Saturday, May 22, 2010

Tatapan untuk sahabat-sahabat yang di sayangi..

Perkenalan dengan seorang sahabat yang sudah di anggap kakak. Pada mulanya perkenalan yang hanya melalui alam maya berlanjutan hingga mereka bersua muka dalam beberapa majlis ilmu. Alhamdulillah. Redha Allah lah yang ingin Tira gapai dalam hubungan ini. Tira teringat kalam-kalam Allah di dalam al-Quran. Allah suka hambanya yang sentiasa menyuburkan hatinya dengan kasih sayang antara sesama manusia. Air mata Tira terhembur keluar akhirnya setelah beberapa kali di tahan. Hatinya tidak tertahan. Sahabatnya semakin menjauhkan diri tanpa sebab yang dia tidak ketahui walaupun tira sudah meminta penjelasan. Adakah hanya perasaan Tira semata-mata? Bagi Tira tidak..

Tira cuba menahan sebak. Sambil termenung memikirkan apa kesilapan yang telah dia lakukan . Usai solat Zohor,hatinya semakin kemuncak dengan sebuah kerinduan yang tidak terkata kepada sahabat yang di sayangi itu. Air mata Tira basah dengan tangisan yang semakin menjadi-jaditdan teresak-esak Tira meminta kepada Allah untuk menguatkan hatinya. “ya Allah…kuatkan lah hatiku..aku sayang dia ya Allah…”Tira meneruskan doanya dengan esak tangis yang semakin menjadi-jadi,Tira yakin meluahkan segala-galanya pada Allah hati akan serta-merta menjadi tabah,tenang dan redha. Hatinya betul-betul terasa dengan apa yang berlaku walaupun hubungan dia tidak serapat dengan sahabat di satu universiti kerana Tira dengan dia bukanlah satu universiti. Tapi itu tidak penting bagi Tira,yang penting tautan hati.

Kebelakangan ini banyak perkara yang berlaku dalam diri Tira. Zahirnya nampak seperti orang yang tidak mempunyai masalah dan sentiasa “happy good lucky”. Sekarang…Tira merasakan kemanisan hidup jika segala-galanya kita bergantung pada Allah.. Allah lah tempat kita bergantung..berharap. Hati Tira terubat dengan kata-kata yang menghiburkan hatinya.. “ lumrah persahabatan..terhiris terguris menguji perasaan...hanyalah satu ujian..bukan satu halangan untuk terus berkasih sayang,hadapi dgn iman,suburkan dgn bermaaf-maafan..sematkan doa-m'doakan...”.. Tira menjadikan kata-kata ni sebagai wadah untuk dia berfikiran positif dalam kehidupan bersahabat.. Hatinya semakin tenang. Moga Allah sentiasa melimpahkan rahmat kpd sahabatnya itu..

Terima kasih sahabat….

“Di saat gersang jiwaku kau sirami muhasabah..di saat tandus amalku kau suburkan qudwah..di saat gugur semangtku kau bajai quwwah..”




Ya Allah, satukanlah hati-hati kami.Bimbinglah kami menuju jalan Mu.Berilah kami maghfirah Mu.Semaikanlah hati kami dengan meredhai ujian Mu.Suburkan iman kami dengan cinta Mu.Peliharalah jiwa kami dari bara nafsu.Matikanlah kami dalam keredhaan Mu.


Saturday, May 15, 2010

..:tEnaNglAh hAti:..

Setiap hari kita ketawa. Setiap hari kita jumpa kawan. Setiap hari kita dapat apa yang kita nak.
Tapi..kenapa hati kita tak gembira?

Kita sembahyang setiap hari. Kita berdoa selalu pada Allah. Kita mintak sungguh-sungguh pada Allah. Tapi..kenapa susah sangat doa kita nak makbul? Sedangkan Allah ada berfirman. "Berdoalah pada Ku, nescaya akan Ku kabulkan...,"

Apa masalah kita?

Hati kita tak gembira sebab kita tak pernah bersyukur dengan apa yang kita ada. Kita tak pernah nak menghargai setiap nikmat yang kita dapat. Kita asyik memikirkan benda yang kita tak ada, sampai kita lupa melihat nikmat sekeliling kita.


Kita berdoa, tapi kenapa payah sangat doa kita Allah nak makbulkan?

