Wednesday, January 6, 2010

Hati Kita Ini Milik Siapa?


Pernahkah kita rasa terlalu sedih lalu kita tersedar segala kesedihan itu bukan kerana Allah SWT. Kita bersedih bukan kerana kita makin jauh dari Nya atau kita merasakan dosa-dosa kita terlalu banyak untuk kita meraih cinta Nya.

Pernahkan kita rasa terlalu marah hingga air muka kita berubah; tiada lagi senyuman, jiwa kita terasa menggelak lalu lidah kita mengeluarkan kata-kata yang tidak disukai oleh Allah SWT. Adakah ketika itu marah kita kerana Allah SWT; kita marah kerana Allah dipandang rendah atau mungkin kerana Islam dipandang hina dan sebagainya.

Mungkin tidak selalu kita tanyakan soalan-soalan begini pada diri kita. Dibulan dan saat yang mulia ini, marilah kita tanyakan soalan-soalan tadi pada diri kita supaya kita tahu hati kita ini milik siapa. Tangisan dan tawa kita untuk siapa? Marah dan dendam kita milik siapa?

Marilah kita mencari pemilik hati ini agar disaat kita kembali kepada Allah SWT nanti kita tidak menangis kecewa kerana kita baru tersedar, rupa-rupanya hati yang berada di dalam jiwa kita ini, hati yang selalu kita kisahkan hingga kadang-kadang kita tidak lena tidur dan thilang selera makan serta hati yang kita belai, kita pupuk dan kita sayangi ini sebenarnya bukan milik Allah SWT.

Ketika kita melihat begitu ramai manusia di Pudu Raya, cuba kita tanyakan pada diri kita, rasa-rasanya ada berapa ramai yang dihati mereka ada Allah. Mungkin kita boleh ubahsuai soalan ini untuk diri kita; Ketika kita sibuk menguruskan kehidupan kita, ketika kita sibuk dengan urusan belajar atau kerja kita, berapa minitkah hati kita benar-benar merasai kehadiran Allah SWT. Bahkan kalau disemak-semak, mungkin ketika solahpun kita tidak benar-benar ingatkan Allah SWT.

Ada satu penyataan yang membuatkan saya menangis “Cuba kita bayangkan, apabila kita bertakbir untuk solah lalu Allahpun memandang kita dengan pandangan rahmatnya. Allah memandang pada hati kita dengan penuh kasih sayang tetapi kita memalingkan hati kita ke arah lain.” Bukankah ini yang sering berlaku, ketika solat pun kita tidak mampu benar-benar menghadapkan wajah kita pada Dia yang menjadikan langit dan bumi apatah lagi ketika kita sibuk dengan urusan kehidupan kita.

Baru baru ini, seorang ustaz ketika di awal Ramadhan mengajak pelajar-pelajarnya, “Marilah kita tinggalkan segala kata-kata dusta kerana Allah tidak harapkan kita berpuasa sekiranya kita masih lagi berdusta. Marilah kita berkata benar pada diri kita. Bukankah selama ini kita banyak berdusta pada diri kita. Kita berikrar setiap kali kita selesai takbiratul ihram ‘Aku menghadapkan wajahku kepada Dia yang menjadikan langit dan bumi, dengan suci hati dan penuh ketundukan’ tetapi hati sedang tertumpu kepada selain Allah SWT. Allah memandang kearah kita ketika mendengar panggilan kita tetapi kita yang sombong lalu memalingkan hati kita ke arah lain. Tidak takutkah kita dengan teguran Allah SWT diawal surah Al Baqarah; “Dan diantara manusia ada yang mengatakan bahawa kami beriman kepada Allah dan hari Akhirat, dan (padahal) bukanlah mereka itu orang-orang yang beriman. Mereka cuba menipu Allah dan orang-orang beriman padahal tidaklah mereka menipu melainkan diri mereka sendiri tetapi mereka tidak terasa” Bukankah ayat ini menggambarkan golongan Munafiq.? Jadi berapa lama lagi kita nak menipu Allah SWT dan menipu diri kita sendiri?”

Hakikat penyakit riak

Firman Allah dalam surah al-Ma’un ayat 4-6 yang bermaksud:
"Maka celakalah bagi orang yang solat. (Iaitu) orang yang lalai solatnya dan orang-orang yang riak."


Pengertian riak
Riak itu ialah melakukan kebaikan dan amal ibadat semata-mata untuk mencari tempat di dalam hati manusia.

Perkara yang diriakkan oleh manusia;

1. Riak dari segi badan
Riak jenis ini menunjukkan seseorang itu menampakkan keletihannya kerana berpuasa dan banyak berjaga malam untuk beribadat.

2. Riak pada pakaian
Seseorang itu memakai pakaian yang menunjukkan kewarakan dirinya sedangkan hakikatnya tidak. Memakai pakaian sebegini di hadapan golongan tertentu kerana kepentingan diri sedangkan di waktu lain dia bukanlah sebegitu malah hatinya juga bukanlah berniat untuk mendapat keredhaan Allah tetapi mengharap penghormatan daripada orang lain.

3. Riak dengan perkataan
Riak ini adalah seseorang itu menunjukkan dirinya seorang yang benar dan ikhlas melalui perkataan yang keluar dari bibirnya. Tuturnya seperti seorang penasihat dan pensyarah. Dia memilih lafaz-lafaz yang halus dan dalam maknanya juga kata-kata hikmat beserta hadith. Dia juga berkata seperti kata para Nabi dan aulia sedangkan pada hakikatnya dia sebenarnya sunyi dan kosong.

