Thursday, August 27, 2009

Menanam Benih Taqwa

aiwah!! sahabat yang saye kasihi..pernah x kita terpikir..macam mane nk timbulkan ketaqwaan dalam diri kita..pernah ke kita tertye2 kt dalam diri kita,kita ni bertaqwa x..??waallahualam..hanya Allah sjalah yang dapat menilai semua itu..dan kita sebagai hambaNYA yang hanya menumpang di muka bumi ini patut berusaha ke arah itu..berusaha..dan berusha.. sya nk share sedikit ilmu kt sini..moge2 dpt m'beri manfaat kepada saya dan shabat yang saya sayangi..insyaAllah..
Rukun Iman, rukun Islam dan Ihsan adalah benih taqwa. Bagaimanakah dapat kita tanam benih taqwa ini hingga tumbuh batangnya, dahan, ranting, daun, bunga dan buahnya? Kalau kita tidak pandai menanam benih taqwa ini, bagaimanakah kita hendak dapat pokok dan buahnya? Setelah kita faham rukun Iman, rukun Islam dan Ihsan, termasuk rukun-rukun tambahan atau rukun dalam rukun di dalam rukun-rukun itu, macam mana hendak kita buat supaya ianya mendatangkan hasil. Supaya Islam kita itu rendang dan lebat buahnya. Dilihat indah dan orang gemar dan rindu padanya. Kalau Islam benar-benar ditegakkan atas dasar taqwa, ia akan kelihatan cantik dan indah. Orang kafir pun akan suka dan rindu dan tidak tertahan-tahan untuk masuk Islam. Orang kafir tidak akan menghina Islam kerana fitrah manusia itu tidak menghina sesuatu yang murni dan indah kecualilah orang kafir yang hasad dengki dan berfikir kalau dia masuk Islam, dia akan rugi.

Untuk mempastikan benih taqwa itu ditanam sampai tumbuh dan melahirkan pokok dan buah, itulah kerja kita setiap hari. Dari bangun tidur hingga kembali tidur. Dalam kerja dan tugas yang dipertanggungjawabkan kepada kita oleh kerajaan dan jemaah, sama ada sebagai pengarah, pegawai, pengurus, kerani, petugas, guru dan sebagainya di berbagai bahagian dan jabatan. Kalau kita bertanggungjawab, tidak curi tulang, tidak buang masa, kerja kita sungguh-sungguh, ada kasih sayang, tetamu dan pelanggan dilayan dengan baik, bekerja pula di atas syariat Tuhan kerana takut dan cinta Tuhan, maka itu menanam benih taqwalah namanya. Ia akan melahirkan batang, dahan, ranting, daun, bunga dan buah taqwa. Itu baru tugas kita yang rasmi. Apatah lagi dalam apa yang kita buat di dalam hidup kita seharian yang berbentuk tidak rasmi. Di sini lagi banyak benih taqwa yang dapat kita tanam. Contohnya, kalau nampak sampah di premis, kita buang. Kita nampak duri, paku, serpihan kaca atau najis diperjalanan, kita buang. Kita mentadbir dan mendidik keluarga. Kita berjiran. Kita berkawan. Itu semua adalah menanam benih taqwa..

p/s:Allah menilai mnusia melalui ketaqwaannya..

No comments:

Post a Comment


~Lihat dengan hati kerana pandangan mata selalu gelap, tak mampu menilai hakikat~


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...