Wednesday, March 7, 2012

sahabat itu....


Bismillahirahmanirrahim…
Allah…dah lama sangat teratak saya ini bersawang tanpa di bersihkan oleh tuannya. Tuannya sibuk sampai tak sempat nak bersihkan ye… InsyaAllah…akan di bersihkan sedikit demi sedikit…^^.

Baru-baru ini saya bertanya seorang demi seorang teman. Apakah yang di maksudkan ukhwah lillahi Taala? Tapi…saya tak dapat jawapan yang boleh dapat memuaskan hati saya. Kecuali dengan membuka alquran dan kitab-kitab yang saya rasa lebih memuaskan hati saya. Bagaimana mungkin kita dapat membina rasa cinta kepada seseorang kerana Allah semata?



Pastilah dek kita tahu hubungan dan kasih sayang kita kepadanya mendapat keredaan Allah. Mungkin kerana dia orang yang dekat kepada Allah, atau dia boleh menjadi faktor kita dapat mendekatkan diri kepada Allah. Apabila perasaan yang seperti itu terbina, kita akan dapat berasa nikmatnya perasaan cintakan seseorang kerana Allah. Hanya hubungan yang seperti itulah yang membuahkan kesetiaan dan kejujuran yang tidak mampu dibeli oleh pangkat, kedudukan dan harta.

Dan saya juga pernah terbaca buku yang bertajuk “guru jutawan akhirat”. Di dalam bab sahabat, ia menyatakan adakah kita sebagai sahabat sanggup berkorban nyawa untuk sahabat yang kita sayang itu. Mampukah kita mengorbankan nyawa menjadi sahabat seperti itu? Ya seperti saidina Ali menggantikan tempat tidur Nabi, ketika nabi di buru oleh arab quraisy Mekah.di sebabkan kecintaan Saidina Ali kepada Nabi, beliau sanggup mempertaruhkan nyawanya..

Sukar sekali untuk mendapat sahabat seperti itu sekarang. Masing-masing hanya mementingkan diri sendiri. Persahabatan kerana Allah, memberi tanpa minta diganti, menyokong tanpa minta disanjung, memuji tidak kerana budi, berkorban tanpa menuntut ganjaran. Namun semuanya hanya mengharapkan kurniaan Allah jua yang menjadi punca kecintaan dan kasih sayang itu mekar antara satu sama lain. Sudah pastilah persahabatan itu dibina atas kebenaran yang sentiasa tunduk dan patuh kepada titah Allah dan Rasul-Nya. Alangkah indahnya suasana ini.

Sungguh…hati ini menangis mengingatkan sahabat tersayang saya. Pernah seorang adik menegur saya. “akak…saya dapat rasakan ukhwah akak dengan dia terlalu kuat…saya cemburu sangat”. Ya Allah..Engkau berilah kesihatan dan sembuh kan lah dia jika dia dalam kesakitan. Engkau mudahkanlah,tabahkan lah hatinya dalam mengharungi ujian-Mu.Allahumma amen.

Teman-teman silih berganti datang. Tetapi hanya dia seorang sahaja di hati saya. Yang setia bersama saya. Yang susah untuk berasa hati dan mengungkit. Yang sentiasa menegur jika tersilap. Sebak bila mengingatkan. Kenangan-kenangan manis yang sentiasa di hati ini tak akan pernah dilupakan. Walaupun baru setahun perkenalan. Tetapi sudah terasa lama bertahun-tahun.

Dalam hadis Nabi s.a.w bersabda: Sesungguhnya dari kalangan hamba-hamba Allah adanya golongan yang mereka bukan para nabi, atau para syahid. Namun para nabi dan para syahid cemburu kepada mereka pada hari kiamat disebabkan kedudukan mereka di sisi Allah.

Para sahabat bertanya: Wahai Rasulullah! Beritahulah kami siapakah mereka?Jawab Nabi: Mereka itu golongan yang cinta-mencintai dengan roh Allah, tanpa ada hubungan kekeluargaan dan bukan kerana harta yang diidamkan. Demi Allah, sesungguhnya wajah-wajah mereka adalah cahaya, mereka berada atas cahaya. Mereka tidak takut pada saat manusia ketakutan, mereka tidak berdukacita ketika manusia berdukacita.

Lalu baginda membaca ayat al-Quran: (maksudnya) Ketahuilah sesungguhnya wali-wali Allah tiada ketakutan untuk mereka dan tidak pula mereka berdukacita (hadis riwayat Abu Daud, dinilai sahih oleh al-Albani).

Inilah golongan yang dilindungi Allah pada hari kiamat. Di dunia mereka mendapat kenikmatan persahabatan yang jujur dan ikhlas, di akhirat mereka dilindungi Allah. Nilai persahabatan bukan pada wang atau peluang yang diberi. Atau kedudukan dan kerusi yang disogokkan. Semua itu tiada erti, jika ada udang di sebalik mi. Sesungguhnya senyuman ikhlas seorang sahabat sejati, lebih bererti dari dunia dan segala isinya, sehingga Nabi s.a.w. menyebut: Senyumanmu buat wajah saudaramu itu adalah sedekah (riwayat al- Tirmizi, dinilai sahih oleh al-Albani).

Ya Allah…kekal kan kami ukhwah kami hingga di akhirat nanti…amen..

No comments:

Post a Comment


~Lihat dengan hati kerana pandangan mata selalu gelap, tak mampu menilai hakikat~


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...