4. Riak pada amalan
Orang sebegini adalah sering menzahirkan khusyuk dalam solat dan sengaja memanjang-manjangkan rukuk dan sujud apabila ada orang melihatnya. Orang seperti ini sering bersedekah secara terang-terangan, pergi menunaikan fardhu haji, berjalan menundukkan kepala dan kurang berpaling ke kanan dan ke kiri padahal Allah mengetahui batinnya. Sedangkan jika dia bersendirian amalannya bukan sempurna sebegitu, seperti solat dengan cepat, berjalan laju dengan matanya sering meliar ke sana ke mari dan sebagainya.

5. Riak dengan ramainya murid dan pengikut
Seseorang itu berasa bangga dengan murid dan pengikut yang ramai. Demikian juga seperti seseorang yang sering menyebut nama ulama’ itu dan ulama’ ini bagi menunjukkan dirinya seorang yang banyak bertemu dengan syeikh dan ulama.


Peringkat Riak

1. Riak Akbar
Riak akbar ialah seseorang itu taat melakukan ibadat tetapi untuk mendapatkan sesuatu daripada manusia dan bukanlah untuk beroleh keredhaan Allah SWT. Riak ini adalah berpaling terus daripada Allah pada keseluruhannya kerana hanya berkiblatkan manusia.

2. Riak AsgharRiak asghar ini pula ialah melakukan sesuatu untuk mendapatkan apa yang ada pada manusia dan apa yang pada Tuhan iaitu melakukan amal kerana Allah dan kerana yang lain daripada-Nya. Riak ini adalah lebih ringan daripada riak akbar kerana orang itu menghadap Allah pada satu segi dan kepada manusia pada satu segi yang lain.

3. Riak Jali (yang terang)
Riak ini ialah mendorong seseorang itu untuk melakukan amal ibadat. Sehinggakan jika tanpa riak ini dia tidak berminat untuk melakukan amal.

4. Riak Khafi (yang tersembunyi) Riak ini pula tersembunyi di dalam hati di mana ianya mendorong seseorang itu untuk lebih rajin beribadat.


Punca Riak
Sebab-sebab yang boleh membawa kepada penyakit riak ini antaranya ialah;

1. Sifat suka dipuji oleh orang lain.
Sifat ini akan membawa kepada bangga diri dan suka menunjuk-nunjuk kelebihan kepada orang lain.

2. Takut dikritik atau dicerca oleh orang lain.
Ketakutan ini boleh membawa kepada penampilan yang kurang jujur dan suka berpura-pura.

3. Cintakan kehidupan dan kemewahan dunia dan lupa pada kematian.
Seseorang itu melakukan segala pekerjaan adalah semata-mata kerana untuk menarik perhatian orang lain, dan menganggap dirinya hebat. Manusia sebegini mengharapkan ganjaran atas segala pekerjaan yang dilakukan.


Bagaimana mengelakkan sifat riak?
Rawatan terbaik bagi segala penyakit di muka bumi ini adalah dengan menjauhi sebab-sebab dan punca terjadinya penyakit.

Terdapat beberapa cara untuk menghindari sifat riak daripada menguasai hati;
1. Sentiasa mengingatkan diri sendiri tentang perkara yang diperintahkan Allah dan juga sering menyucikan hati dengan melakukan ibadat-ibadat khusus seperti zikir dan membesarkan kekuasaan Allah.

2. Mengawasi diri agar sentiasa takut akan kemurkaan Allah. Dengan ini akan membawa diri agar sentiasa berwaspada dalam melakukan perkara yang boleh mengheret kepada dosa dan seksaan Allah pada hari akhirat kelak.

3. Berwaspada terhadap perkara-perkara yang boleh menghapuskan pahala amalan yang dilakukan akibat riak.

4. Menanamkan di dalam diri bahawa melakukan sesuatu perkara kerana manusia sehingga membawa kemurkaan Allah itu patut dijauhkan.

5. Sentiasa mengawasi diri daripada lalai terhadap ujian dan nikmat yang dikurniakan Allah untuk menghampirkan diri kepada Allah.

6. Ikhlaskan diri dalam setiap amalan yang dilakukan. Apabila berasa suka dipuji dan diberi penghargaan setiap kali membuat sesuatu perkara yang baik dan berasa terhina apabila ditegur, maka inilah tanda wujudnya sifat riak.

Adakalanya terdapat juga orang yang melakukan amal kebajikan dengan niat ikhlas kerana Allah, namun dia mendapat mendapat perhatian daripada orang lain atas amalannya. Keadaan ini tidak diambil kira sebagai riak kerana dia sememangnya niat dengan ikhlas pada awalnya. Namun, untuk melakukan satu-satu ibadat pada permulaannya akan menyebabkan timbulnyaperasaan riak dan rasa bangga diri, namun apabila amal itu sering dilakukan dan berterusan dengan niat ikhlas pastinya perasaan riak itu akan terhapus sedikit demi sedikit.

