Saturday, August 28, 2010

iftar jamai' TAA4.

Lagi beberapa bulan je saya akan meninggal kn USIM. Uwaaaa!!! Sedih tak terkatalah.. nanti mesti rindu dengan sahabat-sahabat yang memang kami da anggap macam keluarga dah n Lecture yang sangat sporting dan sabar melayan kerenah kami semua. Alhamdulillah..baru-baru ni kami berjaya buat iftar jamai’e untuk kelas kami. Tapi sayang, ada sahabt-sahabt yang tidak dapat join sekali. tidak mengapa,insyaAllah..lepas raya nanti kami adakan lagi ye..jamuan pula...(^_^)..Dari tahun 1 until sekarang..itulah kami. Asyik orang yang sama je,kelas yang sama,orang yang sama…(^_^). Sebab tu saya kata yang kami ni dah cam adik-beradik dah.. Baru-baru ni before iftar, sahabat kami shahrul faizie,merangkap abang kami bagi tazkirah tentang ramdhan. Alhamdulillah, memang dah jadi kebiasaan, kalau sebelum kuliah pun sama gak. Sambil-sambil tunggu lecturer,siapa-siapa boleh ke depan untuk bagi tazkirah. Tiba-tiba terharu n sedih bila dia cakap macam ni. “ana rasa, kenangan kat usim ni lah antara kenangan yang terindah bagi ana. Betul…inilah yang paling best. Kita semua dah last year, lepas ni masing-masing dah keluar susah pula nak jumpa kn. Lagi-lagi nanti dah kawen,lagi susah, jadi..di kesempatan ini, sama-sama lah kita merapatkan ukhwah kita ni..”

“Shah…kawen nanti jangan lupa jemput…” kata seorang sahabat. Kami semua da tergelak-gelak. N sakat menyakat pun bermula. Tiba-tiba bab kawen pula jadi topic kami.Haaihh…macam-macam. Kami kelas yang paling kecoh n banyak kerenahnya.detik-detik perpisahan semakin hampir. Tapi bila diingat-ingat kan balik kata-kata ni,mungkin ia akan menjadi ubat kerinduan kami pada suatu hari nanti, Sahabat bukanlah semestinya sentiasa dekat jaraknya. Tetapi yang sentiasa di hati dan di ingati dalam bisikan doanya.. Moge ukhwah ini sentiasa di rahmati Allah..(^_^)..insyaAllah..


1 comment:

  1. assalamualaikum,

    Sila dengarkan Radio Rakyat.net - bersiaran 24 jam sehari .

    Kuliah agama dan isu semasa, bacaan al-quran, promosi iklan produk, hiburan berunsur islamik

    dengarkan online di:

    http://www.radiorakyat.net
    http://www.radiorakyat.blogspot.com

    atau di blog-blog berhampiran anda.

    tuan blog/web juga boleh masukkan kod widget html radio rakyat di http://www.radiorakyat.blogspot.com

    ReplyDelete


~Lihat dengan hati kerana pandangan mata selalu gelap, tak mampu menilai hakikat~


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...