Sunday, May 31, 2009

cintakan Allah anak kunci keselamatan


salam sume..



Tahukah sahabat2 yang saye sayangi..( ceh..skema lak ayat..ihik3)bahawa perpaduan, kasih sayang, rasa bersama dan bekerjasama akan berlaku bila cinta jatuh pada tempatnya iaitu cintakan Allah. Hanya Allah patut dicintai, selain itu tidak boleh dicintai. Dunia hanya untuk ditadbir, diagih dan digunakan untuk berkhidmat bagi mengikat hati orang. Bertolong bantu akan mengikat hati dan manusia akan jatuh hati antara satu sama lain.

Kunci supaya dunia tidak porak-peranda ialah cintakan Allah. Allah layak dicintai. Kalau Allah tidak jadikan kita, kita tidak ada di dunia ini. Kalau Allah tidak jadikan bumi, kita tidak punya bumi. Kalau tidak dijadikan khazanah bumi, kita tidak miliki kekayaan seperti emas, minyak dan kayu balak. Kalau tidak diberi nafas lagi teruk sebab kita akan mati. Waktu itu kalau ada kereta atau harta pun, tidak ada erti apa-apa.

Bila Allah tidak dicintai, kita akan jatuh cinta kepada makhluk. Segala yang ada pada kita akan digunakan untuk makhluk. Ini akan membawa kepada huru-hara dan porak-peranda. Untuk lahirkan perpaduan, untuk amankan dunia, mesti ajak manusia promosikan Tuhan. Kalau ada pemimpin ajak rakyat bersatu tetapi tidak pandai mendidik rakyat sampai rakyat tidak jatuh hati dengan dunia, dia akan gagal.

Tuhan mesti dikenalkan supaya orang jatuh hati kepada Tuhan. Takut dengan Tuhan hingga merasakan apa yang diberi adalah untuk Tuhan dan makhluk-Nya. Inilah rahsia keamanan dan perpaduan. Semua orang mahu berpadu dan berkasih sayang tetapi tidak tahu kaedahnya. Anak kuncinya sudah hilang.

Tepatnya perkataan Rasulullah iaitu, "Cintakan dunia ibu segala kesalahan." Rupanya kesalahan itu beranak menjadi kejahatan. Rasulullah begitu berhati-hati dalam penggunaan istilah yang betul. Ilmu ini kalau benar-benar diamalkan dan diaplikasikan akan menjadikan dunia aman damai, selamat dan menyelamatkan...

Waallahualam..

No comments:

Post a Comment


~Lihat dengan hati kerana pandangan mata selalu gelap, tak mampu menilai hakikat~


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...