Janganlah takut untuk pergi ke masjid, mendengar tazkirah, menunaikan solat jemaah dan sebagainya kerana takut akan dikatakan riak sedangkan dengan riak itulah akan mendorong dan menggalakkan kita untuk beramal dan meningkatkan ibadat. Tetapi, jangan biarkan perasaan riak itu terus menerus menguasai diri kerana apabila ada riak dalam setiap amalan maka amalan yang dilakukan adalah sia-sia belaka.


petikan dalam i luv islam..
harap kita dpt sme2 ambil manfaat...
wallahu'alam...
wassalam

Thursday, December 31, 2009

Bukan buku cinta yg berjiwang ok!!


Balik dari kelas petang saya dan sahabat saya singgah ke kedai buku yang menjual buku2 agama. Cadangnye hanya nak tengok-tengok je. Tiba-tiba terpikat dengan satu buku yang bertajuk “Engkau memang Cantik”. Bukan saya nk feeling saya cantik, sebab saya sedar, saya biasa-biasa je orangnye.huhu. kawan saya pun menegur saya, ina ni suka beli buku cinta-cinta.Mungkin dia rasa buku ni cinta2 kot.. Pedulikan apa orang cakap, saya tak kisah pun.(^_^).

Buku ni menceritakan mengenai diri seorang muslimah. Menjadi Muslimah adalah anugerah yang paling indah. Peribadi muslimah sejati akan memberi impak kepada dunia, dan selalu memberi makna bagi sesame manusia. Bahkan pembaca yang merasa bahawa dirinya tidak miliki apa-apa, padahal dia sudah memiliki segalanya. Mereka kecut jiwanya dan merasa tidak ada kelebihan apapun. Hidup mereka terasa hampa dan tidak punya tenaga untuk bangkit dari kegagaln yang menimpanya.

Hal ini tentu saja menggelisahkan hati dan menggundahkan fikiran. Harus ada usaha untuk m’beri kefahaman bahawa para muslimah itu sudah memiliki banyak makna selama ini bagi bagi umatnya. Dunia yang sedemikian luas sedia menghamparkan sebuah tanggungjwb besar, bahawa muslimah harus berani tampil di medan dakwah.

Selain itu buku ini juga menggupas mengenai..”solehah tapi tidak indah”…macam mana ye tu? “menjaga imej ketik bersama ikhwan,tetapi tidak ketika bersama orang lain”. Maka buku ini hadir sebagai sebuah nasihat bagi kita semua. Nasihat yang akan menjadi begitu berharga bagi kelangsungan dakwah Islam pada masa akan datang. Kerana kita tidak pernah tahu, di tangan siapakah kejayaan Islam ini akan di menangkan. Banyak kritik, bukti perhatian, banyak masukan bukti kasih sayang. Jangan jemu dan jangan letih menasihati..(^_^). Beli..jgn x beli..



Selepas saya membayar untuk buku “Engkau memang Cantik”. Saya terpandang lagi buku yang bertajuk “Kerana Cinta Harus Memilih”. Cinta Lagi!!! Alamak..macam mana ni, cam berminat juga. Ini bukan judul sinetron, bukan pula opera sabun. Tapi buku ini akan mengingatkan kamu pada hal-hal yang biasa anda alami. Bagaimana memilih di antara dua pilihan, menjadikannya kekasih atau hanya teman. Tentu saja akan ada perasaan bimbang, ragu, campur perih. Lengkap dengan air mata yang bergenang di kelopak mata, tetapi pilihan harus dipilih. Pilihan ini juga sebagai sebuah neraca iman di dada kamu. Agar kamu semakin tunduk, semakin cinta hanya pada si Dia, Allah SWT. Jadikan cinta yang menyucikan jiwa, bukan hiasan dunia penabur dosa. Cinta remaja yang penuh indah dan penuh pahala. Buku ini setidaknya menjadi teman mencipta haluan. Akhirnya saya beli juga buku ni…hehee…(^_^).


“KERANA CINTA HARUS MEMILIH mengingatkan remaja bahawa: kita hanya punya satu cinta iaitu cinta yang mendekatkan kita kepada Tuhan. Kita yang memilih untuk tidak menangis setelah di permainkan cinta duniawi,berbahagialah. Seburuk apa pun masa lalu kita, kalu hari ini kita benar-benar bertaubat dan membaiki diri, insyaAllah semua keburukan itu akan terhapus. Hari ini adalah untuk menanam benih dan masa depan adalah waktu untuk menuai hasil. Kerana itu, jika kita ingin tahu masa depan kita, maka lihatlah apa yang kita lakukan sekarang”.-Pyanhabib-

Sunday, December 27, 2009

Jawapan Allah swt kpd persoalan hidup kita

Sem baru dah bermule semangat ina...!!!semangat ina.!!!! entah npe x semangat.. kadang-kadang putus asa,cm x nk belajar je rasenye. nk duduk umah je... ermmm...ntah la...benda ape ntah yang merasuk fikiran saya.. moge2 sem baru yg akan bermula ni memberi saya ilmu yg baru yang dalam diri saya yang sangat dhaif ini..