Sebab kita asyik meminta pada Allah, tapi kita tak pernah mintak ampun pada Allah, sedangkan dosa-dosa kita terlampau banyak pada Allah. Alangkah tidak malunya kita. Kita merintih, kita merayu agar Allah makbulkan doa kita. Tapi, lepas kita dapat kesenangan kita lupa pada Allah, kita tak bersyukur pada Allah. Bila dah datang kesusahan, baru nak ingat Allah balik. Baru nak menangis, merintih..mintak Allah pandang kita. Macam mana Allah nak makbulkan doa kita?

Cuba kita renung diri kita. Cuba hitung, berapa kali kita sebut kalimah syukur dalam satu hari? Tak payah seminggu, cukuplah sehari sahaja. Berapa kali agaknya? Itupun kalau ada sebut la..

Pernah kita bangun malam, solat sunat...solat tahajud..solat taubat? Pernah? Ada...waktu zaman sekolah dulu. Itupun, lepas kene ketuk dengan warden, suruh bangun. Lepas tu...ada? Ada...time dah nak exam...waktu rasa result macam ada aura nak fail. Siap buat solat hajat lagi! Lepas dapat result tu, ada tak buat sujud syukur? Hmm...entah la, tak ingat pulak.

Hari-hari kita buat baik. Kita tolong orang. Kita sedekah dekat orang. Kita buat macam-macam. Tapi kenapa kita tak dapat nak rasa kemanisan setiap perbuatan yang kita lakukan tu? Hati kita tetap jugak tak tenang. Kenapa ye? Sebab dalam hati kita tak ada sifat ikhlas. Mulut cakap ikhlas, hati kata lain. Macam mana tu? Kita tolong orang sebab nak harapkan balasan. Nakkan pujian. Nakkan nama. Kita riak dengan setiap kebaikan yang kita buat. Macam mana hati nak tenang? Bila dapat kejayaan, kita bangga dengan apa yang kita ada. Mula nak menunjuk-nunjuk dekat orang. Sampai lupa siapa sebenarnya yang bagi kejayaan tu dekat kita.

Alangkah tidak malunya kita..., Allah ciptakan kita sebagai khalifah di bumi ni. Kitalah sebaik-baik kejadian yang Allah pernah ciptakan sehinggakan semua makhluk sujud pada bapa kita, Nabi Adam kecuali Iblis Laknatullah. Betapa Allah muliakan kejadian manusia. Tapi, kita sendiri tidak memelihara diri kita. Kita lupa tanggungjawab kita sebagai hamba. Kita lupa kepada yang mencipta diri kita. Bahkan, kita alpa dengan nikmat yang ada. Nabi Muhammad s.a.w, pada saat malaikat ingin mencabut nyawa Baginda, Baginda masih memikirkan umat-umatnya. Ummati! Ummati! Sampai begitu sekali sayang Rasulullah pada kita. Tapi kita....? Kita lupa pada Baginda Rasul. Berat benar lidah kita nak berselawat ke atas baginda. Macam mana hati kita nak tenang?

Lembutkanlah hati kita. Tundukkan lah diri kita pada Allah. Bersyukur dengan nikmat yang Allah pinjamkan pada kita. Semua itu tidak akan kekal. Bila-bila masa Allah boleh tarik balik semua itu. Ikhlas kan lah hati dalam setiap perkara yang kita buat.

Sesungguhnya, hanya Allah sahaja yang berkuasa menilai keikhlasan hati kita. Insya Allah, kita akan dapat merasai kelazatan halawatul iman itu sendiri. Tenanglah dikau wahai hati...

Bila kesabaranku diuji.........

"Alhamdulillah segala pujian
itu selayaknya hanya pada Allah. Hanya Allahlah
yang memahami dan mengetahui segala isi hati
hamba-hambaNya. Maha Pengasih dan Maha
Penyayangnya Allah kepada diriku...tetapi
bagaimanakah kasih sayang dan cintaku kepadaMu
Rabbi...hanya Engkau Maha Mengetahui.



Di kala hatiku resah dan gelisah, Allah
datangkan seseorang untuk meniupkan semangat
kepadaku. Salah satu nikmat yang hanya dapat
difikirkan dan begitu dihargai tatkala muhasabah
diri ini sentiasa aku lakukan.

