا بالله


Tiada daya untukku melaksanakan AMAR MAKRUF, dan tiada upaya untukku NAHI MUNGKAR kecuali dengan izin dari ALLAH Penciptaku dan jua Pencipta segala makhlukNYA.

Ujian, cubaan, godaan, dan cabaran!!!!!!!!!!!!!!

Bagaimana harus kuhadapi semuanya ini???

Aku hampir putus asa, aku hampir tak berdaya, dan aku hampir terjatuh.
Namun semuanya itu, telah kukatakan, HAMPIR, belum berlaku.

لا حول ولا قوة إلا بالله

Tetiba kalimah ini terkeluar dari mulutku ini.

aku hampir terlupa pada ALLAH!!!
إنا لله وإنا إليه راجعون


الحمد لله
Kau bangkitkan aku kembali.
Kau tenangkan jiwaku yang resah ini.
Kau tak pernah lupakan hambaMU yang penuh dosa ini.

Maafkanku Ya ALLAH,
kerana aku hampir menjadi hamba yang alpa.

Ya ALLAH kuatkanlah iman hambaMU ini
agar dapat kulalui jalan berliku ini dengan sebaiknya.

Ya ALLAH jangan Kaubiarkan diriku mengemudi hati ini
kerana nafsu dalam diri terlalu hebat pengaruhnya pada qalbi.

Ya ALLAH bimbinglah jiwaku ini ke arah rahmat dan maghfirahMu Ya ALLAH...

Allahumma ameen....

Monday, April 4, 2011

owh diri...apakah yang berlaku???

Sudah lama saya tidak mencoretkan sesuatu di teratak saya.. Entah mengapa… mungkinkah kesibukan di alam praktikal dan mungkin kemalasan melanda diri? Owh diri…jangan lah mewujudkan kemalasan itu dalam diri kamu ok… jadi…apakah yang berlaku?? Untuk membaca blog orang lain pun saya semakin tidak berminat..Kini saya ingin mengurangkan untuk mencatat mengenai hal peribadi saya dan kisah hidup saya.. mendapat inspirasi dari seorang kakak… (^_^). Catatan di bawah ini merupakan inspirasi dari seorang kakak…=)…kak hafizah…

Kerana…sememangnya… kini saya mahu mengurangkannya...

Mengurangkan posting di blog tentang diri...
Mengurangkan status di FB..
Mengurangkan bercakap meluah rasa dengan sahabat dari hati ke hati..

Bolehkah saya...?
Mampukah saya...?

Kerna saya mahu merasa keindahan yang berganda-ganda dalam hidup bertemankan Allah..
Segala-gala perasaan yang dirasa...
Pertama kali dahulunya diluahkan pada Allah..
Segala-gala persoalan yang berlegar...
Pertama kalinya ditanya pada Allah..
Segala-gala kegundahan yang mencengkam...
Terlebih dahulunya diadu pada Allah..

Kerna saya mahu merasa keindahan yang berganda-ganda dalam hidup bertemankan Allah..


Menjadi gembira dan terhibur dengan alunan Kalam Allah al-Mu'jiz...
- Jauh melebihi dari mendengar nasyid apatah lagi lagu biasa..


Menjadi kemaruk untuk mengafaz Al-Qur'an...
- Melebihi dari menghafaz kata-kata hikmah manusia apatah lagi lirik-lirik lagu...


Menjadi bersatu jiwa dan ruh dengan membaca dan mentadabbur ayat-ayat Cinta Ilahi dari Kitab al-Qur'an
- Melebihi kesenangan melakukan hal-hal mudah tak bererti apatah lagi menghabiskan masa di hadapan internet dan facebook


Menjadi obses untuk membaca kitab-kitab ilmu...
- Melebihi kegilaan membaca novel-novel biasa apatah lagi novel cinta buta..


