Wednesday, October 3, 2012

kalau kita lewatkan solat.....

PERINGATAN BERSAMA...

SOLAT DI AKHIR WAKTU....



Rupa-rupanya ada cerita kalau kita lewatkan solat. Jika berpuasa,amalan kita terus pada ALLAH. Tapi jika kita bersolat,ada 'posmen'pula yang hantar amalan kita pada-NYA.


Jika solat pada akhir waktu,tak perlu bayar tol juga,tapi sekatannya,masya-ALLAH! Di langit pertama,penjaga tol marahkan posmen kita. Di soalnya,mengapa lewat poskan amalan kita? Merayu-rayu posmen malaikat kita minta diberi laluan,tapi penjaga langit pertama tak hiraukan,sebaliknya amalan lewat solat tadi dicampakkan balik ke bumi lalu jatuh berderai.




Maka tidak sampailah amalan kita pada ALLAH seolah-olah kita tidak solat jugak. Jadi bersedialah kita terima pembalasannya,jika tidak di akhirat,di dunia…hilang duit, hati risau, ujian bertimpa-timpa. Jadi tidak ada maknanya solat lewat kerana amalannya tidak sampai…tidak ada nilai . Sebaliknya kena azab lagi.

No comments:

Post a Comment


~Lihat dengan hati kerana pandangan mata selalu gelap, tak mampu menilai hakikat~


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...