Saturday, August 28, 2010

::Pencarian::

Suatu kisah,Kisah benar belaka

Seorang lelaki dalam pencarian

Mencari pemilik rusuk kirinya

Sudah bertahun bersendirian

Muncullah calon yang entah ke berapa

Bukan calang-calang calon yang di usulkan

Lulusan universiti Timur Tengah

Menghormati permintaan si anak

Yang mahu pendamping solehah

Sejuk mata memandang

Bertudung labuh litup

Pandai berbahasa arab

Pendek kata tip top!

Si lelaki mulakan istikharah

Hampir berminggu

Setelah meneliti gambar

Mula mencari maklumat

Sebelum sesi taaruf bermula

Si lelaki menjenguk laman web

Laman Friendster kegemaran ramai

Yang kini mungkin Facebook

Satu keajaiban!!

Si lelaki tidak pernah punya web sedemikian

Tiba-tiba tergamam

Si gadis masih anggun

Bertudung labuh litup

Bergambar sakan…

Aduh!!!

Terkejut bukan kepalang

Calon solehah direject tanpa ihsan

Bukan menjadi pilihan

Hanya kerana gambr di tayang

Pemilihan terbatal

Dia pernah berkata

Perempuan cantik itu

Tidak memandang dan tidak dipandang

Perempuan cantik itu

Tidak mengenali dan tidak dikenali

Perempuan cantik itu

Tidak menegur dan tidak ditegur

Akhirnya

Solehah kempunan calon soleh

Merayu untuk dipertimbangkan

Tapi sayang sekali

Si lelaki tetap tidak berganjak dengan keputusan

Wahai Muslimah

Aku dan kamu

Mari mempelajari, mencontohi

Watak-watak wanita salafussoleh

Sifat, pengorbanan dan perjuangan mereka

Kerana wanita solehah itu

Lebih baik daripada seribu lelaki yang tidak soleh.

2 comments:

  1. "Kerana wanita solehah itu lebih baik daripada seribu lelaki yang tidak soleh."
    jom jadi yg solehah dan soleh utk insan yg soleh dan solehah..

    ReplyDelete
  2. insyaAllah
    mintak izin kongsi article nie..
    maafkan saya

    ReplyDelete


~Lihat dengan hati kerana pandangan mata selalu gelap, tak mampu menilai hakikat~


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...