Menjadi tegar untuk qiam al-lail di hening malam..
- Melebihi nekad berjaga menonton drama rekaan manusia apatah lagi menonton bola


Menjadi bahagia dalam dakapan tudung dan baju yang labuh
- Melebihi kepuasan memakai tudung trend kini apatah lagi pakaian yang tidak sempurna menutup aurat


Menjadi teramat cinta untuk menguasai Bahasa Arab Bahasa Qur'an Bahasa Nabi Bahasa Syurga
- Melebihi keterujaan menguasai Bahasa Inggeris bahasa antarabangsa apatah lagi bahasa-bahasa lain


Menjadi rajin untuk menghadiri kuliah-kuliah dan ceramah-ceramah agama, melawat ke taman-taman syurga dunia..

- Melebihi kesukaan untuk berjalan berjaulah melepaskan lelah di tempat rekreasi apatah lagi bershopping menghabiskan wang


Menjadi kuat merindukan Tanah Haram dan menyimpan duit buat menunaikan Haji lebih awal di umur-umur muda supaya saya sempat meLENGKAPkan LIMA rukun Islam andai dijemput pulang lebih awal ke negeri akhirat...
- Melebihi keinginan untuk melawat bermusafir ke tempat-tempat lain di seluruh dunia apatah lagi negara-negara yang cantik tapi untuk mendapatkan sekeping roti yang halal pun adalah sangat sukar

Kerna saya mahu merasa keindahan yang berganda-ganda dalam hidup bertemankan Allah..
Menjadi bersemangat untuk melakukan rutin harian dengan penuh kerajinan ~
Menjadi bersemangat untuk menggiatkan al-bahsu ilaLlah dengan penuh ketekunan ~
Menjadi bersemangat untuk berjuang Fisabilillah dengan penuh keikhlasan ~

Setelah makin kenal diri dan hati sendiri..
Itulah KPI kepada tarbiyyah saya...
Tarbiyyah Sufiyyah Harakiyyah..
Mampukah saya mencapainya...?

Jujur...
Saya yang faqir ini.......... Walaupun sudah di sela umur 23 tahun..
Masih tidak mampu untuk berkata.. "Inni Daa'iyan IlaLlah..."
Melainkan hanya mampu berkata "Inni Mujahidah Fillah..."
Masih berusaha membetulkan diri yang tempang dan cacat
Dan hati yang buta dan mati...
Tanpa berani menyampaikan dakwah secara terbuka dan terus
Atau menegur mana-mana yang salah dan munkar..
Hanya mampu bersikap dan berperasaan dengan selemah-lemah iman...
Ohh...

Saya akan terus berusaha sampai akhirnya saya mampu berkata:
"Inni Daa'iyan IlaLlah...!"
"Inni Jundullah....!"
"Inni Ansorullah...!"
"Inni Ramyullah...!"


I am the Soldier Of Fisabilillah Force...!


Thursday, March 10, 2011

Berlapang Dada...


''Eh, ada mesej baru, masuk.''

''Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyaya ng. Sesungguhnya perasaan riyak itu merupakan syirik kecil yang tanpa disedari, sering terjadi bilamana...''

''La, mesej pasal agama lagi! Aku dah agak dah, tak habis-habis nak membebel lagi dia ni. Ish, bosan betul laa! Tak de benda lain ke? Malas betul la aku nak layan dia ni, buat rugi masa, jiwa dan tenaga aku je. Baik aku layan benda lain, lagi best. Taklah buang masa aku cam ni.''

Duhai diri, sungguh rugi jika ini yang tergambar di dalam hati dan dibuktikan dengan perlakuan bila ada diantara saudara seislam yang memberitahu tentang ilmu agama.

''Demi masa. Sungguh manusia berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran."
(Al-'Asr: 1-3)


Terimalah kebenaran itu walau dari manapun datangnya.

''Eleh, cakap macam bagus je, kau pun sama je, tak sempurna. Nak tegur-tegur aku apasal? Sempurnakan diri kau tu dulu, baru layak nak tegur aku.''

Seringkali kita melihat atau mencari ketidaksempurnaan orang yang menegur kita itu dulu baru kita mahu memikirkan mesej yang disampaikan oleh orang tersebut. Itupun kalau kita berlapang hati mahu menerima mesej itu.