Peristiwa itu menjadi rakaman bersejarah bagiku.
Tanpa diminta, secara tidak langsung, walaupun
termasuk dalam doaku sehari-hari

“ Ya Allah, berikanlah aku kekuatan untuk
melayari kehidupan dunia yang penuh dengan
cabaran dan dugaan ini,Ya Allah, golongkanlah
hambaMu ini didalam golongan orang-orang yang
sentiasa sabar menempuh segala cabaran, ujian
dan dugaanMuYa Rabb, sesungguhnya aku lemah,
maka jadikanlah aku kuat..., sesungguhnya aku
hina, muliakanlah aku disisi-Mu ya Rabb....”

Allah memperkenankan permintaan ku ini. Walaupun
bukan sekali ini sahaja malah sudah
berkali-kali, samada secara sedar atau tidak,
Pemilikku pasti menjawab dan memperkenankan
permintaan-permintaanku....cuma seringkali aku
masih tidak menyedarinya dan seringkali juga
diri ini terlupa.

Ada pepatah mengatakan, seandainya kita meminta
untuk menjadi kuat, nescaya Allah akan turunkan
ujian untuk menguatkan kita. Sesuatu yang jarang
difahami dalam seni tarbiyah Ilahi. Dan ketika
ujian, kesusahan, cabaran dan detik-detik getir
menjengah dalam rutin kehidupan, seringkali
istilah ‘SABAR’ menjadi tanda tanya. “SABAR’kah
aku dalam menjalani ujian dariNya...’SABAR’kah
aku diuji dengan ujian sebegini....dan secara
fitrah diriku sbgai manusia, terkadang air mata
pasti akan mengalir laju dipipiku ketika ku
lemah dan ku tak daya menghadapi ujian-Nya.

Bukan, tangisanku ini bukan bermakna ku tak
redha Ya Allah..... air mata yang mengalir laju
ini bukanlah kerana mengingkari
ketentuan-Mu...bukan....tapi menunjukkan betapa
kerdilnya diriku...betapa lemahnya IMAN ku dalam
menghadapi ujianMu ini. Betapa diriku ini sedang
berusaha agar tidak kalah dalam pertarunganMu
ini....pertarungan antara keIMANan dan
keKUFURan, pertarungan diantara pertimbangan
aqal dan hawa nafsuku.

Setiap peristiwa yang dilalui itu ada hikmah
disebaliknya.....setiap ujian itu adalah tanda
ingatan dan kasih sayang Ilahi keatas diri, agar
tak lalai dan lupa, bahawa diri ini adalah
kerdil berbanding dari-Nya. SABAR itu adalah
yang pertama......selepas itu...bukanlah SABAR
namanya. Hanya tinggal sedikit sahaja lagi,
untukmu raih kejayaan.......hanya sedikit sahaja
lagi untuk ku mengecap kebahagiaan., itu
ungkapanmu teman....tetapi yang sedikit itulah
yang benar-benar menguji kesabaran dan juga
keimananku.

Sabarkah aku dalam diuji? Sabarkah aku menerima
ketentuan Ilahi? Sabarkah aku ketika Allah
meminta bukti dari ikrar keIMAN yang aku
lafazkan?.

Terima kasih teman, kerana kau hadir untuk
mengingatkan diriku tentang kelalaian dan
kealpaan diri. Terima kasih ya Rabb, kerana
sentiasa membasahkan bumi ini dengan menurunkan
hujan demi membersihkan udara yang penuh dengan
debu kekotoran, juga menurunkan ujian dalam
membersihkan diriku...agar aku mengadapmu dalam
keadaan bersih dari noda-noda dosa....semoga
ujian-ujianMu dapat kutempuh dengan penuh
keSABARan, dan jangan biarkan ku terkapai-kapai
dalam mencari redha dan cintaMu
Ilahi....redhailah kehidupanku ya Rabbi dan
golongkanlah diriku ini dikalangan mereka yang
bersyukur dan berbakti.....amin."

Friday, April 16, 2010

Pahit Manis Alam Pertunangan


Alhamdulilah setelah semua selesai, semua jelas. Kami sepakat bertunang baru-baru ini. Sebelum itu, tunang telah memberitahu bahawa dia tidak suka jika kami kerap berhubung lantaran tiada ikatan yang sah. Tunang juga berkata, jika tiada apa-apa tak perlu lah ber”msg”..

