Wednesday, July 28, 2010

Alarm...

Berhati-hati saya masuk ke dalam bilik kak bai dan kak ju. Dari awal pagi tadi hati saya macam tak tenang dan tenteram. Rasa serba salah semakin menjadi. Saya duduk sambil melihat kak bai mengemas tempat tidur,dan menyusun bantal-bantal sambil memikirkan ayat apa yang patut saya gunakan untuk memulakan, saya hanya ingin meminta nasihat dan pandangan.

“kak..kita nak tanya la..apa adab-adab kita bersama kawan-kawan yang serumah dengan kita pastu sebilik dengan kita?”. Saya memulakan perbualan. Kak bai berhenti seketika dari mengemas.

“kenapa ina, kenapa awak tanya macam tu?”

“saja je tanya kak…hehe”. Saya gelak hambar sambil menahan air mata yang sedang bertakung, suara dah serak-serak basah. Cepat betul hati ini tersentuh.

“ok..cuba awak bagi tau akak, apa masalah awak sebenarnya”. Kak Bai memancing saya. Saya memang ada masalah sikit tentang diri saya ni..hehee..

“Akak…kita tak tahu lah kak.. Kita tak boleh laa.. Kita tau kita cam mengganggu orang tidur. Yela..akak bayangkan, alarm kita tu bunyi kuat, pastu mesti mengganggu orang tidurkan.Tapi, kita tak boleh. Kita kena set juga”.

“Ok, awak set alarm awak pukul berapa,pastu awak ada bangun tak lepas sekali alarm tu berbunyi,haa.. lagu apa awak pasang?

“ kita selalu set dalam kol 4 lebih or kol 5 or kol 5.30. bangun memang bangun kak. Tapi kena berkali-kali alarm tu berbunyi baru bangun. Lagu apa kak? Lagu umbrella, sebab dia cam mengejutkan..so,saya rasa dengan lagu tu saya le bangun,tapi tunggu dalam beberapa kali baru saya bangun.”heeee..

“Erm, dulu macam nilah masalah akak,ok.. tak apalah. Macam ni, lepas ni kalau boleh, awak disiplinkan diri awak. Bunyi je alarm pertama terus matikan dan bangun. Lagu cuba tukar lagu-lagu zikir ke.. ayat orang tengah baca al-Quran ke.. Betul..tenang je dengar nanti.. akak pun pernah alami bende ni”

“aah…ok2..betul jugak tu kak..ermm..nant kita tukar dengan zikir dan ayat-ayat al-quran.”

Seminggu berlalu, saya telah menukar alarm saya dengan alunan zikir, dan ayat al-Quran. Moga-moga ia menjadi ketenangan kepada roommate saya dan bukan sebagai gangguan. T_T..Alhamdulillah… berhasil akhirnya. Sebelum ni saya tahu mereka terganggu, sampai mereka kejutkan saya minta off alarm. Saya tak terasa pun malah terasa serba salah pula. Selepas tukar ringtone alarm, kejadian macam tu dah tak berlaku dah..hehehe. n paling bez..x payah berkali2 alarm tu berbunyi. Bak kata kak bai, disiplinkan diri bila bunyi alarm yang 1st terus bangun. (^_^)…~saya memang suka meminta nasihat dan di nasihati.. nasihatkan saya selalu walaupun kadang-kadang payah untuk kita terima. Apa-apa pun terima dengan hati terbuka dan jangan mudah terasa hati. Dengan nasihat itulah kita dapat membaiki diri kita yang kadang-kadang kita tak sedar kesilapan apa yang kita lakukan. Sebab saya sedar diri saya ni memang suka ikut kepala sendiri je.sampai tak fikirkan perasaan orang lain lak…hihihi..~

No comments:

Post a Comment


~Lihat dengan hati kerana pandangan mata selalu gelap, tak mampu menilai hakikat~


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...