ADAKAH AKU SUDAH DIKIRA BERIMAN???
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan 'kami telah beriman',sedangkan mereka tidak diuji?Dan sesungguhnay kami telah menguji org2 yg sebelum mereka,maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar & sesungguhnya DIA mengetahui org2 yg dusta" Al-Ankabut:2-3

KENAPA AKU TIDAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN???
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu,& boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu,Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui" Al-Baqarah:216

KENAPA SUSAH SANGAT UJIAN INI???KNP AKU DIUJI BEGINI???
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dgn kesanggupannya" Al-Baqarah:286

RASA FRUST??..TENSION??..LEMAH SEMANGAT???
"Janganlah kamu bersikap lemah,& jgnlah pula kamu bersedih hati padahal kamulah orang-orang yg paling tinggi darjatnya jika kamu orang-orang yg beriman" Al-Imran:139

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA???
"Wahaiorang-orang yg beriman!Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dlm mengerjakan perkara-perkara yg berkebajikan & kuatkanlah kesabaran kamu lebih drpd kesabaran musuh di medan perjuangan) & bersedialah (dgn kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan)serta bertaqwalah kamu kpd Allah supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan)" Al-Imran:200

"Dan mintalah pertolongan kpd Allah dgn jln sabar & mengerjakan solat & sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali bagi orang-orang yg khusyuk" Al-Baqarah:45

APA AKU DAPAT DRPD SEMUA INI???
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min,diri,harta mereka dgn memberikan mereka syurga untuk mereka...." At-Taubah:111

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP???
"Cukuplah!Allah bagiku,tiada Tuhan selain dariNYA.Hanya kpdMU aku bertawakkal" At-Taubah:129

ARGHHH AKU TAK TAHAN!!!..AKU DH BOSAN!!!
"....dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah.Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yg kafir" Yusuf:12

Thursday, December 24, 2009

Saat Jiwa Terasa Kosong Dan Sepi

Saat jiwa terasa kosong dan sepi,
Langit itu jauh kurenungi,
Mengimbau kembali perjalanan hidupku,
Dari alam jahil kealam islah,
Dari mencari cinta dunia kepada cinta abadi

Pernah dulu aku impikan,
Bebasnya hidup seperti insan lain,
Bebasnya aku melakukan apa sahaja dengan dunia ini,
Megahnya hidup dengan pangkat dan nama,
Bahagianya hidup jika memiliki kesemuanya.

Betapa jahilnya aku,
Betapa cintanya aku kepada dunia,
Hingga buta mataku,
Langsung tak memandang ke akhirat,
Langsung tidak menghiraukan pandangan Allah terhadapku.

Namun,tak pernah aku bahagia dengan duniaku,
Makin hari makin terasa kekosongan itu,
Semakin hari semakin menyesakkan dadaku,

Mungkin ini hidayah daripada Allah,
Dia memperlihatkan daku kan kematian,
Kekotoran dunia yang sementara ini,
Agar aku bangun dari mimpiku,
Agar aku terjaga dari lenaku..

MAka,tersedarlah aku,
Bahawa dunia ini akan aku tinggalkan,
Terbayanglah di fikiranku,
Bagaimana jika matiku tanpa taubat,
Sanggupkah aku menghadapi azab!
Sedangkan membayangkan juga sudah gerun,
Apatah lagi menghadapinya…

Tanpa disedari,
Air mata singgah dipipiku,
Menghitung dosa yang menghimpit,
Masihkah ada ruang taubat untukku…

Dengan penuh rasa penyesalan,
Kuinsafi diri akan noda silam,
Kuayunkan langkah kakiku menuju Ilahi,
Berhijrah ke destinasi haqiqi,
Merebut keredhaan Yang Abadi…

Ya Ilahi,
Betapa hinanya diriku ini,
Aku hanya islam pada nama,
Nikmatmu tidak pernah kusyukuri,
Malah aku semakin jauh darimu…

Ya Allah,
Aku malu kepadamu,
Aku berdosa aku khilaf,
Ampunilah diriku ini,
Maafkanlah hambamu ini…

Ya Rabb,
Kini aku kembali padamu,
kuhadapkan diriku kepadamu,
Mengharap magfirahmu,
Meraih cinta kasihmu…
Ya Muhaimin,
Di saat kelalaianku,
Masih kau biarkan aku menikmati rezekimu,
Masih kau sayangi diri ini,
Aku masih jua terleka,
Namun hidayahmu tetap kunjung tiba,
Betapa mulianyamu Ya Allah

Ya Rahim,
Betapa kasihnya kau terhadapku,
Betapa aku ini Ya Allah,
Terlalu kejam terhadapmu,
Menghirup banyak nikmatmu,
Masih ingkar padamu…

Terima kasih Ya Allah,
Terima kasih Ya Rahman,
Terima kasih Ya Rahim,
Terima kasih tuhanku…

Akan aku perjuangkan amanahmu,
Akan aku sebarkan dakwah dijalanmu,
Bukan hanya untukku,
Bahkan untuk saudaraku,sahabatku
Dalam menegakkan syariatmu,
Mencari keredhaanmu…

Ya A’ziz,
Betapa bebasnya hidup,
Kiranya mengikut jalanmu,
Bahagianya meninggalkan hubud dunya,
Indahnya mencari keredhaanmu…

Ya Hakim,
Peliharalah diriku.
Tetapkanlah aku di jalanmu,
Agar aku tidak kembali jahil,
Agar aku tidak berjauhan denganmu…

Sunday, December 20, 2009

dapt tafsir al-quran..alhamdulillah..


Terima kasih maaaa…hehe.. terima kasih sebab hadiah kn tafsir quran kt ina..=). Suka sgt2.. Malam tu saya baru balik dari rumah nenek saya,macam biasa tolong pape yang patut sebelum majlis perkahwinan pak cik saya berlangsung 20hb disember ni. Biasalah adat orang sebelum berkahwin 2 minggu sebelum tu mesti dah busy untuk persiapan terakhir.