Katakan kepadaku, manusia mana yang akhlaknya sempurna selain para rasul dan nabi-nabi yang mana sudah semestinya termasuk juga penghulu sekalian nabi kita, Nabi Muhammad SAW? Nak tunggu manusia yang sempurna akhlaknya wujud di hadapan kita untuk menegur kesalahan kita, baru kita mahu berubah, alamatnya sampai kita berada di liang lahadlah, masih tak berubah. Wahai diri!

''Lantak kaulah, buang masa aku aje!''

Ingatlah, tiap helaan nafas ini, nak tak nak mendekatkan kita kepada detik kematian. Berapa lama sangatlah kita hidup? 100 tahun? Mungkin. Tapi, ingat, tanpa rahmat dan kasih sayang-Nya, tak mungkin kita dapat mengecap nikmat mata, oksigen, kaki, mulut, pendengaran, tangan, sehingga tak terhitung nikmat yang diberikan-Nya kepada kita pada masa ini.

Andai kata, Allah tarik salah satu nikmat, katakanlah mata, mampukah kita melihat, embaca buku untuk menjawab exam, membaca Al-Quran, membaca risalah agama? Pada ketika itulah baru datang rasa menyesal yang tidak sudah kerana tidak mahu menggunakan nikmat itu ketika masih diberi ruang dan peluang oleh-Nya.

''Ya Allah, kembalikanlah aku ke muka bumi, untuk aku membuktikan kehambaanku kepada-Mu.''

Apakah yang telah engkau lakukan ketika hidup dahulu? Ada tak untuk Allah? Untuk Islam?

Dah terlambat. Jika kita sudah dikafankan, dimasukkan ke dalam liang lahad yang hanya sebesar saiz diri kita, hanya sebesar itu rumah kita pada ketika itu, sedangkan semasa hidup dahulu, rumah kitalah yang besarnya mengalahkan gunung juga yang tingginya mencapai langit.

''Mana perginya harta aku yang berjuta-juta itu? Bantu dan temankan aku di dalam kubur yang sempit ini, tolong..''

Tidak sesekali wahai diriku, harta duniawi yang kita kumpulkan itu, tidak dapat menemankan kita di dalam kubur yang lamanya kita berada di dalamnya mungkin lebih lama dari umur 100 tahun yang kita hidup di atas muka bumi itu.

"Maka bersabarlah engkau (Muhammad) sebagaimana kesabaran rasul-rasul yang memiliki keteguhan hati, dan janganlah engkau meminta agar azab disegerakan untuk mereka. Pada hari mereka melihat azab yang dijanjikan, mereka merasa seolah-olah tinggal (di dunia) hanya sesaat pada siang hari. Tugasmu hanya menyampaikan. Maka tidak ada dibinasakan, kecuali kaum yang fasik (tidak taat kepada Allah)."
(Al-Ahqaf: 35)

"Dan pada hari terjadinya qiamat, orang-orang yang berdosa bersumpah, bahwa mereka berdiam (dalam kubur) hanya sesaat (saja). Begitulah dahulu mereka dipalingkan (dari kebenaran). Dan orang-orang yang diberi ilmu dan keimanan berkata (kepada orang-orang kafir), "Sungguh kamu telah berdiam (dalam kubur) menurut ketetapan Allah sampai hari kebangkitan. Maka inilah hari kebangkitan itu, tetapi (dahulu) kamu tidak meyakini(nya)."
(Ar-Rum: 55-56)

"Para malaikat dan malaikat Jibril naik kepada Allah dalam sehari yang ukurannya sama dengan 50 ribu tahun (ukuran manusia)."
(Al-Ma'arij: 4)

"Dia mengatur urusan dari langit ke bumi kemudian (urusan) itu naik (dibawa oleh malaikat) kepadanya dalam satu hari, yang ukuran (lamanya) adalah seribu tahun menurut perhitunganmu."
(As-Sajdah: 5)

"Dan mereka meminta kepadamu (Muhammad)agar azab itu disegerakan, padahal Allah tidak akan menyalahi janji-Nya. Dan sesungguhnya sehari di sisi Tuhanmu adalah seperti seribu tahun menurut perhitunganmu."
(Al-Hajj: 47)

Bayangkan, betapa ukuran jangka masa yang amat panjang di akhirat kelak.

