Perkenalan dengan seorang sahabat yang sudah di anggap kakak. Pada mulanya perkenalan yang hanya melalui alam maya berlanjutan hingga mereka bersua muka dalam beberapa majlis ilmu. Alhamdulillah. Redha Allah lah yang ingin Tira gapai dalam hubungan ini. Tira teringat kalam-kalam Allah di dalam al-Quran. Allah suka hambanya yang sentiasa menyuburkan hatinya dengan kasih sayang antara sesama manusia. Air mata Tira terhembur keluar akhirnya setelah beberapa kali di tahan. Hatinya tidak tertahan. Sahabatnya semakin menjauhkan diri tanpa sebab yang dia tidak ketahui walaupun tira sudah meminta penjelasan. Adakah hanya perasaan Tira semata-mata? Bagi Tira tidak..
Tira cuba menahan sebak. Sambil termenung memikirkan apa kesilapan yang telah dia lakukan . Usai solat Zohor,hatinya semakin kemuncak dengan sebuah kerinduan yang tidak terkata kepada sahabat yang di sayangi itu. Air mata Tira basah dengan tangisan yang semakin menjadi-jaditdan teresak-esak Tira meminta kepada Allah untuk menguatkan hatinya. “ya Allah…kuatkan lah hatiku..aku sayang dia ya Allah…”Tira meneruskan doanya dengan esak tangis yang semakin menjadi-jadi,Tira yakin meluahkan segala-galanya pada Allah hati akan serta-merta menjadi tabah,tenang dan redha. Hatinya betul-betul terasa dengan apa yang berlaku walaupun hubungan dia tidak serapat dengan sahabat di satu universiti kerana Tira dengan dia bukanlah satu universiti. Tapi itu tidak penting bagi Tira,yang penting tautan hati.
Kebelakangan ini banyak perkara yang berlaku dalam diri Tira. Zahirnya nampak seperti orang yang tidak mempunyai masalah dan sentiasa “happy good lucky”. Sekarang…Tira merasakan kemanisan hidup jika segala-galanya kita bergantung pada Allah.. Allah lah tempat kita bergantung..berharap. Hati Tira terubat dengan kata-kata yang menghiburkan hatinya.. “
“
Ya Allah, satukanlah hati-hati kami.Bimbinglah kami menuju jalan Mu.Berilah kami maghfirah Mu.Semaikanlah hati kami dengan meredhai ujian Mu.Suburkan iman kami dengan cinta Mu.Peliharalah jiwa kami dari bara nafsu.Matikanlah kami dalam keredhaan Mu.
No comments:
Post a Comment