Monday, July 7, 2014

Ramadhan, Adik. Buku. Birthday girl.

Bismillahirrahmanirrahim.


Rasanya tak terlambat untuk saya mengucapkan salam ramadhan kepada seluruh ummat Islam. Moga ramadhan kali ini lebih baik dari sebelum ini, InsyaAllah. Yah, bulan yang mulia ni juga menguji diri kita bagaimana tahap eskperasi cinta kita pada Allah. Adakah pada tahap yang biasa-biasa sahaja. Sama ada, hanya berpuasa di siang hari dan berbuka menjelang waktu berbuka tiba. Dan juga, sama ada kita berada di tahap di mana kita tarasa teruja untuk menjadikan ia wasilah untuk diri kita lebih cinta dan takutkan Allah. Bersahur,Bersedekah, berpuasa di siang hari, bertadarrus, qiammullail dan melakukan segala kebaikan. Kerna kita mengetahui bahawa sedikit mana pun kebaikan yang kita lakukan pada bulan yang penuh mulia ini, Allah akan memberi ganjaran pahala yang berlipat ganda. Insya Allah.


Bila fikir-fikir balik, takut. Mana tahu ini adalah ramadhan terakhir saya. Saya mengalami situasi di mana, saya takut tumpuan saya terjejas. Banyak sangat kejutan sebelum ramadhan. Pindah sekolah, nak pindah rumah, cari rumah sewa. Semua di buat dalam awal bulan ramadhan. Hampir 2 minggu lebih berulang alik dari batu pahat ke Yong Peng sekolah baru saya. 45minit saya kira setiap hari. Bertabahlah saya setiap hari. :’). Alhamdulillah… Allah sangat baik. Dia permudahkan segala urusan saya. Dan sekarang saya perlu focus pada kerja saya sekarang  dan tanggungjawab saya. Bersyukur sangat dapat sekolah yang best, rakan guru yang sporting. Tak sampai sehari saya dapat masuk dengan mereka. Sekolah kecil, murid pun sikit. Senang saya nak focus ajar anak-anak murid ni. J


Alhamdulillah, awal cuti hari tu Allah izinkan saya berjumpa dengan adik malah merangkap sahabat   kesayangan saya. Dah lama tak jumpa. Mestilah rindukan. Yang si adik ni pun satu. Nak jumpa pun siap nak fight dengan kita kan. Cakapla rindu juga. :-p Alhamdulillah, walaupun dia dah kahwin hubungan kami tetap macam dulu juga. Dah nak hampir 4tahun persahabatan kami. Rancang nak ziarah je. Siap bawa adik-adik yang kecil ni. Keluar pukul 10.30 sampai nak dekat pukul 3.00 petang. Sadis tak? Cari pizza homemade. Tak nak pizza hut yang selalu keluar iklan tu. Last-last sesat. :’( . saya memang raja sesat. Alhamdulillah, jumpa juga.  Kesian adik saya haziq yang 4 Tahun. Membebel je. Kak ina…haziq takut. Adeiii… :’). Adik…Allah kan ada. Jangan takut.


Sampai je rumah adik, adik cakap ustaz belum balik solat jumaat. Sebab kami rancang nak pergi rehlah di Ulu Yam. Punyalah beli makanan berkelah.hehe. seronok tengok adik-adik mandi dan main air. Saya just duduk atas batu dan snap gambar je.:-p. tak rancang nak bermalam di rumah adik. Tapi depa pujuk juga suruh bermalam. Mak dah pesan awal-awal jangan balik malam. Last-last memang dah agak dah, mak mesti call. Saya minta adik yang cakap dan minta kebenaran pada mak untuk bermalam. Kalau dengan si dia ni, mak okeyyyy jeee…(sambil jelir pada adik, werkk).hehe.