"Mereka tinggal di sana dalam masa yang lama."
(An-Naba': 23)

Kenyataannya sekarang, tiga detik saja terkena api, manusia langsung kesakitan.

Setiap manusia akan merasakan betapa sebenarnya hidup di dunia adalah terlalu singkat, bila sudah berada di alam lain. Beruntung kalau balasan itu diberikan kepada manusia beriman, sebab tidak lain itu merupakan kenikmatan yang tiada taranya. Tapi luar biasa ruginya kalau balasan itu diberikan kepada manusia durhaka, sebab tidak lain itu adalah siksaan yang sangat pedih dan sangat lama.

Ingatlah wahai diriku, kita hidup ni ada tujuan, ada matlamatnya. Bukan saja-saja, bukan suka-suka sahaja Allah ciptakan kita.

"Dan Aku tidak menciptakn jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku."
(Adz-DZaariyaat: 56)

Kita di wujudkan dari tiada kepada ada. Maka, katakanlah, adakah mustahil bagi Allah untuk membangkitkan kita dari tulang-belulang yang hancur semasa di dalam kubur kepada manusia yang sempurna untuk dihisab di hari penghisaban nanti?

"Dan Dialah yang memulai penciptaan, kemudian mengulanginya kembali, dan itu lebih mudah bagi-Nya. Dia memiliki sifat yang Maha Tinggi di langit dan di bumi. Dan Dialah Yang Maha Perkasa, Maha Bijaksana."
(Al-Rum: 27)

"Engkau pernah makan lepat ubi kat restoran secawan kopi? Rasanya sedap."
"Kau yakin ke memang sedap? Pernah rase ke kat situ?"
"Aku pun tak berapa pasti betul ke tak penyataan tu. Tak pernah pulak aku makan, aku dengar cerita dari orang lain je, hehe."
"Laa, cakap macam pernah rase, apa laa kau nie."

Nah, jika kita tak cuba merasai sendiri, bagaimana mungkin kita mengetahui dengan yakin dan pasti seterusnya mengalami sendiri bahawa Islam itu manis, indah? Cubalah belajar untuk memahami ajaran Islam yang datangnya dari Allah, yang Maha Mengetahui akan kehendak dan kelemahan yang dimiliki oleh hamba ciptaan-Nya. Cuma kita yang kadangkala tidak mahu membawa diri kita dekat kembali kepada-Nya.

Dia tahu apa yang kita mahu, apa yang kita gersangkan, tapi mana mungkin kita dapat memperolehinya jika kita tidak minta serta menaati perintah-Nya, disamping menyempurnakan syarat-syarat (berdasarkan Al-Quran dan Hadis) yang telah ditetapkan oleh-Nya untuk kita memperolehi apa yang kita mahu.

"Aku nak belajar kat United Kingdom lepas ni, kalo bleh kat Universiti Oxford, tajaan JPA.''
"Kau dah mohon ke, Adam?"
"Belum lagi, takpe banyak lagi masa.''
"Result kau mesti gempak punye kan? Kalau tak mesti kau tak de angan-angan nak minta."
"Eh tak de la, 2A je. Hehe."
"Haha, 2A je? Aku lagi banyak, 3A. Jangan harap la kau nak dapat, sebab dah la tak cukup syarat, tak mintak pulak tue. Confirm, tak dapatnye."
"Ye ke? Macam tu rupenya ye? Sedihnya aku."

Begitulah perumpamaan hidup ini antara kita dengan Allah, jika kita tidak minta kepadanya, disamping tidak cuba berusaha memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan (melaksanakan hukum-hukum agama berdasarkan Al-Quran dan Hadis), perlukah Allah melayan kita jika kita tak meminta kepada-Nya, tapi kita pergi minta kepada makhluk-Nya? Siapa lagi hebat, makhluk ciptaan-Nya atau Allah Pencipta makhluk tersebut? Fikir-fikirkanlah, wahai diriku.

