Sunday, August 26, 2012

Pernikahan menyingkap tabir rahsia

Pernikahan menyingkap tabir rahsia. ya..Rahsia yang Allah rahsiakan sehinggalah ia tiba masa dan kita merasakan sendiri..:). Tersenyum..Alhamdulillah, ramai sahabat-sahabat yang telah mendirikan rumah tangga. Moga berbahagia hingga ke syurga ya....ameen.


Sejujurnya, jika tiba time saya... saya lebih bercita-cita untuk membuat yang sederhana dan simple. Bak kata Ustaz Don. Pengisian after nikahlah yang perlu di beri keutamaan. majlis sehari dua je. Tapi lepas nikah? tanggungjawab melebihi segala-galanya. pernah suarakan kat mak, "mak..majlis ina nanti ina tak nak pelamin,(kalau mini pelamin untuk bergambar dengan family ok je) tak nak ni, tak nak itu." seyes, nak simple2 je. Mudah-mudahan menyenangkan pihak lelaki. Indahkan hidup kalau kita sentiasa memudahkan urusan orang. Belanja pun tak banyak, elakkan pembaziran, perbelanjaan after nikah lagi banyak nak kena fikir. Nikah...majlis kecil-kecilan..so simple!!! nak macam tu...:).. Tak perlu nak grand-grand sangat kot. itu saya. terpulang pada mereka yang kat luar sana.


Pakaian pun simple-simple je. tak yah la ketat-ketat sangat sampai nampak bentuk badan. Allah...minta-minta saya di jauhkan dari itu..cepat ameen kan....:).



Apa yang penting?? yang penting lepas nikah tu semaikan taqwa dalam diri pasangan suami isteri dan memburu impian untuk bercinta hingga ke syurga...insyaAllah..



pssstt...sahabat-sahabat ramai dah kahwin...saya??:). doakan ye...

No comments:

Post a Comment


~Lihat dengan hati kerana pandangan mata selalu gelap, tak mampu menilai hakikat~


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...