Lepas masuk je rumah malam tu,ma saya pun masuk bilik terus. Lepas tu keluar balik dan terus bagi tafsir quran yg masih di balut dengan plastic.

“nah…amiklah..”kata mak saya sambil tafsir bertukar tangan.
“ma..pe benda ni?” ceh…wat2 tye la plak,padahal dah nampak dah..=p.
“ laa..pe benda..?”
“eeeiii…maaa…tafsir ni…beznye..(macam budak2).. ni mesti mahal kan?terima kasih maaa…!!!”
Maa saya tersenyum je..
Saya belek-belek lagi. Tafsir tu ada sertakan sekali mathurat. Baguslah, mathurat saya pun dah usang. Dapatlah mathurat baru.Alhamdulillah.

Bila dapat tafsir al-quran ni tetiba teringat pinaz. Yelah..kami pernah bincangkan tentang ni.

“ Eh,kan bez kalu ada orang bagi hadiah quran kt kita kan..” kata pinaz.

“ aah laaa..teringin laa… cuba kita bagi hadiah kat someone buku ke…al-Quran ke lagi bez kan..”

“aah lah,pinaz x pernah terfikir nak bagi benda2 tu, padahal, benda2 tu la senang and ada juga manfaatnya”

“betul lah,buat pening je nak fikirkan beli hadiah yang macam2..”

Beberapa bulan kemudian besday pinaz, dan akhirnya k.tasya bagi hadiah buku ilmiah..macam bez.. nak bace time tu,pinaz x buka lagi bungkusan plastic tu. Pinaz, dah abis bace ke belum buku tu? Hehehe..

Berbalik pada tafsir yang maa saya bagi kt saya, saya masuk bilik nak simpan tafsir ni. Saya tunjuk kt adik perempuan saya.

“eh2..orang dapat tafsir..maa bagi…”
“mana..?”
“ ni…(sambil tunjukkan kat adik)..”
“ orang tak dapat pun..”
“alaaa…kongsi jelah.. ko pun bukannya guna sangat pun”
“eleee..kongsi memang kongsi,kang die yang bawa balik nilai..”
“mestilaa..kang berhabuk pulak tafsir ni.. ni la yang org idam2 kan..”

Dan esoknye..ma saya kata, tak pe nant adik pmpuan saya pun dapat… xpela kalau cm tu…yang penting saya dah dapat dulu…hehehe…=p

Thursday, December 17, 2009

::New Challenges:::

Assalammualaikum dan salam ceria buat sahabat seperjuangan..=) atamanna lakum naharan sa'idan..insyaallah, 2 minggu lagi sesi perkuliahan bagi student USIM bermula..segala preparation untuk menghadapinya telah sedaya upaya ana usahakan...kenapa ana update blog ni dgn tajuk new challenges?? hmm...sebenarnya ana baru sahaja memperolehi senarai subjek yang akan ditempuhi untuk sesi yg akan dtg ni...tidak seperti sesetengah universiti yang mana student mereka dibenarkan untuk memilih serta menyusun subjek, kelas serta pensyarah yang mereka rasakan selesa untuk semester itu...di USIM, segala2nya telah diatur serta disusun oleh bahagian akademik...jadi xhairanlah sekiranya ada sesetengah fakulti yg mengambil sebanyak 25 -27 jam kredit untuk satu semester...huhu...mcm ne agknya ye...

Ana juz nak kongsi info yg baru diperolehi ini dengan shbt2 ana yg lain...insyaallah, mudah2n kt lebih bersedia dan familiar dengan subjek2 ni...:

1) Research Methodology (3 hours)
Lecture : Part-Time Lecturer
Tutorial : Miss Kalsom Ali, Madam Khatijah Othman

2) Principle of Management (3 hours)
Lecture : Madam Khatijah Othman
Tutorial : Miss Kalsom

3) Human Development (3 hours)
Lecture : Madam Khatijah Othman
Tutorial : Miss Kalsom Ali

4) Al-Milal wa Al-Nihal (3 hours)
Lecture : Prof. Madya Syamsul Bahri Andi Galigo
Tutorial : "

5) Firaq Islamiyyah (3 hours)
Lecture : Dr. Kamaluddin Nurdin Marjuni
Tutorial : "

6) Creative Thinking and Problem Solving (2 hours)

7) Asas-asas Kaunseling (3 hours)
Lecture : Madam Salhah
Tutorial : Dr. Sapora

8) Pengajian Halaqah (2 hours)

Alhamdulillah, diharapkan dengan senarai subjek ini akan membuatkan kita lebih bersemangat dan bersedia menempuhinya...Allahumma yassir wa la tuassir...wallahu a'alam..copy dari seorg sahabat..by ustaz shahrul faizie..

Friday, December 4, 2009

Smart Solat bezz!!

Assalammualaikum kepada sahabat yang saya rindui… Dah lama juga saya tak menulis di blog saya ni disebabkan banyak barnamij ba’da imtihan yg m’jadikan saya tiada kesempatan untuk menulis…alasan? Ye…idea pun tak ade. Walau apa-apa pun alhamdulillah hari ini saya berkesempatan dan masih di beri nafas untuk berkongsi cerita bersama sahabat yang sudi berkunjung dan membaca blog saya ni. Itu pun kalau ada lah..

