Saturday, March 17, 2012

aku bukan Abu Bakar..



Penduduk Mekah gempar lagi. Orang ramai berkumpul di hadapan Kaabah. Abu Bakar yang mendengar kekecohan itu turut tertarik untuk pergi. Dia mencelah-celah di kalangan kelompok orang ramai yang berkumpul di situ.



“Apa yang berlaku?” soalnya kepada salah seorang penduduk kota Mekkah yang ada di situ.

“Muhammad berdusta lagi. Dia mengatakan bahawa semalam dia telah pergi ke Baitulmaqdis dan pulang semula ke sini dalam waktu semalam sahaja. Sedangkan kita semua tahu tempoh perjalanan dari Mekkah untuk ke Baitulmaqdis memakan masa selama satu bulan.” terang lelaki tersebut. Mereka semua sedang mencemuh Nabi Muhammad.

Kehadiran Abu Bakar di situ disedari oleh Abu Jahal. Pantas, pemimpin di Mekah itu mendapatkan Abu Bakar, sahabat Rasulullah.



“Wahai Abu Bakar. Temanmu ini benar-benar sudah gila dan hilang akal. Mana mungkin seorang manusia biasa mampu pergi ke Baitulmaqdis dan pulang semula ke sini dalam masa satu malam sahaja. Sudah pasti Muhammad ini seorang pendusta.” teriak Abu Jahal. Dia semakin galak untuk menjatuhkan Nabi Muhammad.



“Aku percayakan dia.” sebaris jawapan Abu Bakar ternyata mengejutkan ramai orang.

“Muhammad ini ialah sahabat aku. Dan dia ialah seorang Rasul. Bukan setakat Baitulmaqdis, aku percaya dia mampu untuk pergi lebih jauh dari itu.” keyakinan dan kepercayaan Abu Bakar terhadap sahabat yang dicintainya lebih daripada dirinya sendiri ternyata sukar digugat.



Itulah dia putera Abu Quhafah. Sentiasa teguh pendiriannya menyokong Rasulullah. Tanpa mempedulikan dirinya sendiri, Abu Bakar rela bertaruh nyawa demi sahabatnya. Demi menegakkan Islam. Bersama-sama sahabat sampai syurganya, Nabi Muhammad.

***************************************************

“Ummi, janji dengan adik satu perkara.” Ummi mengalih pandang kepada Adik.

“Apa dik?”

“jangan tinggalkan adik. Kongsi segala-galanya. Dan,kita akan sama-sama masuk syurga. ” Adik mengucup pipi ummi nya.

Buat seketika, ummi terdiam. Manakala Adik menanti dengan penuh pengharapan. Perlahan,. Akhirnya ummi memeluk adik perlahan-lahan. “ye sayang, ummi janji..adik pun sama tau.” Air mata menitis perlahan-lahan. Ummi jangan lah menangis. “adik pun sama menangis”

“adik…nanti tolong ummi ya kat “sana” nanti…”

“ummi yang kena tolong adik..”balas adik.

“kita sama-sama tolong ya”

akhirnya masing-masing tenggelam dalam dunia mereka berdua. Bergurau senda dan saling bertukar cerita.

******************************************************

Matanya terpaku melihat perkataan-perkataan di papan skrin laptopnya. Sungguh, ummi sedang keliru dengan apa yang di bacanya. Baru sahaja tadi, kawan adik menceritakan tentang perihal mengenai adik. Kebetulan ummi sedang berkomunikasi dengan salah seorang ahli keluarga adik. Terus dia forward kan mesej-mesej tersebut untuk meminta kepastian. Betul ke adik begini? Keraguan menimpa. Aku tak kan mudah mempercayai kata-kata orang lain sebelum aku dapat kebenaran. Ummi bermonolog di dalam hati.


“ betul kak…dia tu macam ni…macam tu…” lagi sekali mesej diperolehi dari kawan adik.


Tutt..tuutt….tuutt,,..ummi segera mencapai hpnya, bunyi yang menandakan mesej masuk . Dari adik. “Sampai hati ummi, adik dah tahu dah apa yang ummi borak kan dengan dia. Adik buka fb ummi. Adik tahu adik tak sebaik dia.ummi tak payah nak rahsia-rahsia kan dari adik”


Terus ummi membuat panggilan untuk bercakap dengan adik. Hanya esakan tangisan sahaja yang kedengaran. Selepas itu talian terputus. Membuat panggilan sekali lagi. Tiada respon dari adik. Tanpa berputus asa talian masih di teruskan. Akhirnya adik menjawab panggilan. Hanya tangisan yang kedengaran.


“Adik…dik..dengar sini. Walaupun dia cakap macam-macam tentang adik. Tapi ummi tak pernah ambil peduli. Ummi tak percaya. Sebab ummi dah tanya tentang adik pada orang yang ummi percaya.”


“Betul ummi tak percaya apa yang dia cakap?”


“iye sayang…ummi kenal adik yang ummi kenal sekarang. Jangan fikir ummi akan percaya kata-kata orang lain. Adik percaya kan ummi kan, ummi pun kena percaya kan adik.”


Sudah tiga minggu adik dan ummi tidak berhubung. Tapi ini bukan lah penghalang untuk ummi lupakan adik. Tak mungkin.


Jauh di sudut hatinya, ummi sentiasa mendoakan agar ukhwah mereka tidak akan putus walaupun mereka berjauhan dan tidak berhubung. Dalam sebuah persahabatan, perlu ada sikap saling mempercayai antara satu sama lain dan sentiasa jujur kerana ummi tahu, dia bukanlah seperti Abu Bakar, yang sentiasa teguh bersama sahabat sampai syurganya, Nabi Muhammad.


*********************************************************************************




Cemburu dalam berukhuwwah.. Wujudkah cemburu itu andai kita benar-benar berukhuwah kerana Allah? Nah.. Inilah kekhilafan kita dalam berukhuwah.. Mudah sungguh syaitan itu menyuntik helah...


Dalam berukhuwah, bukan kesempurnaan yang kita harapkan.. Juga bukan kerana kebaikan persahabatan itu dijalinkan. Sesungguhnya, sebuah ukhuwwah itu akarnya keikhlasan. Selagi kita ikhlas bersahabat kerana Allah, tanpa dihubungkan pertautannya semata-mata kerana keperluan dunia, nescaya kita mampu mengelak sebarang konflik dalam ukhuwah, InsyaAllah.


Bukanlah sebuah kehidupan, andai perjalanannya tanpa sebarang kekhilafan. Begitu juga ukhuwah.. Hati manusia sungguh rapuh. Mudah goyah dengan hanya secebis ujian. Bagaimana ujian dalam berukhuwah? Dalam ukhuwah, kadangkala kita mudah terasa, tersinggung, kecil hati dan bermacam-macam lagi perasaan yang mampu menimbulkan keregangan dalam tali persahabatan..sedangkan berlapang dada merupakan tahap rendah ukhwah selepas ithar. Namun itu lumrah.. Kerana manusia tidak sempurna, dan bukan serupa fikrahnya..


Waallahua’alam..

pukul 4.30 pagi.

No comments:

Post a Comment


~Lihat dengan hati kerana pandangan mata selalu gelap, tak mampu menilai hakikat~


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...