Sepanjang Jun hngga Oktober ..ana dan tunang cuma bertemu sekitar 3 kali. Itu pun di rumah keluarga ana. Ana sangat kagum dengan akhlak tunang. Mak dan Abah pun suka apabila dia mengimamkan solat ketika di rumah kami.

Sejak pertemuan kami Jun lalu, tunang tidak pernah menelefon. Namun, ana faham mengapa tunang tidak menelefon. Telah diterangkan kepada ana pada pertemuan yang kedua.

Pendek kata, ana tidak gusar dan bimbang dengan dia. Namun, sejak akhir-akhir ini, sangat bimbang di hati ana. Ana pun tak tahu kenapa.

Alam Pertunangan Yang Menguji

Tahniah saya ucapkan kepada setiap pasangan yang ingin mendirikan perkahwinan. Sama ada sudah melangsungkan majlis pertunangan atau belum, pokoknya setiap pasangan yang telah mengikat janji setia itu sudah pun bertunang.

Seperti mana-mana perhubungan sesama manusia, tiada bezanya alam pertunangan dengan persahabatan atau sesama suami isteri, sentiasa penuh dengan ujian dan perasaan. Bezanya sepasang yang bertunang dengan sepasang suami isteri ialah mereka terbatas sebagai pasangan yang bukan muhrim.

Perasaan sayang yang terbina dan terkumpul selepas ikatan janji dimeterai adalah lumrah alam ataupun sunnatullah. Amat mustahil sedikit perasaan pun tidak ada di dalam hati. Ia hanya dapat disyariatkan dengan akad nikah.

Di sinilah Islam menggalakkan agar dipercepatkan alam pertunangan itu.

Apa yang boleh dilaksanakan semasa di alam pertunangan ini ialah kedua-duanya harus sentiasa berbaik sangka. Dibuangkan segala prasangka yang buruk yang merugi lagi melalaikan.

Tujuan Berkomunikasi

Tidak salah berkomunikasi jika tujuannya betul. Perbincangan seperti tempoh pertunangan, urusan perkahwinan, perancangan tempat tinggal selepas perkahwinan , perancang keluarga itu perlu.

Kita bukan sahaja hanya dibenarkan berjumpa di rumah perempuan, kita juga boleh bertandang ke rumah keluarga lelaki. Saya rasa ini tidak salah lebih-lebih lagi zaman sekarang ini ramai lelaki (dan juga perempuan) yang bertopeng. Seorang lelaki mungkin sudahpun beristeri semasa melamar seseorang perempuan. Tunang perempuan dan keluarga boleh bertandang ke rumah keluarga lelaki bagi merapatkan hubungan asalkan mendapat persetujuan keluarga lelaki. Kalau keluarga lelaki setuju tetapi mendapat tentangan dari tunang (lelaki), maka mungkin ada udang di sebalik batu!

Pada budi bicara saya, hadiah dibenarkan sebagai tanda peringatan. Maka, tidak salah kita berberi bagi merapatkan hubungan. Mungkin di sini hikmahnya cincin pertunangan itu walaupun setakat ini saya belum lagi menjumpai hukum sebenar pemakaiannya.

Berikut sedikit petikan perihal pertunangan yang saya ambil daripada saifulislam.com

Dalam usaha untuk menjaga batas-batas agama, kerana seorang tunang dengan tunangnya masih tetap warga asing yang ajnabi, kadang-kadang banyak persoalan pelik yang ditimbulkan.

Soal berapa kali agama membenarkan sms, menunjukkan unsur-unsur robotik dalam kefahaman pelajar tersebut tentang mengukur komitmennya dalam beragama.

“Bukankah Nabi SAW sudah mengajar kita, bahawa hati ini tenang dengan kebaikan, dan gelisah terhadap dosa dan kejahatan”, saya menyambung peringatan.

Mintalah fatwa dari hati… di samping hati itu juga pula sentiasa berada dalam nada sedar yang baik terhadap Allah SWT.

Antara hikmah bertunang ialah untuk saling belajar mengenal, insan baru yang bakal menjadi teman seumur hidup. Tetapi proses kenal mengenal itu masih dalam keadaan kedua-duanya adalah pasangan yang belum ada ikatan yang menghalalkan pergaulan. Maka bijak-bijaklah dalam mengatur.

Telefon, email, sms… tanya khabar.