Jika sewaktu hidup di atas muka bumi ini, cita-cita mahu menjadi seorang chemical engineer, seorang pendidik atau usahawan yang berjaya, bagaimana pula cita-cita untuk hari akhirat nanti? Mahu menjadi ahli syurga atau ahli neraka, wahai diri?

Seimbangkanlah dunia dan akhiratku, wahai diri. Jika ilmu dunia sanggup ku tagih dan ku gapai walau berjuta rintangan menanti di hadapan demi mencapai dean list, bagaimana pula akhiratku? Tidak mahukah aku menjadi deen list juga di sisi Allah?

Ketahuilah bahawa doa itu senjata bagi orang mukmin. Yakinlah bahawa Allah sangat suka hamba-Nya memohon kepada-Nya. Bagaimana kita dapat mengecap nikmat syurga yang mana ada mahar atau bayaran yang bukan sedikit, wahai diriku.

Tapi yakinlah, rahmat Allah terlalu banyak untuk orang yang beriman kepada Allah. Rahmat Allah itu amat dekat kepada orang yang berbuat baik.

"Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi setelah (diciptakan) dengan baik. Berdoalah kepada-Nya dengan rasa takut dan penuh harap. Sesungguhnya rahmat Allah amat dekat kepada orang-orang yang berbuat kebaikan."
(Al-A'raaf: 56)

"Orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan, mereka mendapat kebahagiaan dan tempat kembali yang baik."
(Ar-Ra'd: 29)

Andai kata sewaktu kita di atas muka bumi lagi kita sudah give up dalam berusaha untuk memasuki syurga Allah, bagaimana di akhirat nanti? Sewaktu buku amalan dibentangkn di hadapan kita? Adakah diserahkan kepada kita dari sebelah kanan atau kiri?

"(Ingatlah), pada hari (ketika) Kami panggil setiap umat dengan pemimpinnya, dan barangsiapa diberikan catatan amalnya di tangan kanannya mereka akan membaca catatannya (dengan baik), dan mereka tidak akan dirugikan sedikitpun. Dan barangsiapa buta (hatinya) di dunia ini, maka di akhirat dia akan buta dan tersesat jauh dari jalan (yang benar)."
(Surah Al-Israa': 71-72)

Siapalah aku untuk cuba memahami sifat manusia yang tidak mahu menerima? Kerna yang Maha Memahami hanya satu, Allah yang Maha Mengetahui. Kembalilah kita kepada ajaran Islam yang sebenarnya. Kita tak menjumpainya kerana kita tak mencari. Tidak ada istilah pencen dalam menuntut ilmu agama. Tanpa ilmu (agama), seseorang agak sukar untuk mendapatkan hidayah Allah.

"Dan orang-orang kafir berkata, "Mengapa tidak diturunkan kepadanya (Muhammad) tanda (mukjizat) dari Tuhannya?" Sesungguhnya Allah menyesatkan siapa yang Dia kehendaki dan memberi petunjuk kepada orang yang bertaubat kepada-Nya".
(Surah Ar-Ra'd: 27)

"Orang-orang yang beriman dan tidak mencampuradukkan iman mereka dengan kesyirikan, mereka itulah yang mendapat keamanan dan mereka itu adalah orang-orang yang mendapat petunjuk."
(Surah Al-an'am: 82)

Siapa yang menciptakan segala perasaan dalam hati kita? Allah. Kebahagiaan? Allah. Ketenangan? Allah. Subhanallah, jika kita betul-betul kenal Allah, Pemilik segala sesuatu, pasti kita akan mencintainya melebihi segala-galanya, tak kenal maka tak cinta, dengan mengingati Allah, jiwa akan tenang. Subhanallah.

