Friday, December 4, 2009

Smart Solat bezz!!

Assalammualaikum kepada sahabat yang saya rindui… Dah lama juga saya tak menulis di blog saya ni disebabkan banyak barnamij ba’da imtihan yg m’jadikan saya tiada kesempatan untuk menulis…alasan? Ye…idea pun tak ade. Walau apa-apa pun alhamdulillah hari ini saya berkesempatan dan masih di beri nafas untuk berkongsi cerita bersama sahabat yang sudi berkunjung dan membaca blog saya ni. Itu pun kalau ada lah..

Habis je imtihan saya ke program di Pahang selama 3 hari 2 malam..dan blik dari Pahang saya terus bersiap-siap ke program Konvesyen Pendakwah Muda Kebangsaan.. Habis je program KPMK saya ke program Smart Solat anjuran ustaz zamri (Mantop Training and Consultancy. Ha sahabat-sahabat!!! Ni memang best!! Best sangat2..bukan saya sakadar untuk menjadi fesi dan memberi bimbingan kepada adik-adik.malah kami juga rasa di bimbing,sebab terasa banyak kelemahan dalam solat selama ni, dan penceramah pun semuanya mantop2!!!







Malam pertama adalah aktiviti yang bertujuan untuk menginsafkan adik-adik dan fesi-fesi yang lain.. aktiviti apa ye? Aktiviti bermulanya roh di cabut hingga la ke alam kubur. Lampu di padamkan.. mata adik-adik di ikat dan berada di dalam keadaan gelap gelita. Banyak adegan-adegan yang mencemaskan, adik-adik menjerit ketakutan dan ramai yang menangis. Dewan riuh dengan tangisan. Jeritan, tidak kurang juga yang bibirnya tidak lekang dari berzikir mengingati Allah.Rasakan lah bagaimana kita berada di alam kubur nanti. Adakah kita selamat dari seksaan kubur? Adakah kita terlepas dari himpitan semasa di alam kubur!!!!?? Tidak sahabat-sahabat!!! Tidak!!! Hanya seorang sahaja yang selamat,iaitu ibu saidina Ali.. Kita semua akan di himpit di alam kubur nnti. Cuma yang menentukan kekurangan himpitan di alam kubur itu nanti adalah Allah S.W.T mengikut amalan kita di dunia.





Aktiviti siang pula, kami diberi amanah dari Ustaz Zamri untuk mendidik anak buah masing-masing dalam membetulkan bacaan dalam solat serta praktikalnya. Malamnya pula kami memberi kata2 muhasabah kpd adik-adik muslimat. Kebanyakannya di situ tidak menutup aurat dengan sempurna. Sesiapa yang tak pakai stokin tu kenalah pakai..mungkin adik ni tak berapa faham,kerana semuanya bukan dari sekolah agama. Tapi kita2 ni yang dah faham agama bagaimana pula??? Dah tahu aurat wanita dari mana yg mana leh buka,tapi ada juga yang tak ikut peraturan yang Allah telah aturkan. Dalam ayat al-quran pun telah di jelaskan dalam surah Al-Azhab ayat 59:


“Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isteri dan anak perempuan kamu serta kepada para isteri orang mukmin sekalian, hendaklah mereka menghulurkan jilbab mereka keseluruhan tubuh badan mereka, kerana dengan itu mereka mudah untuk di kenali ( sebagai mukminah) dan mereka selamat daripada gangguan. Dan sesungguhnya ALLAH itu Maha Pengampun lagi Maha Penyanyang.”


Jadi apa lagi yang kita nak sangakalkan?? Minta maaf kepada sahabat-sahabat jika ada yang terasa,jgn terasa ye...ni saya ckp untuk org luar sana tu...org Monggolia tu... sahabat-sahabt saya ni semuanye baik-baik...molek2 gitu..ini adalah peringatan untuk diri saya sebenarnye.Bila tengok remaja sekarang yang berpakaian yang saya rasa tak patut mereka pakai,berfesyen2. baju jarang2,saya terfikir,tidakkah mereka takut akan azab Allah?? Sedangkan Allah dah berfirman di dalam surah Al A’raf ayat 26.


“Hai anak Adam, sesungguhnya telah kami turunkan (panduan) bagi kamu (tentang bentuk fesyen)pakaian untuk menutup aurat kamu dan pakaian yang indah untuk perhiasan. Dan pakaian taqwa itu adalah terlebih baik”.


Moga-moga ia memberi sedikit impak walaupun sedikit kepada adik-adik di sana. Saya pulang ke rumah dengan berat hati,kerana banyak input yang sangat bermanfaat di perolehi,insyaAllah..program seterusnya insyaAllah akan muncul. teruskan perjuangan ina!!!


2 comments:

  1. salam ina..hampir g..tp x dek rezeki..em x pe la..ada hikmahnyer kan..???

    ReplyDelete
  2. salam yani... xpe2... next time ok...=)

    ReplyDelete


~Lihat dengan hati kerana pandangan mata selalu gelap, tak mampu menilai hakikat~


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...