Cuma bersederhanalah.

Bila hati rasa tidak kena, semacam agak berlebihan dan tersasar dari maksud-maksud yang maaruf, belajar tekan brek dan kawal stering. Itu sahaja.

Terutamanya ketika menjelang perkahwinan. Banyak perkara yang harus dibincangkan. Maka berbincanglah… dan kemaskan sistem kawalan diri.

Berbincang tentang syariatullah, berbincang tentang sunnatullah.

Akhir kata dari saya, tenangkan diri dengan doa dan solat. InsyaAllah perbuatan yang baik akan dibalas dengan kebaikan. Kalau jodoh tetap jodoh. Kalau bukan, itulah yang terbaik buat kita.

Wallahu a’lam.

UMMUSAIF.COM
56000, Cheras

Friday, April 9, 2010

SULTAN MUHAMMAD AL-FATEH




SULTAN MUHAMMAD AL-FATEH - Bukti Islam tidak mengguna kekerasan

Sejak akhir-akhir ni saya sangat teruja untuk membaca tentang tokoh2 dan pahlawan Islam. Dan di sebabkan itu, saya mengambil keputusan untuk membuat 1 dokumentari khas tentang Sultan Muhammad Al-Fateh untuk subjek media dan masyarakat.. bukan senang. Sebab nak cari part yang sangat menarik supaya kita boleh tarik audience kat luar sana tu berminat dengan cerita ni. sebabnya, kebanyakan dokumtari di television sekarang ni lebih orang kata cam mendatar gitu. and audiece boleh jadi bosan and ini boleh juga di katakan sebagai
stereotype..
habis saya explore google untuk mencari sumber selain menggunakan buku karangan Abdul Latip Tlib..



Pagi 22 April 1452 bersamaan dengan 852 Hijrah, penduduk Constantinople dikejutkan dengan laungan takbir, paluan gendang, dan nasyid. Demikian gema kemenangan tentera Sultan Muhammad al-Fateh. Sekali gus gema itu seolah-olah satu serangan psikologi kepada penduduk kota berkenaan. Penduduk Constantinople seperti tidak percaya kekuatan tentara Muhammad al-Fateh. Tidak dapat dibayangkan, bagaimana tembok setebal 4 lapis, setinggi 25 kaki, dan sejauh 160 kaki itu berjaya ditembusi oleh tentera Muhammad al-Fateh?


Suatu yang menakjubkan, tentera Sultan Muhammad al-Fateh telah membawa kapal-kapalnya masuk ke perairan Tanjung Emas merentasi bukit melalui jalan darat! Taktik peperangan seperti ini tidak pernah dilakukan oleh mana-mana tentera sebelum ini. Tentera Uthmaniah dengan semangat dan kekuatan yang luar biasa telah berjaya menarik 70 kapal dari Selat Bosphorus ke Tanjung Emas. Tiada siapa yang dapat membayangkan bagaimana semua itu boleh berlaku hanya pada satu malam. Sedangkan mereka terpaksa melalui bukit yang begitu tinggi dengan jarak yang melebihi tiga batu. Sebahagian mereka menyangka bahawa tentera al-Fateh mendapat bantuan jin dan syaitan!



Siapakah sebenarnya Sultan Muhammad al-Fateh ini? Beliau ialah sultan ketujuh Khilafah Islamiah Othmaniyah. Beliaulah pembuka kota Constantinople atau yang dikenali hari ini sebagai Istanbul. Ketika itu beliau baru menjangkau usia 26 tahun. Peperangan yang maha hebat itu memakan masa selama 54 hari. Keadaan inilah yang pernah dibayangkan oleh baginda s.a.w. ketika dalam perang Khandak. Antara lain baginda bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya Constantinople itu pasti akan dibuka. Sebaik-baik pemimpin ialah ketuanya dan sebaik-baik tentera ialah tenteranya.”

Sultan Muhammad al-Fateh ialah salah seorang daripada tokoh pemimpin kerajaan Islam yang masyhur tercatat dalam sejarah dunia. Beliau bukan sahaja hebat sebagai pemimpin malah nama beliau sebagai panglima perang, dikenali di benua Eropah. Mendengar namanya sahaja sudah mengundang gementar di hati musuh-musuhnya walaupun ketika itu beliau sudah 10 tahun meninggal dunia. Beliaulah pemerintah Islam pertama mendapat gelaran yang diberikan oleh Barat sebagai “Grand Seigneur” yang bermaksud pemimpin agung.