Di dalam sebuah hadis Qudsi, Allah berfirman:

"Aku bergantung pada persangkaan hamba-Ku terhadap-Ku, Aku pasti bersamanya ketika dia mengingati-Ku. Maka jika ia mengingati-Ku dalam dirinya, Aku akan menyebutnya dalam Diri-Ku, jika ia mengingat-Ku dalam suatu jamaah, Aku akan menyebutnya dalam suatu jamaah yang jauh lebih baik daripada mereka, jika ia mendekat kepada-Ku sejengkal, Aku akan mendekat kepadanya sehasta, jika ia mendekat kepada-Ku sehasta, Aku akan mendekat kepadanya sedepa, jika dia mendekat kepada-Ku dengan berjalan, Aku akan mendekatinya dengan berlari."
(Muttafaq-A'laih)

Sesungguhnya, Allah tidak pernah dan tidak akan memungkiri janji-Nya.

sumber:
Artikel iLuvislam.com

Thursday, March 3, 2011

::Bicaralah pada kami tentang Persahabatan..::

Entry ni sumber dari seorang sahabat saya syazwana.. syukran kathir.. maaf sebab tak dapat jadi sahabat yang terbaik untuk diri wana... ina hanya mampu melakukan mengikut kemampuan ina dan ina cuba melakukan terbaik walaupun belum capai semua tu.


Dan seorang remaja berkata, Bicaralah pada kami tentang Persahabatan.


Dan dia menjawab:
Sahabat adalah keperluan jiwa, yang mesti dipenuhi.
Dialah ladang hati, yang kau taburi dengan kasih
dan kau tuai dengan penuh rasa terima kasih.
Dan dia pulalah naungan dan pendianganmu.
Kerana kau menghampirinya saat hati lupa dan mencarinya saat jiwa mahu kedamaian.


Bila dia berbicara, mengungkapkan fikirannya,
kau tiada takut membisikkan kata “Tidak” di kalbumu sendiri,
pun tiada kau menyembunyikan kata “Ya”.
Dan bilamana dia diam,hatimu berhenti dari mendengar hatinya;
kerana tanpa ungkapan kata, dalam persahabatan,
segala fikiran, hasrat, dan keinginan dilahirkan bersama dan dikongsi,
dengan kegembiraan tiada terkirakan.
Di kala berpisah dengan sahabat, tiadalah kau berdukacita;
Kerana yang paling kau kasihi dalam dirinya,
mungkin kau nampak lebih jelas dalam ketiadaannya,
bagai sebuah gunung bagi seorang pendaki,
nampak lebih agung daripada tanah ngarai dataran.


Dan tiada maksud lain dari persahabatan
kecuali saling memperkaya roh kejiwaan.
Kerana cinta yang mencari sesuatu di luar jangkauan misterinya, bukanlah cinta ,
tetapi sebuah jala yang ditebarkan,
hanya menangkap yang tiada diharapkan.


Dan persembahkanlah yang terindah bagi sahabatmu.
Jika dia harus tahu musim surutmu,
biarlah dia mengenali pula musim pasangmu.
Gerangan apa sahabat itu jika kau sentiasa mencarinya,
untuk sekadar bersama dalam membunuh waktu?
Carilah ia untuk bersama menghidupkan sang waktu!
Kerana dialah yang bisa mengisi kekuranganmu,
bukan mengisi kekosonganmu.
Dan dalam manisnya persahabatan,
biarkanlah ada tawa ria dan berkongsi kegembiraan..
Kerana dalam titisan kecil embun pagi,
hati manusia menemui fajar dan ghairah segar kehidupan.


~mari kita pelihara hubungan dengan manusia...kerana di situlah kunci kasih sayang Allah terhadap kita...~

Tuesday, March 1, 2011

Untuk CALON SUAMI dunia akhiratku..

Bismillahirrahmanirrahim..


Asssalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Duhai calon pemilik tulang rusukku..




Aku akan segera hadir dalam dinginnya malam dengan hangatnya jiwa. Ku tunggu hingga Ijab Kabul terucap dari lisanmu. Aku akan menjaga dalam harumnya semerbak dalam jiwaku, menunggu hingga engkau menahkodai bahtera kita. Ku kan berhijab dengan sempurna dengan tak selalu mengikuti arah arus angin yang berhembus..