Habis je imtihan saya ke program di Pahang selama 3 hari 2 malam..dan blik dari Pahang saya terus bersiap-siap ke program Konvesyen Pendakwah Muda Kebangsaan.. Habis je program KPMK saya ke program Smart Solat anjuran ustaz zamri (Mantop Training and Consultancy. Ha sahabat-sahabat!!! Ni memang best!! Best sangat2..bukan saya sakadar untuk menjadi fesi dan memberi bimbingan kepada adik-adik.malah kami juga rasa di bimbing,sebab terasa banyak kelemahan dalam solat selama ni, dan penceramah pun semuanya mantop2!!!







Malam pertama adalah aktiviti yang bertujuan untuk menginsafkan adik-adik dan fesi-fesi yang lain.. aktiviti apa ye? Aktiviti bermulanya roh di cabut hingga la ke alam kubur. Lampu di padamkan.. mata adik-adik di ikat dan berada di dalam keadaan gelap gelita. Banyak adegan-adegan yang mencemaskan, adik-adik menjerit ketakutan dan ramai yang menangis. Dewan riuh dengan tangisan. Jeritan, tidak kurang juga yang bibirnya tidak lekang dari berzikir mengingati Allah.Rasakan lah bagaimana kita berada di alam kubur nanti. Adakah kita selamat dari seksaan kubur? Adakah kita terlepas dari himpitan semasa di alam kubur!!!!?? Tidak sahabat-sahabat!!! Tidak!!! Hanya seorang sahaja yang selamat,iaitu ibu saidina Ali.. Kita semua akan di himpit di alam kubur nnti. Cuma yang menentukan kekurangan himpitan di alam kubur itu nanti adalah Allah S.W.T mengikut amalan kita di dunia.





Aktiviti siang pula, kami diberi amanah dari Ustaz Zamri untuk mendidik anak buah masing-masing dalam membetulkan bacaan dalam solat serta praktikalnya. Malamnya pula kami memberi kata2 muhasabah kpd adik-adik muslimat. Kebanyakannya di situ tidak menutup aurat dengan sempurna. Sesiapa yang tak pakai stokin tu kenalah pakai..mungkin adik ni tak berapa faham,kerana semuanya bukan dari sekolah agama. Tapi kita2 ni yang dah faham agama bagaimana pula??? Dah tahu aurat wanita dari mana yg mana leh buka,tapi ada juga yang tak ikut peraturan yang Allah telah aturkan. Dalam ayat al-quran pun telah di jelaskan dalam surah Al-Azhab ayat 59:


“Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isteri dan anak perempuan kamu serta kepada para isteri orang mukmin sekalian, hendaklah mereka menghulurkan jilbab mereka keseluruhan tubuh badan mereka, kerana dengan itu mereka mudah untuk di kenali ( sebagai mukminah) dan mereka selamat daripada gangguan. Dan sesungguhnya ALLAH itu Maha Pengampun lagi Maha Penyanyang.”


Jadi apa lagi yang kita nak sangakalkan?? Minta maaf kepada sahabat-sahabat jika ada yang terasa,jgn terasa ye...ni saya ckp untuk org luar sana tu...org Monggolia tu... sahabat-sahabt saya ni semuanye baik-baik...molek2 gitu..ini adalah peringatan untuk diri saya sebenarnye.Bila tengok remaja sekarang yang berpakaian yang saya rasa tak patut mereka pakai,berfesyen2. baju jarang2,saya terfikir,tidakkah mereka takut akan azab Allah?? Sedangkan Allah dah berfirman di dalam surah Al A’raf ayat 26.


“Hai anak Adam, sesungguhnya telah kami turunkan (panduan) bagi kamu (tentang bentuk fesyen)pakaian untuk menutup aurat kamu dan pakaian yang indah untuk perhiasan. Dan pakaian taqwa itu adalah terlebih baik”.


Moga-moga ia memberi sedikit impak walaupun sedikit kepada adik-adik di sana. Saya pulang ke rumah dengan berat hati,kerana banyak input yang sangat bermanfaat di perolehi,insyaAllah..program seterusnya insyaAllah akan muncul. teruskan perjuangan ina!!!


Thursday, November 12, 2009

Konvesyen Pendakwah Muda Peringkat Kebangsaan 09..




PENGISIAN UTAMA DI DALAM KONVENSYEN PENDAKWAH MUDA PERINGKAT KEBANGSAAN (WEHDAH’09)

TARIKH : 23-25 NOVEMBER 2009

TARIKH : 23 NOVEMBER 2009

MASA: 9.00 PAGI
SLOT : UCAPTAMA WEHDAH'09
TEMPAT : DKP 3 & 4
OLEH : DR. MOHD FARID B.MOHD SHAHRAN (TIMBALAN DEKAN, FAKULTI ILMU PENGETAHUAN BERTERASKAN WAHYU UIAM)

MASA: 11.00 PAGI
PEMBENTANG DI DKP3 :
1. DR. KAMIL IBRAHIM - PENGARAH KAMPUS UITM SEGAMAT
2. DR. AMINI AMIR – PENSYARAH UPM
3. IR. DR. MUHAMAD FUAD – TIMBALAN PRESIDEN MACMA