Sultan Muhammad al-Fateh dilahirkan pada 26 Rejab 833 hijrah bersamaan 20 April 1429 Masihi dan dibesarkan di Adirnah. Ayahnya, Sultan Murad II merupakan salah seorang pemimpin yang hebat dan tokoh pemerintah kerajaan Othmaniyah yang masyhur. Ibunya dikatakan seorang puteri raja berketurunan Nasrani.

Ketika ayahnya menjadi sultan, beliau dilantik menjadi gabenor di Magnisa. Setelah kematian ayahnya, Sultan Muhammad al-Fateh dilantik menjadi pemimpin kerajaan Uthmaniah iaitu pada bulan Februari 1451. Dengan pelantikan ini bermakna beliau merupakan seorang pemimpin termuda yang pernah dilantik. Walaupun baru berusia 22 tahun, beliau berjaya membawa kecemerlangan dalam pemerintahannya.

Kekuatan Sultan Muhammad al-Fateh banyak terletak pada ketinggian peribadinya. Hal ini demikian kerana ketika usianya kecil lagi sudah diajar menunggang kuda, memanah, dan menggunakan pedang. Namun didikan rohani mendapat perhatian serius dan dorongan penuh daripada ayahnya. Beliau telah ditarbiah secara intensif oleh para ulama terulung antaranya ialah al-Syeikh Muhammad bin Ismail al-Kurani. Beliau mengajar Sultan Muhammad al-Fateh ilmu-ilmu asas iaitu al-Quran, al-Hadith, fiqh, linguistik (bahasa Arab, Parsi, dan Turki), dan juga ilmu kemahiran yang lain. Melalui tarbiah yang teliti dan penuh terhormat, tidak hairanlah lahir peribadi yang unggul seperti Sultan Muhammad al-Fateh.

Sultan Muhammad al-Fateh banyak meneliti dan meninjau usaha ayahnya menawan Constantinople. Beliau sering mengikuti ayahnya ke medan peperangan. Sebab itu ketika menaiki takhta pada tahun 855H/1451M, beliau telah mula berfikir dan menyusun strategi untuk menawan kota berkenaan. Dalam hal ini, beliau banyak mengkaji sejarah Islam zaman Muawiyah bin Abi Sufian r.a. Waktu itu telah ada usaha-usaha yang dibuat ke arah menawan Constantinople. Usaha pertama yang pernah disusun adalah pada tahun 44 Hijrah, walau bagaimanapun usaha berkenaan gagal. Abu Ayyub al-Ansari yang merupakan salah seorang sahabat nabi, syahid di medan perjuangan itu.

Setelah kemenangan tentera Sultan Muhammad al-Fateh menawan Constantinople, beliau telah memerintahkan tenteranya mencari kawasan perkuburan Abu Ayyub al-Ansari. Padanya, Abu Ayyub perlu disempurnakan jenazahnya sebagai seorang sahabat nabi. Setelah ditemui, Sultan Muhammad al-Fateh meminta supaya kuburnya digali dan dipindahkan ke tempat yang lebih baik.

Setelah digali, akhirnya mereka menemui bahagian kakinya terlebih dahulu. Di sini Sultan Muhammad al-Fateh memerintahkan seluruh rakyatnya mencium kaki Abu Ayyub al-Ansari yang fizikalnya masih segar itu. Walau bagaimanapun, beliau gagal menciumnya kerana tatkala hendak mencium tiba-tiba sahaja kaki itu tertarik semula ke dalam tanah. Kejadian itu berlaku berturut-turut sebanyak tiga kali. Pada malam itu, Sultan Muhammad al-Fateh bermimpi bertemu dengan Abu Ayyub al-Ansari. Abu Ayyub al-Ansari menjelaskan bahawa kejadian itu berlaku disebabkan rasa malu dan hormat kepada Sultan Muhammad al-Fateh. Padanya, tidak layak orang yang telah berjaya menawan Kota Constantinople mencium kakinya.