Duhai calon imam dalam solatku..
Aku kan selalu hadir dalam cintamu kepada Allah, dengan siap aku akan menghamparkan sajadah sebagai alas sujudmu, dengan hadirku sebagai makmum..Insya Allah akan menyempurnakan solat kita.
Dengan deru doamu seiring 'aamiin' dari lisanku..Dalam hening malam
air mataku ini tak henti ku titiskan bercahayakan munajat doa..





Duhai calon pemilik tangan gagah yang menolongku ketika aku terpuruk dan jatuh..
Lindungi aku dalam perjalanan hidup kita, ketika engkau terluka kan kubalut dengan cinta jiwa yang merona, menyembuhkan segala perih dalam jiwamu..


Duhai calon pengusap air mataku...
Sungguh engkau takkan rela calon bidadarimu ini menangis, usaplah lembut pipi kemerah-merahan ini agar tak menangis, dan kan kuhaluskan telapak kakimu dengan mencucikannya ketika engkau pulang dari berjihad..


Duhai calon ayah dari para mujahid-mujahidah kita...
Aku sebagai madrasah pertama sebagai sumber ilmu dari anak anak kita, kan kutanamkan ilmu agama agar mujahid mujahidah kita takut akan Rabbnya, santun pada kedua orang tuannya, menghormati orang-orang yang lebih tua. Akhlakul karimah yang baik kan kusisipkan dalam prilakunya semenjak kecil.


Duhai calon nahkoda yang kan membawa keluargaku ke syurga…
Mari kita hiasi rumah kita dengan cahaya-cahaya iman…


Aku dalam diam sengaja tak menampakkan diri,
agar engkau benar benar menemukanku dalam cahaya sujudmu..
Aku tak banyak bicara kerana aku takut ketika aku menyapa,
engkau tepesona pada apa yang kuucap..
Aku menunduk malu, tak berani menatap mata binar yang
engkau miliki,
karena aku takut dapat memudarkan imanku..


Temukan aku wahai calon imam dalam sujudku…
Aku menunggu lisan qabul darimu..
Yang menyambut ijab dari waliku..
Insya Allah, sedia menanti di sini..^^,


p/s: Perkongsian dari FB sahabat
Simple, quite amusing but sweet and deep in heart ~

sajak aminah qutb buat suaminya..



Sekiranya,
kita cinta kepada manusia,
tidak semestinya manusia itu cinta kepada kita.
...Tapi sekiranya,
kita cinta kepada ALLAH,
nescaya cinta ALLAH tiada penghujungnya.
Sekiranya,
kita cinta kepada manusia,
kita akan cemburu kepada orang
yang mencintai orang yang kita cintai.
Tapi sekiranya,
kita cinta kepada ALLAH,
kita akan turut mencintai orang
yang melabuhkan cintanya
kepada ALLAH juga.
Ya ALLAH,
andai dia adalah jodoh
yang ditetapkan oleh-MU kepadaku
maka,
campakkkanlah dia ke dalam hatiku,
cinta kepadanya adalah kerana-MU,
dan campakkanlah ke dalam hatinya,
cinta kepadaku adalah kerana-MU.
Namun,
andainya dia bukanlah jodoh yang
ditetapkan oleh-MU,
berikanlah aku kekuatan agar aku pasrah
dalam mengharungi ujian
yang KAU berikan padaku.


~AMINAH QUTB~

kematian itu pastikan tiba...

“mengingati kematian dapat menunjukkan seseorang

akan kenikmatan dunia yang bersifat sementara,

menahan dirinya untuk tidak mengingankan kehidupan dunia yang

serba megah pada masa hadapan

dan mengurangkan lamunan tentang kenikmatannya”


“Umi…kenapa ALLAH selalu ambil orang yang adik sayang? Dah tak ada semangat untuk belajar lagi..” khaulah membaca mesej yang baru diterima tadi.


“Dik…kenapa ni..bagi tahu umi..siapa yang ALLAH ambil?” khaulah bertanya kepada adik tu.


