Thursday, October 25, 2012

sahabat...sudikah kamu?



Sesungguhnya, amalan memberi nasihat dan teguran inilah yang menjadi tuntutan Islam, sesuai sabda Baginda SAW yang bermaksud: "Agama itu nasihat." - (Hadis riwayat Muslim)


Kadangkala, tanpa kita sedar kita mendapat teguran dari orang lain yang kadangkala rapat dan juga yang tidak rapat dengan kita. Apakah reaksi kita? Adakah kita mengucapkan terima kasih atau membantah teguran tu dengan sindiran atau sebaliknya. Sesetengah orang ia lambat menerima teguran dan setelah beberapa lama selepas itu baru dia terfikir dan tersedar. “owh…betul juga kata dia”. Dan sesetengah yang lain berkeadaan menerima hati yang terbuka, menerima dengan hati yang gembira dan senang hati. Di manakah keadaan hati kita jika kita menerima teguran?


Termenung, masih lagi terngiang-ngiang nasihat seseorang yang tidak ku kenali, sebelum ni. Ya, memang saya tak kenal. Tapi Allah aturkan untuk kami berkenalan walaupun sekejap Cuma. Ketika itu dalam perjalanan balik dari KTM Kl Sentral ke Banting. Saya duduk bersebelahan seorang adik yang tidak di kenali. Tegur menegur. Dan akhirnya borak sampai menuju ke destinasi. Yang paling saya ingat sampai sekarang, sebelum dia turun ke station KTM Nilai dia berkata sesuatu.


“AKAK…SAYA DOAKAN AKAK DAPAT JODOH YANG SOLEH. RAJIN-RAJIN YA SOLAT  TAHAJUD. SOLAT TAHAJUD NI DAPAT MEMBUKA HIJAB SESEORANG, KADANG-KADANG JODOH TU DAH ADA DAH KAT DEPAN MATA KITA DAN YANG KITA KENAL, CUMA DI SEBABKAN DOSA-DOSA KITA ALLAH TANGGUHKAN DULU, DOA BANYAK-BANYAK.”



Saya terpana. Ya Allah ini teguran dari-Mu ya Allah. Engkau hantarkan makhluk-Mu supaya aku sedar dan tidak terus lalai dengan dunia ini. Ya…cerita ini setahun yang lalu. Masih terbayang-bayang kejernihan wajah adik tu, Masya Allah…hampir hati ini di basahi air. Sedangkan saya tidak bercerita pun mengenai jodoh, dia pun tak bertanya tentang ni kepada saya. Ya..setahun yang lalu peristiwa ni. Tiba-tiba hari ni saya kembali teringat semula dan berniat untuk mencoret di teratak buruk saya ini Sebagai ingatan diri yang kadangkala alpa dan leka.

Sahabat…sudi kah Engkau menasihatiku selalu? Siapakah sahabat itu?

No comments:

Post a Comment


~Lihat dengan hati kerana pandangan mata selalu gelap, tak mampu menilai hakikat~


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...