Selain itu, beliau banyak mengkaji dan mempelajari pengalaman Rasulullah s.a.w. dalam peperangan. Malah semangat kepahlawanan dan pengorbanan panglima perang Islam dahulu, banyak mempengaruhi jiwanya. Namun, Sultan Muhammad al-Fateh mewarisi sifat keberanian, kegagahan, kesabaran, dan semangat tidak putus asa ayahnya. Bahkan beliau juga mewarisi pengetahuan yang luas serta berkemahiran dalam menyusun strategi peperangan.

Di sini ternafilah tohmahan golongan orientalis Barat dan musuh-musuh Islam bahawa beliau menegakkan Islam dengan kekerasan. Walhal mata pedang digunakan sebagai jalan terakhir. Tujuan orientalis itu hanyalah untuk mengelirukan masyarakat terhadap Islam. Dr. Abd. Salam bin Abd Aziz dalam bukunya yang bertajuk Sultan Muhammad al-Fateh Pembuka Constantinople Menundukkan Rom, menjelaskan bahawa Sultan Muhammad al-Fateh memiliki keyakinan diri yang kuat. Selain itu, dia juga mempunyai pandangan jauh serta kepintaran yang tinggi. Malah Sultan Muhammad al-Fateh mampu menghadapi tekanan, keperitan, dan bebanan yang dihadapinya. Beliau seorang pemuda yang warak. Malah, jarang sekali beliau menunaikan solat, melainkan di masjid.

Sultan Muhammad al-Fateh digambarkan sebagai pemimpin berjiwa rakyat. Beliau lebih mengutamakan urusan negara dan masyarakat mengatasi kepentingan diri. Pada masa yang sama, beliau sering mendampingi ulama-ulama dan ilmuwan. Kedudukannya sebagai Sultan tidak menghalang minatnya untuk terus menimba ilmu dan pengalaman. Kehidupan beliau sebagai pemimpin digambarkan cukup sederhana. Malah beliau sangat memusuhi pembaziran. Oleh sebab itu, hidangan makanan dan cara berpakaiannya tidak terikat dengan peraturan-peraturan istana.

Selain kejayaan dalam bidang ketenteraan dan penaklukan wilayah, Sultan Muhammad al-Fateh juga berjasa dalam mengembangkan dakwah Islam ke benua Eropah. Melalui akhlak dan keperibadian beliau, ramai yang tertarik dan memeluk Islam. Hal ini berlaku pada hari kemenangan tenteranya, iaitu apabila beliau telah mengampunkan penduduk Kristian Kota Constantinople. Dengan sikap toleransi yang ditunjukkan itu, menyebabkan ada dalam kalangan paderi terus menyatakan keislaman mereka.

Sepanjang pemerintahannya, beliau tidak lupa membangunkan aspek fizikal dan rohani rakyatnya. Beliau telah membina Masjid al-Fath yang terkenal dengan gelaran Blue Mosque. Selain itu, beliau juga telah memulihkan semula peranan Masjid Aya Sofia sebagai mercu dan syiar Islam di Turki. Sultan Muhammad al-Fath meninggal dunia pada bulan Mei 1481 dan jenazahnya dikebumikan di Kota Constantinople.


http://tokoh1038.blogspot.com/2005/08/sultan-muhammad-al-fateh.html

Thursday, April 1, 2010

Mesut Kurtis ft Maher Zain – Never forget


Every night and every day
Every night and every day
Never forget to say
La ilaha illa Allah
(Nothing worthy of worship except Allah)

When you’re walking down the street
And you see the clouds in the sky
Praise Him and always repeat
The name of The Most High
And say with every heartbeat
La ilaha illa Allah

Chorus
No matter where you are or what you do
Remember Allah is watching over you
He’s the Light of Heavens and Earth
He’s the first, and He is the last
Obey Him and always say
La ilaha illa Allah

Chorus
La ilaha illa Allah
La ilaha illa Allah
La ilaha illa Allah
Never forget to say
La ilaha illa Allah

Chorus
La ilaha illa Allah
La ilaha illa Allah
La ilaha illa Allah

Sunday, March 28, 2010

study last minute

Saya,kak eni dan kak anies duduk di tingkat dua kt FKP. Kami duduk satu sudut di tepi kelas dan lorong yang mana pelajar-pelajar yang sentiasa keluar masuk dan keadaan yang sangat bising. Masa tu dalam pukul 8 lebih,kelas dalam pukul 10. saja datang awal, kononnya nak study,sebab ada quiz pukul 10 tu. Dalam pukul 10,tiba-tiba Dr.Radhi yang kami panggil sebagai ustaz keluar kelas, dan ustaz terpandang kami.