“abi…”


Khaulah tersentap.. innalillah waiinna Ilaihi rojiu’n…


“abi dah tinggalkan adik..adik tak pernah rasa malas macam ni..rupanya abi nak tinggal kan adik..”ngadu adik lagi.


"Adik...kita semua akan di tinggalkan dan meninggalkan...tapi Allah tak pernah tinggalkan kita...DIA sentiasa bersama kita dik..."


Ya Allah…Engkau berilah kekuatan kepada adik ini ya ALLAH.. Mata khaulah berkaca..menahan dari mengalir..


“Abi kena serangan jantung tiba-tiba…”


“Adik…jangan nangis…nanti umi x boleh buat kerja…”


Allah berfirman:

“Tiap-tiap yang berjiwa akan merasai mati…”

(Al-Anbiya’:85)


Allah tidak janji kan kematian kita

Disebabkan sakit, tidak pun sakit boleh mati juga…

oleh itu jangan senang hati…

kematian pasti berlaku..

tunggulah kematian dari nafas ke nafas..

agar kita tidak angan-angan melalaikan..


Adik…kita yang hidup semuanya akan pergi.. sabar ye sayang…


“orang yang adik sayang semua dah tinggalkan adik…mama…abang…abi…. Umi…adik rindu…”


“Adik…kita manusia ni semuanya ada kontrak dengan Allah.. mama…abang…abi dah abis kontrak kat dunia ni. Mereka mesti pulang ke tempat asal mereka. Kita semua akan hadapi benda seperti itu juga sayang.. kita tak tahu kontrak kita tamat bila “adik nak jumpa mereka semula kan…” jadi baik dan usaha jadi wanita solehah. Doa pada Allah supaya Allah pertemukan adik dengan mereka kat akhirat nanti.


Allah S.W.T telah berfirman “sesungguhnya kamu akan mati dan sesungguhnya mereka akan mati (pula).(Az-Zumar:30)


“Umi…adik seronok sangat…adik mimpi abang. Dalam mimpi tu adik mimpi adik di suatu kawasan yang indah… abang ada kat situ.. abang kata, adik jangan nangis.. abang kata kalu nak ikut abang adik kena jadi wanita solehah”


Hati khaulah sebak…


Kata Rasulullah kita akan jadi lemah jika berpenyakit cinta dunia dan takut mati kerana sifat orang mukmin bukan seperti itu… ertinya kita akan jadi kuat bila akhirat dan kematian itu kita sukai…itu lah sebenarnya ajaran dan panduan dari Tuhan untuk ke selamatan diri kita..alangkah sedihnya umat di akhir zaman sekarang, ramai yang hanya memikirkan dunia sehingga akhirat di lupakan..


Wahai adik dan diri ini…Didiklah berusaha untuk bersiap dengan kematian dan melihat kematian itu secara positive.. mati itu merupakan kepulangan ke kampung asal yang kita rindui… jadi bila terjadi kematian itu semua adalah kepulangan ke kampung asal yang menggembirakan...


Kematian setiap hari menghitung saat pertemuan…menghadapi kematian adalah saat kemuncak dalam kehidupan..indahnya berpisah dengan dunia yang murah ini …dunia menipu sebenarnya… mengapa Allah tidak sebut tarikh pertemuan kita dengan kematian sedangkan ia terlalu penting…??? sebab kematian bukan untuk di hitung hari yang penting adalah persiapan. Wahai adik dan diriku…Persiapkan taqwa…bawalah hati yang sentiasa awas.. bawalah hati terkenang2kan Allah..bawalah hati yang penuh kasih sayang…bawalah hati yang sangat merendah diri…bawalah hati yang sungguh rindu kan kematian…wahai adik dan diri ku.. sekiranya Tuhan melakukan esok dengan memisahkan roh kita dari jasad selama-lamanya..kita pun tidak terkejut bukan…kerana kita kan sudah bersedia…

Semoga roh-nya dicucuri rahmat…amen… al-fatehah…


~Lihat dengan hati kerana pandangan mata selalu gelap, tak mampu menilai hakikat~


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...