Malam tu keluar makan steamboat, dekat je dengan rumah adik. Ustaz join sekejap je. Ustaz memang selalu bagi ruang dan peluang kami bersama. Sebab ustaz kata nanti kalau dah kahwin susah nak macam ni laagi. Melainkan dapat suami yang memahami. Hehe. Dan…dan.. tiba-tiba dapat ilmu sikit tentang ilmu rumahtangga.kehkeh. ustaz cakap, nanti ambil buku kat rumah tu. Buku tu ada dua. Tajuknya surat terbuka untuk para Isteri, dan Surat Terbuka untuk Para Suami. Terima kasih Allah, terima kasih adik dan zauj.



Lepas makan, pergi ke econsave. Padahal dah nak pukul 10 malam dah. Pergi bahagian baby. Cari baju baby untuk baby adik , merangkap anak angkat saya.ngeee..hehe.. tak penat pula mak buyong ni berjalan. Tak apakan dik, bukan selalu. Yang paling kelakarnya.

“Umi, adik tidur dengan umi tau”

“Mana boleh, adik dah kahwin, adik kena tidur dengan suami lah. Isteri kena berada di sisi suami. 

Tak ada. Umi tidur dengan emi dan haziq”


“tak apalah, adik nak tidur dengan umi juga, peduli apa adik”



Yelah dik, apa-apa aje lah kan. Dulu adik banyak berkorban untuk umi, sanggup redah KTM semua. Naik bus untuk sampai ke rumah umi. Memang terharu. Sekarang ni tak bolehlah. Kadang-kadang lepas kahwin adik ada juga datang tidur rumah , tapi saya kena ambil dia. Dah isteri orangkan. Dan sekarang, saya pula akan ke sana. Tempat adik. Kalau tiap kali cuti sekolah. InsyaAllah, moga Allah pelihara hubungan dan ukhwah fillah kami hingga di depan Allah nanti. Biiznillah.



Adik…terima kasih untuk buku aku ada wali karya kak Fatimah Syarha. Adik macam tahu je saya tak beli lagi. Sebab saya tiap-tiap tahun memang beli. Saya  Peminat karya Ustazah Fatimah Syarha. Buku Ni bukan sekadar novel. Dia Padat dengan ilmu,lagi bab feqah. Cuma buku pemilik cinta setelah Allah dan Rasul saya hilang. Tak beli-beli baru lagi. Sayang kot buku tu. :’(. Dah banyak kali saya khatam plus hadamkan betul-betul. Sebab apa? Buku-buku ustazah banyak mengajak remaja di luar sana membaiki diri dan menjaga ikhtilat antara muslimin dan muslimat. Sama ada belum bertunang, dan dah bertunang. Bila baca sokmo. Kita seperti meletakkan diri kita di dalam watak novel tu. Serius. Ini bukan main-main. Sampaikan nak berurusan dengan lelaki pun saya kena fikir banyak-banyak. Ni urusan atau tak. Fikir dalam-dalam, nanti depan Allah nanti nak jawab apa? Sedar tak kita apa yang kita buat walau sekecil zarah akan di persoalkan oleh Allah. Kalau kita ada alasan untuk di bentangkan di depan Allah, silakan berurusan. Tak kisahlah orang nak kata saya syadid ke tak. Dah lali. Tak apalah, Allah lebih tahu dan lebih faham. Baikkan Allah. :’)


Ya Allah, panjang pula saya membebel. Tengok jam dah pukul 12 lebih. Oklah nak tidur, esok 8hb Julai pagi-pagi kena bangun. Esok kan besday girl. :p . doakan khusus untuk diri saya boleh? norsufazreena binti sulaiman. Doakan saya kuat, sabar dan tabah menjadi hamba Allah yang beriman. Jadi wanita solehah. Jadi anak solehah. Jadi umi dan Isteri yang solehah satu hari nanti. Jadi manusia yang bermanfaat untuk ummah. Semoga Allah makbulkan doa-doa kalian semua. Ameen…ameen ya Rabbal ‘Alamin.


1 comment:


~Lihat dengan hati kerana pandangan mata selalu gelap, tak mampu menilai hakikat~


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...