PEMBENTANG DI DKP4 :
1. UST. KAMARUL ZAMAN NOOR MOHAMED
2. PN. ROSMAWATI ZAINAL
3. UST. ANN WAN SENG

MASA : 2.30 PETANG
SLOT : WACANA 2
TEMA : STRATEGI DAKWAH
PEMBENTANGAN KERTAS KERJA :
1. RASULULLAH SEBAGAI SURI TELADAN : MANHAJ & STRATEGI DAKWAH RASULULLAH
2. DAKWAH KONTEMPORARI / DAKWAH BIL HAL
3. KESATUAN DALAM USAHA GERAKAN

PEMBENTANG DI DKP3 :
1. UST. ABDUL NASIR ABDUL WAHAB
2. UST. PAHROL MOHAMAD JUOI
3. DR. MOHAMAD RUSHDAN JAILANI

PEMBENTANG DI DKP4
1. UST. ZAKARIA OTHMAN
2. SDR. MOHD FAIZAL MUSA (FAISAL TEHRANI)
3. UST. NIK MOHD NIZAM NASIR

MASA: 8.30 MALAM
SLOT : FORUM
TAJUK : GENERASI MUDA MENJANA TRANSFORMASI UMMAH
TEMPAT : DKP 3 & 4
AHLI PANEL :
1. DATO’ HAJI MOHD NAKHAIE AHMAD
2. DR. HARLINA HJ.SIRAJ
3. UST. HARIRI DAUD


TARIKH : 24 NOVEMBER 2009

MASA : 9.00 PAGI
SLOT : ESQ PREVIEW TRAINING
TEMPAT : DKP 3 & 4

MASA : 11.00 PAGI
SLOT : BENGKEL 1 (DISKUSI TOPIK WACANA 1 & 2)
TEMPAT : BILIK TUTORIAL & BILIK KULIYAH SEDERHANA FAKULTI SYARIAH UNDANG-UNDANG

MASA : 2.30 PETANG
SLOT : BENGKEL 2 (PEMBENTANGAN TOPIK WACANA 1 & 2)
TEMPAT : DEWAN KULIYAH SEDERHANA FSU

MASA : 5.00 PETANG
SLOT : MESYUARAT PERWAKILAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR [PENUBUHAN URUSETIA SEKRETARIAT PENDAKWAH MUDA MALAYSIA (SPMM)]
TEMPAT : BILIK MESYUARAT UTAMA FAKULTI KEPIMPINAN & PENGURUSAN

MASA : 8.30 MALAM
SLOT : PERKONGSIAN AKTIVITI DAKWAH & RESOLUSI
TAJUK : PERKONGSIAN DAKWAH KAMPUS
TEMPAT : DKP 3 & 4


TARIKH : 25 NOVEMBER 2009

MASA : 8.30 PAGI
SLOT : RUMUSAN / PEMBENTANGAN RESOLUSI KESELURUHAN WEHDAH’09
TEMPAT : DKP 3 & 4

MASA : 9.00 PAGI
SLOT : WACANA KHAS
TAJUK : CABARAN MISSIONARY KRISTIAN DI MALAYSIA
PENCERAMAH : BRO. SHAHKIRIT KALKULAL GOVINDJI

MASA : 11.00 PAGI
SLOT : MAJLIS PERASMIAN PENUTUP WEHDAH'09
OLEH : YB MENTERI PENGAJIAN TINGGI


TENTATIF PROGRAM KONVENSYEN PENDAKWAH MUDA PERINGKAT KEBANGSAAN (WEHDAH’09)

MASA : 22-25 NOVEMBER 2009 (AHAD-RABU)

ANJURAN SEKRETARIAT PENDAKWAH MUDA MALAYSIA (SPMM)
&
KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA (KPTM)


22 NOVEMBER 09 (AHAD)
12.00-6.30 PETANG - KETIBAAN PARA PESERTA WEHDAH’09 & PENDAFTARAN (SUTERA & ACACIA)
6.30-8.00 MALAM - MAKAN MALAM
8.00 - 12.00 MALAM -TAKLIMAT URUSETIA & PESERTA WEHDAH’09 (DKP3 & DKP4)

23 NOVEMBER 09 (ISNIN)
6.00-7.00 PG - PERSIAPAN KENDIRI
7.00-8.00 PG - PESERTA BERTOLAK KE KAMPUS USIM (DKP3 & 4)
8.00-9.00 PG - SARAPAN PAGI
9.00-11.00 PG - UCAPTAMA WEHDAH’09 (DKP3)
11.00-1.00 TGHRI - WACANA 1 (DKP3 & DKP4)
1.00-2.00 PTG -MAKAN TENGAHARI & SOLAT ZUHUR
2.30-4.30 PTG - WACANA 2(DKP3&4)
4.30-5.00 PTG - MINUM PTG & SOLAT ASAR
5.00-6.30 PTG - REHAT
6.30-8.00 MLM - MAKAN MALAM
8.00-11.00 MLM - FORUM WEHDAH’09 (DKP3 & DKP4)
11..00-12.00 MLM - REHAT

24 NOVEMBER 09 (SELASA)
6.00-7.00 PG - PERSIAPAN KENDIRI
7.00-8.00 PG - PESERTA BERTOLAK KE KAMPUS USIM (DKP3 & 4)
8.00-9.00 PG - SARAPAN PAGI
9.00-11.00 PG - ESQ PREVIEW TRAINING (DKP3&4)
11.00-1.00 PTG - BENGKEL 1 (BTS & BKS FSU)
1.00-2.30 PTG - MAKAN TENGAHARI & SOLAT ASAR
2.30-4.30 PTG - BENGKEL 2 (DKS FSU)
4.30 - 5.00 PTG - MINUM PETANG & SOLAT ASAR
5.00-6.30 - SIDANG SPMM (FKP)
6.30-8.00 MLM - MAKAN MALAM
8.00-11.00 MLM- PERKONGSIAN AKTIVITI DAKWAH DI KAMPUS & RESOLUSI (DKP3 & DKP4)
11.00-12.00 MLM - REHAT

