Thursday, December 31, 2009

Bukan buku cinta yg berjiwang ok!!


Balik dari kelas petang saya dan sahabat saya singgah ke kedai buku yang menjual buku2 agama. Cadangnye hanya nak tengok-tengok je. Tiba-tiba terpikat dengan satu buku yang bertajuk “Engkau memang Cantik”. Bukan saya nk feeling saya cantik, sebab saya sedar, saya biasa-biasa je orangnye.huhu. kawan saya pun menegur saya, ina ni suka beli buku cinta-cinta.Mungkin dia rasa buku ni cinta2 kot.. Pedulikan apa orang cakap, saya tak kisah pun.(^_^).

Buku ni menceritakan mengenai diri seorang muslimah. Menjadi Muslimah adalah anugerah yang paling indah. Peribadi muslimah sejati akan memberi impak kepada dunia, dan selalu memberi makna bagi sesame manusia. Bahkan pembaca yang merasa bahawa dirinya tidak miliki apa-apa, padahal dia sudah memiliki segalanya. Mereka kecut jiwanya dan merasa tidak ada kelebihan apapun. Hidup mereka terasa hampa dan tidak punya tenaga untuk bangkit dari kegagaln yang menimpanya.

Hal ini tentu saja menggelisahkan hati dan menggundahkan fikiran. Harus ada usaha untuk m’beri kefahaman bahawa para muslimah itu sudah memiliki banyak makna selama ini bagi bagi umatnya. Dunia yang sedemikian luas sedia menghamparkan sebuah tanggungjwb besar, bahawa muslimah harus berani tampil di medan dakwah.

Selain itu buku ini juga menggupas mengenai..”solehah tapi tidak indah”…macam mana ye tu? “menjaga imej ketik bersama ikhwan,tetapi tidak ketika bersama orang lain”. Maka buku ini hadir sebagai sebuah nasihat bagi kita semua. Nasihat yang akan menjadi begitu berharga bagi kelangsungan dakwah Islam pada masa akan datang. Kerana kita tidak pernah tahu, di tangan siapakah kejayaan Islam ini akan di menangkan. Banyak kritik, bukti perhatian, banyak masukan bukti kasih sayang. Jangan jemu dan jangan letih menasihati..(^_^). Beli..jgn x beli..



Selepas saya membayar untuk buku “Engkau memang Cantik”. Saya terpandang lagi buku yang bertajuk “Kerana Cinta Harus Memilih”. Cinta Lagi!!! Alamak..macam mana ni, cam berminat juga. Ini bukan judul sinetron, bukan pula opera sabun. Tapi buku ini akan mengingatkan kamu pada hal-hal yang biasa anda alami. Bagaimana memilih di antara dua pilihan, menjadikannya kekasih atau hanya teman. Tentu saja akan ada perasaan bimbang, ragu, campur perih. Lengkap dengan air mata yang bergenang di kelopak mata, tetapi pilihan harus dipilih. Pilihan ini juga sebagai sebuah neraca iman di dada kamu. Agar kamu semakin tunduk, semakin cinta hanya pada si Dia, Allah SWT. Jadikan cinta yang menyucikan jiwa, bukan hiasan dunia penabur dosa. Cinta remaja yang penuh indah dan penuh pahala. Buku ini setidaknya menjadi teman mencipta haluan. Akhirnya saya beli juga buku ni…hehee…(^_^).


“KERANA CINTA HARUS MEMILIH mengingatkan remaja bahawa: kita hanya punya satu cinta iaitu cinta yang mendekatkan kita kepada Tuhan. Kita yang memilih untuk tidak menangis setelah di permainkan cinta duniawi,berbahagialah. Seburuk apa pun masa lalu kita, kalu hari ini kita benar-benar bertaubat dan membaiki diri, insyaAllah semua keburukan itu akan terhapus. Hari ini adalah untuk menanam benih dan masa depan adalah waktu untuk menuai hasil. Kerana itu, jika kita ingin tahu masa depan kita, maka lihatlah apa yang kita lakukan sekarang”.-Pyanhabib-

1 comment:


~Lihat dengan hati kerana pandangan mata selalu gelap, tak mampu menilai hakikat~


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...