Friday, March 19, 2010

ya Allah..Thabat kan hati kami ya Allah..

Assalammualaikum… lama juga saya x update blog saya ni.=p. Baru-baru ni( 19hb.03) fakulti saya kepimpinan dan pengurusan anjurkan majlis solat hajat.. kagum & kaget & insaf mendengar pesanan Prof Shamsul Andi Galigo,muallim yg sgt sy kagum,ceramah tu selepas bacaan yasin.. saya datang pun dah lambat,sebab bus hanya akan bertolak after maghrib. Dari awal pagi, after kelas saya ke meeting SPMM untuk unit penerbitan dan publisti. Saya habis kelas dalam jam 11. Sebelum tu ketua kami dah tanya dulu kat saya, free tak lepas pukul11 pagi tu. Saya kata saya nak ke library. Dia kata nk jumpa sekejap je.. Ok, tak mengapalah,saya kata pukul 11 la ye. Tapi dia kata ada kelas pkl 11. Macam mana ye..last2 tak apa lah,kami janji dalam pukul 12. Saya cuba nak beri commitment,sebab time ade meeting sebelum ni, saya banyak ketinggalan,dengan sebab tertentu. Bukan saja2 tau..huhu. Dia pun kata sekejap je,ada kerja sikit.saya tunggulah sampai pukul 11 lebih di surau, and 10minit before pukul 12 saya dah berada di tempat yang di janjikan.. Yurp, saya tak suka orang tunggu saya and saya pun tak suka tunggu orang. Ketua saya memang datang tepat pada timenya. Dalam pukul 12. Kebetulan terjumpa sahabat saya yang nak saing ke library sekali. Dia nk tunggu saya,sebab saya kata sekejap je. Tapi.. Ya Allah,mana sahabat2 yang lain?? Setengah jam dah hampir saya tunggu.. Saya pun banyak kerja nak buat, ketua saya asyik minta maaf kt saya je. Tak apa, masih boleh sabar lagi, Cuma saya kesian dengan sahabat saya yang tunggu saya,serba salah. Tapi,dia tetap nak tunggu saya,tak apa lah kalu cm gitu.Bertemankan buku Salahudin Al-Ayubi, saya menunggu sahabat-sahabat yang lain. Dalam setengah jam baru lah seorang sahabat muncul. Tapi sebelum tu saya dan ketua saya dah bincang dah gerak kerja kami. Saya kena cepat,saya minta maaf sangat-sangat,sebab after saya ke library,saya kena pergi ke tempat lain, dan sampai kolej dalam pukul 6 lebih. Dan terus bersiap2 ke majlis solat hajat,. Moralnye..tolong tepati masa!! Huhu..

Berbalik kepada majlis solat hajat, after bacaan yasin, ade ceramah.. sangat menyentuh hati.!!!!! Di sini ade beberapa pengisian untuk sahabat-sahabat yang saya sayangi sangat2..


1. lafaz basmalah tika mandi,minum niatkan sbg syifa'.penawar penyakit hati & rohani
2.sentiasa ada keyakinan.kelebihan Say.Abu Bakr bukan krana kuat ibadahnye,bahkn kerna KEYAKINANNYA.
3.Sentiasa solat istikharah+solat Hajat
4.ingat pesan Nabi SAW:JGN TERLALU MENCINTAI ORG YG KITA CINTAI,KERNA AKHIRNYA DIALAH ORG YG PLG KITA BENCI.
5.hidup yg pling indah=Cintai ALLAH+RASUL x melebihi cinta ***...
6.ISBIR!!ISBIR!!wahai pelajar dalam mnuntut ilmu!jgn ingt smua akn jd kaya!!
7.Iltizam dgn Islam.
8.Jgn tergoda dgn luar/prinsip hdup xislami
9.'Pegang' ISLAM sekuatnya!
10.Panduan Imam Nawawi ''RABBANA ATINA FID-DUNNYA HASANAH...."


Tambahan: 1. amalkan membaca rabbana atina fiddun ya hasanah wafil akhirati hasanah waqina 'azabannar selepas bcaan tahiyat akhr sblm salam.

2. pohonlah dua perkara ini setiap kali berdoa kepada Allah:pertama, mohon kesabaran dan ketekunan dlm khidupan dan kedua, istiqamah serta berpeluang mengamalkan solah (zikir, bca quran, selawat )

3. apabila berdoa tentang ilmu yang dipelajari, mohon lah spy Allah menjadikan ilmu itu berkat dan bermanfaat di dunia dan akhirat. jangan sekali berdoa untuk dpt markah tggi.

4. pegang firman Allah ini : kamu sangkakan perkara itu baik bagi kamu, tetapi sbnarnya buruk bg Allah dan kamu sangkakan perkara itu buruk bagi kamu, tetapi sbnarnya ia baik bg kamu.

Moga pesanan ini lekat di hati kami.. ~ ya Allah..thabat kan hati kami di jalan agama-Mu ya Allah~

No comments:

Post a Comment


~Lihat dengan hati kerana pandangan mata selalu gelap, tak mampu menilai hakikat~


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...