“Assalammualaikum ustaz..” kami memberi salam.
“Waalaikumsalam..” jawab ustaz sambil berjalan kearah kami. Lepas tu ustaz ckp kat kami. “Ana rasa nak ambil gambar kamu bertiga lah, 3orang pelajar USIM yang rajin dalam mengulang kaji sebelum masuk kelas” ustaz mengeluarkan statement macam itu. Kami terpinga-terpinga tiba-tiba lepas tu tersengih-tersengih. Iyelah,ustaz sambil buat gaya lagi. Macam betul je nak ambil. Ustaz sambung lagi..” kan bagus macam ni,kalau sebelum kelas study, ke lepas ni kamu ade quiz??” Saya,kak eni dan kak anis da tersengih2 dah. “Aaah ustaz,lepas ni kami ada quiz” jwb kak eni.

“owh..iye ke..patutlah. kenapa bila ada quiz atau exam baru saya nampak pelajr-pelajar walau dimana-mana membaca ye,kat dalam bus kat dalam cafe? Cuba kita buat macam ni, mase nak tunggu bus kita membaca,masa kat dalam bus ke, kita baca di mana-mana saja.jadikan itu sebagai amalan, mesti nanti result dapat 4flat nanti. Cuba kita lakukan semua ni dari awl sem ni, insyaAllah mesti berjaya punya.” Nasihat Dr Radhi dengan penuh semangat.Kami tersengih2 lagi. Lepas tu,kak eni jawab.

“Ustaz,kami study kat dalam rumah ustaz,kat library, kami study juga..” sambil tergelak2.

“ye ke? Tapi apalah salahnya kita buat study dekat mana-mana je,dari buang masa kn. Kita nak hadiahkan kejayaan ibu bapa kita kat kampung tu,ingat tu, ok ye ana nk pergi dulu”jawab ustaz yang murah dengan senyuman tu.

“Syukron ustaz” jawab kami sambil tersengih2..Lepas ustaz dah jauh dari kami, kami tergelak-gelak. Iyelah,kena perli kan.hehe.

“Akak, semalam kan,ina pergi talk tentang study last minute.Salah sorang panelnya Dr.Radhi la. Semalam pun ustaz ckp mcm ni. Memang bestlah. Sebab ni salah satu cara yang ustaz buat masa study kat mesir n masa ambil master” jawab saya sambil mengingat kata-kata nasihat dari ustaz.

Dalam talk tu,ustaz menyatakan. Untuk mendalami dan menguasai ilmu lagi-lagi dalam ilmu agama.perlu ada kefahaman. Jadi, bila kita study last minute, adakah kita dapat menguasai ilmu itu? Jangan lah kita nak study untuk mendapat ‘A’ dalam result. Ingat ni “Jangan target A, menguasai ilmu A akan datang dengan sendiri”

Ustaz cerita tentang pengalaman semasa di Mesir. “Masa ana di Mesir,kebanyakan sahabat-sahabat suka bersiar-siar kalau ada kelapangan, tapi result selalu jatuh. Bayangkan lah, hampir 70% pelajar kat sana failed semasa zaman saya. Tak tahulah saya sekarang ni macam mana. Saya terfikir, saya nak hadiahkan result saya kat mak saya di kampung, kesian ibu bapa kita yang dah membelanjakan duit yang banyak untuk menampung perbelanjaan belajar. Saya fikir itu, dan saya tak nak mengkhianati ibu bapa saya. Jadi kita fikirlah sendiri sama ada kita telah mengkhianati ibu bapa kita sandiri atau tidak.”

Ustaz sambung lagi. “ sebenarnya study last minute ni tidak sesuai dengan agama, sepatutnya kena belajar 1st minit dan last minute kalau nak mencapai dan menguasai ilmu agama. Sebab ia bukan membawa mesej peribadi.” Banyak lagi perkongsian2 ustaz dan panel-panel yang lain dalam talk ni. Panel pun yang mantop2.

Lastly, harap-harap saya ada semangat nak buat macam ni.hehe.. “Doakan kejayaan saya dan sahabat-sahabat yang lain yerp…(^_^)


~Lihat dengan hati kerana pandangan mata selalu gelap, tak mampu menilai hakikat~


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...