Khaulah termenung dan mengiakan kata-kata seorang kakak yang sentiasa meniup kata-kata semangat pada diri Khaulah. Lembut…menusup hati…hanya air mata mampu mengalir dan bukti ia memberi kesan di jiwa khaulah. Khaulah tahu tentang hadis-hadis banyak yang menyebut tentang sabar dalm musibah. Khaulah sendiri selalu menggunakan ayat-ayat itu untuk menasihati orang lain, cuma khaulah tidak pandai menasihati diri khaulah sendiri tika ini. khaulah tidak pandai memujuk hati ini supaya berhenti menangis.
“ya Allah..janganlah ulat-ulat ini menghancurkan lidahku kerana aku ingin menyebut nama-Mu, aku mahu solat dan berzikir pada-Mu dengan sempurna…SubhanaAllah, hebat cintanya pada Allah..makin derita, makin kuat cintanya. Makin di uji makin mantapnya imannya….begitulah sahabat-sahabat terdahulu. Makin di uji semakin mantap cintanya kepada Rabbul Izzati.. Tetapi kini, khaulah tidak pandai mengamalkan apa yang khaulah pelajari.
Allahu Rabbi,
Aku dtg di hadapan-Mu dgn hati yg tercela..
Dengan hati yang sarat dengan beban dan dosa..
Dengan jiwa yang lemah dan longlai…
Dengan kekuatan yang pudar
Dengan semangat yang tiada tersisa..
Ampunkan daku Ya Allah…
Allahu Rabbi…
Engkau yang memberi nikmat bahagia padaku
Engkau jua yang memberikan rasa sakit dalam deritaku..
Maka ku pohon penawarnya ya Allah…
Kerana ku tahu Engkau tahu memujuk hatiku..membelai jiwaku…dan meniupkan cinta-Mu dalam hatiku..
Ya Allah…surat itu telah mengganggu ketenangan hatiku ya Allah…
Ya Allah…ku tagih kasih dari-mu…usirlah perasaan ini ya Allah.. Tetapkanlah hatiku di jalan agama-Mu.. Biarlah DIA yang menentukan masanya...
Tuhanku…jadikanlah aku wanita yang dapat membuatnya bangga…berikan aku hati yg sungguh m’cintai-Mu…Sehingga aku dapat m’cintainya dgn sekadar cintaku…amen ya Allah…
Khaulah membiarkan surat itu tanpa jawapan. Hatinya perlu di jaga..cukuplah kenangan semalam menjadi pengajarn dalam diri khaulah. Sesungguhnya jalan mujahadah ini sungguh perit,kadang2 putus asa dan air mata menjadi peneman.. Berhadapan dengan saat paling sukar dalam kehidupannya, khaulah harus belajar tersenyum dan bersangka baik dengan segala takdir Allah buatnya...
"ya Tuhan kami, ampunilah dosa-dosa kami dan tindakan-tindakan kami yang berlebih-lebihan dalam urusan kami, dan tetapkanlah pendirian kami...." (Ali Imran:147)
No comments:
Post a Comment