Thursday, April 3, 2014

Tentang Jodoh-Ustazah Norhafizah Musa-

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamu'alaikum w.b.t...

Bercakap tentang soal memilih jodoh, teringat kisah benar Ustazah Norhafizah Musa bagaimana dia setuju untuk berkahwin dengan suaminya, Dr Azhar Yaakob. 


Ustazah ada ceritakan di dalam satu ceramah di UIAM,Gombak di bawah tajuk “Gown & Tuxedo: The Beauty of Me.


Kata ustazah :
“Dalam bab memilih jodoh ni,  ustazah ada memiliki kepercayaan dan keyakinan sendiri yang ustazah pegang sangat. Bahawa jodoh ini, yang terbaik, mohonlah dengan Allah Azzawajalla. Ustazah percaya sangat dengan Allah, minta dengan Allah. Minta dari sekarang, “Rabbi Habli Minassolehin.” Ya Allah, kurniakan aku keturunan yang soleh-soleh. Nak keturunan soleh, mak kena soleh. Nak keturunan soleh, pasti kita dapat suami yang soleh. Sebab kita mintak seluruh keturunan kita, ada lagi darah daging kita walaupun tujuh keturunan, soleh belaker. Kita mohon dengan Allah, jumpa insyaAllah. Kalau tak jumpa kat dunia, pun kat akhirat. Allah jawab kita punya permintaan.


Sebelum umur ustazah 18 tahun, ustazah bergelumang dengan pakwe makwe, tapi lepas umur 18 tahun, memang tak de langsung dah. Takde. Duduk belakang pintu pun dua kali je kot. Tu pun nak bagi fail. Di Yarmouk, di bawah persatuan Permaya namanya, jika berhubung dengan lelaki, akan ada tabir. Memang tak ada pergaulan bebas langsunglah.Ustazah harap anak-anak ustazah tak ikut perangai mak dia yang dulu-dulu tu.


Dan selepas 18 tahun, inilah doanya.
Ya Allah Ya Tuhan, sebagaimana kawan-kawan aku yang lain, aku nak  juga jodoh yang baik. Aku yakin dengan Engkau ya Allah.


Selepas usia ustazah 18 tahun, bercakap dengan lelaki melalui telefon pun takde langsung. Malah,setiap kali ada urusan dengan laki-laki,  Allah je yang Maha Mengetahui, ustazah rasa masa silam yang ustazah lalui itu, cukuplah tak nak ada hubungan apa-apa dah. Berdoa saja dengan Allah. Dalam keadaan tak kenal, mana satu Arshad, mana satu nama ni, macam mana nak kawen? Siapalah orangnya, siapalah yang nak. Tapi Allah mengatur jodoh ustazah. Ustazah istikharah,istikharah,istikharah, yakin dan percaya, betul agaknya, hati tu kuat mengatakan ini jodohku. Terima sajalah, dan minta Allah mudahkan segala jalan.


Walaupun mula-mula, datang orang ni sorang, kita kata tak hensem, tak nak istikharahlah. Bila sembahyang kita kata, “Kenapalah aku ni, tak jujur dengan Allah. Kata nak mintak Allah carikan. Kata nak percaya dengan Allah.” Tapi, banyak juga campur tangan taste kita kan.


Ustazah istikharah jugak, tak kiralah sape pun. Istikharah,istikharah, sampailah datang seorang jejaka., yang sungguh macho sekali. Datang seorang jejaka tu, yang ustazah memang berat hati, tak naklah yang ni. Dahlah orang jauh apa semua. Tapi, kita jujurlah dengan Tuhan, kita istikharah. Akhirnya Allah meletakkan dalam hati tu, keyakinan yang tidak dapat digugat-gugat. Ustazah katakan, inilah jodoh yang Allah pilihkan untuk ustazah. Dan alhamdulillah, yang pilihan Allah itu, semakin lama kita melalui kehidupan, semakin terserlah bahawa inilah pilihan istimewa dari Allah untuk ustazah. Seorang suami yang boleh bangun malam, pakaikan pampers anak, ustazah nak pergi ceramah, dia tolong buatkan nota-nota. Tak pernah komplen nak pergi mana, nak pergi mana. Dia kata, dalam Lembah Klang, nak sampaikan dakwah, pergilah, takpe, Anak-anak dia boleh uruskan.


