Friday, July 9, 2010

Rindu pun mencengkam di hati

Hari-hari terakhir di taska. Banyak kali juga penyelia di taska tempat saya berkhidmat cakap dengan saya.

“haaih…akak tak tahu budak-budak ni macam mana lepas awak dah stop ina. Budak-budak ni dah lah manja dengan kamu” saya hanya mampu tersengeh dan menjawab alah kadar. “tak a pa kak..ada cikgu lain” sambil tersenyum.

Teringat pula masa 1st time mula bekerja di situ. Tenaga pekerja hanya dalam 3orang untuk menguruskan 30kanak-kanak termasuk baby. Kelam kabut semestinye iye..huhu Saya yang 1st time bekerja kat situ sebaik tidak kekok nak uruskan. Sebab pengalaman menjaga adik-adik dan sepupu-sepupu yang berduyun-duyun gitu.hihihi. Sampaikan pengurus tu ingat saya penah berkhidmat kat mana-mana taska sebelum ni.hehe..

“tak ada lah kak, saya dok jaga adik-adik n sepupu-sepupu kat umah je. Tak penah pun kerja kat taska lagi sebelum ni” bila majikan ku bertanya sama ada saya pernah ke tak kerja kat taska sebelum ni.

Dalam beberapa hari selepas itu, sahabat-sahabat saya dari usim pun datang. Alhamdulillah…pengurusan kembali teratur. Pernah majikan saya memberi penilaian dan bercerita-cerita santai dengan sahabat-sahabat saya. “ ina ni garang ye… shu pula tak garang..”hehe.. tersenyum saya mendengarnyee.. Saya memang garang pun. Tapi dalam hati ada taman.hihihi…sebab itu saya pelik…budak-budak ni le pula rapat dengan saya.

Ain..roziq..ulzma..nurin

1hari tu Muhammad datang pada saya sambil bisik pada saya. “cikgu,jom kita main pukul berapa datuk harimau nak?” haha..saya sudah tergelak dah., sambil menjawab “ cuba tanya dengan cikgu ain(selaku penyelia)” Muhammad menggeleng. “laaaa…pergilah tanya cikgu ain..g tanya..le ke x?.. Dia menggeleng sambil tersipu-sipu.

“ cikgu jom main geletek-geletek jom” hihihi.. tergelak saya . Kalau saya tengah free and baik. Memang saya layan lah. Kalau tak memang buat dek jeekk…ada-ada je mainan yang mereka ajak saya join. Kadang-kadang benda tu datang dengan tak sengaja. Mereka datang kepada saya dan terus serang saya!!!

“Cikgu nak balik kampung tau” beritahu saya kepada rofiq di saat-saat akhir saya berada di taska. “Alaa..nape cikgu nak balik kg? cikgu tak boleh balik kg!!! cikgu kena tido sini je!! Bentak rofiq. Rofiq memang cepat mesra dengan orang, umur baru 4tahun.

“Yela…rofiq tak sayang cikgu..sayang cikgu tak? Dia tersengeh-sengeh pula. “ nanti siapa nak ganti cikgu?”tanya rofiq. “cikgu ain kan ada, cikgu mirah pun ada”jawab saya. “tak nak la”haaih..selamba je budak ni.

Sudah seminggu saya meninggalkan mereka, menjadi tabiat saya suka melihat mereka menangis. Sebab tersangat lah comel bila mereka menangis. Lagi-lagi bila haziq menangis.sungguh comel!!

inilah haziq...comei bangat bile nangis.


Seronok juga menjadi kanak-kanak. Makan…tido…main. Tak payah fikir masalah. Tergelak saya bila teringat anak yang kami panggil firas,baru berumur 2tahun setengah. Suka-suka je dia tarik rambut kawan-kawan dia. Bila dia dah buat orang, dia pula nangis. Alamat dua-dua yang nangis.hehe

“Firas…firas buat apa ni? Ayyoookk…nanti Allah marah..Allah tak sayang nanti..”

Alahai Firas

Ugut saya dalam nada yang lembut. Bertambah menangis lah dia. Sukanya saya!!!hehe. “ nanti masuk api neraka kalau buat kawan..nak masuk api neraka..nak?” firas bertambah nangis.. cikgu-cikgu lain dah tergelak. Saya sambung lagi. “kalau macam tu nak buat lagi ke tak nak? Nak tarik rambut kawan lagi ke tak nak? Kalau buat lagi Allah tak sayang…nanti mashuk api neraka.. nak macam tu..nak?” dia menggeleng sambil teresak-esak sambil berkata tak nak. Takut dia bila mendengar nama Allah dan neraka. Mataku berkaca-kaca.Ya Allah..anak ini baru kenal dunia..bersihnya hati mereka. Bila mendengar neraka mereka meraung kerana ketakutan sedangkan aku ya Allah..adakah hati ini rasa gentar dan takutkan -Mu,sebut perkataan neraka pun sambil lewa tanpa. Ya Allah,bersihkan hatiku ya Allah.

Anak-anak ini setiap hari ku pesan supaya tidak bertelagah sebab nanti Allah tak sayang. Biasalah kanak-kanak bila dah bermain bersama-sama,berebut,sikit-sikit tak nak kawan. Itu semua menjadi lumrah.

Sudah seminggu masa berlalu. Saya sangat merindui mereka. Saya rindu rofiq dan roziq..(pasangan adik beradik yang kami panggil upin ipin,rofiq yang penuh sifat sebagai abang.baju nak sama je.kalau tak sama adik akan menangis) haziq..aisyah humairah,ain,Muhammad,ulzma, luqman,zuyin dan semuanya..nak sebut banyak sangat. Malam sebelum melelapkan mata, penyelia menghantar picture rofiq dan roziq melalui mms. Hati saya sebak,rindunya kepada mereka. Dalam hati saya berdoa.Moga mereka menjadi anak-anak yang soleh dan solehah.ameen.insyaAllah.






rofiq and roziq(cm upin ipin)




No comments:

Post a Comment


~Lihat dengan hati kerana pandangan mata selalu gelap, tak mampu menilai hakikat~


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...