Monday, June 1, 2009

PEMILIK HATIKU..setelah Allah & Rasul



Ni tajuk buku baru, karangan Fatimah Syarha. baru-baru ni ramai sahabat2 saye promote buku ni kt saya..mmg seronk!! sgt2 memotivasikan diri kita..tapi..kita kene btol2 m'hayati dengan ape yang kak syarha nak smpaikan..baru la btol2 kita rasa nak wat cm apa yang diceritakan kt dalam buku ni..Tak hairanlah, buku kak Syarha penuh dgn kelembutan dan byk menyentuh emosi remaja terutama muslimat. mungkin inilah kelebihan yang Allah kurniakan pada kak Syarha. namun kelebihan ini dikongsi bersama, dan dia berusaha menyelamatkan gadis-gadis yang sdg hanyut dgn cinta.
KAGUM..beliau mampu menjadi ikon remaja yg mempunyai ketegasan dalam kelembutan dalam memilih haluan hidupnya. Beliau berkongsi bagaimana utk memiliki cinta yg suci murni, bukan cinta dalam debu, yg penuh dgn habuk jahiliah.Walaupun telah berkahwin, kini dia berkongsi pula bagaimana untuk menjadi Isteri yang solehah setelah berjaya melalui zaman remaja yang penuh dgn dugaan.Buku ni lebih berkisar ttg catatan hati seorang isteri yang cukup berhati-hati dan waspada memilih suami. sama ada cerita yang dlm buku ni adalah kehidupan kak Syarha sendiri atau tidak, wallahualam. yang penting, ambillah yang baik dan sama-sama amalkan.

INDAH..bila segalanya kerana Allah.jika masih remaja, biar sibukkan diri mencari cinta Allah. kerana, di situlah permulaan bagaimana kita akan mencorakkan keluarga kita kelak. di sinilah peringkat tarbiyyah adalah fardu muslim.Kalau masa remaja dah sibuk bercinta, bila dah berkahwin, cinta jadi makin pudar. masing-masing dah jemu dan mula berperang antara satu sama lain.




BERBEZA..Cinta yang bermula di arena perkahwinan dgn cinta yang bermula sebelum diijabkabulkan. keberkatan cinta pasangan yang menjaga diri sebelum perkhwinan amat memberi kesan pada kebahagiaan rumahtangga.
Buku ni bagus, memberi semangat dan motivasi pada diri kita untuk mencari keberkatan di sebalik kehidupan. kdg2 kita kerap tertipu dgn diri sendiri. sangka kita, kita dah pilih jalan yang terbaik, namun rupanya ianya cuma nikmat sementara shj.tak kekal pun. cthnya, sblm berkahwin punya byk kongsi tazkirah sampai lewat mlm. kejutkan tahjud, ingatkan solat.. Fuh, bkn main lagi. tapi bila lps kawin smua tu hilang entah ke mana..
pasangan yang dpertemukan atas dasar perjuangan lebih kukuh dan terjamin drpd pasangan yang tidak mempunyai matlamat perkhwinan kerana Allah. kerana apabila sesebuah perkhwinan itu dilanda badai yang menghempas kuat, masing-masing akan ingat Allah. Allah lah penyelamat, Allah lah tempat mengadu, meminta agar dikuatkan hati. Malah Baitul Muslim dirancakkan lagi dgn taman-taman ilmu, penuh mawaddah wa rahmah. anak-anak dididik dgn mengenalkan mereka pada Islam.
Keluarga yang bahagia bermula daripada peribadi ibu dan ayah..

3 comments:

  1. dah lama tunggu buku kak syarha..
    terima kasih kerana berkongsi..^_^

    ReplyDelete
  2. sy RA_lily yg add saudari kt fs bru ni...
    sy pun ske bc buku krngan fatimah syarha..btul2 mantapp!
    thanks 4 da sharing ya..(^_^)
    jazakillah

    ReplyDelete
  3. ok sume..moge kita same2 ambil pengajaran dalam buku ni..=)

    ReplyDelete


~Lihat dengan hati kerana pandangan mata selalu gelap, tak mampu menilai hakikat~


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...