Baru beberapa tahun kawen, dia hadiahkan seorang bibik. Pembantu rumah untuk memudahkan kerja sebagai seorang isteri. Pada ustazah, pilihan dari Allah itu, yakin dan percaya itu yang terbaik. Jadi, jangan takut, saya tak bergaul dengan laki-laki, jadi takde jodohlah saya. Tidak. Mohonlah dengan Allah Azzawajalla.  


13 comments:

  1. assalamualaikum ukhti :)

    terima kasih diatas perkongsian ini.
    sy tak pernah dgr ustazah ceramah pasal nih.
    btw, sy sgt suka mndgr crmah ustazah hafizah musa.
    bkn shja lembut dn brhikmah. malah tersusun rapi faktanya :)

    sy dtg bziarah tapi maaf sy xdpt follow dulu, sbb line xbpe okey. inshaALLAH lpg nt sy dtg jenguk lg. dan terus follow. Harapnya line okey la kn. :)

    ReplyDelete
  2. Waalaikumsalam.

    Ada linknya. tapi saya lupa.
    saya juga mengkagumi kata-kata hikmahnya.
    alhamdulillah...biiznillah..
    Terima kasih sudi membaca.. :)

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum.. Alhamdulillah... terima kasih dgn perkongsian.. amat mmbri mnfaat.

    ReplyDelete
  4. Alhamdulilah. Trima kasih atas perkongsian yer :)

    ReplyDelete
  5. Assalammualaikum...

    Syukran...

    terima kasih atas perkongsian ini..

    saya suka ayat yang terakhir tu.. "Kita tak kawan dengan lelaki.. maka tak ada jodohlah kita...tidak.. mohon lah dengan Allah..."

    terima kasih kerana mengingatkan =)

    -raidah-
    www.blograidah.com

    ReplyDelete
  6. Maha suci Allah.. Allah huakbar..

    ReplyDelete
  7. Salam. Terubat membaca kata2 ustazah. Di saat berdika mengenangkan anak2 dan anak saudara menginjak usia 30-an. Belum bertemu jodoh. Ya Allah pelihara mrk drp sst yg tidak baik.

    ReplyDelete
  8. Salam..saya dulunya tak percaya dgn lelaki kerana saya dibesarkan dlm keluarga yg berpecah belah. Ayah saya kawin lain dan keluarga sy musnah. Sy xpernah couple apatah lagi bergaul dgn lelaki. Jika ada lelaki yg ingin mendekati sy...sy akan menjauhkan diri. Namun...sy sentiasa percaya setiap org ada jodoh masing2 dan sy mula berdoa agar sy mendpt jodoh yg terbaik utk diri sy. Alhamdulillah kini sy telah berkahwin dgn cinta pertama sy dan suami saya kini adalah lelaki terbaik yg sy pernah jumpe dlm hidup. Alhamdulillah..syukur pada Allah. Percayalah..setiap insan mempunyai jodoh masing2 di dunia ini. Berdoalah kepada Allah agar kita mendpt jodoh yg terbaik.

    ReplyDelete
  9. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam. InsyaAllah..mohonlah kekuatan dari Allah. perbanyakkanlah mendekati diri kita kepada Allah. dekatkan dengan majlis-majlis ilmu. Baca al-quran. InsyaAllah..Allah akan bantu. Manusia hanya pengantaraan untuk menguji kita. Teruskan dekat dengan Allah. InsyaAllah..bantuan Allah datang.

      Delete


~Lihat dengan hati kerana pandangan mata selalu gelap, tak mampu menilai hakikat~


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...