Sunday, January 23, 2011

THE POWER OF HEART


Lihatlah pada alam,
suluhlah dengan ilmu,
tempuhlah dengan tarbiah,
...bilalah peribadi,
dengan sifat dan kekuatan diri yang sedia ada,
tetapi selaraskan dengan perjuangan.

Berfikirlah sebagai seorang Dai,
bertindaklah sebagai seorang Mujahidah,
tetapi menangislah sebagai seorang Abid.



“ok ina…boleh mulakan tazkirah”

“erk…abi..x nak la…k.hanis…k.hanis..he..he…”saja saya nak mengelak. Padahal saya memang dah bersedia dah untuk bagi tazkirah pagi tu. Perangai ngade-ngada saya ntah bile ntah nk hilang…=p.


Dan dengan perasaan sebak saya memulakan dengan firman Allah mengenai ayat buruk sangka sesama manusia. Dalam Surah Hujarat Ayat 12 .


"Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah banyak dari prasangka, sesungguhnya sebahagian dari prasangka adalah dosa, Dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain, Dan janganlah antara kamu mengata sebahagian yang lain.


“haaihh…baru mula lagi da nangis?”

Saya tersengeh2 sambil mengesat air mata… “ok abi…ok2…saya nak mula ni…”


"Manusia diciptakan bersifat lemah" Surah Nisa' bukan saya kata tapi Allah kata... Insanu Dhaifa.....n bla…bla….bla…


Lastly…da abis tazkirah..abi nasihat kan saya…sesuatu yang bermakna untuk saya. Awak seorang yang terlalu internal. Jangan terlalu internal sangat. Seimbang kan ye. Lepas ni nak bercakap depan audience kang,tiba-tiba nangis. Be strong!!


“ ye abi,…saya kena kuat…abis kalu da nak nangis tu cm ne?”saya tersengeh…heeee.

Lepas tu, saya mendengar pula tazkirah dari abi…


Abi menyambung, dalam surah Al Maidah ayat 39 dan 40..Allah berfirman..


"Tetapi siapa yang bertaubat setelah melakukan kejahatan itu dan MEMPERBAIKI DIRI ,maka sesungguhnya Allah menerima taubatnya. Sungguh Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang".


Jangan kita mengata orang lain sebab mungkin orang yang dikata tu lebh baik dari kita.... selalu ingat yang tu..


Alhamdulillah.. Banyak ayat-ayat Allah yang memujuk diri yang lemah ni. Selalu melakukan kesilapan yang sengaja atau tak di sengajakan


Keesokkannya saya ada kelas n wat therapy.hehe. Therapy untuk baikkan communication saya. Alhamdulillah…Allah pertemukan saya dengan seorang penceramah bebas. banyak cerita tentang “THE POWER OF HEART”.


“kalau kita sayang kat seseorang itu, apa-apa kesalahan yang dia buat kita kena tegur dan tegur dengan jujur. Walaupun pahit…kite kena berterus terang. Saya dan sahabat-sahabat yang lain khusyuk mendengarnya.


“kalau kita rasa lemah…banyakan zikir…ya Qokhar… kita akan rasa kuat.. jika kita rasa diri kita ni tak berilmu…ya ‘Ilm…. Jika kita rasa diri kita ni keras…sebut..ya Latif… ha…amalkan…insya-Allah…semua tu membantu kita”.


Alhamdulillah…pertemuan yang Allah aturkan ada sebab dan musababnya….…


“Selalu terjadi pd diri kita..kite suka bercakap tentang keburukan orang dan kesilapan orang lain sampai kite terlupa untuk muhasabah diri kita. kita sedih bila org mngumpat kita, tp kita tlupa mngumpat tulah kerja harian kita. Kdg2 kita 'bengang' bila org marah2 or kutuk kita, tp wktu kita mrah atau kutuk org, xperasan pulak kita dgn sikap buruk kita tu. Pernah kita sakit hati, bila ada org buat fitnah pd kita, tp mulut kita tanpa sedar mudah2 saja melemparkan fitnah .Betulah bila orang puji hati senang berbunga tp bila orang keji benci caci kita aduh sakitya luar biasa.susah nak jd org yg sensitive dgn dosa sendiri..”nasihat kak fatim. Ya Allah…terima kasih kak fatim..


Dan sebuah pertemuan dengan seorang kakak. Kak Tiqa, saya banyak belajar dari dia.


“Jangan terasa dengan apa yang akak cakap ni, semua ni untuk kebaikan ina..” InsyaAllah kak…banyak benda dan pengajaran yang ina dapat.


SubhanaAllah…Indahya hidup bersama Tuhan boleh saling mengingatkan dlm kebaikan boleh tegur sapa bila ada kesilapan. Mohon nasihat dan teguran sahabat-sahabat di luar sana. "

3 comments:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  2. Bila nak ilang ngade2 tu.. nnt pas dah walimah ilang la tu.. heheh..
    MasyaAllah. satu titipan yg bagus.. tambahan.. mmg al insanu dhoifah.. ttp Allah ada menceritakan dalam ayat yang lain yang bermaksud "dan tetapi diciptakan penglihatan, pendengaran dan perasaan(hati)" semua ketiga2 ciptaan ini adalah bertujuan menjadikan kita kuat.. manusia mmg lemah pada permulaan kejadian, iaitu ketika kita baru lahir.. semasa awal kita lahir kemuka bumi.. kita tidak mampu berbuat apa2.. yang hanya kita mampu hanya lah menangis.. ada x bayi yang baru2 lahir jer terus boleh bercakap cnth lahir2 jer dia ckp "ayah, nak spek mata la.. kat luar ni terang sangat.. dalam gelap jer.. pedih mata ni" atau lahir2 terus pegi kaunter terus bagi nama sendiri.. itu yang dikatakan insan itu lemah.. dan tetapi diciptakan penglihatan, pendengaran dan hati adalah bertujuan utk menguatkan diri kita... yakni kne berusaha menjadikan diri kita ini utk menjadi kuat.. tidak hanya boleh berserah saja pda taqdir.. kerna jika kita hanya berserah shj. umpama kata2 seorg ulama "luzumul bab, humqun wa ghabawa" duduk saja dipintu yg sama, bodoh dan bengong... maka kite perlu berusaha mencari kekuatan tersebut.. wallahuaklam..

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete


~Lihat dengan hati kerana pandangan mata selalu gelap, tak mampu menilai hakikat~


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...