25 NOVEMBER 09 (RABU)
6.00-7.00 PG - PERSIAPAN KENDIRI
7.00-8.00 PG - PESERTA BERTOLAK KE KAMPUS USIM (DKP3 & 4)
8.00-9.00 PG - SARAPAN PAGI
9.00-11.00 PG -RESOLUSI & WACANA KHAS (DKP3 & 4)
11.00-1.00 PTG - MAJLIS PERASMIAN PENUTUP WEHDAH’09 (DKP3)
1.00-2.30 PTG - MAKAN TENGAHARI & SOLAT ZOHOR
2.30 PTG - BERSURAI (SALAM WEHDAH'09!)


* Tertakluk kepada perubahan & pindaan dari semasa ke semasa.

PETUNJUK :

TEMPAT PENGINAPAN PESERTA : KOLEJ KEDIAMAN SUTERA INDAH & ACACIA AVENUE

DKP 3 & 4 : DEWAN KULIYAH PUSAT 3 & 4

BTS & BKS FSU : BILIK TUTORIAL & BILIK KULIYAH SEDERHANA FAKULTI SYARIAH & UNDANG-UNDANG

FKP : BILIK MESYUARAT UTAMA FAKULTI KEPIMPINAN & PENGURUSAN


Untuk penyertaan sila hubungi : Izwan (013-323 3780) @ Mira (013-334 6542)

Saturday, November 7, 2009

Time Exam...(^_^)

Assalammualaikum.. moga2 sahabat2 yg saya kasihi semua dalam keadaan di rahmati Allah sentiasa.InsyaAllah.. Alhamdulillah..time saya menulis ni, saya masih tinggal 1 paper lagi untuk subjek sociology of dakwah. Exam kali sangat berat bg saya,berturut2..tp ada kebaikkan juga…boleh abis cepat. (^_^). Menjadi tabiat baru saya kali ni, sebelum masuk dewan exam, saya akan ke library di temani k.jue.. syukron kak jue.. Kak jue la jadi teman saya ke library dalam beberapa hari ni. Memandangkan semua exam kali kena hadir pada waktu petang,kecuali (sociology of dakwah). Seperti pagi2 yang lalu, saya dan k.jue ke library. kami berjalan menuju ke library..jauh juga dari kampus, mengambil masa 5-7 minit..selalunya kami naik bus je. tapi bus lamabat nak bergerak,takut lambat kami jalan kaki ke library usim yg terletak nun di atas bukit tu. sepanjang perjalanan kami bercerita macam2.


Dan tetiba masuk 1 bab ni.. kak ju kata…

“kan elok kalau kita tak yah susah2 nak fikirkn tentang “orang lain”..

“Fikirkan Allah je kak” saya jawab.



“wah..ina pun da macam ustazah ye…”

“erm..x adalah kak..bukannya apa..buat apa lah kita nak fikir semua tu.. semua tu tak boleh membawa ketenangan kat hati kita kak.. Ingat Allah je.. tenang hati kita.. cukuplah pengalaman dulu mengajar kita. kita lagi senang cara macam ni…”

“erm…dah2…kita datang usim ni belajar je…x pyh lah nak sebuk2 kan fikir selain tu.. fikir macam mana kita nak tuntut ilmu kat sini..akak pun dah malas nak fikirkan dah.. biarlah,sedih pun ia gak..sekarang ni..kita kena betul2 mujahadah,kuatkan kn hati”


masuk je dalam library saya amik tempat duduk saya..memang saya tak pernah tukar2 pun tempat duduk tu.. rasa janggal pula kalu duduk tempat lain. orang lain pun dah tau kot,tu tempat saya.jadi tak ade sapa nk duduk situ. Setiap kali saya nak menuju ke tempat tu,saya mesti ckp cakap kat dalam hati..”minta2 x ade sape2 yg duduk kt tempat aku tu”.. kat dalam kelas pun sama.. dtg lmbat ke cepat, mesti tempat saya x ade yang duduk.. sahabat-sahabat dah faham lah tu..hehehe. Berbalik kisah dalam library tadi,dah nak dekat kol 11 masa tu…ngantuk sangat…”k.jue..kejutkan 5minit..nk tdo jap..Ya Allah..ngantuk sangat nii..dah tahan2,tapi x le gak..tengok2 10minit saya terjaga sendiri. k.jue bukan nk kejutkan.. huuhu.. celik je mata..”k.jue,dah pukul brape ni…ha..lama ke kite tdo,npe akak x kejutkan..” k.jue tersengih2..sabo je la… dan petang tu tepat jam 2.30 petang..kami m’jawab soalan etika kerja dalam Islam. susah,sebb objektif n bahasa arab. soalan pun sangat2 mengelirukan. “tawakaltu a’la Allah..” Lepas exam 12 hb nie saya x boleh balik terus, sebabnya banyak program yg menanti.. ya Allah..permudahkan lah perjalanan hambamu ini...ameen..


~Lihat dengan hati kerana pandangan mata selalu gelap, tak mampu menilai hakikat~


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...